Sunday, September 18, 2016

Set Merancang Kehamilan Shaklee


Saat kita berdoa sebenarnya kita sedang mengakses sumber tenaga yang luar biasa. Dengan berdoa sebenarnya kita sedang “meminjam” kekuatan Tuhan. Dan dengan berusaha setelah berdoa kita sedang menyediakan “media” agar kekuatan-kekuatan tersebut bekerja 


Setiap benda dlm hidup ini perlukan elemen-elemen ini utk mencapai hasil. Perkara pertama adalah matlamat..

Matlamat untuk mendapatkan seorang CAHAYA MATA kerana sudah lama berumah tangga, tapi belum rezeki katanya. Kadang-kadang kita tak sedar yg kita selalu skip elemen USAHA & IKHTIAR. Mungkin itu yg menjadikan kita belum layak utk menerima hasilnya (..LOADING..)..jadi apa perlu buat ya?

Jawapannya adalah nak tak nak perlu lah buat sedikit ULANGKAJI. Tahu tentang diri kita & pasangan, Ada masalah ke, ada kekurangan ke. InsyaAllah bila dh tahu punca masalah kita boleh berusaha untuk mengatasinya pula. Juga, perlu sentiasa jaga apa yang kita fikirkan. sentiasalah berfikir yang baik-baik tau. Seperti cerita pengalaman saya sendiri (KLIK DISINI) 


USAHA & IKHTIAR


Cara nak dapatkan anak, saya pasti ramai yang dah tahu kan...hehe Tapi saya yakin, tak semua tahu cara untuk BERJAYA dapatkan anak.

Dunia sekarang kan kita boleh dptkan ilmu dimana-mana, entri kali ini sekadar nk berkongsi apa yang saya tahu dari hasil pembacaan dan pengalaman sendiri. Mana lah tahu jika diizinkan Allah apa yang saya kongsi disini dijadikan langkah pertama anda sehingga BERJAYA dapat "double line" pada UPT seperti dlm gambar. Dapat results camtu apelagi melompat la..hihihi. Saya juga boleh pahala kongsi ilmu untuk anda kan? InsyaAllah :)

1. Belajar mengira waktu subur isteri


Pertama sekali, perlu tahu waktu subur isteri. Waktu subur(ovulasi) adalah tempoh tertentu untuk telur bersenyawa dengan sperma.Tempoh ovulasi adalah 12-24jam. Namun ada juga yang lebih pendek, ada juga yang lebih lama dari tempoh ini. Jangka hayat sperma pula adlh 3-6 hari (ada yg lebih lama!) dlm badan wanita dan hanya 1 sperma diperlukan utk bersenyawa dgn telur tadi. Jadi, jika pasangan 'bersama' dlm waktu subur (lebih-lebih lagi pada hari & ketika ovulasi), anda mempunyai peluang yg cerah utk MENGANDUNG!


Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:

- sistem calender
- suhu tubuh basal /Body Temperature
- Pengeluaran cecair lendir serviks
- strip penguji masa subur OPK (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)

Contoh pengiraan waktu subur:

Jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah:


28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur.

Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:
30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.

Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur wanita.

Senang je cara kiranya.TAPI ini hanya dapat dikira sekiranya kitaran haid anda tetap & teratur setiap bulan. Haa..yg tak teratur ni yg perlu ambil perhatian..mungkin mengalami masalah-masalah kesuburan yg kita taknak.

Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst. Semua ni adalah penyebab kepada kitaran haid yang tidak teratur dan membawa kepada ketidaksuburan.

Selain itu faktor umur, stress, pemakanan seharian yang kurang berkhasiat, kurangnya bersenam, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, mengambil alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.

Hurm..kalau dah ada masalah seperti ini cepat-cepat la ikhtiar dgn cara lain..ujian Allah nk bagi seorang anak ada bermacam-macam. Segeralah berjumpa doktor untuk mengetahui masalah yang dihadapi.  Boleh Juga berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee ni.



2. Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol


Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh  ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.


3. Ambillah Vitamin

Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-duanya harus amalkan….Anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-



Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.
Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.

Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak..

Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Saya ada menyediakan Set Kehamilan yang mengandungi vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron, b complex yang lengkap dengan asid folik, vitamin C, Esp, Omega guard dan juga kalsium). 


4. Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan

Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan….sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma.





5. Amalkan Senaman Kegel (Senaman Kemutan)




Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota  perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.




6. Kawal Berat Badan Anda

Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil. Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda. Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Anda boleh cuba Set Kurus atau sebaiknya Detox dahulu dengan Set Detox yang saya sediakan..



Sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sam. Jadi, bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. Dan saya sarankan anda mengambil Mealshake, b complex dan vitalea. Dan saya akan guide anda InsyaAllah


7. Amalan berdoa kepada Allah (TAWAKAL)


Perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu memohon pertolongan. Sempat saya ikuti pengalaman seorang yang diuji Allah yang memerlukan penantian selama 5 tahun untuk dapatkan cahaya mata pertama. 



Next time, saya akan kongsikan kisah selajutnya 
bagaimana pasangan ini berjaya mendapatkan cahaya mata yang pertama :)


Set Merancang Kehamilan Shaklee adalah sama seperti Set Kesuburan Shaklee (klik disini) iaitu terdiri daripada :
1. Gla Complex
2. Alfalfa Complex
3. Vita-E Complex
4. Zinc Complex

TETAPI, jika anda tiada masalah seperti kitaran haid tidak teratur, masalah cyst, masalah kegemukan. Sudah beberapa kali membuat pemeriksaan tetapi tiada masalah yang tepat yang menyebabkan anda sukar untuk hamil, cubalah Set Kesihatan Optimum (Klik Disini) ini beserta dengan ESP (sumber protein). Kerana, sudah beberapa orang yang saya temui yang tiada apa-apa masalah kecuali doktor cuma mengatakan ''kurang makan sayuran & buah-buahan" ketika pemeriksaan. Ya ! itulah sebenarnya masalahnya ! Kerana tubuh badan kita juga memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk menjayakan proses persenyawaan. InsyaAllah Set Kesihatan Optimum ini boleh membantu :)


Terima Kasih kerana sudi membaca, Sampai jumpa lagi di lain entri :)




sebarang pertanyaan & info lanjut sila hubungi saya :

Noor Kamilah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee
ID: 1164704
014-5082724

No comments:

Post a Comment