Thursday, June 20, 2019

CEPAT GIVE UP TANDA KITA BERJIWA KECIL

Gambar sewaktu ke Health & Wellness Talk Shaklee di Sunway Geo Tower

11 Ogos 2014 mila register as shaklee members. Tapi Ogos 2015 baru terasa serius nak berbisnes. Setahun tu, memang tak fokus shaklee. Tapi setahun tu mila dah ambil kekuatan dari jadi silent reader di group whatsapp. Tengok semua updates dari mentor. Jadi ogos 2015 mila terus giler giler buat bisnes. Semangat giler.

2 bulan lagi genap la 5 tahun ber shaklee. Makan shaklee. Rasa shaklee effects. Jadi leader shaklee. Join spa TWB. Buat spa. Dapat income dari shaklee & spa. Alhamdulillah.

Ada juga masa mila rasa lemah semangat. Korang mesti tahu kan, kalau sesorang tu lemah. Dia rasa nak give up. Rasa down. Rasa macam-macam rasa lah.

Mila rasa nak share lah antara sebab mila rasa nak give up, tapi mampu bangkit balik :

1. Tak rasa kesan positif
Walaupun mila ahli shaklee, mila pun usahakan utk beli produk shaklee untuk dimakan. Mila share info hasil kesan pada mila sendiri, parents mila, customer atau ahli team mila. Tapi ada masa mila tak rasa betul2 kesan yg mila nak. Frust dan rasa tak berani nak share kat orang lain. Waktu tu la rasa down dan tak semangat dah nak share apa2 infos. Then, mila akan tengok. Kenapa orang lain dapat kesan yg baik pula. Kenapa mila je x dapat 😂 Parents mila siap repeat. Dorang menunggu anaknya supply supplement untuk dia hehe

Kalau rujuk post mila yg lepas ni :  " Acik kenapa masak masin sangat ?" 


Actually, kesan pengambilan supplement pada setiap individu tu berbeza. Mila mungkin tak dapat kesan atau lambat nampak kesan tu kerana pemakanan harian yang kurang terjaga. So, actually ambil shaklee ni boleh kuatkan semangat mila untuk terus jaga makan dengan lebih sihat dan berkhasiat. Tak boleh rely to supplement je tau. So tak boleh rasa down sebab ni. Ada je yang mila dapat kesan cpt spt Ostematrix, vit c, alfalfa, Esp. Cuma nak kulit terus flawless tu x dpt ler dah kau makan minum macam hape 😭 Teruskan share good infos to others dan terus jaga diri okay !

2. Bad talk, negative viral
Mila pernah rasa down waktu awal join shaklee. Waktu tu lah viral katakan shaklee itu shaklee ini. Waktu tu fragile lagi. Yang tanya depan2 pun ada cakap " ok ke jual shaklee? Ada orang cakap shaklee boleh sebabkan ___" . Lagi la kita ni rasa nak stop. Knowledge pun tak banyak. Pastu takut jugak sebab yang viral tu golongan doktor yang katakan supplement tu bahaya. Aduhai. Tapi jenis mila tak mudah percaya kalau takde bukti jelas. Stakat viral dan cakap2 tu belum bukti kukuh. Sedangkan hari-hari mila baca ujian2 klinikal, ujian saintifik yang shaklee buat. Macam bercanggah sangat dgn org duk viral. Dan kita boleh nilai, cara orang nak memberi nasihat atau menjatuhkan kita. Orang baik2 takkan viralkan benda sendiri tak tahu apa. Biasanya sebab nak jatuhkan kita je duk sibuk hal ni. Macam kes page PW haaa. Habis terbongkar keje dorang 🙊 Skrg tak terkesan sangat dah kalau timbul balik kes lama. Dah lali asam garam dunia bisnes (flip hair gittew )💁

3) Rasa takde progress
Mila pernah rasa. Mila statik. Takde perkembangan. Macam tuuu je. Waktu tu mila memang salahkan bisnes 😂 Rasa macam salah pilih bisnes pun ada. Bisnes ni tak sesuai dgn aku. Aku takde rezeki nak berjaya dengan bisnes ni. Macam2 lah syaitonirrajim datang menghasut. Padahal silap sendiri belum cek betul betul. Waktu fikiran waras sikit, mila buat post mortem. Kalau mila tukar bisnes lain sekalipun, percayalah. Proses nya akan sama. Mila akan sampai tahap down macam ni juga dan akan cari penyelesaian. Why not, jimatkan masa, teruskan apa yg dah usahakan selama ni, speed up, buat betul2. Cek balik. Semua yang mentor suruh buat, dah buat ke?

Tak buat sebab tu tak berjaya. Samada dari segi strategi bisnes atau kerohanian. Muhasabah la balik.

Sebab once kita give up. Kononnya nak start buat bisnes lain yang lebih ok dengan kita, kita akan ambik banyak masa lagi untuk grow. Ambik masa pula nak grow nya huhuhu. Umur kita makin pendek, bukan makin panjang 😢 Bila nak berjaya kalau asyik duk mencari bisnes yang sesuai sedangkan yang perlu adalah BERUBAH SIKAP

4) Terlalu fikirkan orang lain
Pernah jugak ter compare dgn orang lain sedangkan tak perlu. Lagi banyak compare, lagi jauh kita tertinggal. Fokus jalan sendiri je. Fokus bina diri sendiri. Yang perlu tahu masalah kita cuma mentor bisnes sebab biasanya mentor je tahu apa lebih dan kurang kita. Bukan pesaing kita kan?

Now takde masalah dah pasal ni. Belajar sayang diri dan tahu kekuatan diri. At the same time, baiki kelemahan diri. Paling penting mmg perlu sayangkan diri sendiri.

5) Suka besarkan masalah
Bila datang masalah. Suka sangat fikir lebih lebih. Sedangkan dah buat target. Ada matlamat nak di capai. Tapi mila biarkan masalah untuk lebih conquer diri dan semangat mila. Mila belajar, walaupun besar mana masalah yang datang. Like baru baru ni mila tengok mentor2 mila menghadapi satu keadaan kehilangan ayah. Tapi mereka tetap kuat, tetap berbisnes dgn gigih. SEBAB ? Mereka kecilkan masalah sedih, rasa rindu, rasa yang tak tergambar tu. Yang mereka nampak adalah matlamat untuk bahagiakan ibu yang masih ada. Tunaikan semua impian ibu. Allahuu..sampai macam tu sekali kita boleh kawal pemikiran kita. Even dia saat saat yang sangat menguji. Sebab dah miliki JIWA YANG BESAR DAN KUAT :')

Life kita, kita boleh tentukan.

Jika jiwa kecil..kita akan mudah kalah dengan apa jua situasi.

Tapi

Jika kita didik diri untuk menjadi seorang berjiwa besar. Kita akan menang. MENANG dalam apa jua situasi 😊

Tips : 1 cara nak kekalkan semangat walaupun rasa down  nak give up nak mati. Cari mentor. Tak kisah la jumpa, atau phone call atau whatsapp atau apa je. Carilah seseorang yang kita confirm akan faham. Atau carilah keramat hidup kita, mak ayah. Luah. Atau just buat baik dengan sesiapa. Jangan layan down kita sampai kita hancurkan semua yang pernah kita kecapi. Do something supaya kita kekal bersemangat dan run bisnes dengan terus semangat ! 💪

Mila dengan new look. Kes airis patahkan spek ibu ni hehe. Semoga dengan spek baru, datang lah semangat baru ye NOOR KAMILAH IBRAHIM ! Do more achieve more !

Love,
Yourself ❤️

Sunday, May 12, 2019

KISAH BENAR SEORANG GURU TERPAKSA BERHENTI KERJA SELEPAS 7 BULAN JOIN TWB

"....Nampak macam takut-takut kan. Masa tu takde trainer lagi kat Temerloh ni, so saya naik bas dr Temerloh ke KL semata2 nk gi training. Keluar seawal pagi, sampai rumah malam. Nak belajar..nak ubah hidup.. Kene kuat semangat!!...."



Kisah Inspirasi

Kisah-kisah kejayaan ahli TWB ini mila ambil dari sharing semasa Preview yang kami jalankan untuk memperkenalkan Projek Spa Tanpa Kedai TWB. Mila gunakan nama samaran untuk tujuan tidak mendedahkan identiti sebenar.

  

~~~~~

Assalamualaikum semua☺

Sebelum itu, saya kenalkan diri saya serba sedikit. Tak kenal maka tak cinta giteww.🤭

Nama saya Faridah Daik berasal dari Terengganu dan kini menetap di Temerloh, berumur 34 tahun dan sudah berkahwin serta mempunyai sepasang cahaya mata.

Saya merupakan graduan dari Universiti Malaya dalm jurusan Sains (Ekologi dan Biodiversiti). setelah tamat pengajian saya bekerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih dan Guru ganti selama hampir 3 tahun. Pengalaman saya telah mengajar di 10 buah sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 2018 sy telah menyambung pengajian di Oum dalam Postgraduate Diploma In Teaching (PGDT).
Saya ambik Postgraduate Diploma In Teaching (PGDT) di Oum Temerloh

Ok, saya cerita macam mana saya join TWB ni. time sy mula2 nak join TWB ni saya langsung takde modal ye.  
tambah lagi pada masa tu saya tengah sambung belajar di OUM dengan duit sendiri juga. Waktu tu saya dah sem akhir, which is saya nak jelaskan yuran sem akhir saya tu juga saya dah takde duit! Dah habis duit.

Sampai satu malam di penghujung bulan Okt 2018, saya scroll2 fb..saya nmpk posting Puan Rafiza Idayu cerita pasal bisnes mobile spa ni boleh jana income, dapat instant cash, permintaan sentiasa ada.

Saya adalah follower dia,saya siap buat see first lagi..so saya nampak ye macam mana bisnes mobile spa ni telah transform diri dia sampailah saya tergerak hati untuk klik link yg dia bagi.

So bertitik tolak dari situlah... saya join preview tentang bisnes mobile spa TWB.
Seriously, sebelum ni saya tak pernah tau pun pasal TWB. Tapi lepas je saya join PREVIEW  tu saya terus nampak peluang karier yang sangat cerah bersama TWB.

Hati saya meronta2 nak join TWB. Preview ni telah buka mata saya..buat saya nampak satu peluang yang sgt besar

TAPI….mana saya nak cari modal? Tambah lagi yuran penggajian semester akhir di OUM masih berbaki RM2K. Nak join pakej spa TWB RM1999…termenung saya mikir tau!

Lepas tu saya slow talk dengan suami saya, saya cerita kt dia pasal TWB ni, saya nak join sebab saya nampak peluang dan TWB pon dah ada banyak proven results!

Bagaimana alumni2 TWB boleh dapat balik modal sekejap je,lepas tu buat duit hari2, dapat instant cash.

Saya bagitaulah saya dah buat solat istikharah, solat tahajud…mungkin inilah jalan yang terbaik utk saya jana pendapatan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan..suami bagi kepercayaan pada saya, dia bagi pinjam duit utk saya memulakan modal join pakej spa TWB RM1999 tu.

Sy takde pengalaman langsung sebelum ni. 

Nampak muka mcm takut2 kn. Masa tu takde trainer lagi kat Temerloh ni, so saya naik bas dr Temerloh ke KL semata2 nk gi training.
Kuar seawal pagi, smp rumah mlm. 
Nak belajar..nak ubah hidup.. Kne kuat smngt!!



Lps je training.. Rasa konfiden.. Saya tak sabar nak run bisnes spa sy

Training di rumah Master Ainul masa ni. Saya pergi training pada 2 NOV 2018. Habis je training saya terus pulun buat spa. Ke mana2 saya pergi saya mesti bawak beg spa saya even balik kg, pergi KL. Dan Alhamdulillah cust saya tak putus2.

Dengan skills yg sy dh bljr lps training saya boleh buat duit kt mna2 je

seriously..best sgt lps join kursus mobile spa dengan TWB ni..betul2 telah merubah hidup saya

Lepas training, dalam masa 3 minggu je saya buat secara santai2 je saya dah dapat RM1111 hasil dari buat facial je.

Haa.. Korang klau join pakej ramadhan ni dh boleh balik modal dh tu

Ni sy buat secara santai2 sehari dlm 1-2 orang cust.. Promote pon gune medium fb je masa tu lh.. Sbb sy pon tgh sibuk jugak nk siapkn assignment dan report practicum saya, nak final exam lg

Masa kne observed dgn lecturer

Interview guru kanan utk siapkn assignment

Sambil2 buat spa bjya siapkn portfolio practicum.

Nak tau ape results sy utk sem akhir saya?? Saya dapat pointer 3.92😃

Saya berjaya buktikan yg walaupun xde modal, sy usaha cari.. Doa mntk Allah permudahkan.. Yakinlh dgn doa kita

Saya berjaya buktikan yg wpon sy tgh struggle dgn assignment,exam..saya dapat buat bisnes mobile spa


Alhamdulillah sebulan lebih saya dah dapat balik modal saya RM1999 tu dan terus bayar hutang saya.

Lepas tu dengan hasil spa juga saya mampu menjelaskan baki yuran penggajian saya sebnyk RM2K.


Ni sy gi KL, sy mmg bawak beg spa tu.. Di mana ada wanita di situ ada peluang
Cust nak sy terus on

Tahun lps sy bljr kn.. Tahun ni sy kerja sbg cikgu ganti.. Lps sekolah sy buat mobile spa.

Lunch hour, facial kn kerani sekolah

Balik skolah, customer datang rumah sejam je dapat banyak ni. 

Saya pulun lps balik ngaja sek, sy buat spa, hujung minggu pulun buat spa
Sape kerja cikgu taulh penat mcm mn.. Sy kuar rumah sblm pkul 7 pg, saya blik smp rumah dlm pkul 3 lebih

Sehari dpt byk ni.. Best tak? Hujung mggu

Ni baru saya buat part time.. Sy ngaja smp hjg bln 3

Lps tu ade pihak pentadbir dtg jmp sy tny nk smbg lagi tak bln 4 ni.
Sy senyum dan jawab, sy taknak sambung ngaja dh

Sbb ape.. Sy nmpk satu peluang yg sgt besar kalau saya fokus dlm bisnes ni


Bln 4 sy fully fokus dlm bisnes.  Saya bukan shja sbg beauty therapist.. Tapi sy bjya upgrade sbg qualified trainer TWB

Saya telah menjadi trainer TWB di Pahang

Sesi training new beautician awal april lalu.. Alhamdulillah dia pon bekerja buat secara part time dan setiap hjg mggu cust tidak putus2



Twb offer kita 6 penjuru income.. So sy rebut semua penjuru income tersebut.

Dari penjuru pertama iaitu hasil instant cash spa shja bln april sy dpt  sebyk RM1800. Lagi banyak dari gaji sy kerja mengajar

Lagi penjuru income dr bonus Shaklee.. Bulan april sy bjya dapat RM1700

Tu belum penjuru2 yg lain. 🤭

Semalam pon ade kawan sy cikgu wsap tny nk mengajar tak kt sek dia.. Sy tolak.

Sy mmg minat mengajar
Misi sy skg untuk mengajar org buat duit dgn bisnes spa.. Sy nk bntu org utk ubah diri mereka

Semalam saya train seorang lagi new beautician TWB

Training in progress

Selesai training. Welcome to Alumni TWB



Smlm sy training nurse tau.. Haa.. Nmpk tak semua org nk buat side income. So bisnes ni kita boleh buat secara part time atau full time

Oh ye sy 1 ramadhan.. Blik kg.. Facialkn 3 org tau. Dr tgh hr smp ptg.

Mmg bln ramadhan ni bulan yg terbaik utk rebut peluang join kursus mobile spa TWB ni.

Yg dh facial awal ramadhan.. Mereka dh siap2 booking nk facial pghujung ramadhan... Seme nk cantik sblm raye.. Lps raye.. Smbg dgn bakal2 pengantin pulak nk spa.

Setiap org ade cabaran masing2, dugaan kita tak sama. Saya tau. Tapi jgn jadikan itu sbg satu alasan!!

Atasi semua cabaran dan halangan

Sy nmpk peluang yg ckup besar dlm bisnes ini. In sha Allah anda semua pon lagi hebat dari saya

Faridah,
Beautician TWB

~~~~~



Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Amy, boleh hubungi Certified TWB Trainer iaitu Puan Mila 014-5082724 (Click to Whatsapp)untuk maklumat lanjut. 

Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat.

Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB? 
Sila click link di bawah:-




Jom hubungi Mila segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team Miracle !

Hubungi : 


Instagram : Noor Kamilah Ibrahim


Monday, April 22, 2019

CUMA 1 jam 20 minit BOLEH DAPAT RM120. KALAU SEHARI ??? Mobile Spa TWB Lubuk Buat Duit

Hai Assalamualaikum :)

Nak update job spa yang mila attend jumaat lepas, 19 April 2019


Mila ke Keramat, Kuala Lumpur untuk hadiri 2 orang customer spa. Sampai je disana baru mila tahu rupanya seorang adalah ibu berpantang bersalin, dan seorang lagi penjaga pantang nya.

Awalnya dah rasa happy sangat kerana dapat bantu seorang wanita yang tak dapat keluar rumah, tetapi masih mahu membuat rawatan kulit wajahnya. Yelah, penting bagi sesetengah wanita yang berkerjaya untuk sentiasa tampil cantik dan kemas. Dan rawatan spa bukanlah sekadar untuk cantik, tapi banyak lagi manfaatnya. Antaranya :

1. Mengurangkan stress - urutan seri wajah
2. Melegakan otot & lenguh badan - Body scrub & urut lulur
3. Kulit yang sihat dan berseri - Natural Scrub dan masker, Mandian Aura Susu
4. Detoksifikasi - sauna
5. Elakkan masalah kulit - Hand & Foot Spa
6. Membakar kalori - sauna

Dan banyak lagi lah


Oh ya, customer mila ini seorang yang berkerja di salah sebuah company swasta.

Jam 3.20 petang, mila mulakan rawatan facial kepada penjaga pantangnya dahulu kerana dia masih sibuk dengan baby nak menyusu dan tidur. Kemudian barulah disambung rawatan kepada customer seorang lagi.


Ramai yang suka dengan kewujudan Servis Mobile Spa ini kerana, mereka tidak perlu keluar rumah untuk ke kedai spa. Lihatlah, mereka masih boleh menerima rawatan di kala anak-anak boleh bermain dengan tenang. Kita sebagai ibu pun tak kalut bila anak-anak ada je depan mata. Sambil pakai baju tidur pun boleh ber spa hehe

Cuba bayangkan, apabila ke kedai spa. Anak-anak perlu dihantar kepada penjaga. Perlu diupah juga penjaga itu walaupun sekejap kan? Kereta, perlu diisi petrol. Tol. Parking fee. Banyak sangat kos akan dikeluarkan. Masa dan tenaga lagi. Aduhh.

Akhirnya, semakin ramai memilih untuk menerima servis mobile spa seperti mila jalankan sekarang :)

Jam 3.20 petang - 4.40 petang. Selesai satu sesi rawatan facial kepada 2 orang customer mila alhamdulillah.


Actually mila letakkan cas RM118 sahaja. Sesuai dengan modal dan semua kos & tenaga yg terlibat. Apa la sangat kan, dengan teknik mudah dan yang banyak bergerak cuma jari jemari ini sahaja hihi. Tetapi customer bayar RM120 dan siap hidangkan minum petang untuk mila. Alhamdulillah. Rezeki sangat :)

Selesai sahaja rawatan facial, belum sempat sampai rumah. Customer mila tadi dah whatsapp menyatakan perasaannya :)

Lihatlah sendiri feedback customer. Alhamdulillah. Teknik TWB ajar biasanya memang buat customer mila berpuas hati. Produknya juga customer sangat happy bila tahu produk shaklee yang nyata berkualiti.



Bagi mila sangat berbangga apabila menyertai TWB :

1. Ye, income yg sangat mudah diperoleh. 1 jam boleh dapat 3 angka. Jika bekerja makan gaji, belum tentu bos akan bayar RM100 untuk 1 jam kan? Lihat buruh atau pekerja berat, jarang majikan bayar RM100/jam. Biasanya puluh puluh je.

Tapi, dengan Spa TWB, kita kita tentukan berapa income kita nak dalam sehari :)

2. Boleh bantu ramai wanita yang ada kekangan masa, keadaan dan wang untuk ber spa.  Biasanya spa di kedai-kedai mahal juga kan. Yelah nak cover cost sewa kedai dan lain-lain. Sedangkan spa yg kami beautician TWB sediakan boleh setaraf dengan hotel :)

3. Twb buka peluang untuk ramai wanita khususnya untuk menjana pendapatan melalui 1 bisnes yg mudah dan fleksible. Tidak terikat masa. Dan ada beautician bawa bersama anak-anak ke rumah customer. Mudah kan?

Best sangat bisnes spa ni. 

Worth to join !





Nak sertai KURSUS SPA TWB?



Bolehhh

Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Nadiah, boleh hubungi Certified TWB Trainer iaitu Puan Mila 014-5082724 (Click to Whatsapp)untuk maklumat lanjut. 


Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat.

Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB? 
Sila click link di bawah:-




Jom hubungi Mila segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team Miracle !

Hubungi : 



Instagram : Noor Kamilah Ibrahim

PROMOSI Pakej Di Merah Jambu Beauty Spa



PROMOSI DI

Merah
 Jambu Beauty Spa !

Jom ber Spa?


PAKEJ SPA SERI PENGANTIN 

Full Spa Treatment



5 RAWATAN DALAM 1 HARGA

RM199 (normal price RM214)

* Free 5 BIJI VITAMIN C SHAKLEE setiap kali rawatan

  • Body Scrub & Urut Lulur
  • Full Facial Treatment
  • Mandian Aura Susu
  • Hand & Foot Spa
  • Herbal Sauna



ALA CARTE :

  • Body Scrub & Urut Lulur : RM45
  • Mandian Aura Susu : RM30
  • Hand & Foot Spa : RM30
  • Herbal Sauna : RM20




*** Serum ditukar kepada Eye Treatment
*** Radiance C + E ditukar kepada Moisture Day Lock
*** Moisturizer = SPF50 Suncreen
*** Free Gift berupa 5 Biji Tablet Vitamin C Shaklee

(Klik di gambar untuk imej lebih jelas)





" Me Time " Spa Package

Pilih salah satu pakej dengan harga hanya RM99

1) Facial Dahlia + Body Scrub & Urut Lulur

2) Facial Camelia + Herbal Sauna

3) Facial Camelia + Hand & Foot Spa

4) Facial Camelia + Mandian Aura Susu

(Klik di gambar untuk imej lebih jelas)



Pakej Facial :


* Bawa seorang atau lebih rakan untuk nikmati penjimatan RM10

1) Pakej Camelia RM89
(Full Facial Treatment)*
  • Double Cleansing
  • Herbal Scrub
  • Protein Masker
  • Face Relaxing Massage & Lifting
  • Toner
  • Eye Treatment
  • Moisture Day Lock
  • SPF50 Suncreen


2) Pakej Dahlia RM59
(Medium Facial Treatment)

  • Double Cleansing
  • Herbal Scrub
  • Protein Masker
  • Face Relaxing Massage & Lifting
  • Toner
  • Moisture Day Lock
  • SPF50 Suncreen


3) Pakej Rossa RM39
(Quick Facial Treatment)

  • Herbal Scrub
  • Protein Masker
  • Face Relaxing Massage & Lifting
  • Toner
  • SPF50 Suncreen

Pakej Facial Setahun / 6 Bulan / 3 bulan

* Free 5 Tablet Vitamin C Shaklee untuk pertama kali rawatan

Nikmati penjimatan berganda apabila anda SIGN IN Pakej Facial ini untuk treatment setiap bulan. 

Masa anda tentukan sendiri.

Normal Price untuk Full Facial Pakej Camelia RM89, tetapi cuma perlu RM50 setiap bulan ( Jimat RM39 SETIAP BULAN)


Anda boleh membuat pembayaran secara lumpsum kerana saya akan peruntukkan masa saya untuk anda selama beberapa bulan (lock tarikh). Boleh pilih untuk :

Pakej Setahun (12 bulan) : RM600
Pakej 6 bulan : RM300
Pakej 3 bulan : RM150

Isi Details Ini Jika Berminat. 

NAMA :
CONTACT NO.
PAKEJ PILIHAN :


FREE 5 TABLET VITAMIN C SHAKLEE UNTUK SPECIAL PACKAGE !



* Harga pakej tidak termasuk kos pengangkutan
* Free gift HANYA untuk yang memilih Full Spa Treatment, Pakej Facial Camelia, Pakej Facial Setahun/6 bulan/ 3 bulan sahaja


Book Slot Spa Anda Sekarang !




Merah Jambu Beauty Spa
Spa Bergerak Ke Tempat Anda
Trainer & Beautician
#AgentWanted

#MobileSpaMalaysia #MobileSpaTerengganu #MobileSpaPaloh #MobileSpaLosong #MobileSpaDurianBurung #MobileSpaKualaTerengganu
#MobileSpaMachang
#MobileSpaKelantan


Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA BOTG? 
Sila click link di bawah:-


***BOTG adalah rebranding daripada Projek TWB sebelum ini


Jom hubungi Mila segera untuk menjadi sebahagian daripada BOTG BEAUTICIAN dalam team Miracle !

Hubungi : 


Instagram : Noor Kamilah Ibrahim





Wednesday, April 10, 2019

Suspected 3rd Degree Tear, Hilang Hampir 1 Liter Darah, Dimasukkan Ke Dewan Bedah, Pakai Beg Kencing. Pengalaman Yang Paling Tidak Boleh Mila Lupa



Shaklee Effect yang mila dapat dan paaaaling tak boleh lupa adalah tentang LUKA BERSALIN 😖

Mila cerita sikit ye. Mila decide untuk join shaklee pada Ogos 2014, yakni beberapa bulan sahaja selepas berkahwin. Waktu tu baru kenal-kenal shaklee ni selepas tengok post post my upline athirah.

Apa yang buat mila bermula shaklee?

Sebab NAK DUIT. So memang mila nak buat bisnes je pada awalnya. Bukan sebab nak sihat. Mila rasa mila sihat je waktu tu. Tapi mila bermasalah duit since, mila tak berkerja selepas berhijrah ke KL mengikut suami.

Walaupun takde duit sangat, mila masih ada sikit-sikit saving. Mila decide nak join shaklee secara FREE MEMBERSHIP. So mila buat pembelian produk sebanyak 200uv.

Jadi mila tanya macam-macam la mummy tiera waktu tu. Apa yang baik untuk rambut gugur, untuk masalah keputihan, sembelit, apa yang sesuai untuk itu dan ini. Eh tiba-tiba baru sedar, tak sihat sangat pun aku. Banyak je masalah kesihatan 🙈 Tulah..kita ni banyak perasan kan. Kurang kesedaran kalau ayat chantekk sikit 😬

Okay. Dah bersusun produk ada kat rumah ni. Baru rasa nak semangat mulakan makan supplement..tiba tiba. Jeng jeng jeng. Mila pregnant !

Waktu tu mila ada beli alfalfa complex, herblax, caratomax, apa lagi...ESP, penapis air Water Pitcher.

Jadi mila confuse. Boleh ke makan semua tu?

Dalam keadaan tak berapa tahu lagi. Dan tak betul2 confident lagi dengan shaklee..mila tak makan sangat sepanjang pregnant. My bad sebab tak ambil masa untuk betul-betul baca and kaji.

So semua tu jadi "perhiasan" je kat rumah. Tapi mila still member shaklee lah.

Dipendekkan cerita. Bersalin, berpantang dan menyusu. Mila rasa nak kembali berbisnes. Tak tahu lah kenapa. Sebab aryan adalah push factor ibu utk cari duit lebih. Takde duit even nak beli sehelai baju aryan 😢

So mila buat.

Sambil buat tu, mila decide utk fokus Set Ibu-Ibu.

Set Merancang Kehamilan
Set Kehamilan
Set Berpantang
Set Menyusu


Dalam tak sedar, mila semakin gali ilmu tentang kesihatan dan makanan yang perlu untuk para ibu.

Mila menyesal. Sebab lambat ambil shaklee. Sebab mila alami luka bersalin yang agak teruk sebenarnya. Dan lambat sangat nak pulih. Dah habis pantang pun mila masih rasa perit. Mila kurus kering lepas bersalin sebab selalu stress dengan sakit, tak selesa nak duduk bangun, nak susukan anak, nak buat kerja harian.

Mulalah rasa macam tak pandai jaga badan sendiri😓

Dan macam-macam lah perkara negatif menerawang kat fikiran ni

Suami tak sayang dah

Suami cari lain

Anak terabai

Haishh !

Bencilah bila fikir bukan-bukan ni. Sedangkan takde la sampai ke situ.

Waktu tu baru percaya yang the struggle is real ! Memang betul kan ada wanita yang meroyan (Pospartum Deppression). Sebab waktu lepas bersalin ni sangat kritikal. Emosi sangat fragile. Ditambah lagi dengan kesakitan.

Syukur alhamdulillah. Asbab serius nak buat shaklee, mila gali banyak ilmu kesihatan. Dan mila sedar, kesilapan tak jaga pemakanan yang baik dan ambil makanan diperlukan sepanjang pregnant sampai lah menyusu pada waktu tu.

Jadi mila nekad, anak seterusnya. Mila nak jaga diri betul2!

Pendek cerita lagi. Mila pregnant anak kedua. Awal-awal tahu mengandung dah siap dengan barisan set kehamilan shaklee kat rumah😀

Dah rasa lain betul. Siap boleh buat spa kat 6 orang client pada 40weeks pregnant hehe.

Bersalin. Sejarah berulang. Mila alami almost 3rd degree tear ! Luka besar juga dan lebih teruk dari anak pertama. Hilang hampir 1 Liter darah😭 Muka pucat lesi, dan terpaksa dijahit dalam dewan bedah. Walaupun hakikatnya bersalin normal je. Dah macam ceaser. Nak buat macamana..ujian.

Tapi tah kenapa. Lain macam semangat mila. Mila yakin sangat dengan set berpantang shaklee kali ni. Siap-siap di katil hospital sebelum bersalin lagi.

Lepas je mila dihantar ke wad, tak boleh bergerak selama beberapa jam. Dipakaikan beg kencing. Nak menyusu anak perlu minta nurse angkat baby ke dada. Tapi lepas je nurse cakap dah boleh bangun, mila beranikan diri bangun ke tandas. Nak mandi dan cuci darah2 yang melekat kat badan ni.

Subhanallah !

Mila boleh berjalan macam biasa. Tak sakit tu tipu la. Tapi duduk bangun tu lebih mudah berbanding selepas lahir anak pertama dulu.

Takpe takpe. Rileks dulu kamilah. Jangan cepat sangat fikir indah. Kang sakit lagi nanti merana kau 😂

Begitulah berlarutan selepas discharge. Berpantang happy sangat kali ni. Makan berselera, buat rutin berpantang pun tak takut sangat. Paling best, 9 hari berpantang mila dah rasa macam orang sihat. Sampai mak marah sebab tak sedar berjalan laju sangat🤭

Perasaan?

Allah je tahu betapa bersyukur sebab cepat sedar dan cepat topup ilmu kesihatan.

Mila berkongsi kerana mila tahu, ramai ibu kat luar sana masih tercari-cari makanan kesihatan yang terbaik untuk mereka. Nak luka cepat sembuh, nak tenang tanpa stress semasa berpantang, nak happy dan kekal cantik walaupun anak ramai hehe. Badan mesti tip top okey

Mila sukaaa sangat set ibu ibu shaklee (mila je kot panggil semua tu set ibu ibu hikhik😄)





Dan jika anda berminat dan ingin rasa kan sendiri Shaklee Effect ke atas diri sendiri, boleh bermula dengan mana-mana produk shaklee dan guidance dari Mila, boleh contact 014-5082724 (Click to Whatsapp)untuk maklumat lanjut. 

InsyaAllah dengan sedikit pengalaman yang ada ini, mila boleh bantu anda dengan masalah kesihatan yang mungkin sedang alami dan masih mencari-cari supplement terbaik sebagai bantuan.

--------

  
Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat.
Hubungi : 


Instagram : Noor Kamilah Ibrahim