Antara buatkan mila sentiasa rasa bersyukur apabila dikenang kembali, 5 tahun lebih mila bertahan dalam bisnes shaklee disebabkan banyaknya kelebihan bisnes shaklee ini berkaitan pembangunan diri, motivasi, kepercayaan diri dan semangat untuk tak berputus asa. Mila banyak belajar tentang "terms" yang perlu tahu, especially orang berbisnes seperti mila. Dan ketahuilah, semua yang mila nak share ini antara ilmu yang mila cuba fahamkan sehingga mila mampu bertahan dan terus rasa kuat selama ini :')
Maksudnya, perkara yang mila nak share ini adalah SANGAT PENTING. Lebih-lebih lagi bagi yang masih mencari cara untuk bertahan dalam satu satu perkara
Jom mila share satu demi satu, apakah perkara itu.
1)BIG WHY :
Apakah itu BIG WHY?
Ada macam-macam cara pemahaman masing-masing. Sehingga ianya tak boleh didefinisikan semudah itu.
BIG WHY = IMPIAN?
Tak, ianya lebih dari itu.
BIG WHY = PEMBANGKIT SEMANGAT?
BIG WHY = DORONGAN IKHLAS DARI HATI ?
Ianya satu perkataan yang popular di kalangan para usahawan. Yelah, orang berkerja makan gaji mungkin kurang terdedah dengan penggunaan perkataan sebegini sebab ini sebenarnya antara cara untuk memotivasikan seseorang untuk terus berusaha, mencari jalan untuk keluar dari masalah sendiri, atau pembangkit semangat di kala lemah semangat.
Orang berbisnes, tak berusaha untuk buat sesuatu (iklan, promosi, approach orang lain, jumpa customer dan prospek dll) maka takde la pendapatan. Orang makan gaji, walaupun buat rutin kerja yang sama setiap hari tetap ada gaji.
Itulah yang mila nampak, orang bisnes struggle untuk memotivasikan diri setiap hari walaupun apa jua cabarannya. Tengah down dan hilang semangat pun, kene buat. Tak buat takde usaha dan takde pendapatan lah jawabnya !
Ada yang kata, BIG WHY kita mesti boleh diukur.
Bagaimana ?
Contoh : BIG WHY = Hantar ibubapa pergi Haji. Atau nak selesaikan hutang yang sangat membelenggu kehidupan (Contoh biasa yang ramai hadapi)
Sebagai kayu ukur = ibubapa pergi menunaikan haji. Atau, hutang dapat diselesaikan.
Maka, jelas lah BIG WHY seseorang itu kan. Jadi boleh lah diwujudkan untuk teruskan usaha ke arah itu..contohnya. Buat bisnes sebagai side income untuk kumpul duit sampai mampu hantar ibu bapa haji.
Lanjutan dari BIG WHY adalah KPI.
Bagaimana kita tahu BIG WHY itu kukuh?
Jawapannya, kita akan sanggup je buat apa saja sampai tercapai BIG WHY tu. Jika ada cabaran sekalipun, takkan melemahkan dan menggugat semangat kita. Maksudnya, BIG WHY ini jika kita wujudkan akan membantu untuk sentiasa bangkit jika hampir lemah dan layu.
Penting ke tidak ada big why? Bagi mila sangat penting. big why ini juga ada berkaitan dengan points points lain di bawah.
Semua ini perlu tahu, dan perlu jelas terutamanya untuk para usahawan.
2)EMOTIONAL DRIVER (ED) :
Kalau BIG WHY adalah boleh dikaitkan sebagai sebuah matlamat, ED pula adalah perkara yang boleh buat kita rasa bersemangat untuk berusaha kearah matlamat kita itu.
Ada orang, dah ada BIG WHY. Tapi, semasa berjuang untuk mencapai BIG WHY itu boleh berlakunya lemah semangat, down, putus asa dek kerana ujian yang datang. Soo...inilah pentingnya tahu tentang ED diri sendiri.
ED ada kategorinya tersendiri. Boleh lihat, apakah perkara yang paling boleh "drive" diri kita kearah matlamat itu. Jelas ED ini, insyaAllah jelas cara kita nak buat dan cara kita nak bertindak :)
Apakah emotional driver anda yang boleh bawa anda berjaya? Cepat cari sekarang sebelum terlambat !
Tentang Emotional Drivers ini, mila lebih suka mengaitkan tentang beberapa cerita. Mungkin korang akan lebih faham nanti
1) BUKAN SEMUA ORANG BUAT BISNES SEBAB DUIT, TAPI INGINKAN KEBEBASAN MASA
Kita mungkin sangka, orang join bisnes mesti sebab tak cukup duit la, nak survive la, atau desperate perlukan duit mungkin.
Hakikatnya, bukan semua orang buat bisnes sebab duit semata. ada je orang yang dah punya segalanya tapi buat bisnes. Kenapa? Tak cukup duit lagi ke? Tak! Tapi sebab dia rasa kosong. Nak buat sesuatu yakni help more people. Dia rasa puas dapat tolong ramai orang!
Ada yang dah dapat apa impian dia, mungkin kahwin dengan orang kaya yang mana suami mampu beri segalanya... tapi tetap nak buat bisnes kenapa? Sebab dia nak ada achievement dalam hidup dia.
Jutawan Master , kak Zura Betty (dalam video di bawah) seorang lawyer berjaya yang sayang careernya dulu..
Tak perlu pun buat bisnes.. sebab pada usia 24 tahun dah beli rumah. Kereta pun dah pakai bmw masa tu. tak buat bisnes pun dah dapat apa dia nak, so nak buat bisnes lagi untuk apa? Sebab dia mula tersentak bila anak dia yang 6 tahun merayu mintak masa dia.. dia mula rasa.. dia bukan sekadar nak kaya harta. Tapi nak kaya masa jugak.
2) BUAT BISNES KERANA NAKKAN PENCAPAIAN DALAM HIDUP
Salah seorang peserta mobile spa TWB, Eda. Eda dah ada kehidupan selesa. Nak apa lagi?Takyah lah buat bisnes! π
Dah beli rumah. Dah ada kereta 2 buah.
Yes, dia mungkin bukan buat sebab nak duit sangat at the first place. Yang dia inginkan adalah...
ππ» untuk jadi seorang yang ada life purpose. Dia tak kerja, tapi rasa bosan kalau life dia ulang-ulang cuma jaga anak, masak, jaga rumah. Apa lagi dia boleh buat? Why not buat bisnes?
ππ» dia sendiri rasa nak jadi isteri yang ada something yang boleh di achieve. Dan ada something to be proud of. Bukan nak dia jd dato vida ke apa la π tapi you know something yang boleh buat kita ada self development.
ππ» dia suka life yang busy dengan perkara berfaedah. Kejap p kedah, kejap p johor, kejap p kuantan. Jumpa team situ, jumpa downline sini. Sana sini berjalan jumpa orang sambil bisnes. Dia suka life macam ni.
So dia bukan lah seorang yang emotional driver nya sebab duit. Tapi memang dia suka perkara perkara ππ»mila sebutkan
Maaf lah, contoh - contoh mila berikan ni dua dua berkaitan bisnes. Sebenarnya jika kita ada kerjaya juga boleh tentukan ED diri sendiri. Jelas dah tentang ED ini boleh buat kita lebih kuat berusaha kan ? So let's usaha menggunakan kekuatan kita itu !
Jom dengar perkongsian seorang yang tahu, Emotional Driver nya serius berbisnes bukanlah duit dan kesenangan hidup. Tetapi MASA
3)GRIT :
Video tentang pengertian GRIT
Hasil kajian.. sebenarnya kebanyakkan orang BERJAYA dalam sesuatu bidang tu bukan lah di sebabkan social intelligence, bukan sebab physical health, bukan sebab rupa paras yang cantik sempurna, bukan sebab pandai tak pandai. Ada bakat atau tidak. Walaupon mungkin semua ni BOLEH JADI penyumbang pada kejayaan seseorang, tapi ia bukan faktor utama.
Untuk berjaya, yang utama adalah GRIT.
Bermaksud passion, semangat, usaha berterusan untuk long-term goal. Persoalannya apa target kita? Long term goal kita? Kita memang Nak atau Tidak?
Grit is having STAMINA.
Grit is STICKing with your future. Day in, day out.
Bukan sekadar selama seminggu. Atau sebulan.
Tapi for years. Tahun demi tahun. Kita BUAT BETUL BETUL , GILA GILA sampai future yang kita targetkan , idamkan tu menjadi REALITI.
Grit is living life like a its a marathon. Not a sprint.
Macamana kita nak bina GRIT ni? Ubah MINDSETTING kita. Semua orang MAMPU belajar dan dapat apa yang di ingini dengan EFFORT. Usaha. Itulah sifat dan ciri ciri orang berjaya. Start buat, buat redah je..
Willing to fail
Willing to be wrong
Willing to start over again with lesson learned.
Nampak tak?
Nak berjaya?
GRIT MATTERS.
Push factor atau perkara yang menjadi faktor hingga buat kita rasa tertolak kearah matlmat. Bayangkan situasi ini, kita sangat takut untuk terjun ke dalam sungai. Sedangkan kita sangat suka mandi sungai. Di sebabkan terlalu lama masa kita ambil untuk berfikir sebelum terjun, ada kawan yang bertindak menolak kita kita lalu cepat-cepat kita terjun !
Push factor ini biasanya ada dalam keadaan kita kita amat terdesak.
Ada 2 kategori PUSH FACTOR :
Pleasure - kegembiraan
Pressure - rasa tertekan/ditekan
Mila bagi situasi ini ye. Ada orang menganggap tekanan dari orang sekelilingnya sebagai push factor. Baru habis belajar, belum dapat kerja, ada hutang PTPTN, tapi teringin nak berkahwin, nak honeymoon luar negara.
Of course lah, orang sekeliling akan PRESSURE kan. Di sebabkan itu, dia berusaha untuk menambah pendapatan, berusaha apa cara sekalipun sehingga dia berjaya berkahwin dan dan mendapat honeymoon idaman. Bagus tak pressure? Bagus bila kita pandai mengambil kesempatan ketika rasa tertekan tu datang dan switch kepada menjadi PUSH FACTOR
Kemudian, dia dah berkahwin dan ada ada pendapatan. Tidak cukup dengan itu, dia mula mengimpikan sebuah kereta mewah (PLEASURE). Kerana itu impian dia, pasti akan buat dia rasa tertolak untuk berusaha lebih keras sehingga dapat kereta mewah itu. Dan pleasure juga boleh dijadikan PUSH FACTOR
.
.
.
Selepas berjaya memahami ke-4 terms yang selalu digunakan oleh para usahawan ini, mila nampak ia membantu mila improve dalam banyak perkara dalam kehidupan. Terutamanya, kuasa bertahan dan fokus dalam bisnes. Sebab 4 perkara ini membantu memotivasi kan diri mila.
~~~~~
Big Why Mila Buat Bisnes Shaklee
Masih segar di ingatan, mila terbaring di sofa rumah mila sambil tangan di dahi. Mengenangkan nasib yang kurang baik.
Sampai menitis air mata ketika itu, sebab mila rasa sangat "useless". Dah ada segulung ijazah. Dah berkahwin. Dah dapat apa yang mila impikan iaitu berjaya dalam pelajaran dan hidup bersama orang yang mila cinta. Tetapi, satu kekurangan yang sangat besar bagi mila...
Even RM10 pun tak ada di tangan ketika mila rasa teringin sangat nak hulurkan duit kepada mama & papa di kampung. Mila rasa mila dah tak mampu menyumbang apa-apa
Sangat sakit rasanya, sebab sebelum ini mila ada gaji sendiri dan mampu juga hulurkan duit kepada mama papa setiap bulan. Tak pun selang selang bulan. Sekarang bila dah bergelar surirumah sepenuh masa langsung tak boleh menyumbang !
Dan itulah push factor mila untuk mula berbisnes Shaklee. Big Why mila adalah nak memberi sumbangan kepada parents sebagai tanda terima kasih membesarkan dan memberi pendidikan sempurna kepada mila.
Selepas aktif ber shaklee, banyak lagi Emotional Drivers mila lain yang muncul...
1. Contribution / Recognition
Seperti mila ceritakan di atas. Mila sangat tak boleh bila rasa tak mampu menyumbang apa-apa kepada parents. Sebab dah terbiasa sewaktu mila bekerja lagi
2. Achievement
Ada yang sindir, belajar tinggi tinggi dan akhirnya nak masak masak kat rumah je. Jadi, selepas nampak peluang yang sangat jelas untuk berjaya dalam shaklee, walaupun hanya bergelar surirumah. Mila bawa emosi yang terasa dengan kata kata pedas itu kepada sebuah pencapaian. Mila tak segan untuk berkongsi dari sekecil-kecil pencapaian ( Permulaan hanya dapat RM30 bonus shaklee). Tetapi bagi mila ianya satu pencapaian bagi mila yang sangat pemalu untuk berniaga ini. Hingga lah berjaya capai 4 angka, ribuan ringgit bonus shaklee sebulan. Mila jadikan proses membuktikan mila masih mampu berjaya dalam shaklee sebagai big why
3. Belonging/Love
Menyedari mila tak berpendapatan, mila asyik berfikir cara untuk mendapat pendapatan. Untuk keluar mencari pekerjaan, kekangan mila adalah anak. Mila tak sanggup tinggalkan anak dibawah jagaan sesiapa kerana "fobia" dengan kisah menyayat hati di taska atau pengasuh melibatkan anak. Pengalaman mila mila sendiri menjadi pengasuh taska sudah cukup kuat mengatakan, susah nak dapat orang sayang anak kita kita seperti anak sendiri. Mila pilih berbisnes shaklee dari rumah dan dapat rasa itulah keputusan yang terbaik mila mila pernah buat :')
Bertahun-tahun mila berbisnes, timbul banyak lagi ED
4. Excellent
Kemudian, bila pencapaian demi pencapaian diperoleh. Mila mula wujudkan ED Excellent. Semasa di bangku sekolah, mila pernah berusaha hingga dapat no. 1 dalam kelas. Universiti, mila dapat anugerah dekan beberapa kali. Sentiasa ingin jadi yang terrrbaik. Disebabkan sikap yang dah dipupuk sejak awal, mila bawa ke dalam bisnes. Mila nakk rank up jadi leader dalam shaklee dan i did it !
Bila bercerita tentang achievement & excellent, perlu sangat-sangat faham tentang GRIT seperti mila mila ceritakan di atas. Excellent di zaman belajar itu bukan faktor utama untuk berjaya. Ia cuma satu semangat yang mila ambil dan gunakan kembali dalam bisnes sekarang
5. Recognition/Significance
Mila sangat suka apabila pencapaian mila di recognize oleh orang lain. Nampak macam gila glamor kan ? Hahaha. Tapi ianya sebuah ED yang membantu seseorang berjaya. Dalam bisnes shaklee, adakala kita kita perlu masuk dalam persaingan untuk membakar semangat kita sentiasa. Contohnya, mila join contest menulis blog TWB. Big Why Mila, nak menang ! Sebab mila ingin nama mila naik, tag di fb oleh founder TWB. Itu satu penghargaan besar dan boleh buatkan mila semakin bersemangat untuk terus berusaha.
Dan, mila perasan 1 lagi perkara yang buat mila happy tengok semua perkongsian mentor Athirah ketika mula mengenali shaklee iaitu
Surirumah tetapi mempunyai lifestyle orang berkerjaya π
1) Mila teringin nak dress up cantik-cantik, pergi event, pergi kelas. Maksudnya ada je tempat nk pergi walaupun bukan bekerja, hanya berbisnes dari rumah. Sebab ketika itu mila pernah rasa..aku ada baju cantik² pun tak dapat pakai pergi mana-mana. Duk ulang pergi kenduri jelah. Best nya alahai tengok diaaa. Rasa nak ikut je dia pergi tempat-tempat tu π€ Sebab tu sampai mila boleh decide untuk mendaftar shaklee walaupun jauh di sudut hati, mila takut sebab tak pandai berbisnes. Tapi suka lifestyle tu !
Sekarang, alhamdulillah mila dah dapat apa yg mila nak hehe. And im sooo happy !
2) Bersosial dan dapat ramai kawan. Mila rasa sunyi sangat sejak mula berumahtangga. Sebelum lahirnya aryan, anak pertama mila. Terasa ada bibit bibit depression. Setiap hari menangis. Rasa tiada matlamat hidup, useless, down dan tak boleh menyumbang apa-apa. Suami busy sangat kerja waktu tu, keluar pagi balik tengah malam kerana buat byk part time. Bayangkan hampir setiap hari mila berkawan dengan dinding π£ Dan perkara tu drastik sangat bagi diri mila sebab dari ada kehidupan bersama keluarga besar mila di terengganu, tiba² pindah ke KL yang sangat asing bagi diri mila. Tak ada kawan, tak ada teman bercakap. Memang betul-betul dinding ! At that time, shaklee seolah-olah memberi sinar nak bantu mila keluar dari rasa tekanan tu. Dan memang betul, sebab tu mila sayang sgt bisnes ni, dan sangat appreciate kehadiran mentor yang sering beri kata-kata semangat :')
3) Orang berkerjaya ni, selain mila suka style pakaian mereka, dapat bersosial, mila suka jadi orang yang ada self development. Ada KPI yang nak dicapai. Mila suka yang tu. Mila nampak shaklee boleh bantu mila jadi orang yg lebih bermatlamat, ada impian, ada cita-cita dan how to capai semua tu thru bisnes. Mila tak suka bisnes yang jual jual jual, untung untung untung tapi takde yg boleh bantu mila improve.
Dari segi soft skills
Keyakinan diri
Leadership
Mila nak sangat improve ni dalam diri mila sebab mila dah lama rasa lack of semua perkara ni sehingga mila tak boleh maju dalam apa jua bidang yang mila ceburi. Seriously ! So mila nak improve semua tu melalui bisnes yang boleh mila buat sambil-sambil anak-anak ada depan mata.
Push factor mila, adalah ketika mila tertekan dengan cakap cakap orang. Mila gunakan kekuatan mila mila setelah mila jelas dengan 5 jenis Emotional Driver yang paling besar yang mila miliki setakat ini. Sehingga mila semakin kuat untuk pegang Big Why mila sampai berjaya ditunaikan, iaitu
Senangkan parents mila sementara mereka masih ada, dan masih ada keinginan
Senangkan keluarga kecil mila
Kemudian mila nak memberi kepada sesiapa sahaja tanpa berkira-kira
Dan semua ini membantu mila juga untuk mengubah mindsetting sedikit demi sedikit.
Life is too short untuk asyik fikir tentang apa orang kata. Lantak p lah apa orang nak cakap.. yang penting.. kepuasan itu milik kita ❤️
Erti hidup pada memberi. The more you give, the more you earn. The more you help people, the more money will come inshallah
Luangkan seminit, fikirkan, adakah kita punya BIG WHY?
Sejauh mana kukuhnya BIG WHY kita?
Terima kasih atas info yang padat mila.
ReplyDeleteBig why + ed + grit + push factor akan menghasilkan action !
All the best mila.
Tq for reading nadia π all the best juga utk nadia
Deletekak Mila bestnya, padat semua macam yang mami dah ajar dalam soul kan...best of luck kak Mila..
ReplyDeletethanks kak atas info.. sgt berguna
ReplyDelete