Saturday, April 7, 2018

PERCUMA Satu Sesi Quick Facial !!!

Tawaran untuk dapatkan satu sesi Quick Facial bermula 1 Julai 2018 - 10 Julai 2018 secara PERCUMA !!!




The Walking Beauty Project (TWB) telah menjalankan #ProjekBuatDuitHariHari bermula 10 Julai 2018. Pencarian protege untuk menyertai projek ini bermula sekarang ! Dengan menyertai projek ini, anda selangkah untuk memulakan bisnes Home & Mobile Spa TWB




Dengan yuran serendah RM99 ini, anda layak menyertai projek ini dan PERCUMA satu sesi quick facial dari agen spa TWB yang berhampiran anda :)

Menarik bukan?


Tapi tawaran ini cuma terbuka kepada 10 orang pertama yang selesai membuat pembayaran dan pada 10 Julai 2018 projek ini akan bermula, dan penyertaan akan DITUTUP ! 

Buat keputusan segera atau anda berputih mata semakin ramai agen spa TWB kami tidak henti-henti menjana pendapatan.

FAST ACTION FAST RESULTS !

  
Boleh hubungi saya,
Noor Kamilah Ibrahim
Trainer & Owner Merah Jambu Beauty Spa
014-5082724
Ahli The Walking Beauty dan Pengedar Shaklee

Tuesday, April 3, 2018

Kursus Spa Murah, Mudah Dan Bersijil The Walking Beauty 2019





Seronok tak kalau kita ada bisnes spa sendiri? Dan bisnes itu atas nama kita sendiri?

Nampak macam susah bukan? 

Tapi saya sudah miliki satu bisnes Mobile & Home Spa sendiri sejak  November 2017 yang lalu dan saya nak share betapa mudahnya buat bisnes Spa ini ! 

First, saya nak share kenapa hati ini meronta-ronta nak sangat buat bisnes mobile spa ini. Sebab, demand perniagaan mobile spa sekarang sangat TINGGI ! yes. HIGH DEMAND ! Kenapa?

1) Ramai wanita yang ingin ber Spa tetapi tiada waktu untuk ke kedai spa ( especially wanita bekerjaya)

2) Sesetengah wanita lebih suka Spa di rumah kerana tiada penjaga/ tidak mahu meninggalkan anak

3) Ramai memilih spa di rumah kerana bimbang harga di kedai spa terlalu tinggi dan luar kemampuan

4) Atas faktor keselamatan dan masa, wanita lebih selesa spa dirumah

5) Home Spa menjadi alternatif kepada wanita yang TIDAK TAHU & TIDAK MAMPU, tetapi masih ingin menjaga kecantikan 


Jadi, 

The Walking Beauty Project (TWB) (baca disini apa itu TWB) telah menetapkan pakej spa dengan yuran RM2,999

Dengan hanya sekali bayaran sahaja, kita akan dapat belajar dan terus boleh run bisnes spa atas nama sendiri :) Ya, nama atas pilihan kita sendiri ! 


Contoh nama spa saya : Merah Jambu Beauty Spa


Pakej RM2,999 sudah termasuk :

  • Training dalam masa 1 hari  untuk belajar 5 courses
  1. Facial Relaxing Treatment (Cleansing, scrubbing. masker, massage etc)
  2. Body scrub & urut lulur
  3. Mandian Aura Susu
  4. Foot & Hand Spa
  5. Herba Sauna

Tambahan untuk belajar Make Over 360° yang merangkumi
  1. Make up training
  2. Face Analysis
  3. Hijab styling
  4. Style Personality Test
  5. Body Analysis
  6. Overall Image

Juga akan dapat kesemua ini :
  • Beauty product yang boleh digunakan semasa run bisnes spa. Produk-produk ini ada yang boleh digunakan sehingga 2 tahun !
  • TWB trial kit spa (sponge, mangkuk dan berus, hairband)
  • Sijil penyertaan
  • Module hard copy untuk rujukan 
  • Lain-lain peralatan spa seperti beg spa eksklusif & ion massage
Cuci tangan je untuk dapat kesemua diatas ini !

Antara produk yang akan diperoleh dengan pakej spa RM2,999 ini adalah rangkaian set penjagaan kulit "Youth" Shaklee yang telah menajalani 8 tahun penyelidikan sebelum dipasarkan pada mac 2018. Dengan produk yang berkualiti,semulajadi dan selamat ramai yang telah menyertai TWB kerana ternyata sangat berbaloi dan praktikal.




 Youth Skincare


InsyaAllah, dengan modal yang kecil (tak sampai RM3000) boleh dapat semula modal dalam masa beberapa bulan sahaja. Selebihnya. kita akan menerima untung sampai bila-bila :)

Ada pakej spa yang mencecah RM5000! Menunjukkan pakej belajar spa TWB sangat-sangat berbaloi dan Kursus Spa Termurah !



Pakej Belajar Spa The Walking Beauty 2019


Juga, bagi peserta yang selesai training dengan Mila di Merah Jambu Beauty Spa (MJBS) bakal menerima hard copy 10 Teknik Pemasaran Berkesan Mobile Spa TWB, inilah antara peserta yang dah selesai training bersama MJBS :)









Kursus Spa bersijil. Antara training spa TWB yang telah selesai. Pelajar, Ibu mengandung, ibu ber anak kecil, wanita 40 an, Orang kelainan upaya (OKU), wanita berniqab tak lepaskan peluang sertai TWB :) 




Jom sama-sama buat duit dengan TWB  setiap hari !



TAWARAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SPA TANPA KEDAI & SPA BERGERAK dengan MODAL yang BERPATUTAN,


WALAUPUN TIADA ASAS atau PENGALAMAN LANGSUNG !

Boleh hubungi saya,


Trainer & Owner Merah Jambu Beauty Spa
014-5082724
Ahli The Walking Beauty dan Pengedar Shaklee

Kenapa Aku Berniaga?


Habis belajar oversea, balik malaysia sambung legasi keluarga yang dah kukuh bertapak. Duduk di kerusi CEO. Kereta mewah, rumah tersegam indah, harta benda sudah tersedia. Bangun pagi sarapan sudah tersedia. Terus ke pejabat dipandu oleh pemandu peribadi. 

Alhamdulillah..poket tak pernah tak penuh.

Masalah bayaran balik ptptn, masalah ccris, masalah nak beli rumah pertama, masalah bayar loan setiap bulan. TIADA. Semuanya indah...

.

.

.

Biasalah..slot akasia. Dongeng semata.

Mungkin ada...
Tapi daku masih bukan kategori begitu.

Kenapa berniaga?

Kerana masih ada ibu ayah yang masih mengharap ihsan dari anak2 untuk kiriman wang setiap bulan.
Kerana belum puas bahagiakan mereka, senangkan mereka, mewahkan mereka seperti yang mereka lakukan dahulu sewaktu daku masih kecil

Kerana masih ada adik-adik yang perlu dibantu untuk meneruskan pelajaran mereka. Setidaknya sedikit kiriman untuk kurangkan bebanan sebagai seorang pelajar

Kerana memikirkan masa depan anak-anak yang perlu ada simpanan untuk pelajaran mereka kelak.

Kerana masih ada tangan yang sentiasa menghulur kerana kemelaratan hidup, ketidakcukupan dan ketidakmampuan. Ingin sekali sentiasa menjadi tangan yang diatas sebagai penambah saham akhirat

Kerana keinginan sendiri yang ingin dipenuhi tanpa membebankan sang suami.

Terlalu banyak sebab...

Memilih jalan berniaga sebagai sumber pendapatan utama sememangnya bukan jalan yang mudah. Sepertinya sesekali mahu mengalah. Stop ! Cukuplah !

Lebih baik gosok baju kurung cantik di pagi hari. Bawa anak-anak ke rumah pengasuh...tinggalkan dengan ucapan selamat tinggal dan terus memandu ke tempat kerja. Siapkan segala tugasan dengan tenang dan terima hasil usaha titik peluh di akhir bulan.

Ahh..namun realitinya tak semudah itu kan. Juga ada cabaran yang menanti.

Paling tidak mahu dihadapi, ucapan perpisahan dengan si kecil yang terpaksa berlaku 5-6 hari seminggu. Si kecil yang baru nak kenal ibu ayah dan dunia. Sayang rasanya kalau tak dapat betul2 melihat perkembangan anak2 di depan mata.

Buah hati ibu :')


Ya, satu lagi sebab kenapa aku berniaga adalah TIME FREEDOM

Tetapi tak semua orang mampu dapatkan time & MONEY FREEDOM

Kaya...tapi masa dengan keluarga pula payah nak cari.

Boleh bersama keluarga 24/7...tapi duit selalu tak cukup




Hidup ni memang macam tu kan? Susah nak sempurna semuanya.

Tapi daku ada nampak satu perniagaan ini. Bisnes yang mengangkat martabat wanita sangat tinggi. Dari wanita kepada wanita. Beri ruang dan peluang kepada ramai wanita yang sering bergelut dengan konflik dalaman.

Antara kerjaya atau keluarga.

Stress terlalu stress. Berduka lara di tempat kerja apabila anak tak sihat tapi terlalu sibuk bekerja. Sedih menangis bengkak mata apabila majikan tidak menyokong proses penyusuan anak. Rasa give up apabila banyak benda anak ketinggalan dari pelajar lain, tapi ibu tak sempat meluangkan masa mengulangkaji bersama anak2. Belum dengan penyakit moden, makan minum anak kurang terjaga, ketagih gadget kerana kurang perhatian, apa lagi lah penyakit sosial yang semakin membarah.

Daku tak perfect bila pilih untuk perniagaan ini. Cuma seboleh-bolehnya nak kejar kedua-duanya. Time & money freedom. Jauh lagi untuk money freedom, alhamdulillah dapat time freedom yang diimpikan.

Buat dulu, buat sungguh-sungguh hingga berjaya kerana ada jalan yang insyaAllah duniawi & ukhrawinya seimbang. Bisnes Spa Tanpa Kedai (mobile spa). Belajarlah ilmu spa, dan insyaAllah kemana saja kita pergi boleh menjana pendapatan.

The Walking Beauty insyaAllah membantu untuk jana pendapatan RM1500-RM3500 sebulan. Sudah ada proven results apabila seorang surirumah mampu buat duit hingga RM3000/bulan hanya dengan servis spa yang menggunakan teknik yang sangat mudah !

Daku tak pernah rasa bersalah, tak rasa ragu untuk ajak semua wanita di luar sana untuk BANGKIT! Kita yang penat bekerja tapi takde life, kita yang suri rumah tapi tiada duit. Cuba dengan bisnes spa TWB untuk bangkit kejar Time & Money freedom yang semua impikan.

Bina Home Spa (di rumah) tanpa perlu keluar. Dan juga Mobile Spa (pergi kepada client) apabila ada permintaan.

Jadi wanita high class, bijak, berilmu dan solehah.

Beauty With Brain.

Friday, March 30, 2018

Saat Magika Bersama TWB...



Pernah tak anda terasa sesuatu yang magic berlaku pada diri anda???

Mila pernah...dan saatnya adalah ketika...




Bersama TWB :)

Waktu mila ambil keputusan untuk mulakan bisnes spa TWB ini, mila tak percaya tau. Mila bukan orang yang aktif kesana-kemari. Mila wanita yang suka banyak habiskan masa di rumah bersama keluarga. Tapi sesekali mila paksa juga diri drive nak pergi ke tempat dekat-dekat.Berusaha juga untuk tidak menjadi seorang anti-social -.-

MALU




Ya. Normal la kita akan rasa malu, takut dan fikir macam-macam untuk satu benda baru nak mula. Tapi bagi mila malu dan takut sampai tak mampu buat apa-apa adalah sikap orang 10 tahun lepas. 10 tahun lepas tak ramai berani nak redah buat bisnes online kan. Tapi kalau tahun 2018 nak bisnes yang simple macam TWB tapi makan masa berbulan-bulan fikir. Maaf cakap..kita mungkin dalam kategori ketinggalan zaman.

Bisnes spa bergerak tanpa kedai, Home & Mobile spa. Walaupun tak familiar sangat dengan jenis bisnes ini, Mila pilih untuk REDAH. Masalah & cabaran kita fikir kemudian. Redah sebab kita akan belajar, kita tak dibiar kesorangan. Yakin Allah sentiasa akan bantu 


" Cakap senang laa...tapi nak buat tu bukan mudah "


Ya. Walupun dah pernah pecahkan satu tembok dalam diri iaitu decide untuk REDAH sertai TWB. Tapi banyak lagi cabaran menanti.

Nak training spa, tapi perut dah ke depan (mila tengah sarat mengandung 8 bulan setengah)

Lepas training, nak run bisnes spa lagi. Dengan sarat nye. Dengan nak hadapi situasi baru ( menjaga 2 orang anak)


Macamana ? Macamana ? Macamana ?



Ting !



Magic !



Magic nya adalah apabila dalam hati kita TERRRlalu lalu yakin bahawa Allah akan bantu. Apa sahaja yang bakal kita buat, walaupun tak tahu hujung pangkal lagi. YAKIN. Nak buat perkara baik Allah kan ada :)



12 November 2017 akhirnya berjaya juga training spa walaupun mengah kauuu  :P Happy sangat. I'm certified agent spa TWB now !!!




Dan terlalu banyak magic berlaku lagi dan lagi sepanjang 5 bulan mila sertai TWB. Percaya tak, perkara yang mila tak sangka boleh buat sebelum ni, mila berjaya buat ! Sampai tepuk tepuk pipi, ya Allah...betul ke aku dah sampai tahap ni  :D Alhamdulillahhh


First time dapat client Mobile Spa. Waktu ni dah sarat sangat dah..tapi Allah bagi kekuatan. Terima kasih Allah :')







First income spa yang mila dapat sebelum bersalin. Memang niat dari awal, duit dapat sebelum bersalin tu nak bagi parents sebab jagakan mila semasa dalam pantang. Alhamdulillah tercapai :)








Client bagi Feedback positive even ni bidang baru mila ceburi. Alhamdulillah good start







Mila pulun facialkan seberapa ramai yang mungkin. 6 orang mila facialkan semasa sarat mengandung ! Last client mila ambil semasa post date 40 weeks 2 days hahaha. Punya lah Magic. Kuasa Allah semua ni :)










Cipta logo sendiri. Ya mila buat sendiri. Mintak suami touch up je hihi. 



Magic Magic Magic



Dan magika ni akan berterusan selagi mila berada dalam TWB ini insyaAllah. Shaklee juga dah keluarkan produk skincare terbaru :: Youth Skincare :: yang mana tengah viral sekarang ! 8 tahun penyelidikan uolls sebelum dilancarkan awal bulan March 2018 ini.  Of course lah bertambah-tambah magic apabila TWB menggunakan youth ni ketika ber spa hihi. 

Terus mencipta magika dengan aktif menjalankan bisnes spa dengan keadaan mila sedang ada baby kecil yang kuat mengempeng ni hahaha. Bukti bahawa, sesiapa sahaja mampu menjalankan bisnes spa TWB ni walaupun apa sahaja cabaran dan halangan. Sistem TWB sangat mudah dan berkesan. 


Sekarang mila adalah salah seorang Beautician Spa TWB yang aktif dan merupakan Trainer untuk agent spa yang baru :)




Suka mila share kata-kata dari suami kepada mila ni :

Selagi kita belum cuba sesuatu, kita takkan tahu kemampuan diri

Apabila kita pilih untuk tidak mahu mencuba, kita akan terus di takuk lama

Apabila kita pilih untuk mencuba, kita mungkin selangkah di hadapan



Love, XoXo




Noor Kamilah Ibrahim
 Certified Trainer & Agent (Projek Spa Bergerak Shaklee ) at The Walking Beauty Project
014-5082724


Bacaan Lanjut :Belajar Buka Spa Murah Atas Nama Sendiri






💪