Tuesday, January 8, 2019

PERFECTIONIST

PERFECTIONIST

Sejenis nak semuanya SEMPURNA.

Mila faham, tiada perkara sempurna bila namanya manusia. Sikap perfectionist ni adakalanya bagus, adakalanya beri kesan kpd orang sekeliling.

Mila bukan budak pandai. Sekali ajar terus pandai. Mila akui ada masa mila lambattt sangat pick up berbanding orang lain. Susah nak faham ttg satu-satu perkara. Kelemahan mila yg masih cuba perbaiki. Tapi mila sejenis nak semuanya sempurna.

Mila tak pandai, results awal² teruk berbanding adik² yg lain. Kakak dgn adik2 jenis results exam straight A ๐Ÿ˜ฅ Tapi mila takkk (baca: unik). At last UPSR dapat la 4A1B. PMR mila work hard sgt. Mila suka belajar. Dapat la results straight 8A's. SPM, Matrikulasi, Degree. Memang sejenis tak pandang benda lain sgt. Tak aktif bersukan atau badan kokurikulum sbb takut tak fokus study giteww ๐Ÿ˜‚

Dapat la anugerah dekan 4 semester waktu degree dulu.

Jadi mila aim untuk life yang best-best. Kerja dan gaji besar. Tapi one thing mila perasan pada diri mila, banyak masa mila sia-siakan untuk tidak mengasah SOFT SKILLS mila. Yelah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menghadapi bermacam² situasi, keyakinan diri yang tinggi. Tak sedar, comfort zone mila adalah kehidupan belajar dengan rutin yang sama je. Tiada warna-warna dgn aktiviti yg lebih mencabar dan berbeza. Tak menarik sangat rasanya ๐Ÿ˜ข

Sebab lack of soft skills ni mila kurang "perform" dalam dunia pekerjaan. Pernah bekerja dalam beberapa bidang selepas tamat degree 2011. Mila struggle dlm usaha nak bekerja & ada pendapatan sendiri. Sebab sgt2 susah nak biasakan diri dengan situasi baru dan berjumpa orang baru semasa bekerja. Menyesal pun ada sebab waktu belajar tak cuba untuk belajar bersosial. Asyik nak mengadap buku je. Tapi takde la pandai sangat jugak ๐Ÿคฃ (Adik-adik yg tengah study, cubalah libatkan diri dgn banyak aktiviti. Betul. Itu sangat membantu utk masa depan)

Sampai tahun 2014. Mila decide untuk jadi surirumah yang berbisnes  shaklee pula. Bisnes online difikirkan paling baik utk mila waktu tu. Mila nak jaga anak sendiri. Taknak orang lain jaga dan ajar tak sama macam mila nak ajar dorang (mmg betul perfectionist ๐Ÿ˜…)

Wah !

Tak disangka-sangka pula. Life mila yang biasa-biasa dulu, rasanya berubah 360 darjah !

Permulaan bisnes memang diakui untuk tambah pendapatan je, tapi mila mula nampak shaklee memang kena dgn jiwa mila yang sukakan perfection tapi dalam masa sama, usaha nak asah soft skills yang berkarat ๐Ÿ˜ช.

First thing mila nampak, mila dapat tingkatkan keyakinan diri. Mila tahu kelemahan diri, dan rutin berbisnes shaklee tu membantu utk mila atasinya sikit demi sikit.

Mila kalau dah start buat, mila work hard dan buat sampai jadi. Yes, dengan shaklee mila rasa seperti mencapai pointer terbaik 4 Flat, bila berjaya rank up sebagai leader, bonus 4 angka lebih dari gaji waktu berkerja dulu ๐Ÿ˜Š.

Bila mila berjaya kekalkan  sales, mila rasa seperti tersenarai dalam anugerah dekan ๐Ÿ˜‚ Imbau kembali zaman universiti la katakan hehe.

Bila ada je peluang untuk menang apa2 hadiah (contest), atau dapat soalan dari mentor pun, dalam masa sama cabaran yg diberikan tu untuk memajukan bisnes mila juga. Mila akan cuba buat yang terbaik !

Yeay ! Menang tempat pertama Blog & Video Contest TWB. Mila menang full set Skincare YOUTH !!!๐Ÿ˜ Terima kasih Founder TWB Master Ainul Shahrazad sbb pilih mila ๐Ÿ˜˜



Setiap kejayaan kecil pun, shaklee reward dgn mcm2 award. Dapat naik pentas, dapat cash bonus lebih dari biasa, dapat free macam-macam !

Dan mila juga semakin faham tentang betapa penting menjaga kesihatan, kecantikan & penampilan diri melalui bisnes shakles & TWB juga.

Fuh ! Kenapa rasa best sangat life skrg ni. Bayangkan..mila cuma berkerja dari rumah. Mila dapat jaga anak-anak dgn tangan sendiri, income lebih dari gaji sebelum ni, jadi leader dan mila make sure mila akan sentiasa jadi antara top leaders dalam team. Juga kesihatan dan penampilan diri di peringkat yg semakin baik !

Ya Allah..alhamdulillah๐Ÿ˜Œ Sikap perfectionist memang adakalanya membantu kita push diri sampai ke level kita tak sangka. Dan rezeki juga Allah temukan dgn bisnes shaklee & TWB. Tempat yang sesuai mungkin bagi yg nak kejarkan seberapa boleh kesempurnaan dalam hidup.

Walaupun kita perlu sentiasa tahu dan sedar takkan mampu untuk sempurna. At least, kita berada dalam bisnes yang ada pendorong untuk kita dapatkan sesuatu yang TERBAIK dalam hidup kita.

Kita juga boleh usaha untuk jadi anak yang terbaik, beri sebanyak mungkin dan tunaikan apa saja permintaan parents

Jadi ibu bapa terbaik, berikan pendidikan dan kehidupan terbaik untuk anak2

Jadi diri kita sendiri yang paling TERBAIK insyaAllah

Kalau ada dari anda yang membaca post mila ni, yang juga seorang yang perfectionist. Nakkan yang terbaik dalam segala hal. Bagi mila, bisnes Shaklee & TWB adalah pilihan terbaik.

Bukan untuk pendapatan semata-mata, tapi ia lebih dari itu๐Ÿ˜‰

Mila Ibrahim,
Budak tak pandai,
Tapi sedang berusaha untuk jadi yang terbaik untuk semua๐ŸŒผ

No comments:

Post a Comment