Dulu.
Tak faham benda-benda ni. Tak banyak faham
tentang teknik berfikir. Fikir macam tu, macam tu lah. jadi macam tu, macam tu
lah Tapi sekarang, dalam dunia bisnes Shaklee, mila semakin hari semakin
belajar sesuatu. Mila belajar untuk
Sentiasa jaga apa yang kita buat
Sentiasa jaga apa yang kita sebut
Sentiasa jaga apa yang kita fikir
Ye. Fikir pon kene jaga. Sebab boleh jadi,
apa yang di fikirkan itulah benda yang bakal terjadi pada diri kita.
Motif gambar?
Cuba lihat apa yang tertulis dalam skrin
telefon tu. Tu telefon lama mila tau. Elok lagi, mila simpan sampai skrg.
Kisahnya, mila banyak save benda dalam tu. Nota, direction nak pergi mana2,
ayat best, vocab baru ke tibe2 dapat masa tengok tv dan password & email blog
ni. Hahaha. Punya lama mila tak update blog, lupa segalanya. Mujur la ada
henfon lama tu sbg penyelamat. :)
Bila bukak henfon lama mula la duk
mengimbau kenangan lelama. Jumpa la satu note ni. Tarikh mila save note macam dalam
gambar tu pada 20 Mei 2012. Haaa..satu lagi benda yang mila suka save dlm henfon
adalah yang berkaitan dengan cara mendidik anak, cara menjaga anak, cara
membesarkan anak and so on la..berkaitan dengan anak. Why? 2012 tu baru setahun
lepas grad. Tengah mencari2 kerja, tgh serabut otak lagi nak cari hala tuju
sendiri. Tapi, tah kenapa mila berminat pasal child development ni.
Confuse jugak sebenarnya masa tu, sebab
mila jenis tak reti layan budak. Mila sangat takut kalau mila terpaksa pegang
baby dan baby tu menangis. Rasa macam "Aku ni memang bukan favourite
budak2". Mila ramai je anak buah, tapi tak biasakan diri melayan &
menjaga sangat diorang. Just amik tahu sikit2, jaga kejap2 kalau diminta.
Secara volunteernya tidak. Suka budak2, tapi kalau nak suruh jaga sehari
tu mmg tak la (dulu) -.-
Sekali lagi confuse bila, mila sanggup
kerja taska. Taska tu plak macam yang jenis kurang ikot peraturan. Maksudnya,
tak betul2 pon ikot peraturan yg ditetapkan oleh JKM (Jabatan Kebajikan
Masyarakat ). Mila sanggup bekerja dalam keadaan 2 orang je pengasuh (mila dan
sorang akak) untuk menjaga 26 orang budak, termasuk 6 orang baby. Sangat2
melanggar peraturan sbb tak cukup kakitangan. 2 orang je jaga dari seawal 6.45
pagi-7 malam. Dahsyat kan? tapi ku sanggup redah kerja..hahaha. padahal bukan
padai sangat melayan budak2. Ada masa tu sampai demam-demam mila sebab kepenatan.
Hehe. (Eh teringat plak dengan sorang baby yatim kematian bapa namanya Ain.
Besar dah agaknya dia skrg :) )
Then, mila pelik bila ilmu pasal child
development ni mila minat untuk baca. Contoh, scroll fb ada org share info :
" Didik lah anak lelaki
begini-begini, didik lah anak perempuan begini-begini".
Dengar ceramah Prof. Muhaya kt tv tentang cara
mendidik anak semenjak lahir plak, mila sampai terharu dan ter nangis.
Hahaha. Masa tu fikir, kau dah kenapa kamilah? Pastu siap salin nota tu masuk
dalam note henfon mila tulah (macam dalam gambar first)
Ok. Mila dah tahu..sebenarnya mila tak
sabar ada anak sendiri ! Aku tak sabar jadi mak ! hihihi
Oh, inikah naluri keibuan yang ada pada
setiap wanita macam orang katakan?
Hoi ! kau baru umur 22 tahun masa tu.
Gatal nak kawen leteww :p
Hehe. takde la fikir sampai ke situ, tapi
feeling nak ada anak sendiri tu dah ada. Selalu membayangkan mila akan jadi
seorang ibu yang baik. Nak didik anak betul-betul, tak nak ade kurang
sikit pon. Nak jadi perfect mommy la kalau boleh. hamboihhhh. Hahaha.
Benda ni macam impian pon ada, sebab tu asyik tertarik je pada info2 berkaitan
anak ni. Konon-konon persediaan awal untuk mila sebelum betul-betul jadi mak
nanti. Hihi. Dan mila tahu, semua tu tak salah. Salah ke ada impian untuk jadi
seorang ibu yang baik? Takkkk (suka hati je jawab sendiri :P )
Begitulah ceritanya. KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN. Mila selalu fikir yang baik2 je tentang anak walaupun masa tu
tak nampak bayang lagi nak jadi seorang isteri, apa lagi nak jadi mak. Mungkin,
sebab sentiasa menjaga fikiran mila, Allah mudahkan urusan jodoh. Berkahwin dan
genap setahun usia perkahwinan, selamat lahirkan seorang baby boy :)
Mila tahu, ramai lagi di luar sana masih
menunggu-nunggu kehadiran cahaya mata yang pertama. Ramai wanita bersedih
kerana fikirkan dirinya tak mampu. Wahai wanita, wahai isteri, La tahzan. jangan bersedih
ya. Kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita. Cuma motif mila cerita
panjang-panjang tadi untuk bagitahu anda, cuba JAGA apa yang sedang kita fikirkan.
Jika kita mahukan anak, cuba lahirkan rasa ingin tu bermula dari sekarang.
Jangan sesekali berfikiran negatif. Kalau ada, cepat-cepat tepis.
Tips dari mila bagi yang dah berusaha,
tiada apa2 masalah tapi masih belum ada rezeki :
1. Cuba cari gambar baby yang dirasakan
paling comel, tampal di dinding-dinding rumah. Frame kan, letak di meja solek.
Letak di ruang tamu, dalam beg duit, skrin henfon dan di mana sahaja. Ini
sebagai doa juga tau. Bila kita lihat setiap hari, kita sedang menarik apa yang
kita lihat dan apa yang kita fikirkan. Cubalah.
2. Banyakkan membaca ilmu berkaitan anak. Nak
join seminar atau kelas berkaitan ibu dan anak pon bagus juga. Ambil tahu macam
kita ada anak. Apply la apa ilmu yg dibaca tu pada anak buah dulu, anak jiran
ke, anak kawan ke. Itu akan buat kita lagi teruja nak ada anak sendiri. Boleh
belajar awal2 dan betul2 apply nanti :)
3. Ni mila pernah baca, ada pasangan suami
isteri yang menunggu zuriat yg pertama ni juga, then mereka selalu spend kan
sedikit duit gaji untuk beli barang- barang baby. Pelik kan? tapi sebenarnya
mereka ni beli dan sedekahkan pada siapa2 yang memerlukan. Berkat sedekah itu
mungkin, Allah kurniakan mereka zuriat. Boleh cuba juga cara ni dan yakin bila
kita banyak memberi, Allah akan bagi pulangan yang lebih besar untuk kita, iaitu anak.
4. Tak lain dan tak bukan, dekatkan lah
diri pada Allah S.W.T. Allah nak kita2 yang diuji ni untuk sentiasa merintih,
merayu, meminta pada Nya. Sebab Allah sayang kita dan rindu nak dengar suara
kita.
:)
Tapi, sekiranya ada yang mempunyai masalah
seperti period tak teratur, dah kerap bersama suami tapi masih tiada berita
positif, dah cuba macam-macam cara tapi tiada jawapan. Mila cadangkan cuba
ambil Set Kesihatan Optimum Shaklee (Klik Disini) dan juga Set Kesuburan Shaklee (Klik Disini). Si isteri boleh
la nampak dengan periodnya tidak teratur, tapi si suami juga berkemungkinan bermasalah.
Mungkin kerana terlalu letih bekerja sehingga bilangan sperma sedikit dan
lemah untuk menjayakan proses persenyawaan. Itu juga dinamakan mengalami
masalah kesuburan. Mungkin juga tiada masalah kesuburan, tetapi badan tidak
menerima nutrient yang secukupnya dek kerana kurang makan sayur, buah ,
protein, karbohidrat dan sebagainya, Itu juga boleh jadi punca badan kita belum
bersedia untuk proses persenyawaan. Jika anda mahu ikhtiar dengan set-set ini,
mila sedia membantu :)
Ingat, sentiasa jaga apa yang kita fikir,
cakap dan buat. Kerana, Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan.
Terima kasih kerana sudi membaca.:)