Monday, October 10, 2016

9 Tips Berpantang Dengan Sihat Tanpa Stress




Tempoh berpantang selepas bersalin adalah tempoh yg tidak boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan kesihatan jangka panjang serta keharmonian rumah tangga. Banyak perkara yang berkaitan dengan tempoh berpantang antaranya pemakanan, penyusuan, penjagaan tubuh badan, pantang larang dan banyak lagi. 


Bagi ibu yg baru bersalin, yg sedang menanggung :

1. Sakit luka bersalin 
2. Keletihan menyusukan anak yg mungkin pengalaman pertama 
3. Penat melayan anak meragam, tak cukup tidur dan sebagainya 
4. Masalah hidup yg tak siapa tahu..boleh menjadi isu terganggunya emosi

Jadi..berbekalkan pengalaman yang tidak la banyak macam akak-akak atau mak-mak nenek-nenek yang dah macam-macam diorang lalui, saya nak share beberapa tips yang mungkin membantu ibu-ibu yang sedang bersedia untuk hadapi bersalin, berpantang, menyusu dan sebagainya.



Tips 1:: Bersedia Fizikal dan Mental 

Banyak perubahan akan berlaku secara drastik selepas bersalin. Jadi banyakkan membaca tips, panduan melalui buku atau internet.





Tips 2 :: Rehat yang secukupnya

Semasa berpantang amat penting rehat yang cukup. Jangan buat kerja-kerja yang amat meletihkan badan kita. Satu lagi rehat secukupnya juga membantu luka-luka cepat sembuh. Cuba ambil Zinc Complex (ada terdapat di dalam ikan haruan) dan vitamin C untuk membantu peyembuhan. Macamana nk cari waktu rehat? kalau boleh jika anak tidur, gunakan waktu itu untuk kita rehat sepenuhnya. 




Tips 3 :: Bantuan dari suami amat penting

Suami insan yang paling rapat dengan kita, jadi bantuan daripada suami amat perlu ketika ini. Kita boleh berbincang dengan suami juga dalam hal ini, contohnya " nanti dalam pantang saya amat perlukan bantuan abang , ...." Suami pula janganlah sesekali abaikan perasaan isteri.




Tips 4 :: Mengambil pembantu rumah 

Jika suami berjauhan dan jika berkemampuan , apa salahnya mengambil pembantu rumah sementara. Bagi saya salah satu sebab boleh terjadinya murung juga adalah kerana suami berjauhan, tiada sokongan emosi dan tertekan kerana dalam kesakitan. Tambah lagi, segala hal rumah dari A - Z terpaksa dilakukan sendiri. Jika suami bekerja berjauhan dan tiada pembantu, seeloknya biar isteri kita ada peneman dan ada orang boleh membantu serba sedikit. Kebanyakannya ramai yang memilih untuk berpantang di kampung. Macam saya pun pilih utk berpantang di kampung dan dijaga oleh ibu saya sendiri. Untuk elakan letih yang amat, saya ambil ESP. Esp untuk tenaga tambahan, juga membantu memekatkan susu badan..so baby cpt kenyang dan tidur lena.





Tips 5 :: Senaman ringan

Kita boleh lakukan senaman ringan, supaya badan sedikit cergas dan bertenaga. Tengah sakit-sakit luka jahitan belum sembuh nak bersenam pula? Cukup jika anda berjalan walapun didalam rumah untuk melancarkan peredaran darah . Jangan laju-laju nanti takot bentan pula.



Tips 6 :: Buat ikut kemampuan

Buat apa yang termampu dan terbaik yang boleh kita lakukan. Bersikap positif amat penting. Cuba ambil B-Complex & Omega Guard untuk elakkan emosi terlebih ni. Stress dan emosi insyaAllah akan lebih terkawal. Maklumlahkan bila hormon kita ni berubah..haa emosi turutlah berubah. Susu badan pon susah nk keluar kalau stress.



Tips 7 :: Banyakkan berzikir

Banyakkan mengingati Allah dengan zikir-zikir sebab kita tak boleh solat n mengaji. Saya haritu selalu bukak bacaan Al-quran n zikir dekat anak..kadang-kadang boleh la dengarkan nasyid. Orang lain yang ada di rumah pun boleh ikut dengar skali :)




Tips 8 :: Perlunya diet seimbang

Kebiasaanya, bila berpantang ni , makanan pun banyak perlu pantang. Walau apapun yang perlu dipantang, perlulah makanan itu berkhasiat dan bernutrisi lengkap. Sebab daripada makan kita makan ini la yang akan bekalkan tenaga dan disalurkan pada bayi melalui susu badan kita. Cuba ambil Vitalea Iron Formula yg ada pelbagai vitamin tu..



Tips 9 :: Ubat-ubatan sesuai

Ada yang saya pernah dengar, meroyan terjadi akibat darah nifas tak keluar habis, tak bersih.Jadi ada bau busuk, hanyir itulah yang buatkan kita sakit kepala, murung, stress. Sebab itulah juga selepas bersalin kita disarankan untuk berurut, bertungku untuk kecutkan peranakan. Haritu saya ambil Alfalfa complex untuk kecutkan rahim dan alfalfa mmg milk booster yg best! Ia membantu untuk memanaskan badan sangat sesuai bagi ibu-ibu berpantang.



Itu sahaja. Semoga tips ini sedikit sebanyak memberi manfaat utk ibu, bakal ibu, masyarakat sekeliling dan para suami juga..Jaga diri dan ingat Allah setiap masa.Jika bermasalah dari segi kuantiti dan kualiti susu badan, saya sarankan anda cuba dari rangkaian Set Menyusu Terbaik Shaklee(Klik Disini) ini. 




Mila
Contact No.: 014-5082724
Pengedar & Pengguna Shaklee

No comments:

Post a Comment