Tuesday, January 8, 2019

Bagaikan Mimpi - Lunch Gathering With Top Scorer Alumni TWB @Marriot Hotel Putrajaya

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah.


Tak disangka-sangka, usaha mila untuk menutup tahun 2018 dengan sebaik mungkin, Allah reward dengan macam-macam "hadiah" :')

Di awal bulan Disember 2018, mentor kesayangan ada beritahu, beliau akan reward kami para leaders TWB yang tunjukkan performance yang baik dalam bisnes kami, iaitu of course la Shaklee & TWB.

Nak belikan hadiah special untuk kami ketika beliau bercuti ke Las Vegas 100% tajaan shaklee nanti. Nak raikan kami dalam satu majlis yang khas untuk kami je, dan macam-macam lagi lah!

Waktu tu dah teruja sangat. Dah terbayang-bayang banyak perkara best akan berlaku hehe.


Mentor siap share gambar ni. Terus activate kuasa bayangan hehe. Membayangkan mila dah dapat hadiri satu majlis yang special, makan sedap-sedap, pakai cantik-cantik dan eksklusif :)


Sungguh mila tak sangka!


Bagaikan mimpi. Impian jadi nyata !


Apabila founder TWB umumkan untuk adakan gathering kepada para alumni TWB ( mereka yang telah selesai menjalani training Spa dengan TWB). Gathering ini adalah sempena menyambut tahun baru 2019, bermula dengan penuh semangat baru setelah kami terpaksa melalui satu fitnah besar yang membabitkan nama baik TWB. Juga sebagai penghargaan kepada ahli yang terus menunjukkan prestasi yang baik pada Disember 2018, ketika kami lalui saat-saat sukar itu. Diuji dengan hebat.






Alhamdulillah mila salah seorang yang terpilih ! Mila tunjukkan sales yang tinggi pada Disember 2018 & Efektif sebagai Supervisor Shaklee 😊

Invitation letter kepada qualified members. Im sooo proud.


Sebelum event bermula, mentor beritahu nama kami masing-masing di-print oleh pihak hotel dan ada pada seat kami nanti. Wah ! Super excited. Rasa macam sangat Amazzzzing bisnes yang mila jalankan sekarang. Juga rasa sangat di hargai 



Lagi-lagi, bila sampai je Zest Caffe di Marriot Putrajaya tu, mila dapat tahu seat mila special dari Alumni TWB yg lain (nangesss). Mila dapat seat antara TOP SCORER. Iaitu seat dalam bilik khas.

Ya Allah Terima Kasih

TERBAIK DIANTARA YANG TERBAIK

Mila Salah Seorang TOP SCORER




Dan ada lagi seat di luar untuk semua yang tunjukkan prestasi yang baik dalam bisnes Shaklee & TWB. Semua yang hadir hebat ! :)




Jom tengok kami makan apa. Serius tak muat perut oppss. Hehe








Serius, makan tak hengat dunia dah hihi. Dan enjoy sangat. Alhamdulillah.

Semua yang hadir. Tahniah semua :)


Jom tengok video ni. Video by my mentor tunjukkan happening giler event yang kami hadiri pada hari itu. Thanks mentors sebab create this moment for us.




Sambil kami makan-makan. Ada live band dari marriot datang menceriakan lagi suasana




Dan haruslah mila letakkan semua gambar kenangan sepanjang event disini








Dan antara moment terindah pada hari itu apabila mila menerima hadiah TEMPAT PERTAMA dalam Contest Blog TWB. Alhamdulillah. Mila menerima hadiah berupa Full Set Intensive Youth Skincare Shaklee. Ya Allah. Betul-betul rezeki dari Allah :')




Skincare Youth yang dah memang jadi rutin penjagaan kulit mila. Dapat free ! Memang rasa nak melompat tinggi !


Betul kata-kata mentor, kita perlu berani berimpian. Dare To Dream. Gunakan kuasa bayangan dalam menjalani kehidupan seharian kita. Angan-angan itu PERCUMA. Tiada bayaran.

Dan mila banyak belajar dari mentor juga bagaimana untuk mula menanam impian yang besar. Impian ini tidak datang kepada kita tanpa ada pendedahan. EXPOSURE. Jujurnya, mila belajar berimpian besar melalui bisnes Shaklee & TWB. Bukan setakat mila dapat lihat, tapi mila sudah mulai rasa sedikit demi sedikit sesuatu yang pernah mila angan-angankan. Allah beri satu demi satu.

Selepas apa yang mila lalui sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang penuh rasa down, rendah diri, dan rasa tak berguna. Tiada pendapatan sedangkan mila seorang lulusan ijazah . Allah hantarkan mentor dari Shaklee bawa mila kembali bersemangat dan terus berusaha untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik, yang semua dari kita layak dapatkan. Tinggal untuk kita usahakan sedikit sahaja.

Terima kasih mentor. Terima kasih Allah beri mila peluang rasa pengalaman yang hebat ini.

Thanks for reading 


Reward For My Anak Bisnes Atas Good Performance

Lepas Lunch gathering bersama Alumni TWB di Marriot Putrajaya, mila singgah IOI Mall sat. Sesambil belikan hadiah untuk my bisnes partner a.k.a anak anak bisnes mila.

Baca disini : Lunch Gathering with TOP SCORER Alumni TWB



Mila as a mentor, selain membantu dari segi menyedikan info dan maklumat bisnes kepada anak-anak buah, juga rasa bertanggungjawab untuk bantu mereka kekal bersemangat. Mila lihat perkembangan setiap seorang dari mereka


Tahniah 2 orang dari ahli Team Miracle ( yang berbisnes ) yg mila pilih ni.


Tahniah kak Sharifah Nadiah atas beberapa pencapaian:
- Peningkatan personal sales pada Dis 2018
- Dah mula membina empire dan team sendiri
- Penyampaian kelas nutrisi yang penuh info dan menarik
- berjaya dapatkan semula modal join TWB RM1999 dlm 2 bulan sahaja even buat spa on weekend shja ! Skrg dah terima untung jela kan😊

Tahniah juga kak Fatimah Zahra Hamzah
- Peningkatan personal sales pada Dis 2018
- Juga dah mula membina empire dalam bisnes shaklee
-Penyampaian kelas nutrisi yg menarik & byk new info
- Konsisten sharing & sangat bertenaga walaupun baru 2 bulan mula berbisnes Shaklee (dh create blog, page, dan nampak fokus πŸ‘)



Congratulation both of you ! Keep it up and achive more this month okay ? πŸ˜‰

Masing-masing dah pm saya untuk tuntut hadiah. Dan akan buat yang lebih baik pada akan datang. Semoga ini sedikit sebanyak menjadi suntikan semangat untuk ahli miracle yang lain juga aaminn.


PERFECTIONIST

PERFECTIONIST

Sejenis nak semuanya SEMPURNA.

Mila faham, tiada perkara sempurna bila namanya manusia. Sikap perfectionist ni adakalanya bagus, adakalanya beri kesan kpd orang sekeliling.

Mila bukan budak pandai. Sekali ajar terus pandai. Mila akui ada masa mila lambattt sangat pick up berbanding orang lain. Susah nak faham ttg satu-satu perkara. Kelemahan mila yg masih cuba perbaiki. Tapi mila sejenis nak semuanya sempurna.

Mila tak pandai, results awal² teruk berbanding adik² yg lain. Kakak dgn adik2 jenis results exam straight A πŸ˜₯ Tapi mila takkk (baca: unik). At last UPSR dapat la 4A1B. PMR mila work hard sgt. Mila suka belajar. Dapat la results straight 8A's. SPM, Matrikulasi, Degree. Memang sejenis tak pandang benda lain sgt. Tak aktif bersukan atau badan kokurikulum sbb takut tak fokus study giteww πŸ˜‚

Dapat la anugerah dekan 4 semester waktu degree dulu.

Jadi mila aim untuk life yang best-best. Kerja dan gaji besar. Tapi one thing mila perasan pada diri mila, banyak masa mila sia-siakan untuk tidak mengasah SOFT SKILLS mila. Yelah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menghadapi bermacam² situasi, keyakinan diri yang tinggi. Tak sedar, comfort zone mila adalah kehidupan belajar dengan rutin yang sama je. Tiada warna-warna dgn aktiviti yg lebih mencabar dan berbeza. Tak menarik sangat rasanya 😒

Sebab lack of soft skills ni mila kurang "perform" dalam dunia pekerjaan. Pernah bekerja dalam beberapa bidang selepas tamat degree 2011. Mila struggle dlm usaha nak bekerja & ada pendapatan sendiri. Sebab sgt2 susah nak biasakan diri dengan situasi baru dan berjumpa orang baru semasa bekerja. Menyesal pun ada sebab waktu belajar tak cuba untuk belajar bersosial. Asyik nak mengadap buku je. Tapi takde la pandai sangat jugak 🀣 (Adik-adik yg tengah study, cubalah libatkan diri dgn banyak aktiviti. Betul. Itu sangat membantu utk masa depan)

Sampai tahun 2014. Mila decide untuk jadi surirumah yang berbisnes  shaklee pula. Bisnes online difikirkan paling baik utk mila waktu tu. Mila nak jaga anak sendiri. Taknak orang lain jaga dan ajar tak sama macam mila nak ajar dorang (mmg betul perfectionist πŸ˜…)

Wah !

Tak disangka-sangka pula. Life mila yang biasa-biasa dulu, rasanya berubah 360 darjah !

Permulaan bisnes memang diakui untuk tambah pendapatan je, tapi mila mula nampak shaklee memang kena dgn jiwa mila yang sukakan perfection tapi dalam masa sama, usaha nak asah soft skills yang berkarat πŸ˜ͺ.

First thing mila nampak, mila dapat tingkatkan keyakinan diri. Mila tahu kelemahan diri, dan rutin berbisnes shaklee tu membantu utk mila atasinya sikit demi sikit.

Mila kalau dah start buat, mila work hard dan buat sampai jadi. Yes, dengan shaklee mila rasa seperti mencapai pointer terbaik 4 Flat, bila berjaya rank up sebagai leader, bonus 4 angka lebih dari gaji waktu berkerja dulu 😊.

Bila mila berjaya kekalkan  sales, mila rasa seperti tersenarai dalam anugerah dekan πŸ˜‚ Imbau kembali zaman universiti la katakan hehe.

Bila ada je peluang untuk menang apa2 hadiah (contest), atau dapat soalan dari mentor pun, dalam masa sama cabaran yg diberikan tu untuk memajukan bisnes mila juga. Mila akan cuba buat yang terbaik !

Yeay ! Menang tempat pertama Blog & Video Contest TWB. Mila menang full set Skincare YOUTH !!!😍 Terima kasih Founder TWB Master Ainul Shahrazad sbb pilih mila 😘



Setiap kejayaan kecil pun, shaklee reward dgn mcm2 award. Dapat naik pentas, dapat cash bonus lebih dari biasa, dapat free macam-macam !

Dan mila juga semakin faham tentang betapa penting menjaga kesihatan, kecantikan & penampilan diri melalui bisnes shakles & TWB juga.

Fuh ! Kenapa rasa best sangat life skrg ni. Bayangkan..mila cuma berkerja dari rumah. Mila dapat jaga anak-anak dgn tangan sendiri, income lebih dari gaji sebelum ni, jadi leader dan mila make sure mila akan sentiasa jadi antara top leaders dalam team. Juga kesihatan dan penampilan diri di peringkat yg semakin baik !

Ya Allah..alhamdulillah😌 Sikap perfectionist memang adakalanya membantu kita push diri sampai ke level kita tak sangka. Dan rezeki juga Allah temukan dgn bisnes shaklee & TWB. Tempat yang sesuai mungkin bagi yg nak kejarkan seberapa boleh kesempurnaan dalam hidup.

Walaupun kita perlu sentiasa tahu dan sedar takkan mampu untuk sempurna. At least, kita berada dalam bisnes yang ada pendorong untuk kita dapatkan sesuatu yang TERBAIK dalam hidup kita.

Kita juga boleh usaha untuk jadi anak yang terbaik, beri sebanyak mungkin dan tunaikan apa saja permintaan parents

Jadi ibu bapa terbaik, berikan pendidikan dan kehidupan terbaik untuk anak2

Jadi diri kita sendiri yang paling TERBAIK insyaAllah

Kalau ada dari anda yang membaca post mila ni, yang juga seorang yang perfectionist. Nakkan yang terbaik dalam segala hal. Bagi mila, bisnes Shaklee & TWB adalah pilihan terbaik.

Bukan untuk pendapatan semata-mata, tapi ia lebih dari ituπŸ˜‰

Mila Ibrahim,
Budak tak pandai,
Tapi sedang berusaha untuk jadi yang terbaik untuk semua🌼