" Jika akak tak join kursus mobile spa bulan lepas, akak tak tahu nak makan apa hari ini...."
Kisah Inspirasi
Kisah-kisah kejayaan ahli TWB ini mila ambil dari sharing semasa Preview yang kami jalankan untuk memperkenalkan Projek Spa Tanpa Kedai TWB. Mila gunakan nama samaran untuk tujuan tidak mendedahkan identiti sebenar.
~~~~~
Assalamualaikum semua,
Kisah saya agak panjang juga walaupun semua baru berlaku, akak cuba ringkaskan.
Saya Mia (bukan nama sebenar), menetap di Putrajaya.
Berusia 43 tahun, ada seorang anak perempuan 16 tahun. Saya merupakan penghidap Diabetes, hypertension, neuropathy dan retinopathy.
Sejak setahun yang lalu, masalah rumah tangga dan kesihatan saya semakin kronik. Beberapa hari sebelum raya haji penglihatan saya terganggu di mana saya tak dapat melihat jelas menggunakan kedua-dua mata.
Pada raya haji bebaru ini, saya diceraikan suami melalui text wasap.
Sebelum ni asalnya hidup selesa. Dah 6 tahun saya surirumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan suami bank in RM2k dalam account bank.
Langit tak selalu cerah. Saya tak pernah terfikir akan berpisah, lagi-lagi suami baik orangnya. Bekerja keras utk cukupkan segala.
Namun siapalah saya, nak menentang takdir Allah. Jodoh kami setakat ini saja.
Petang tu saya terima text tu...maghrib tu saya pergi surau...lama saya sujud...Ya Allah...aku redha dgn ketentuanMu...
Dua hari saya menangis. Dan menangis. Saya redha, cuma agak tak sangka terjadi perpisahan jiwa ni waktu mata saya bermasalah.
Saya tiada savings. Tiada harta. 6 tahun senang lenang semua suami tanggung. Apa saya nak buat?
Mana saya nak mula? Macam mana? Pelajaran tak tinggi...dah agak berusia...sakit pulak. Majikan mana nak ambil pekerja macam saya yang tiap-tiap minggu kena ke hospital, ke klinik, yang asyik sakit.
Selain mata, saya ada luka diabetic kat tapak kaki. Jari-jari kaki kanan saya dah 4 kali kena amputate...dah takde 4 jari.
Orang cakap...jangan risau sangat...jangan pikir banyak...Allah ada. Cakap senanglah, kalau kena baru tahu.
Saya percaya, kalau takde usaha, macam mana rezeki nak masuk? Saya kena buat sesuatu!
Semua orang diduga dan diuji. Lain-lain ujian dan tahap aje kot. Bagaimana kita melepasinya, itu kita yang kena fikir
Macam-macam cadangan saya pertimbangkan... Akhirnya saya ikut kawan saya pergi preview career talk mobile spa satu projek group yg lain.
Saya tekad... Ni lah penyelamat saya! Senang aje....gosok-gosok muka orang aje! Kena cari modal RM5k aje! Kalau saya ada RM5k, buat apa saya nak gosok2 muka orang? ....
Malam tu kawan saya yang lain bagi saya nombor seorang ahli TWB
24 Aug 2018, saya join Free Preview The Walking Beauty (TWB)
Okay...nekad dah...this is it! Cari RM2k aje. Tak susah kot. Kalau tak berjaya buat duit... Tak ralat hilang RM2k.
Saya ni ego agak tinggi juga. Bukan jenis pinjam-pinjam duit orang. Tak suka berhutang. Saya pernah beli kereta alza ambil loan bank...tapi bila saya jadi surirumah, saya nak cut monthly expense, saya bagi orang sambung bayar... supaya saya takde hutang bulan2. So...nak pinjam2 duit bukan mudah bagi saya.
Saya call salah seorg ahli keluarga rapat saya dan ceritakan masalah saya. Ni minggu yg sama saya kena cerai ni. Instead of saya meratap menangis lama-lama.. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya. Ini redha pada saya.
Saya luahkan pada kakak angkat saya, dia surirumah jugak.
Tetiba esok hari dia bagitau saya... Dia dah minta tolong anak dia bank in cash RM2k ke acct saya.
Dia cakap..."Adik, i believe in you. Akak tahu adik boleh berjaya. Adik gunalah duit akak dulu...no hurry to pay back..."
Masa tu saya pikir...Ya Allah...betul ke ni nak guna duit orang untuk terjun bidang yang not my flare ni?
Saya pm ahli TWB tersebut..saya tanya macam macam.
Ok puas hati...29 Aug 2018 saya bayar RM1999 +RM100 kelas penjagaan berpantang.
31 Ogos 2018 lepas perarakan Merdeka...saya masuk training dgn Master Ainul (Founder TWB). Abis training nekad cari customer.
Dgn mata yang tak berapa nampak. Saya ni gemuk, kaki masalah saraf. Susah nak duduk bersila bagai. Tapi nak cari duit punya pasal, saya tak nak minta duit orang...ehsan orang. Saya mesti berusaha sendiri.
Masa training.. Nampak mata saya sepet sebelah.. Otot saya lemah tak boleh fokus dua biji mata tu.
Owh ye.. Anak perempuan saya 16 tahun...hantar saya dr Putrajaya ke Bangi naik motor..dia lesen L aje. Belasah jer la. Sakit punggung jangan cerita.
Waktu tu, saya dah tak boleh drive.. Mata tak berapa nampak. Duit tak ada nak naik uber. Motor pun motorlah.
Kawan saya tanya...'Acaner ko nak facial muka org...muka ko pun tak brp nak elok ni?' Hahaha
Ada saya down?? Tidakkkkk
Saya perfectkan skill eye and face massage saya...saya buat homespa saya betul-betul macam spa.
Apa yang Master Ainul ajar, saya dengar. Baca group telegram..dapat ilham.
Facebook saya ada 200 kawan je masa tu. Asalnya set private. Atas nasihat mentor dalam TWB, saya publickan.
Saya start sharing pasal aktiviti saya. Saya tak promote lagi.
Saya masih tak yakin, so saya offer free full facial kat 7 orang. Mentor dalam TWB yang suruh.
Sebelum buat servis berbayar, belajar buat yang free. So kalau buat silap orang tak marah.
Saya tak yakin jugak nak offer servis. Tapi yang dapat free facial saya ni..dah war2kan kat kawan2 lain...
"Best giler kena ulit-ulit muka dengan Mia..."
Then 9 Sept 2018...duit kat tangan saya tinggal RM18. Dlm bank ada RM109.50 tak silap
Naik motor anak bawak dari bank ke bank...kenapa tak boleh withdraw?? Tak boleh transfer??
Kena timpa tangga lagi... Rupa rupanya, orang yang sambung bayar kereta saya, dah 3 bulan tak bayar! Bank sekat akaun saya!
Tu je duit saya ada. Dah terdesak...saya mula iklan servis by wasap dulu. Offer RM30 aje... Ni dah terlebih murah dari market price. Tapi sebab saya tak berapa yakin, saya rasa murah pun tak per lah. Janji dapat duit.
Saya dibayar RM100...nangis terus....customer cakap puas hati kerja saya. Alhamdulillah.
Next customer RM50 pakej mak anak...dia bayar saya RM100 juga
Pada waktu tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Betapa gembiranya dapat duit cash dikala betul betul tak ada duit.
Saya pernah naik motor dari Putrajaya ke Setiawangsa buat facial.... Sakit bontottttt.
Naik motor pergi Hotel Marriot. Parking motor pun tatau kat mana. Ni semua semata-mata nak buat servis untuk customer.
Kemudian, kakak saya baru dpt tahu kesusahan saya. Saya kena sound sebab tak bagitau dia, dia terus bank in RM 1k dlm akaun saya. Akaun yang kena beku tu. Huhu.
Saya mampu tengok baki...tapi tak mampu keluarkan.
Lepas tu saya tak berapa kisah dah apa jadi dengan duit dalam akaun tu...
Sebab cash masuk almost hari-hari melalui mobile spa.
Melalui teknik marketing yang team TWB ajarkan, saya berjaya dapatkan customer dari kawasan sekitar.
Namun, tahap kesihatan saya belum sembuh sepenuhnya. Seminggu 2 atau 3 kali saya kena ke hospital dan klinik kesihatan.
Saya mohon belajar kelas pemakanan, penjagaan diabetes, kelas bersenam. Saya susun semua hidup balik. Tapi hari-hari saya akan sebut TWB...TWB... "Ya Allah, tolonglah aku..."
Saya ke jabatan agama, JKM, mahkamah etc...tapi saya masih boleh buat duit masuk...susun jadual saya.
Hari saya sihat...saya go MOBILE SPA! Hari saya tak sihat...saya panggil kawan-kawan datang rumah buat HOME SPA.
Tengah hari saya akan senang pitam. So no appointment masa tu.
Sekarang, Alhamdulillah. Mata saya semakin pulih...kurang sepet skit dah. Darah tinggi saya minggu lepas doktor dah potong satu ubat sebab dah turun. Gula saya dah bawah paras 10.
Saya rasa semua related to stress.
Saya dulu tak minat beauty. Saya tak minat spa2 ni. Tapi saya nampak jalan keluar dari masalah saya.
Walaupun kecantikan, spa bukan dunia saya. Tapi selepas saya belajar dalam mobile spa, saya rasa ia seperti memberi satu keseronokan dan kepuasan buat saya.
Ilmu yang saya peroleh dari Team TWB sangat berharga. Ilmu urutan spa, barangan berkualiti yang disediakan, teknik marketing yang superb dan amazing, serta team yang sangat saportive.
Tadi naik court kes cerai saya...lafaz luar mahkamah. Ex husband cakap, saya nampak kuat, nampak happy dengan life saya.
Saya sedih sangat....tapi i will be okay now.
Kawan-kawan pun paham saya susah duduk bersila. Saya gemuk, diorang sendiri akan suggest facial atas katil. Today saya dapat hadiah katil spa dari seorang kawan. Lazada datang hantar kat rumah.
Saya dapat hadiah sauna FIR dari kawan jugak, Hahah ni peberet saya...
Sambil-sambil duduk tengok konsert Big Stage kat TV... Ada org datang sauna...dapat RM30. Boleh la lepas makan saya anak beranak.
22 Sept 2018 saya masuk kursus penjagaan berpantang TWB. Trainer saya haritu tegur saya nampak lain. Saya dah pandai gosok-gosok muka sendiri. Dah nampak berseri sikit wajah saya.
Semalam lepas maghrib, saya maafkan semua orang dan segala-galanya. Termasuk yang menyusahkan saya.
Saya jenis cakap, tulis takde hide2..berterus terang...kat fb wall saya, tulis dr hati.
Ada yang kurang senang...kata saya memalukan diri.
Sebenarnya, niat saya...saya tahu ramai kat luar tu...pun kurang baik...tapi malu nak ngaku...malu org tahu... Makan dalam. Saya share...supaya org tahu..life is not easy for everyone
Semalam saya dengar Datuk Seri Vida cakap...There's no fast track to success...
Kalau rajin nak usaha...TWB will lead the way to success. Tapi TWB tak boleh spoonfeed success to you.
Alhamdulillah, melalui servis mobile spa TWB ni, saya berjaya peroleh hampir RM2000 untuk bulan pertama ini.
Dalam keadaan saya yang tak berapa sihat ini, dalam keadaan berulang alik ke hospital, mahkamah, pejabat agama dan lain lain lagi, saya rasa ia pencapaian yang membanggakan untuk saya.
Bukan mudah seorang wanita seperti saya untuk mendapat apa yang saya dapat sekarang ini. RM2000 untuk bulan pertama satu dalam bidang ini sangat menggembirakan saya .Terima kasih ya Allah.
Dalam group mobile spa saya, ramai yang berjaya. Mereka yang sihat dan buat secara fulltime boleh peroleh income RM5k, RM7k, RM10k dan ada yang dapat RM20k melalui mobile spa ini.
Syukur Alhamdulillah. Saya berada dalam group dan jalan yang betul.
Dalam sakit perit air mata yang macam telaga air zam zam tak pernah kering, Allah beri nikmat lain iaitu "Ketenangan Jiwa" buat saya.
Saya grab semua peluang. Kalau kita mula lambat, orang lain yang ambil peluang dulu.
Terima kasih semua. Maafkan saya kalau menyinggung dengan bahasa tak seberapa ni.
Terima kasih buat yang perkenalkan TWB kepada saya.Terimavkasih buat trainer. Terima kasih rakan rakan TWB atas ilmu yang kalian kongsikan.
Saya ni IG pun tak reti. Facebook pun terkial-kial, Nak edit iklan pun tak reti.
Tapi dalam TWB, ada aje org tunjuk ajar. Ada saja orang yang nak tolong. Kami semua dah macam adik beradik.
Dalam kekalutan dalam kehidupan, mentor saya berpesan kepada kami semua.
1) Untuk Yang Ada Suami Yang Baik:
- Berusahalah untuk stabilkan family sama. Jangan harapkan suami seorang untuk baiki kewangan.
- Kena gilap skills supaya ada back up if anything happened.
- Buat savings sendiri, reward suami dan anak anak untuk gembirakan mereka (redha mereka penting dlm bisnes).
2) Untuk yang ada suami tetapi tak bertanggungjawab:
- Focus dan usaha utk baiki diri demi anak2.
- Jangan jadi hamba pada lelaki , stand up!
- Doa setiap hari minta Allah beri hidayah pada suami, tetapi ini bukan jalan untuk you meredhai apa yang suami buat ( Bangkit n fight for your rights - cari 3rd party utk dptkan advice)
3) Untuk Yang Single Women / Moms :
- Jangan sedih bila tak ade suami
- Percayalah, hidup single tetapi berduit adalah lebih bahagia dari hidup bersuami tapi tak berduit dan menyusahkan.
- Cari redha Allah, cari kasih sayang Allah kerana cinta Allah is the ultimate one!
Harap bermanfaat la sharing daripada saya. Doakan saya rezeki kebaboom keajaiban pada hujung minggu ni. Semoga Allah murahkan rezeki saya juga.
Mia,
TWB Beautician
~~~~~
Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Mia, boleh hubungi Certified TWB Trainer iaitu Puan Mila 014-5082724 (Click to Whatsapp)untuk maklumat lanjut.
Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat.
Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB?
Sila click link di bawah:-
Jom hubungi Mila segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team Miracle !
Hubungi :
Facebook : Noor Kamilah Ibrahim
Instagram : Noor Kamilah Ibrahim
No comments:
Post a Comment