Monday, March 18, 2019

Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisness Yang Bijak?


 

Hai Assalamualaikum ! :)

Semangat nya nak cerita. Kebetulan mila baru sahaja selesai Usrah Online bersama naqibah, Kak Izaty :)

Topik malam ni tentang NIAT. Nampak simple tapi kalau salah niat, banyak pekerjaan atau bisnes yang kita lakukan "tak menjadi"

Sia - sia kan usaha kita? :'(

Berkaitan tajuk entri mila kali ini. Bijak kah apabila mila memilih untuk melabur sejumlah wang untuk bisnes Home & Mobile Spa di bawah projek TWB (The Walking Beauty) ?

Ya, pasti banyak persoalan yang akan timbul bagi peserta baru mahupun yang sedang berkira-kira untuk menyertai TWB. Bukan semua orang mudah-mudah nak keluarkan untuk sesuatu perkara yang belum pasti.

Jadi entri ini mila nak cerita panjang lebar, dan anda sebagai pembaca boleh lah nilaikan sendiri :)

Berikut adalah 2 Jenis Pakej Belajar Spa TWB untuk tahun 2019


Pakej A : RM1,999
Peserta akan dapat : 
• Starter Set Youth Skincare
• Trial Kit Spa
• Mobile Bag Spa
• Sijil Penyertaan
• Belajar 5 Courses ( Facial, Body Scrub,  Sauna, Foot & Hand Spa, Aroma Milk Bath )

Pakej B : RM2,999
Peserta akan dapat : 
• Complete Set Youth Skincare
• Trial Kit Spa
• Trolley Bag Spa
• Skin Analyzer
• Ion Massage
• Facial Bowl
• Sijil Penyertaan
• Belajar 5 Courses ( Facial, Body Scrub,  Sauna, Foot & Hand Spa, Aroma Milk Bath )
• BONUS : Belajar Make Over Class (worth RM1K++)

Berbaloi atau tidak? Bijakkah kita jika membuat pelaburan untuk ilmu spa yang bakal kita peroleh? Di tambah lagi peralatan spa yang sangat lengkap walaupun salah satu pakej yang menjadi pilihan kita :)

Untuk pengetahuan semua pembaca, ilmu spa yang di ajar melalui kursus TWB ini telah berjaya membantu ramai wanita. Bukan sahaja untuk tujuan menambah pendapatan, malah terlalu banyak nilai yang bakal diperoleh


Percaya atau tidak, pelaburan untuk sesuatu ilmu yang berguna ini pasti tiada nilainya. Priceless

Tambahan pula, ilmu spa ini boleh diguna sampai bila-bila. Sampai kita mati ! Dan boleh diturunkan kepada anak-anak. 

Melalui ilmu spa TWB ini, mila belajar untuk sentiasa memperbaharui niat kita.

Ketahuilah, dalam pekerjaan & Bisnes

Sekiranya niat kita untuk :

- tambah pendapatan
- batu ringankan beban kewangan suami
- untuk kesenangan hidup
- untuk hulur duit kepada mak ayah
- beri anak kesenangan

Akhirnya, kita akan menyedari segala usaha yang dilakukan berakhir dengan " PENAT ". Dan minta jauh, kita akhirnya mengungkit segala usaha kita apabila tidak dihargai. Allahu

Sia-sia sahaja segala niat dan usaha murni selama ini :'(

Sesi usrah tadi, naqibah menekankan bahawa..apa sahaja yang kita nak lakukan. Termasuk lah niat untuk melabur kepada satu bisnes seperti Mobile Spa TWB ini, haruslah pertamanya kerana ALLAH (jika pembaca terdiri daripada umat Islam). 

Ubahlah niat untuk menyertai Spa TWB ini untuk memberi nilai dan menyenangkan semua orang, supaya Allah redha dengan setiap tindakan kita.

- Facial kan customer spa supaya kulitnya sihat dan bersih, suami lihat sejuk je hati. Suami sayang, rumah tangga harmoni. Nanti Allah sayang.

- Buat body scrub kepada customer untuk bantu hilangkan lenguh dan bau badannya. Allah sayang dan suka hambanya yang mengikut ajaran islam yang sukakan kebersihan

- Buat hand & Foot spa untuk bersihkan semua kotoran pada kaki dan tangannya yang digunakan untuk beribadah kepada Allah. Nanti Allah sayang

- Buat sauna untuk ringankan badan, bakar lemak dan kuruskan badan yang menjadikan dia ringan untuk beribadah. Nanti Allah sayang 

- Buat aura milk bath supaya naik seri di wajah dan dan badannya dengan bantuan bacaan ayat suci al quran yang lazim. Lagi harmoni kehidupan suami isteri yang baru berkahwin ataupun yang nak honeymoon selepas bertahun-tahun perkahwinan. Supaya Allah redha perkahwinan mereka.

Dan sangat banyak nilai murni yang diperoleh melalui kursus spa TWB 😊








Bijak atau tidak. Anda nilai lah sendiri :)

~~~~~


Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa, boleh hubungi Certified TWB Trainer iaitu Puan Mila 014-5082724 (Click to Whatsapp) untuk maklumat lanjut. 


Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat.

Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB? 
Sila click link di bawah:-




Jom hubungi Mila segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team Miracle !

Hubungi : 


Instagram : Noor Kamilah Ibrahim

KISAH KEJAYAAN TWB - Penjawat Awam Hampir Ditarik Kereta, Nekad Mulakan Bisnes Mobile Spa Untuk Hidup Lebih Selesa

" ...Masa tu rasa nak nangis pon ade.. sebab kalau amy join & bayar RM1999 habis semua duit.Takde duit nk belanja & nak bayar komitmen lain pon tak cukup. Tapi amy nekad. Sebab amy percaya TWB mampu ubah hidup amy.. "





Kisah Inspirasi


Kisah-kisah kejayaan ahli TWB ini mila ambil dari sharing semasa Preview yang kami jalankan untuk memperkenalkan Projek Spa Tanpa Kedai TWB. Mila gunakan nama samaran untuk tujuan tidak mendedahkan identiti sebenar.

 
~~~~~

Assalamualaikum sahabat2 positif sekalian..

Ok.. bismillahirahmanirrahim.
Kite mulakan sharing malam ni dengan ummul kitab.. alfatihah..moga apa yang saya cuba sampaikan dapat memberi manfaat pada sahabat sekalian.

 Firstly amy kenalkan diri dulu. Nama saya Amy Suliza Jamil. Boleh panggil saya Amy.. umur 32 tahun.. berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata.. Saya seorang pembantu pendaftaran di JPN Melaka Tengah.

Ok.. bagaimana terjebak dengan TWB ni?

Saya mula join twb pada 7/4/18. Masa ni saya register projek buat duit TWB RM99

Ok actually, saya juga macam lain-lain. Takde modal. Bukan saje takde modal, tapi negative modal !

Nampak best kerja government. Tapi hutang keliling pinggang :( Gaji dalam payslip masa ni tinggal RM799 daripada RM2k++

Dapat gaji hari tu tak smpai berapa jam dah habis. Duit gaji tu bayar hutang yang nmpak. Belum lagi yang tak nampak ni. Sebab tu amy memang cari bisnes untuk buat secara part-time

Bukan tak pernah buat bisnes lain tapi semua hampeh. Tak tahu sebab ape. Mungkin silap diri sendiri. Tak beri full komitmen.Tak serius.
Serius memang amy sangat-sangat bermasalah dari segi kewangan.

 Tapi orang tak tahu, kawan-kawan tak tahu, family tak tahu. Orang ketawa, amy ketawa, orang post bahagia kat facebook, kita sibuk juga nak post. Realitinya hanya kita yang tahu.

Actually dah lama intai-intai TWB ni. Dari pakej RM499, RM999 dan kalau tak silap ada pakej BFF RM700++. Tapi disebabkan masalah kewangan yang sangat-sangat serius, saya hanya mampu mengintai dari tiraiewpak kamar sahaja. 

Hari-hari duk stalk facebook MAS (Master Ainul Shahrazad, Founder TWB). Suka tau tengok mas pergi melancong sana-sini. Selalu stalks tapi tak like atau pm. Malu..yelah kita pipit. Poket pun kosong.

Ada satu hari, amy ternampak post mas tentang projek buat duit RM99 ( atau sekarang dibuat Free Preview ). Terus PM mas, tanya dan esoknya buat payment RM99. Juga sebenarnya takde duit. Tapi sebab nak sangat, korek la mana yang patut.


Bermula episod projek buat duit rm99. Setiap hari terbakar ! Rentung dengar sharing ahli TWB yang hebat. Hari-hari tengok team TWB kipas duit. Mana tak membuak semangat kan. Dan dapat ilmu baru lagi.  

Actually, semasa sibuk dengan projek buat duit RM99 tu, amy sangat-sangat perlukan duit. Memang tengah kritikal sangat. Hutang keliling pinggang. Dan yang paling teruk, kereta amy amy tak berbayar selama berbulan-bulan. Bukan 1,2,3 bulan. Tapi banyak bulan !

Nak tahu tak, selama ni amy tak beritahu sesiapa berapa lama kereta amy tak berbayar. Malam ni amy beritahu.

10 BULAN !

Suami kerja sendiri. Dan ketika tu dia takde job. Kalau diikutkan kereta tu dah kene angkut dah. Tapi amy pun tak tahu, itulah satu-satunya kereta yang amy ada dan dibawa kemana-mana setiap hari. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tu ttu takde kene tarik. Risau memang risau. Mungkin Allah tahu hambanya sedang susah.

DIA MAHA MENGETAHUI 

Buntu nak cari duit. Lawyer wakil pihak bank call berkali-kali minta hutang. Sampai takut nak jawab phone call. Lawyer dah minta bayar amount yang ditetapkan pada waktu yang dijanjikan. Banyak...

RM500 x 10 bulan

RM500 pun amy tak mampu bayar. Inikan pula beribu-ribu 😭

Sehinggalah pada waktu dijanjikan amy tak dapat nak tunaikan bayaran yang diminta. Hanya mampu bayar separuh saja amount.

Bank minta sekurang-kurangnya RM4000. Tapi amy dan suami hanya mampu adakan RM2980. Waktu tu memang sedih sangat. Redha jela kalau kereta ditarik. Tapi faham tak kereta yang kita guna setiap hari untuk cari rezeki hampir ditarik. Risau keadaan anak-anak. Macamana nak bawak anak-anak, takkan nak naik motor 5 beranak. Kesian lah...

Alhamdulillah atas perbicangan dengan lawyer, dapat reschedule bayaran. Tapi lepas reschedule perlu bayar RM700. RM500 pun tak mampu, inikan pula RM700. Tapi takpe, amy sanggup. Sebab tu bila tengok mas post pasal RM99 terus join. Bila join, amy nampak peluang yang sangat besar dalam TWB ni. Untuk join full package, mas beritahu perlu bayar RM1999. Sesungguhnya, rasa sedikit down bila tahu harga pakej. Tapi amy nak sangat-sangat join !

Belum apa-apa lagi, amy dah post di di facebook nak buka spa sendiri. Sedangkan waktu tu poket kosong ! Hari-hari fikir TWB. Hari-hari berangan tau. Sampai ada ada kawan office sindir dan tak percaya. Amy cakap kat mereka, bagi amy mamy masa sebulan untuk buktikan.

Dalam hati meronta-ronta. Aku akan buktikan. Korang ketawakan amy? Buat pekak je. 

Orang yang bawa amy ke projek buat duit RM99 (mentor). Dia ni sangat lah sibuk. Kejap-kejap tanya amy, kejap-kejap call. Tapi amy rasa brasa best. Mentor ni sebenarnya cuba guide kita habis-habisan. Sampai sekarang, dia asyik bebel ingatkan apa-apa 😝

Faham lah kan. Nak cari RM1999 untuk mula belajar Spa TWB. Kan amy baru bayar kereta. Buntu sangat. Tapi hati memang mahu. Dan amy positif je. Fikir INSYAALAH BOLEH ! YAKIN ! Pasti ada rezeki.

Tapi bila buat kira-kira lagi, tak cukup juga. Harapkan duit gaji dan banyak komitmen lain. Allahu. Amy berdoa je sebanyak-banyaknya.

Mentor tanya lagi, amy beritahu akan join juga. Cuma masa tu banyak option. Dan amy belum decide nak yang mana. Dalam hati membuak-buak nak join full package.

Tunggu punya tunggu sambil berangan. Alhamdulillah masa hari gaji, cek payslip terkejut. Duit tanggung kerja masuk sekali (duit claim) !

Masa tu rasa Ya Allah. Rezeki apa yang Engkau nak beri ni. Engkau bagi di saat aku sangat-sangat perlu. Sedangkan duit tu sepatutnya dapat pada tahun lepas, tapi tak dapat-dapat sehinggalah hari gaji tu. Memang tepat masanya Allah beri. Allah sangat baik. Lepas satu, satu Allah tolong. 

Tak banyak pun, cuma RM1000++. Jadi amy nekad nak gunakan duit gaji tu. Waktu tu rasa nak nangis, sebab kalau amy join dan bdan bayar RM1999, habis la semua duit. Nak belanja pun takde. Apatah lagi nak bayar komitmen.

Tapi amy nekad. Sebab amy sangat percaya TWB mampu mengubah kehidupan amy.


Ni whatsapp perbualan amy dengan master Ainul (screenshot dari master ainul)

Menggigil nak transfer duit. Takut sangat. Sebab kita bukan orang senang. Tapi mas yakinkan dan dengan lafaz bismillah amy pejamkan mata, terus transfer pada mentor. Lepas tu, amy rasa puas !

Amy transfer tu semasa kat office. Kawan-kawan yang tak percaya tadi tu semua tengok masa amy transfer. Diorang kata amy gila. Serius memang tawakal habis. Sebab dah takde duit dah. Harapkan duit dari suami je. Dan suami pun tak tahu masa bayar RM1999 tu. Cuma beritahu "bunga-bunga" yang amy amy nak buka spa. Tapi dia ingat amy main-main.

Sebelum amy dapat duit claim tu, ada ada juga amy cuba nak pinjam dengan adik-adik. Tapi semua tak beri dan tak percaya amy boleh buat. Setiap hari whatsapp adik-adik minta tolong, tapi adik cakap macam-macam. Yelah, dengan masalah kereta kemudian nak buka spa pula.

Dan ketika itulah amy sematkan dalam kepala " Aku Boleh ! ". Aku akan buktikan !

Amy beritahu mak untuk restui amy. Mak cakap, buat betul-betul. Walaupun adik-adik semua bantah. Alhamdulillah mak sokong amy. Mak cakap, kalau perkara baik tak salah pun nak cuba. Cuma modal itulah bermasalah sikit.

Akhirnya,

Amy training spa TWB pada 28/4/18. Waktu tu dah nak puasa. Yang paling best, sepanjang bulan bulan puasa income amy dapat RM2100 dengan buat spa ni ! Dah lebih dari modal amy join TWB. Ya Allah, memang rezeki anak-anak. Sebelum tu langsung tak beli baju raya anak. Mengharap sepenuhnya pada spa. Alhamdulillah rezeki. Seronok sangat :)

Kuncinye rajin. TWB dah beri ilmu. Kalau follow apa yang diajar insyaAllah setiap hari boleh dapat instant cash. Amy dapat RM2100 tu sebulan lebih. Ada alumni TWB lain seminggu dapat RM2000, 14 hari dapat balik modal, setiap hari ada job spa. Part time je. Cuma beberapa jam sehari.



Syokkk..

Dan yang lagi best, amy dapat bayar kereta RM700 setiap bulan tanpa gagal !

😊😊😊

Amy juga nak kongsi sikit. Actually apa-apa yang kita nak buat ni bermula dengan MINDSETTING. Mindsetting sangat-sangat penting. Semuanya kerana kuasa minda. 

Kita ada 2 Jenis Minda :

1. Minda Sedar


2. Minda Separa Sedar



90% daripada baran kita ni milik minda separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ini untuk berjaya.

Contohnya :

Minda sedar kita nak join TWB RM1999. Tapi minda separa kita kata " boleh ke aku aku buat spa? ada ke orang nak spa dengan aku? Aku tak pandai bisnes marketing "

Jadi kedua-dua minda ini tak seiring. 

Jadi, kita takde usaha ke arah itu. Kita jadi down, malas, lemau dan tdan tak bersemangat.

Cubalah tanya otai2 TWB, semua pernah mengalami perasaan macam tu. Sebab apa?


Sebab minda separa sedar tak arahkan badan kita untuk buat dan kemudian ia akan tarik tenaga dan sumber negatif supaya dekat dengan kita.

Ada waktu spesifik untuk kita aktifkan minda separa sedar :





Waktu-waktu ini dipanggil "Alpha Wave" atau gelombang alfa. Iaitu pengantara minda minda sedar dan separa sedar. Cuba lah amalkan, dan terus apply harini. Mudah sahaja, doa sebelum tidur untuk Allah kejutkan bangun tahajjud tengah malam ini. Tengok lah, kita terjaga atau tak. Dan biasanya, pasti kita terjaga :)





Bagi yang tiada modal, janganlah letakkan modal itu sebagai penghalang utama awak join TWB. Modal no. 2. Yang pertama adalah diri kita sendiri. Nak atau tidak. 

Bila kita betul-betul nak, insyaAllah Allah pasti akan lorongkan jalan

Yang ada modal, jangan bertangguh. RUGI!!!! Jangan jadi macam amy, agaknya kalau amy lagi cepat bertindak, agaknya dah jadi leader besar dalam TWB a.k.a Spa Shaklee ni. Income lagi besar :) 

Verangan lagi amy ni hihihi. Dalam banyak-banyak bisnes amy buat, TWB paling best ! Sebab senang dapat instant cash !

Percaya diri

Yakin diri

Amy
Beautician TWB


~~~~~


Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Amy, boleh hubungi Certified TWB Trainer iaitu Puan Mila 014-5082724 (Click to Whatsapp)untuk maklumat lanjut. 


Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat.

Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB? 
Sila click link di bawah:-




Jom hubungi Mila segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team Miracle !

Hubungi : 



Instagram : Noor Kamilah Ibrahim