Tuesday, February 14, 2023

Set Kurus Shaklee

 Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..insyaAllah harini mila nak kongsikan tentang Set Kurus Shaklee yang super awesome!

Alhamdulillah, ketika menghadiri Business Leader National Conference 11 Februari 2023 yang lepas mila dah buang hampir 5kg! Mila juga mengambil Set Kurus Shaklee sejak 9 Januari 2023 (kurang sebulan)


Cabaran terbesar mila hadapi sewaktu nak mula turunkan berat badan ini adalah. Mila dapat rasakan perubahan hormon yang sangat drastik selepas cerai susu anak ke-3 mila. Bayangkan, 2 tahun menyusukan anak. Walaupun makan nasi 4 kali sehari..berat badan mila tidaklah naik begitu ketara. Kalau buat aktiviti yang berpeluh sikit, akan mudah sahaja untuk turunkan berat badan 1kg macam tu.

Kemudian, selepas cerai susu. Mila teruskam tabiat pemakanan yang kurang baik, minum dan makan manis, makan nasi kerap, dan makan pada waktu lewat malam. Kebetulan mila baru berpindah ke rumah baru..banyak buat kerja-kerja mengemas yang sangat memenatkan dan berpeluh-peluh hampir sebulan juga. Tapi berat badan mila semakin naik!

Mila dah mula risau...

Risau dengan pengalaman selepai cerai susu badan anak pertama & kedua. Berat badan mila pernah mencecah 60kg! Dan waktu awal januari 2023, berat badan mila sudah pun 55kg. Kalau tak dikawal memang boleh pergi ke 60kg macam dulu dulu



Gambar mila pada 9 Januari 2023 sewaktu berat 55kg. Shape dah takdeπŸ˜… Dan mila alami perut buncit. Aduhai segan betul rasanya bila tersalah pakai baju, ada orang ingat mila sedang mengandung.


Ok, marilah kita berkenalan dengan Set Kurus Shaklee!


Kalau baca satu persatu dari poster diatas, itulah yang mila betul-betul rasakan sepanjang mengambil Set Kurus Shaklee dalam sebulan lebih ini! 

Memang menakjubkan!

Mila minum Cinch Shake pada waktu sahur ketika puasa sunat dan qada, seharian tidak rasa lapar dan kekal bertenaga uruskan rutin harian. Dan mila banyak sangat inch loss. Perut mila yang 34 inci sudah turun ke 32 inci. Macamana Cinch Shake ni bertindak?

Sebenarnya kandungan leucine di dalam Cinch Shake (ada 3 perisa, Vanilla, Chocolate & Cafe Latte) inilah yang membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama. 

Bayangkan, dari makan nasi 4 kali sehari. Dengan secara perlahan-lahan mila mampu cut ke 1 kali sehari sahaja. Waktu lain boleh ambil Cinch Shake ini sebagai pengganti makanan berat. 

Memang lah kita perlu banyak bersabar dalam proses nak kawal selera makan ni. Tambah-tambah ibu yang perlu masak, perlu hidangkan makanan, perlu suap anak makan. 

Memang mencabar

Tapi jika berusaha ambil minuman seperti Cinch Shake ini, buatkan sedikit sebanyak kita sabar menahan disebabkan kita masih KENYANG!



Ini pula Lecithin, si pengurai lemak yang super best! Mila akan ambil lecithin ni bila mila nak mulakan senaman. Tak kira lah, nak start jemur baju, nak pergi ambil anak sekolah, nak menyapu dan mengemop lantai. Itukan semua sejenis senaman tanpa sedar hehehe. 

Makan lecithin, saaaaangat lah membantu untuk mengurai lemak pada badan kita bila kita buat aktiviti lagi-lagi sampai berpeluh-peluh. 

Ramai ibu yang mengadu penat dan letih, tapi belum kurus juga. Mungkin badan anda perlukan pembantu seperti Set Kurus Shaklee ini juga







Herblax pula sejenis herba yang juga merupakan makanan sunnah. Bahan utamanya adalah daun sanna yang sangat baik untuk usus yang sihat. 

Mila sebenarnya ada masalah sejak umur awal 20an lagi. Sangat jarang buang air besar. Tak setiap hari proses membuang tu berlaku erkkk. Tapi dulu kesedaran itu kurang. Dan kesan pada kesihatan dan kecantikan belum ketara seperti bila dah masuk umur 30an. Lagi-lagi dah 3 kali bersalin ni. 

Uiiii...baru sedar masalah mila ni masalah besar lah juga. 4-5 hari tak membuang tu sangat biasa. Mila sangat kurang minum air kosong, sangat kurang makan buah dan sayur. Jadi mungkin usus dah kurang sihat dan menyukarkan proses buang air besar nak berlaku setiap hari.

Herblax ni sangat sangat membantu mila. Tapi bagi yang tak lah seteruk mila, just nak lancarkan proses membuang air besar setiap hari. Boleh juga ambil produk produk lain seperti Alfalfa Complex & Ostenutrix. Produk-produk ini juga untuk kesihatan usus kita :)

Last but not least, Omega guard si minyak ikan terbaik di dunia! Eh over tak mila cakap macam ni? InsyaAllah tak lah

Memang minyak ikan shaklee telah diiktiraf di peringakat antarabangsa tau




Haaa...dah terbukti kan minyak ikan Omega Guard Shaklee ni telah diiktiraf dan memang tak boleh dinafikan lagi kualitinya 

Tapi, apa kaitan minyak ikan dalam Set Kurus Shaklee ye?

Ok jom tengok satu poster ni. Mesti rasa Ya Allah..betapa hebatnya setiap ciptaan Allah ni :')


Allah maha besar!

Pernahkah anda terfikir?

Allah kurniakan omega 3 dalam badan ikan-ikan yang hidup di perairan yang sejuk. Ikan-ikan masih boleh berenang bebas tanpa beku.

Hidup dan terus hidup kerana omega 3 dalam jisim ikan-ikan ini yang membantu memanaskan badan.

Omega > panas. Salah satu fungsi boleh membakar lemak kita lebih pantas! 

Sebab tu omega guard ada dalam SET KURUS SHAKLEE !!!

Ok, insyaAllah semua mesti dah faham kenapa kita perlu ambil vitamin-vitamin ni semua jika sedang berusaha untuk kurus. Boleh kurus tanpa vitamin?

Boleh cuba. Tapi jika anda perasan..kulit anda mula menggelebeh, tak pejal dan kurang cantik selepas dah berjaya kurus. Mungkin anda kekurangan protein. Itulah disediakan Cinch Shake iaitu kaya dengan protein yang diperlukan setiap hari oleh badan kita. Bukan saja2 tau, dah dikira nilai badan kita perlukan mengikut dosage di ruangan info

Jika rasa dah bersenam bagai nak rak. Tak kurus jugak. Mungkin metabolisma badan anda dah menurun, seiring meningkat nya usia kita. Yes memang betul, semakin kita tua atau berusia, makin payah dah kita nak kurus jika kita tak usaha extraaaaa. Senaman pun mesti yang dah hard core punya fuh!

Jika rasa dengan kawal makan dah boleh kurus. Boleh cuba..tapi sejauh mana anda nak cut cut itu ini untuk tidak dimasukkan ke dalam mulut. Sejauh mana anda nak kira keseimbangan diet harian anda yang perlukan Karbohidrat, Protein, Vitamin, Zat, Mineral supaya badan kita terus dapat melakukan proses proses di dalam nya dengan baik. Tak cukup salah satu ni, boleh bawa kepada penyakit tau.

Jadi vitamin-vitamin dalam Set Kurus Shaklee ini memang terbaik! Disamping buatlah senaman ringan dan berkala. Juga mengawal pemakanan yang sihat juga :)


Ok, semoga entry ini bermanfaat untuk semua. Nak Set Kurus Shaklee boleh terus contact mila okeh! Boleh lah mila kongsikan tips dan macam-macam lagi idea untuk kurus dan sihat macam mila sekarang dah road to 45kg πŸ’ͺ

Jom kita buat sama-sama okeh!

(Klik disini!!!)


Related issue about Set Kurus Shaklee 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ 

>>> Intermittent Fasting untuk orang nak kurus cepat dan sihat?





No comments:

Post a Comment