Sunday, September 22, 2019

Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus


Assalamualaikum semuaaaa :)



Berapa ramai yang ambil tahu dalam badan anda ada toksin? Biasa dengar kan, tapi ramai yang masih kurang cakna. Sebab tak faham, apa sebenarnya apa itu TOKSIN .


TOKSIN adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.


Penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan di Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 6kg. Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu. Berat badan kita yang sepatutnya ideal mungkin terjadi masalah obesiti akibat toksin-toksin ini.

Patutlah susah nak kurus, ada lemak besar dalam badan


Selain itu, toksin yang banyak mempengaruhi keberkesanan supplemen yang di ambil. Hal ini kerana, toksin boleh mengganggu proses penyerapan vitamin di dalam badan anda. Jika berlaku ketidak berkesanan supplemen yang di ambil, anda perlu melihat, adakah badan anda mempunyai toksin yang banyak.


Bagaimana untuk mengetahui badan anda bertoksik atau tidak? Dan adakah disebabkan toksin ini anda perlu bermula untuk detoks?



Kenapa perlu detox kalau nak kurus ???

Tak boleh kah hanya sekadar..

- Ambil pil kurus ?
- Ambil supplement set kurus je ?
- Buat senaman ringan ?
- Diet dan skip waktu makan?

Boleh, jika anda nak lihat keputusan yang tak diinginkan :

 1. Kurus tapi sakit. Sebab kita tak pasti apa kandungan dalam pil kurus yang sangat banyak dijual tanpa kawalan. Mungkin ada kandungan bahan kimia yang berbahaya. Kalau tak takkan lah cepat sangat kurus. Kita nak bina toksin dalam badan pun makan masa bertahun-tahun, takkan lah nak kurus dengan sekelip mata je. Perlu ada usaha gigih

2. Supplement set kurus membantu, tetapi dengan menyertai program detox LEBIH  banyak keputusan yang berjaya kurus kerana ianya gabungan terbaik dari segi penjagaan pemakanan & aktiviti kesihatan

3. Boleh amalkan bersenam setiap hari, malah ianya sangat baik. Tetapi ada beberapa kes individu yang nak kurus dengan hanya bersenam, juga tidak mampu menurunkan berat badan kerana tidak mengambil langkah menjaga pemakanan yang sihat. Dan juga ada yang sampai sakit-sakit dan kekurangan tenaga kerana terlampau banyak bersenam. Tak best lah, kurus tapi sakit,letih, lesu kan?

4. Diet sampai tolak terus makanan yang sedap dan berkhasiat. Tak elok juga. Walaubagaimana cara kita nak turunkan berat badan, perlu utamakan kesihatan. Makan lah dengan sihat. Bukan terus skip makan tetapi akhirnya lapar. Tup tup makan roti dan biskut cicah air manis ! Alahai..salah tu. 

Jadi, disebabkan itulah PERLUNYA DETOX jika anda betul-betul nak kurus dan sihat insyaAllah.

PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN ADALAH GABUNGAN ANTARA

 1.Pemakanan sihat (Disediakan Meal Plan )
2. Aktiviti senaman mudah
3. Supplement detox untuk membantu kesan detox lebih cepat dan berkesan


Baca : Kenapa Detox Memerlukan Supplement  (Detox Shaklee)


Jangan risau, peserta detox akan dibantu dan ada Coach di dalam group yang happening ! Langsung tak bosan. Tambah-tambah para peserta masing - masing asyik berkongsi results hasil detox yang kebabom !






Lagi testimoni boleh tengok kat sini : Testimoni Berjaya Program Jom Detox Jutawan

Jadi, rasanya anda dah faham kan kenapa perlunya detox jika nak kurus. Tak boleh hanya dengan kawal makan, bersenam dan elakkan lah dari ambil pil kurus yang tiada kelulusan KKM dan jangan hanya percaya testimoni !

Baca dan kaji dulu ye !

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus


Assalamualaikum !

Apabila bercakap tentang detox, ianya seperti sinonim dengan KURUS

Tak dinafikan, ramai akan mula mencari penyelesaian apabila menghadapi masalah kegemukan. Jadi, akan jumpa bermacam cara dan tips untuk kurus. Salah satunya ada dengan cara detox.

Tetapi, adakah anda tahu bahawa detox bukan semata-mata untuk kurus?

Haa..sebelum mila cerita lebih lanjut. Jom lihat, antara 10 tanda badan kita perlu menjalani DETOX




10 TANDA BADAN ANDA PERLU JALANI DETOX

Tahukah anda, terlalu banyak perkara, benda, pemakanan, cuaca dan dan keadaan yang boleh membawa kepada badan bertoksin. Yang adakalanya kita tidak mampu untuk mengawal nya.

Contohnya, pemakaian "deodorant" setiap hari, make-up yang mengandungi bahan kimia yang boleh meresap ke dalam kulit, semburan minyak wangi, makanan tinggi gula, cuaca jerebu, asap rokok, mandian yang mengandungi bahan kimia yang merosakkan kulit, dan banyak lagi



Lalu, badan akan mula memberi "signal" dan pelbagai masalah mulai timbul akibat TOKSIN

Berikut merupakan antara 10 tanda yang sering dialami akibat badan yang bertoksin


1. Sukar untuk hamil

Para doktor sering menasihatkan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat untuk menurunkan berat badan sekiranya bermasalah kegemukan. Tetapi, adakala orang berbadan kurus juga ada menghadapi masalah ini. Detox bukan hanya untuk kurus, tetapi ia nya lebih kepada membersihkan badan dari toksin berbahaya dan menghalang banyak proses yang baik di dalam badan manusia.



2. Mulut & nafas berbau

Kadangkala, kita dah gosok gigi gengan kerap dan menjaga dari makan makanan yang berbau. Tetapi, nafas kita tetap mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ia boleh menyebabkan kurang keyakinan untuk bercakap dan berhadapan dengan orang lain. Detox membantu membersihkan badan dengan menyingkirkan toksin punca bau mulut dan bau badan.



3. Kemaruk makan ( Food Craving )

Perkara ini sering kali dirasakan seperti normal. Tetapi jaga-jaga jika anda terlalu kerap merasa kemaruk untuk makan. Tambah-tambah lagi kemaruk nak makan dan minum yang manis ! Ada juga yang sangat suka makanan bergoreng, berkeju, masin dan pedas. Awas..itu semua tanda badan anda sudah tidak "normal" dan boleh membawa kepada kegemukan dan dan penyakit jika tidak dikawal dengan cuba untuk berdetox



4. Kulit alergi & kusam

Ada yang mengalami masalah jerawat yang teruk & berlarutan. Cubalah apa saja set penjagaan wajah. Makan lah apa saja supplement seakan sia-sia. Kerana mungkin masalah toksin di dalam badan yang membawa kepada masalah kulit



5. Tua sebelum usia

Akibat toksin, juga  boleh menyebabkan  umur badan kita tidak selari dengan umur biologi. Ujian "body age" boleh dilakukan semasa program-program kesihatan yang banyak dianjurkan. Ketika itu anda boleh tahu tahap kesihatan sendiri dan mendapat konsultasi dari pakar. Paling ditakuti, lebih lebih lagi wanita untuk dirinya kelihatan tua, tidak bersesuaian dengan umur sebernar. Detox lah sekiranya mula menyedari permasalahan ini. Ia berkaitan dengan kesihatan anda.



6. Sembelit

Sembelit bukan perkara remeh. Sekiranya sangat kerap mengalami sembelit, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti kanser. Detox segera jika masih tidak menemui rawatan untuk sembelit anda.



7. Letih & lesu

Menganggap letih seperti perkara biasa selepas seharian berkerja adalah perlu diberi perhatian jika ianya sangat kerap berlaku. Kepenatan dan lesu adalah 2 perkara berbeza. Cek diri anda, mungkin terlalu banyak toksin dalam badan sehingga banyak perkara anda lakukan dengan kurang bersemangat



8. Kembung perut & buncit

Sangat ketara apabila kita mengalami perut yang buncit ke hadapan. Perlu segera mengambil langkah detox untuk menyahtoksin yang telah terlaku banyak berkumpul. Perut kembung menyebabkan ketidakselesaan, sebu dan memberi kesan kepada keyakinan diri



9. Kerap sakit kepala

Bahaya jika sakit kepala yang terlalu kerap. Takut itu antara simptom migrain dan masalah lain. Mula kawal pemakanan, minum air secukupnya dan jalani kehidupan yang sihat



10. Sering jatuh sakit

Bulan lepas dan ambil MC kerana demam, bulan ini pun berulang kembali. Stress kan asyik tak sihat. Batuk, selesema seakan sebati dengan diri. Lebih baik cek kembali, mungkin badan anda dah dipenuhi toksin.



Adakah badan anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika ya, nasihat mila anda haruslah mengambil tindakan segera iaitu melalui :

1) Menjalani gaya hidup sihat, tanpa rokok atau mengurangkan penggunaan barang yang tinggi bahan kimia berbahaya

2) Bersenam 3 kali seminggu

3)  Amalkan pemakanan yang sihat, kaya vitamin dan mineral, pengambilan supplement sebagai bantuan juga mengurangkan pengambilan makanan berproses dan segera.


Jika tidak, masalah pengumpulan toksin di dalam baan ini akan berterusan sehingga membawa kepada penyakit-penyakit yang berbahaya.


Oleh yang demikian, mila  dengan sangat berbesar hati dan bersemangat untuk membantu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang megalami tanda-tanda diatas. Untuk sama-sama menjalani detoks dengan kempen yang sedang mila jalankan iaitu


Jom detox Shaklee dengan mengikuti program JOM DETOX JUTAWAN !



PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):