Shaklee Effect yang mila dapat dan paaaaling tak boleh lupa adalah tentang LUKA BERSALIN 😖
Mila cerita sikit ye. Mila decide untuk join shaklee pada Ogos 2014, yakni beberapa bulan sahaja selepas berkahwin. Waktu tu baru kenal-kenal shaklee ni selepas tengok post post my upline athirah.
Apa yang buat mila bermula shaklee?
Sebab NAK DUIT. So memang mila nak buat bisnes je pada awalnya. Bukan sebab nak sihat. Mila rasa mila sihat je waktu tu. Tapi mila bermasalah duit since, mila tak berkerja selepas berhijrah ke KL mengikut suami.
Walaupun takde duit sangat, mila masih ada sikit-sikit saving. Mila decide nak join shaklee secara FREE MEMBERSHIP. So mila buat pembelian produk sebanyak 200uv.
Jadi mila tanya macam-macam la mummy tiera waktu tu. Apa yang baik untuk rambut gugur, untuk masalah keputihan, sembelit, apa yang sesuai untuk itu dan ini. Eh tiba-tiba baru sedar, tak sihat sangat pun aku. Banyak je masalah kesihatan 🙈 Tulah..kita ni banyak perasan kan. Kurang kesedaran kalau ayat chantekk sikit 😬
Okay. Dah bersusun produk ada kat rumah ni. Baru rasa nak semangat mulakan makan supplement..tiba tiba. Jeng jeng jeng. Mila pregnant !
Waktu tu mila ada beli alfalfa complex, herblax, caratomax, apa lagi...ESP, penapis air Water Pitcher.
Jadi mila confuse. Boleh ke makan semua tu?
Dalam keadaan tak berapa tahu lagi. Dan tak betul2 confident lagi dengan shaklee..mila tak makan sangat sepanjang pregnant. My bad sebab tak ambil masa untuk betul-betul baca and kaji.
So semua tu jadi "perhiasan" je kat rumah. Tapi mila still member shaklee lah.
Dipendekkan cerita. Bersalin, berpantang dan menyusu. Mila rasa nak kembali berbisnes. Tak tahu lah kenapa. Sebab aryan adalah push factor ibu utk cari duit lebih. Takde duit even nak beli sehelai baju aryan 😢
So mila buat.
Sambil buat tu, mila decide utk fokus Set Ibu-Ibu.
Set Merancang Kehamilan
Set Kehamilan
Set Berpantang
Set Menyusu
Dalam tak sedar, mila semakin gali ilmu tentang kesihatan dan makanan yang perlu untuk para ibu.
Mila menyesal. Sebab lambat ambil shaklee. Sebab mila alami luka bersalin yang agak teruk sebenarnya. Dan lambat sangat nak pulih. Dah habis pantang pun mila masih rasa perit. Mila kurus kering lepas bersalin sebab selalu stress dengan sakit, tak selesa nak duduk bangun, nak susukan anak, nak buat kerja harian.
Mulalah rasa macam tak pandai jaga badan sendiri😓
Dan macam-macam lah perkara negatif menerawang kat fikiran ni
Suami tak sayang dah
Suami cari lain
Anak terabai
Haishh !
Bencilah bila fikir bukan-bukan ni. Sedangkan takde la sampai ke situ.
Waktu tu baru percaya yang the struggle is real ! Memang betul kan ada wanita yang meroyan (Pospartum Deppression). Sebab waktu lepas bersalin ni sangat kritikal. Emosi sangat fragile. Ditambah lagi dengan kesakitan.
Syukur alhamdulillah. Asbab serius nak buat shaklee, mila gali banyak ilmu kesihatan. Dan mila sedar, kesilapan tak jaga pemakanan yang baik dan ambil makanan diperlukan sepanjang pregnant sampai lah menyusu pada waktu tu.
Jadi mila nekad, anak seterusnya. Mila nak jaga diri betul2!
Pendek cerita lagi. Mila pregnant anak kedua. Awal-awal tahu mengandung dah siap dengan barisan set kehamilan shaklee kat rumah😀
Dah rasa lain betul. Siap boleh buat spa kat 6 orang client pada 40weeks pregnant hehe.
Bersalin. Sejarah berulang. Mila alami almost 3rd degree tear ! Luka besar juga dan lebih teruk dari anak pertama. Hilang hampir 1 Liter darah😠Muka pucat lesi, dan terpaksa dijahit dalam dewan bedah. Walaupun hakikatnya bersalin normal je. Dah macam ceaser. Nak buat macamana..ujian.
Tapi tah kenapa. Lain macam semangat mila. Mila yakin sangat dengan set berpantang shaklee kali ni. Siap-siap di katil hospital sebelum bersalin lagi.
Lepas je mila dihantar ke wad, tak boleh bergerak selama beberapa jam. Dipakaikan beg kencing. Nak menyusu anak perlu minta nurse angkat baby ke dada. Tapi lepas je nurse cakap dah boleh bangun, mila beranikan diri bangun ke tandas. Nak mandi dan cuci darah2 yang melekat kat badan ni.
Subhanallah !
Mila boleh berjalan macam biasa. Tak sakit tu tipu la. Tapi duduk bangun tu lebih mudah berbanding selepas lahir anak pertama dulu.
Takpe takpe. Rileks dulu kamilah. Jangan cepat sangat fikir indah. Kang sakit lagi nanti merana kau 😂
Begitulah berlarutan selepas discharge. Berpantang happy sangat kali ni. Makan berselera, buat rutin berpantang pun tak takut sangat. Paling best, 9 hari berpantang mila dah rasa macam orang sihat. Sampai mak marah sebab tak sedar berjalan laju sangatðŸ¤
Perasaan?
Allah je tahu betapa bersyukur sebab cepat sedar dan cepat topup ilmu kesihatan.
Mila berkongsi kerana mila tahu, ramai ibu kat luar sana masih tercari-cari makanan kesihatan yang terbaik untuk mereka. Nak luka cepat sembuh, nak tenang tanpa stress semasa berpantang, nak happy dan kekal cantik walaupun anak ramai hehe. Badan mesti tip top okey
Mila sukaaa sangat set ibu ibu shaklee (mila je kot panggil semua tu set ibu ibu hikhik😄)
Dan jika anda berminat dan ingin rasa kan sendiri Shaklee Effect ke atas diri sendiri, boleh bermula dengan mana-mana produk shaklee dan guidance dari Mila, boleh contact 014-5082724 (Click to Whatsapp)untuk maklumat lanjut.
InsyaAllah dengan sedikit pengalaman yang ada ini, mila boleh bantu anda dengan masalah kesihatan yang mungkin sedang alami dan masih mencari-cari supplement terbaik sebagai bantuan.
--------
Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat.
Hubungi :
Facebook : Noor Kamilah Ibrahim
Instagram : Noor Kamilah Ibrahim
No comments:
Post a Comment