Tuesday, October 2, 2018

Confinement Lady Vs Jagaan mak



Assalamualaikum. 

Entry sebelum ini mila ada menceritakan sedikit sebanyak apa yang kami para ahli The Walking Beauty belajar ketika Kursus Berpantang dan Penjagaan bersalin di HQ Shaklee Ahad lepas ( 30 September 2018)

Boleh baca disini : Kursus Berpantang dan Penjagaan bersalin


Sebelum mila terjun ke dalam bidang ini, banyak pembacaan dan penelitian yang telah dilakukan. Iyalah, selesai sahaja kursus ini. Kami akan menjadi seorang Confinement Lady dan boleh mula mengambil client. Tugas ini bukanlah boleh diambil ringan dan bukan bertujuan untuk keuntungan semata-mata. Tetapi ianya lebih kepada usaha membantu ramai wanita terutamanya yang baru bersalin yang masih mencari-cari pakej rawatan yang sesuai dan memudahkan urusan mereka. 

Objektif kewujudan seorang Confinement Lady adalah antaranya membantu ibu dalam menghadapi beberapa isu selepas bersalin seperti :-
1) Ingin mendapat kembali bentuk badan yang ramping, sihat, menawan dan kembali seperti asal

2) Ingin memastikan tubuh badan dalam keadaan terbaik terutamanya bahagian intim, untuk kembali sembuh dan sihat selepas pelbagai yang dilalui ketika proses mengandung dan bersalin

3) Menangani stress, penyakit tekanan perasaan atau meroyan yang sering dihadapi oleh ramai wanita selepas melahirkan dengan memberi bantuan dalam penjagaan ibu dan bayi yang betul.


Pengalaman mila menjalani 2 kali berpantang di kampung di bawah jagaan ibu sendiri. Tidak pernah merasa berpantang sendiri ataupun mengambil khidmat confinement lady. 

Rutin yang mila jalankan sepanjang berpantang :

Bangun pagi mila akan mandikan baby sendiri. Cuma dalam minggu pertama mila memerlukan bantuan ibu atau kakak. Selepas luka bersalin semakin pulih, semua mila lakukan sendiri supaya dapat melatih diri dan berdikari selepas habis berpantang.

Selepas selesai urusan memandikan baby, mila pula akan mandi dengan air rebusan daun-daun  kayu dan daun pandan.  Air rebusan ini biasanya disediakan oleh ibu, tetapi hanya seminggu pertama. Seterusnya mila akan mandi menggunakan air suam biasa sahaja. Selesai mandi, sapu ubat di luka bersalin, terus pakai stokin dan berbengkung. Semua ini mila lakukan sendiri. Cuma beberapa hari pertama sahaja ibu bantu untuk memakai bengkung.

Kemudian mila akan makan pagi, susukan baby dan bersalai sambil bertungku sendiri. Tempat bersalai ini disediakan oleh ayah mila sendiri. Rutinnya  seperti bersauna tetapi sedikit berbeza apabila ibu berpantang hanya perlu berbaring di atasnya tempat bersalai ( bamgku kayu yang sedikit tinggi ) Sehingga satu-satu masa cuma berhenti menyusukan anak atau selesaikan urusan-urusan yang lain. Biasanya, ibu berpantang di negeri lain jarang menjalankan rutin bersalai ini. Tetapi di pantai timur ini adalah perkara biasa.

Pada awal-awal bersalin, tukang urut akan datang untuk sesi mengurut selama 3 hari. Dan diakhir berpantang tukang urut akan datang sekali lagi untuk penutup berpantang.  



Bangku kayu dilapik dengan tikar mengkuang. Di bawahnya adalah bara api yang dibakar diatas dapur kayu. Tetapi dunia dah semakin  moden. Dan mila jalankan rutin bersalai ini di dalam rumah. Jadi, lebih sesuai menggunakan dapur gas yang dibuka api perlahan sahaja. Tradisional + Moden juga lah hihihi. 

Itu sahaja rutin yang mila jalankan sepanjang berpantang selepas bersalin 2 orang anak ini. Apabila mila hadiri kursus berpantang baru-baru ini. Barulah mila didedahkan dengan banyak lagi rutin yang dijalankan oleh ibu berpantang yang tidak pernah mila tahu sebelum ini. Iyalah, mila hanya mengikut saranan orang tua-tua kerana kurang pengalaman. 

Dan beberapa perkara yang telah di fikirkan dan mila perhatikan sepanjang berpantang dibawah jagaan ibu sendiri. 

1. Seorang ibu memang nakkan anak perempuannya berpantang dengan cara yang paling baik. Tambahan pula ibu mila memang pengamal pantang tradisional sepanjang bersalinkan 10 orang anak sebelum ini. Tetapi, kita faham kudrat seorang ibu yang sudah mencecah usia 65 tahun sudah kurang dan tak mampu menjaga kita kerana tenaga dan beliau perlukan rehat secukupnya. Jadi sedikit tidak senang dirasakan untuk mengharapkan ibu mila terus menjaga anaknya berpantang.

2. Kebiasaan orang yang sudah di usia emas, nak banyakkan aktiviti ibadah seperti mengaji, menghadiri kuliah agama dan sebagainya. Tetapi kerana menjaga anaknya berpantang, banyak program yang terpaksa ditunda dan tak dapat dihadiri. 

3. Bagi mila, di usia begini rasanya tidak mahu langsung menyusahkan ibu dan ayah mila lagi untuk menjaga anaknya berapantang. Tambahan pula ada anak-anak lain yang sedang membesar dan perlukan perhatian juga. Kebetulan anak sulung mila yang berusia 2 tahun lebih dan sedang lasak bermain. Nak tak nak, ibu dan ayah mila juga terpaksa memberi perhatian sama kepadanya. Suami tidak dapat ada sepanjang mila berpantang di kampung kerana bekerja di luar kawasan. Penat juga menjaga cucu-cucu yang sedang membesar kan. Jadi, disitu mila rasakan berpantang di bawah jagaan ibu adalah sedikit tidak wajar ( Dengan situasi ibu dan ayah mila yang sudah lanjut usia dan kurang kudrat )


Apabila membuat sedikit pembacaan, kini dunia sudah moden. Di Malaysia sudah ramai yang menawarkan Khidmat Confinement Lady

Tugas seorang Confinement Lady yang biasanya : 

Memberi Rawatan untuk Ibu

Mandian Herba
Tungku
Urut
Tangas Basah ( pakej14 hari keatas)
Tangas Kering (pakej 14 hari keatas)
Scrub(lulur badan)
Barut,Param dan Pilis
Masakan makanan pantang
Menyediakan minuman Herba

Memberi Rawatan untuk bayi

Mandi Bayi
Urut bayi
Scrub
Tuam dan Penjagaan Pusat
Teknik Penyusuan yang betul

dan berdasarkan pakej-pakej yang disediakan oleh confinement lady itu sedidiri ketika kita menghubunginya.


Alhamdulillah. Setelah memahami pelbagai masalah dan isu yang timbul apabila berpantang di bawah jagaan ibu atau ibu mertua. Mila panjangkan lagi langkah daripada seorang beautician Spa kepada Confinement Care. Setelah berkursus, dan mila juga sudah terlatih sebagai seorang Confinement Lady. Inilah pakej-pakej yang ditawarkan :)






Sekiranya, anda sedang mencari-cari Confinement Lady yang sesuai dan sebagai persediaan ketika berpantang nanti, boleh terus hubungi mila dan Set Appoinment 

Puan Noor Kamilah Ibrahim
014-5082724
TWB Beautician, Trainer & Confinement Therapist



Terima kasih kerana membaca :)