Thursday, March 7, 2019

Part Time Job Mobile Spa

Bestnye jadi sebahagian ahli TWB !





Lepas SPM, mesti ramai adik adik yang terfikir hala tuju masing-masing kan?

Apa nak buat lepas SPM ?



Kahwin ? Calon belum ada. Diri sendiri juga perlu ada pelajaran & pendapatan dahulu. 

Sambung belajar ? Perlu tunggu keputusan SPM keluar dulu. Lama juga kalau nak tunggu sahaja buang masa macam tu. 

Goyang kaki ? Memang seronok tak perlu berat kepala fikir maca-macam hal. Tapi ni salah satu ciri orang malas. Saya bercita-cita dan berwawasan tinggi !

Yes yes. Saya perlu KERJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN. Atau lebih spesifik, Kerja part time sementara keputusan SPM keluar & sementara saya diterima masuk belajar di mana-mana institusi pengajian. Saya ada cita-cita, tapi apa salahnya saya buat kerja yang mendatangkan hasil untuk beberapa bulan ini. Boleh juga digunakan untuk perbelanjaan ketika di universiti nanti. Ringan juga beban mak ayah :)

Satu lagi masalah.

Nak kerja part time, tapi apa yang sesuai ?

Biasanya..kerja part time yang "famous" untuk lepasan SPM macam saya ini :

1) Sales assistant atau cashier
2) Admin atau kerani sementara
3) Kerja di restaurant fast food (KFC/McD/Pizza Hut) atau kedai makan 
4) Promoter
5) Runner/ Dispatch
6) Customer services

Dan, ada satu lagi pekerjaan yang saya lihat sangat mendapat sambutan tinggi iaitu BISNES SPA BERGERAK atau MOBILE SPA 

Sekarang sangat trending dengan bisnes spa ni. 

Taip je kat google, instagram atau mana-mana carian. Berlambak orang kongsikan "Servis Mobile Spa". Macam seronok je. Sebabnya mobile spa ni tak perlukan kedai. Tak payah pening-pening fikir nak sewa kedai (modal besar ooooo), nak buka kedai setiap hari menunggu clients. Bazir masa sedangkan kalau buat mobile spa bila client nak baru pergi. Sambil tolong mak di rumah tapi still ada peluang tambah pendapatan kan. Macam best je buat Mobile Spa kan?

Dalam banyak-banyak peluang untuk mulakan bisnes Mobile Spa, apa kriteria yang perlu saya titikberatkan? Iyelah. saya baru nak kenal dunia pekerjaan. Tiada basic atau kemahiran. Nak mulakan sesuatu perniagaan haruslah keluarkan sedikit modal dan perlu kaji dengan teliti kursus spa yang mana adalah yang terbaik untuk saya. 

Hasil bacaan saya, ada beberapa Tips Memilih Kursus Spa Yang Betul :

1. Pastikan modalnya tidak terlalu besar  .

2. Kursus ada sijil, ada training secara praktikal & berlesen untuk pastikan kita dapat menjalankan bisnes spa dengan betul tanpa melanggar mana-mana peraturan

3. Pastikan ada jaminan dan 'proven result' bahawa ilmu dari kursus spa tersebut jika digunakan boleh memberi pulangan modal dengan cepat sekaligus memberi keuntungan berganda-ganda!

4. Fleksibel. Boleh set kan bila kita boleh hadiri kursus tersebut. Malah kelasnya juga tiada restriction untuk tidak boleh bawa anak/suami/teman. Boleh hadiri kelas secara santai

5. Simple dan tidak renyah. Sampai makan masa berhari hari. Biar simple janji effective.

6. DipercayaiBuat "backgroud check" dengan siapa kita berurusan untuk sertai kursus spa tersebut. Minta link Facebook / Instagram / Blog / Website untuk pastikan kursus spa itu benar-benar wujud dan bergerak dengan aktif sehingga hari ini. Ini untuk mengelakkan penipuan atau "scam".Tiada hidden charge yang membebankan.  



7. Pastikan berbaloi. Berapa modal yang dikeluarkan & apa yang akan diperolehi


Selepas membuat pembacaan dan penilaian. Ada satu projek yang sedang menjalankan Kursus Mobile Spa kepada sesiapa saja, termasuk lepasan SPM, penganggur, wanita bekerja ataupun surirumah. Dengan Hashtag dia Facebook atau Instagram #TheWalkingBeauty (TWB) atau Spa Shaklee. Memang baaaanyak sangat bukti projek TWB  ini sangat dipercayai dan bergerak aktif sehingga sekarang !



1. Modal menyertai kursus spa tak sampai RM3K pun! Masih rasa mahal...cuba baca sampai habis apa yang kita bakal dapat dengan modal serendah ini. 

2. Bersijil, Training secara praktikal & One-To-One



3. Jaminan proven result? Dah terbukti ramai yang sertai spa TWB dah mendapat hasil yang sangat banyak dan menguntungkan! Klik sini untuk lihat betapa ilmu yang TWB ajar adalah ilmu buat duit!

6 PENJURU PENDAPATAN !



4. Fleksibel, TWB Bisness Mudah

Pelajar universiti tahun akhir berjaya buat duit walaupun sibuk !



Sambil buai anak pun boleh



Sambil bercuti pun boleh tambah duit poket
5. Simple. Belajar dan praktikal 5 courses rawatan kecantikan + 1 advance course cuma dalam 2-3 jam sahaja dan balik dari training sudah boleh BERMULA BISNES SPA SENDIRI !!! Rahsia ilmu TWB, simple tapi powerful dan effective.

6. Dipercayai. Tiada sebarang penipuan atau hidden Yakin dengan sitem bisnes TWB  yang 100% keuntungan milik sendiri.

7. Berbaloi sangat-sangat. Bayangkan hanya RM1999 atau RM2999 boleh belajar 5 + 1 advance course?





- facial relaxing treatment
- body scrub
- sauna herbs
- aroma milk bath
- foot & hand spa


Tambahan, dapat belajar Make Over 360° yang sangat best ! (Rujuk poster)


dan satu lagi advance course!

Paling best dan paling berbaloi, selepas training kita tidak akan terpinga-pingabagaimana untuk bermula. Kita akan dimasukkan dalam support group yang meriah beautician TWB yang sudah berpengalaman dan juga baru menyertai. Tambah ilmu dan tambah kenalan juga !

Kita juga akan mendapat peralatan spa (seperti Beg spa, ion massage), satu kit spa beserta beberapa health & beauty product yang lain.







Berbaloi-baloi bukan?


Alhamdulillah, saya dah temui satu pekerjaan part time yang boleh dilakukan sementara menunggu keputusan SPM keluar !


Setidaknya, apa sahaja keputusan SPM yang bakal saya terima, saya sudah ada back-up plan iaitu menjana pendapatan dengan bisnes Mobile Spa TWB ini 

1) Sekiranya saya diterima masuk ke mana-mana institusi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, saya tidak perlu berhenti kerja, buat surat perletakan jawatan atau berat hati untuk tinggalkan pekerjaan part time tersebut. Kerana saya tidak terikat dengan sesiapa dan mana-mana syarikat. Bisnes Mobile Spa ini juga boleh terus saya jalankan walaupun sambil belajar. Bukti sudah ada pelajar tahun akhir universiti masih boleh menjana RM1500 sebulan ! Amazing kan !

2) Sekiranya saya tidak dapat melanjutkan pelajaran, tidak perlu pening-pening fikir apakah nasib saya di masa hadapan. Kerana saya sudah mempunyai satu pekerjaan yang boleh memberi pendapatan yang lumayan ! Tak risau untuk rasa membebankan keluarga kerana saya sudah dapat bantu keluarga dan balas jasa ibu bapa saya.


Alhamdulillah dah nampak peluang cerah ! Berbincang dengan keluarga dan Sertai The Walking Beauty sekarang memang keputusan yang TEPAT !


Saya nak berjaya join TWB macam sis niii !!!!!


Macamana saya nak sertai TWB?

Saya perlu hubungi Puan Mila ni segera dan akan dibantu dan diterangkan secara detail.Yeay !




Tuesday, February 5, 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019

Assalamualaikum.



Mila pernah hadir ke satu bengkel motivasi pada tahun 2016, dan dan mila dapat pertanyaan dari dari speaker. Lebih kurang soalannya macam ni...

"Awak target untuk income besar, duit yang banyak ni untuk apa?"

Dan jawapan yang jujur memang terlintas di fikiran ketika itu adalah >>> MAK AYAH.

Mila serius, memang dari awal berbisnes. Push factor terbesar mila adalah mama & papa mila. Mila tak boleh rasa nak bersenang lenang selagi mila tahu mereka tak senang.

TAPI

Kata-kata speaker selepas jawapan yang mila berikan itu buat mila tersentak. Betul-betul baru mila sedar tentang sesuatu.

" Betul jujur?. Alaah cakap je nak beli rumah besar, nak kereta lebih selesa. Lain lah awak dah ada semua tu "

Alamak ! Kenapa speaker ni macam ni. Betul la, memang mama & papa push factor yang kuat untuk aku. Usia mereka dah 66 tahun, takkan aku nak main-main lagi. Aku perlu buat sesuatu dengan segera untuk bahagiakan setiap detik hidup mereka sebelum mereka hilang rasa nak semuanya di dunia ni :'(

Tetapi, kata-kata speaker itu sebenarnya cuba membuka mata mila untuk memiliki IMPIAN YANG LEBIH BESAR.

Kata mentor, salah satu kunci untuk berjaya adalah perlu BESARKAN JIWA. Jangan terus tenggelam dengan jiwa kecil..maksudnya hanya terus nakkan perkara kecil, buatkan kita tak berani nak berimpian besar, apatahlagi nak berusaha untuk capai impian-impian itu.

Barulah mila sedar, betapa kecilnya jiwa mila, kecilnya impian mila sebelum ini. Hanya fikirkan untuk kepentingan sendiri.

Ingat lagi, sebelum berkahwin. Mila tak punya apa-apa. Berkerja makan gaji. Waktu tu mila dah mula hulurkan duit bulanan kepada mama & papa. Tetapi jujurnya memang tak banyak. Mila bawa kereta kancil milik papa ke tempat kerja. Tahu apa yang mila fikirkan ketika itu?

Mila nak berkahwin dengan saving yang dah mula dibuat ni (waktu tu memang dah ada planning dengan bakal suami). Ketika itu bakal suami juga masih belum betul-betul stabil dalam pekerjaannya. Jadi memang plan nak hidup yang biasa. Cukup ada rumah sewa, sebuah kereta kancil second hand  memudahkan urusan. Nak kemana-mana yang dekat boleh naik motor suami je. Nanti nak cari kerja yang boleh dekat dengan suami je. Tak kisah la kerja biasa-biasa je. Asalkan boleh teruskan beri duit belanja sikit kat mama & papa. Dan ada la duit untuk diri sendiri yang jenis tak menginginkan apa-apa ni.

Betapa kecil nya jiwa mila, mila tiada impian nak miliki rumah sendiri, kereta sendiri, apatah lagi handbag berjenama, pakaian baru, make up, travel. Dan kami tak plan untuk honeymoon di tempat yang lebih istimewa kerana kami tahu kehidupan kami yang serba kekurangan selepas berkahwin.

Lagi buat mila tersentak apabila mula menyedari bahawa...

IMPIAN ITU PERCUMA !

Tak perlu bayar pun untuk ada impian !

Kenapa begitu takut nak memiliki sebuah impian besar? Malu?

Ye..memang malu dan segan di saat kita tak punya apa-apa, kita nak tanam impian yang besar. Tetapi tahukah..

Orang yang berjiwa kecil -  Sebenarnya dia nak. Mulut kata nak, tapi hati taknak, body taknak, minda taknak. Dan biasanya mereka SELFISH. Pentingkan diri sendiri. Mereka fikir untuk kehidupan sendiri sahaja, mereka tidak nampak betapa sekiranya mereka berusaha dan senang, lebih ramai lagi jiwa yang boleh dibantu, lebih banyak pahala boleh diraih. Tiada impian besar yang buatkan mereka rasa nak berusaha lebih kuat

Orang berjiwa besar - Dia tak pentingkan diri sendiri. Dia mula menanam impian walaupun cara dan jalan belum betul-betul pasti lagi. Tetapi dengan impian itu, mereka TER tolak untuk berusaha dengan lebih gigih. Bila dia kata nak berjaya, dia pulun, usaha sampai jadi. Seolah-olah, kalau dia tak dapat dia mati !

Mila nekad, mila nak berjaya !

Mila mula besarkan jiwa. Mila besarkan impian. Mila belajar untuk jadi seorang berjiwa besar. Macamana?

Dengan SENTIASA melihat kehidupan orang berjaya.

Untuk tahun 2019 ini

Pertama sekali, push factor mila masih mama & papa. Mila nak SETIAP BULAN mila mampu berikan RM1000 setiap seorang. Bermaksud peruntukan RM2000 diperlukan secara bulanan. Apalah sangat RM2000 dengan jasa dan pengorbanan mereka berikan kepada mila sejak lahir hingga mila dewasa :')

Jika ada lebih lagi, mila akan beri lebih. Dan impian mila untuk bawa mereka travel oversea dan tempat mereka belum pernah sampai. Taknak la bawa yang biasa-biasa. Nak mereka rasai pengalaman yang lain dari yang lain.

Seingat mila, mama & papa dah pernah sampai ke Istanbul, Perth Australia, Bandung, Medan, Thailand, Vietnam, Seluruh Semenanjung, Sarawak, beberapa kali umrah & Haji. Mila nak berikan mereka pengalaman baru pula.

InsyaAllah mama & papa acik akan bawa (kalau mereka baca ni :') 

Macamana dengan mila sendiri? Impian mila yang lain?

Maksudnya, nak tak nak. Mila perlu BESARKAN INCOME lagi.

Tak cukuplah sekadar income RM3000 sebulan yang mila pernah capai dalam Shaklee & TWB ni kan. Takkan nak tinggal balance RM1000 untuk mila sendiri kan.

Mila dah nekad, nak miliki rumah atas nama sendiri.

Miliki kereta idaman atas nama sendiri.

Miliki kad kredit untuk urusan bisnes.

Mila nak shopping, reward diri sendiri dengan happy selepas mila usaha dan berpenat lelah. Beli je apa yang mila nak, handbag ke, kasut ke, make up ke...uishh. seronoknya !

Maksudnya bonus statement shaklee mila perlu diperkemas dan meyakinkan pihak bank lagi.

I HAVE TO ACHIVE MORE !

AND I BELIEVE, I CAN !

Sejak mula berbisnes shaklee lagi mila sudah mula buat Vision Board. Dan mila tampal di dinding untuk mila baca setiap hari. Dah beberapa kali mila renew vision board ni, sebab ada yang sudah tercapai alhamdulillah. Betul kan, impian tu PERCUMA :') .(Maaf perlu blur sesetengah part, belum ready nak share dgn semua :D )

By December 2019

1. Saving dah cecah RM15, 000 (Sekarang sikit lagi nak RM10K)




2. Downpayment rumah pertama dia area EQUINE PARK, SERI KEMBANGAN

3. Survey area rumah kedua di Kajang /Bangi

4. Dah selesai bawa mama & papa, suami, anak-anak bercuti

5. Teruskan konsisten pengambilan vitamin, tambahan vivix & kolagen. Kata nak sihat, cantik dan kekal awet muda :D. Yang ni paling yakin mila akan jaga 




6. Coordinator in Shaklee

7. Dah stabil berikan RM2000 setiap bulan untuk mama & papa

8. Sedekah unlimited




9. Saving untuk kereta pertama atas nama sendiri RM5000 (Toyota CHR). Start cita-cita ada kereta kedua (Outlander 7 Seater)








Mana-mana terjumpa aii snap gambar :D




Outlander 7 seater with Sunroof pon dalam pemerhatian :D

10. Dapat 1 tiket FREE dari Shaklee Percutian ke Korea





Dengan harapan dapat terserempak dengan Lee min ho :D


11. Car Bonus in Shaklee, 1st Car Fleet in March 2019




12. Beli Washer + Dryer



13. Tabung untuk permulaan pendidikan Aryan at least RM3000


Dan lain-lain, mila sentiasa masukkan dalam wish list. 

- Master Coordinator in Shaklee 2021
- Holiday ke Paris 2022
- Toyota CHR 2022
- Outlander 2023
- Buat lasik di Prof Muhaya 2020
- Miliki rumah SEMI-D Double Storey with Swimming Pool 2023
- Miliki bilik spa cantik dan lengkap di rumah sendiri 2021
- Umrah percuma Shaklee
- Tunaikan Haji sekeluarga

Doakan mila berjaya capai semuanya okay ! Mila sendiri yakin akan boleh dapat !

Ok Tq for reading ! 

XoXo


Saturday, February 2, 2019

Why I love TWB Family

November 2017, dan hari ini mila mula menulis entry ini pada 2 Februari 2019. To be exact, 1 tahun 2 bulan mila menceburi bidang spa TWB :)

Banyak suka, dan tak kurang juga kisah duka. 

Yang terbaru apabila mila mengecap kejayaan demi kejayaan dalam Shaklee & TWB. Telah mila ceritakan panjang lebar di entry ini >> 


Kisah duka seakan tidak wujud apabila diingat kembali, betapa mila menghargai semua pengalaman yang tercipta walaupun hanya masa yang singkat berada dalam family TWB :')



Perjalanan & Perkembangan Kerjaya Mila dalam Spa TWB ( Career Development )

1. MULA MENDAFTAR DAN TRAINING PADA NOVEMBER 2017

Maka, secara rasminya mila dah jadi beautician TWB ! Iaitu kerjaya pada peringkat pertama TWB.




2. UPGRADE MENJADI SEORANG TRAINER APRIL 2018

Ahli TWB akan diberitahu tentang 6 penjuru Income yang layak diperolehi apabila selesai training spa TWB. Mila sejenis yang sukakan cabaran dan tidak suka untuk jadi "biasa-biasa" hehe. Boleh baca entry ni >>> Perfectionist

Memang aim dari awal, taknak la sekadar jadi beautician. Mila nak jadi trainer ! Mila nak bantu raaaamai lagi wanita untuk keluar dari masalah kewangan, keluar dari kepompong kehidupan yang statik dan tak menarik, dan keluar dari masalah kehidupan yang buatkan ramai wanita stress dan sakit !

Mila ada misi yang jelas sejak dari awal penglibatan dalam Twb. Then, macam tak percaya juga. Dalam 5 bulan selepas menjadi beautician, mila nekad untuk usahakan upgrade diri kepada menjadi seorang trainer TWB :)

Dalam masa sama, mila tak stop servis spa. Alhamdulillah mila dah merasa semua keenam-enam penjuru income yang TWB tawarkan. Yeahh !







Antara agen Spa TWB yang mila lahirkan dan mila train. Setakat ini mila lahirkan agen spa dari Terengganu, Perak, KL, Selangor, Kuantan Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan and more to come insyaAllah.  Ada yang nak jadi anak didik spa mila? Sangatlah di alu-alukan :)

3. RANK UP SEBAGAI LEADER & MENGEMBANGKAN ORGANISASI



Antara detik manis mila dalam shaklee adalah apabila mila berjaya dinaikkan pangkat sebagai Supervisor. Iaitu leader pertama dalam shaklee. Bermulanya mendapat pendapatan 4 angka dalam sebulan. Mila terus mencari peluang dan berusaha untuk terus maju dalam bisnes Shaklee & TWB (Spa Shaklee)

Dan mila sudah membina organisasi mila sendiri iaitu " Miracle ". Nama team yang mila cipta untuk lahirkan lebih ramai untuk sama-sama berjaya bersama mila insyaAllah.







Inilah antara wajah ahli team miracle yang mila guide & bantu apabila mereka memerlukan panduan dan dorongan.

Kerana TWB adalah merupakan satu projek dalam shaklee, iaitu spa yang menggunakan produk shaklee, dan juga menggunakan sistem bisnes shaklee yang sudah terbukti sistematik. Ada ahlinya yang sudah menjadi leader dalam shaklee terlebih dahulu sebelum menyertai TWB. Dan ada juga setelah menyertai TWB barulah mereka berjaya naik pangkat menjadi seorang leader.

So, jangan keliru ya :D

KENAPA PENTING SEORANG BEAUTICIAN TWB DIGALAKKAN NAIK PANGKAT KEPADA LEADER ?

Sebelum ada yang tertanya-tanya, mila suka jelaskan dahulu.

TWB cuma merangka career development kepada ahlinya supaya masing-masing mempunyai matlamat dan bergerak kearah itu. Namun, tiada paksaan jika ahli TWB hanya ingin kekal sebagai beautician. Cuma sedikit kerugian apabila mereka melepaskan peluang yang sudah terbentang luas.

Twb memilih untuk menggunakan produk shaklee sebagai asas dalam rawatan spa, dan sistem shaklee juga digunakan kerana sudah jelas sistem shaklee sangat membantu ahlinya. Bukan sahaja untuk dapatkan " Instant Cash " apabila selesai membuat rawatan kepada customer, tetapi TWB inginkan ahlinya menikmati kebebasan kewangan lebih dari menjadi seorang yg perlu berkerja keras menggunakan tenaga sampai bila-bila.

TWB cuba menyediakan ahlinya yang serius berbisnes kearah " Passive Income". Iaitu, duit berkerja untuk kita. Lebih-lebih lagi yang nak merancang masa hadapan yang lebih cerah. Takkan nak gunakan tenaga kudrat 4 kerat sampai ke tua kan?

Bagi yang berkerjaya, mungkin tiada yang dibimbangkan jika mereka pasti akan mendapat pencen dan pendapatan selepas mereka bersara.

Bagaimana pula dengan golongan surirumah atau yang tiada pekerjaan tetap dan kemudian memilih kerjaya spa? Apa jaminan masa hadapan untuk mereka?

Dan inilah TWB cuba fikirkan sejak dari awal penubuhannya lagi :)

Sistem shaklee yang jelas dan telus.

Bacaan lanjut :

1. Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee

2. Bisnes Shaklee Ada Pencen & Boleh Diwariskan Kepada Anak ?

Dah selesai baca dua entry diatas? Pasti korang rasa teruja giler kan ! Dan tak sangka ada bisnes spa yang tawarkan peluang untuk berjaya dalam hidup sebesar ini !


Jadi itulah sedikit sebanyak yang mila nak kongsikan kepada pembaca tentang career development dalam TWB.

Why i love family TWB? Of course la kerana dengan Allah aturkan hidup mila setahun yang lepas untuk menyertai TWB, banyak mila pelajari dari team, mila ambil semangat dan kecekalan mereka. Mila pelajari dari kesilapan orang lain supaya mila tidak melakukan kesilapan yang sama.

I learn a lot from TWB !

Thanks Allah, thanks team, especially my Mentor Master Athirah & Master Ainul, team miracle.



Much Love,
XoXo