Sunday, April 29, 2018

Youth Shaklee Bersama SPA TWB






Memperkenalkan Youth Shaklee.....




Bayangkan anda mempunyai seorang anak. Anak itu dilahirkan dari usia sehari sehinggalah berumur 8 Tahun. Usia 8 tahun seorang kanak-kanak sudah masuk sekolah di Darjah 2 bukan? Maksudnya lama juga proses anak nak membesar dari umur sehari ke umur 8 tahun.


Begitulah kita boleh lihat dengan penghasilan produk  YOUTH COMPLEX line skincare terbaru dan TERHEBAT dari Shaklee ini



YOUTH FENOMENA !




Youth Complex telah dibawa masuk ke US pada Ogos 2017 dan baru sahaja dibawa masuk ke Malaysia pada Februari 2018. Sangat mendapat sambutan tinggi dan sangat LUAR BIASA !


Jaminan shaklee tidak seperti syarikat yang lain. Tidak memberi jaminan melalui kata-kata sahaja, tapi melalui ujian klinikal dan mempunyai bukti saintifik bahawa setiap pengguna Youth akan mendapati yang usia kulit mereka akan lebih muda dari usia sebelumnya. Dan kajian juga mendapati yang pengguna Youth mendapat usia kulit mereka SEDEKAD LEBIH MUDA iaitu 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Ini jaminan bukan sekadar kata-kata.






5 SEBAB ANDA HARUS PILIH YOUTH




1. Transformasi yang dramatik dalam 8 minggu

Youth meningkatkan kecantikan dan kesihatan kulit secara DRAMATIK. BUKAN secara DRASTIK semata. Kesan yang "noticeable" seawal 7 hari dan dramatik. Untuk masalah kulit berminyak, jerawat, jeragat, parut, lebam bawah mata memerlukan bukan sahaja penjagaan luaran tetapi juga memerlukan nutrisi yang lebih seimbang dan penjagaan yang lebih lengkap. Seperti badan yang kekurangan nutrisi menunjukkan signal seperti sakit demam dan sebagainya, kulit juga akan sakit sekiranya tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya. Youth membantu dengan kandungan bahan aktif di dalamnya yang 100% mampu meningkatkan kesihatan kulit anda dari dalam dan juga luaran.





2. Tampil 10 tahun lebih muda 

Youth dapat memadamkan sedekad penuaan. Bayangkan anda dapat mengurangkan usia kulit anda 10 tahun lebih muda ! Bukan janji manis yang ditaburkan. Tetapi melalui Skin Age Index. Bukan testimoni dari mulut ke mulut semata. Ada bukti saintifik.



3. Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi

Youth bukan sahaja dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi, malah ianya terbukti berkesan secara klinikal. Beribu-ribu ujian telah dijalankan. Sehingga selepas 8 tahun barulah shaklee bersetuju dan berpuas hati untuk mengeluarkan Youth. Ini adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah terbaik lebih dari sekadar organikselamat dan berkesan. Shaklee sanggup menghabiskan masa dan tenaga serta membelanjakan berbilion bilion keatas kajian untuk menghasilkan produk yang bebas bahan kimia berbahaya dan sangat selamat untuk digunakan. Youth tidak mengndungi lebih 1500 bahan kimia berbahaya yang lazimnya terdapat dalam produk kosmetik yang lain di pasaran walaupun produk yang sangat popular di dunia. Tetapi istimewanya Youth, tiada bahan-bahan tersebut



4. Kuasa botanikal yang hebat !

Youth tidak terkandung bahan kimia yang berbahaya untuk memberikan kesan yang dramatik dan drastik keatas pengguna. Tetapi seperti prinsip shaklee "Always green, always safe, always work ", shaklee telah mendapatkan 5 bahan botanik yang ada disekitar kita dan diformulasikan ke dalam Youth Complex.




5. Dibangunkan oleh syarikat nutrisi No.1

Youth memang sepatutnya menjadi pilihan anda kerana dibangunkan oleh syarikat nutrisi, bukan syarikat kosmetik. Kebiasaanya, syarikat kosmetik kurang menitikberatkan nutrisi dalam produk mereka. Biasanya yang ditekankan adalah pengguna akan mendapat kesan yang baik walaupun terpaksa menggunakan bahan berbahaya yang mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang. Itulah perbezaan dengan Shaklee. Shaklee merupakan syarikat nutrisi No. 1 di USA. Shaklee mementingkan bukan sekadar pembaikian di permukaan kulit tetapi shaklee inginkan kesan yang lebih berpanjangan. Shaklee mahu pengguna kelihatan muda lebih lama "Look Younger Longer ". Oleh itu Youth dapat membaiki kulit anda bermula daripada dalam seawal peringkat DNA. Youth mengandungi nutrisi yang boleh menyerap masuk ke dalam kulit dan membaiki sel kulit, sehinggakan ia mampu memperbaiki masalah kulit sehingga kelihatan AWET MUDA dan TANPA CELA.

Tiada syarikat yang lebih arif mengenai nutrisi tentang kulit, melainkan syarikat nutrisi sendiri.

Seperti orang dulu-dulu (zaman nenek moyang), mereka lebih menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi sebagai alat untuk menjaga dan mengekalkan kecantikan seperti pengunaan kunyit, serbuk kulit kayu manis dan sebagainya. Mereka juga kurang terdedah dengan pemakanan yang kurang berkhasiat tetapi lebih dekat dengan alama semulajadi seperti ulam-ulaman, buah dan sayur-sayuran juga hasil tanaman sendiri. Sama juga seperti usaha shaklee ini untuk memberi nutrisi yang baik kepada kulit kita, tetapi dengan menggunakan teknologi yang lebih moden.


Inginkan kulit yang cantik dan sihat, kita haruslah mengetahui isi kandungan di dalamnya. Sebagai langkah pencegahan daripada kita ter guna produk yang merosakkan kulit. Perlu lah ada pengetahuan tentang apa yang ada dalam produk yang kita gunakan.



Ada syarikat mengeluarkan produk "home made" yang menggunakan bahan organik dan semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya atau ada juga produk yang mempunyai klinikal performance yang sangat bagus tetapi mengandungi juga sedikit bahan kimia yang akan memberikan kesan buruk kepada kulit kita untuk jangka masa panjang. Oleh itu, pemilihan yang tepat harus di buat samada untuk ambil yang naturally based tetapi memerlukan kesan yang lambat atau kesan yang cepat tetapi tidak selamat.

Biasanya yang bertindak secara alami mengambil masa yang lebih lama untuk menampakan kesan. Dan produk yang menggunakan bahan kimia berbahaya biasanya akan memberi kesan yang drastik. Sekiranya ada produk yang MENGGABUNGKAN KEDUA-DUANYA iaitu menggunakan bahan semulajadi tetapi nampak kesan yang cepat, MAHUKAH ANDA?

TENTULAH MAHU !

 Dengan Youth mampu memberi kesan yang drastik iaitu seawal dan 7 hari, ianya selamat digunakan. dan sesuai untuk semua jenis kulit, untuk remaja dan orang yang sudah berusia.






Apa sebenarnya yang ada dalam Youth sehingga ianya sangat berkesan dan selamat untuk digunakan?

Youth dikuasakan oleh kuasa botanikal. Iaitu alam semulajadi yang ada di persekitaran kita yang mungkin kita tak sedar yang ianya sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan.


1. Apple Stem Cell Extract

Membantu mempercepatkan lagi pembaharuan kulit dari kadar biasa. Sejak dari waktu bayi, 2 minggu sekali kulit akan berganti. Namun apabila kita berusia 30 tahun ke atas ianya berubah kepada sebulan ke dua bulan sekali. Dan proses itu semakin perlahan apabila menginjak ke usia 50 tahun. Kadang-kadang sehingga 3-4 bulan barulah kulit kita diperbaharui. Sebab itu sewaktu bayi, kulit sentiasa kelihatan anjal dan cantik. Tetapi dengan meningkatnya usia, kolagen semakin berkurang, sel semakin lambat untuk diperbaharui, masalah-masalah kulit juga mengambil masa yang lebih lama untuk kembali pulih. Pembaharuan kulit menjadi perlahan. Disini apple stem cell extract memainkan peranan dengan mempercepatkan pembaharuan kulit yang baru dan lebih sihat.
Accelerate skin renewal to more youthful rate



2. Muscadine grapes

Siapa yang mengenali produk shaklee pastinya mengenali Vivix. Ini adalah bahan terunggul yang terdapat dalam vivix shaklee yang telah membantu untuk meningkatkan anti penuaan (Anti Aging) dalam diri penggunanya. Namun, kali ini shaklee sekali lagi menggunakan muscadine grapes yang hebat ini untuk diformulasi kedalam set penjagaan kulit Youth Complex. Jadi, vivix diambil sebagai makanan tambahan (dari dalam) dan youth digunakan untuk penjagaan kulit (dari luar). Apabila bergabung kedua-duanya menjadi sangat hebat ! Muscadine grapes sangat kaya dengan anti-oksidan, mampu untuk melawan radikal bebas dalam kulit. 

Keeps skin healthy and prevents damage from environment



3. Vital repair (Vitamin & Nutrients)

Membantu untuk melicinkan kulit kita, menentang radikal bebas, dan menjadikan kulit lebih sihat

Vitamins and nutrients. Soothes skin and fights free radicals



4. Schisandra Chinensis

Kulit kita seperti jalan raya. Kulit kita mempunyai banyak liang. Jadi semakin kita berusia, liang-liang ini akan semakin tersumbat, sekatan di sana sini, roadblock dan sebagainya. Sehinggalah kulit kita tidak mendapat nutrient yang secukupnya. Pengangkutan nutrient itu tidak sampai ke tempat yang sepatutnya oleh kerana ada roadblock itu tadi. Di sini schisandra chinensis memainkan peranan membantu membawa nutrient-nutrient yang diperlukan oleh kulit ke dalam kulit kita dengan lebih lancar.

Helps structurally provides more nutrients to the skin



5. Lotus japonicus extract

Membantu mengaktifkan youth protein. Semakin kita meningkat usia, youth protein semakin berkurangan. Contoh : Kolagen. Kolagen mula menyusut dengan drastik bukan hanya apabila ketika  memasuki umur 30-an, namun pada awal 20-an sudah bermula ! Jadi, pada usia 30 an ke 50 an, pengurangan kolagen dalam tubuh badan kita sangat sangat drastik. Disini  Lotus japonicus extract berfungsi. Kajian menunjukkan yang selepas penggunaan lotus extract ini selepas beberapa hari dan minggu, ia mampu "reset" semula youth protein dalam kulit. Oleh itu, kolagen semakin meningkat, kulit kelihatan semakin muda, produk elastik semakin banyak. Menandakan lotus extract ini bertindak dengan baik pada kulit kita.

Activates key youth protein in skin. Supports collagen and elastin production


Inilah 5 kuasa botanikal yang terkandung di dalam Youth complex Shaklee. Kesemuanya adalah secara organik dan semulajadi. Jadi, ianya terjamin selamat.







Bagaimana setakat pembacaan anda ini? Adakah benar Youth sehebat itu ? Mari kita lihat ujian klinikal yang telah dijalankan oleh shaklee


Shaklee telah menjalankan SKIN AGE INDEX ke atas pengguna produk Youth sebelum dipasarkan. Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang BERANI membuat ujian secara klinikal ini berbanding syarikat yang kosmetik yang lain. Skin Age Index dapat mengukur kedutan, saiz liang pori, tona kulit, ketegangan, tekstur kulit, pigmentasi, radiance dan kekeduran dengan kadar yang sangat tepat sebelum dan selepas penggunaan youth. Shaklee mempunyai data yang sahih dan bukti. 










Hasil ujian Skin Age Index ke atas pengguna youth, mendapati 100% pengguna dari pelbagai peringkat usia dan pelbagai etnik termasuk penduduk asia, dan juga pelbagai jenis masalah kulit termasuk jeragat, parut hidup, jerawat, kedutan dan kendur. Dan keputusannya adalah 100% lebih muda. 2/3 daripadanya mendapati usia kulit mereka 10 tahun lebih muda. Bayangkan umur 30 tahun masih kelihatan seperti umur 20 tahun. Siapa tak nak? Mesti inilah dambaan setiap daripada kita. Dan yang paling penting adalah kulit yang sihat. 








Keselamatan satu-satu produk adalah yang paling patut di titikberatkan. Kerana kita mahu menggunakan satu produk sahaja untuk jangka masa yang lama. Tidak perlu membuang masa sentiasa mencari-cari produk yang sesuai dengan kulit. Rangkaian produk vitamin shaklee digunakan sehingga berpuluh tahun. Malah ada yang sudah makan produk shaklee selama 50 tahun ! Jadi tiada yang perlu diragukan lagi. Malah seharusnya sangat yakin  produk shaklee boleh digunakan untuk jangka masa panjang dan tiada kesan sampingan.


Cuba anda cek adakah bahan-bahan yang disenaraikan ini ada dalam produk yang sedang anda digunakan. Jaminan 100% produk Youth tidak mengandungi bahan-bahan ini. 




Terlalu banyak produk di keluarkan kini yang "timbang kilo" "re-brand"  yang tidak terjamin keselamatannya. Sangat ramai yang sudah terkena kesan dari produk-produk berbahaya ini sehingga ada yang mengalami kerosakan kulit yang teruk, dan yang paling menyedihkan ia merebak ke organ dalaman sehingga membawa maut ! Ya ! Produk kosmetik walaupun dipakai secara luaran tetapi apabila ia meresap ke dalam kulit juga mampu memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan keseluruhannya. Jadi langkah pencegahan dan perlu sangat berhati-hati dalam memilih produk. 

Jika dahulu, masalah yang sering dihadapi pengguna yang tersalah memilih produk boleh diatasi secara mengambil produk supplement shaklee, tetapi sekarang shaklee mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah yang juga lengkap dengan nutrisi yang membantu mangsa kerosakan kulit akibat bahan kimia yang berbahaya. Ini merupakan satu jalan penyelesaian yang sangat HEBAT ! Mungkin anda tidak dapat dari mana-mana produk penjagaan kulit yang lain.







Rangkaian Youth complex sangat mudah dan tidak terlalu banyak. Golongan yang mungkin kekurangan waktu untuk membuat rutin penjagaan kulit pasti menyukai Set Penjagaan Kulit Youth Complex ini ! Ini kerana ia cuma melibatkan penjagaan asas dan beberapa langkah yang sangat mudah tetapi lengkap dengan gabungan kuasa botanikal yang hebat



Mudah dan praktikal 


1. Pencuci muka : Tiada buih, sangat ringan, tidak terlalu berminyak tetapi mampu melembapkan kulit. Menyingkirkan kotoran.

2. Toner : Menyegarkan, menyingkirkan lebihan kotoran di muka, dan membekalkan nutrisi supaya kulit lebih sihat 

3. Serum : Untuk kulit bermasalah. Hero of Youth. Mengandungi 10 kali kepekatan Youth Complex berbanding produk youth yang lain. mempercepatkan pembaikian sel di kulit. 

4. Moisturizer (day cream) : Wajib pakai setiap hari untuk elakkan masalah kulit akibat persekitaran. SPF50 sesuai untuk suhu dan cuaca di Malaysia

5. Night cream  :  Digunakan di malam hari, memperbaharui sel kulit ketika tidur. Bangun pagi lebih segar dan kulit terasa lebih muda

 Bonus ! 
6. Radiance C + E : Untuk masalah kulit yang teruk dan sudah usia 50 tahun ke atas. Atasi masalah kulit kusam, kendur, kedut dan masalah kulit biasa. 60 capsule yang mengandungi 20% pure vitamin c. Rangkaian produk antarabangsa dan ternama di luar sana, hanya meletakkan maksimum 10-12% pure vitamin c. Itulah istimewanya Youth Shaklee 









Bukti Youth sangat berkesan. Testimoni pengguna youth yang menggunakan selama 28 hari tetapi mendapat transformasi yang sangat significant. Ini adalah antara pengguna yang mengalami kulit semakin cerah, tona semakin sekata, v-shape, lift up, tegang, berseri




Projek The Walking Beauty iaitu Spa shaklee yang sangat mementingkan Spa Natural keatas pelanggan spa nya juga menggunakan rangkaian produk Youth dalam rawatan wajah. Dan hasil untuk hanya 1 sesi rawatan wajah sangat sangat menakjubkan ! Mari kita lihat lagi testimoni berjaya dengan Youth




Wajah pelanggan spa kelihatan lebih runcing (effect V-shape), lebih cerah dan kurang cela selepas 1 sesi rawatan wajah oleh agen spa The Walking Beauty menggunakan produk Youth Shaklee .

Salah seorang beautician The walking Beauty menggunakan Youth ketika sesi rawatan wajah di Melbourne Australia


                         Pakej Belajar Home & Mobile Spa The Walking Beauty





QUESTION AND ANSWER BERKENAAN YOUTH SHAKLEE

1. Adakah Youth sesuai digunakan untuk semua jenis kulit ?

Ya. Biasanya produk skincare di formulasikan berbeza untuk jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering atau kulit kombinasi. Hasil ujian Skin Age Index ke atas pengguna youth, mendapati 100% pengguna dari pelbagai peringkat usia dan pelbagai etnik termasuk asia, dan juga pelbagai jenis masalah kulit termasuk jeragat, parut hidup, jerawat, kedutan dan kendur. Dan keputusannya adalah sangat-sangat positif. 

2. Adakah Youth mengandungi pengawet ?

Setiap produk kecantikan pasti ada pengawet. Kerana sekiranya tiada pengawet bakteria dalam produk tersebut akan mudah membiak dan ianya akan menjadikan kulit anda lebih teruk. Produk home made sediri pun juga menggunakan pengawet. Yang membezakan adalah jenis pengawet itu selamat atau tidak. Ya, youth menggunakan pengawet untuk memastikan keselamatan produk. Tetapi tidak mempunyai pengawet berbahaya seperti paraben dan formaldehyde. Shaklee menggunakan phenoxyethanol sebagai pengawet dan bahan ini lazimnya digunakan dalam kosmetik yang selamat. Jumlah yang dugunakan juga jauh lebih rendah dari kadar yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Hanya penggunaan minimum untuk keselamatan pengguna. 

Youth adalah produk paling hampir dengan semulajadi : Kata-kata Chris Kyrou (Chief Scientist) yang telah berkhidmat dengan pelbagai syarikat gergasi kosmetik dunia. Youth adalah produk terbaik dan sedang menjadi fenomena di US sekarang. 

3. Adakah Youth selamat digunakan oleh ibu menyusu dan mengandung ?

Ya. 100% selamat dan tiada isu

4. Vitamin A di dalam Activating serum Youth tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung dan menyusu. Adakah benar ?

Vitamin A memberikan kesan yang tidak diingini apabila diambil secara berlebihan seperti yang ditetapkan oleh WHO. Dos Vitamin A untuk ibu mengandung maksimum adalah 10000IU hingga 25000IU bergantung kepada keadaan kesihatan mereka. Peraturan tersebut adalah untuk mengambil vitamin A secara oral. Bukan penggunaan topikal iaitu penggunaan secara luaran. Jadi tiada adalah masalah Youth digunakan untuk ibu hamil dan menyusu.




Bagaimana? Teruja tak untuk menjadi salah seorang pengguna Youth Shaklee ? :)


Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan Rangkaian produk Youth Skincare Shaklee. Boleh hubungi saya segera :)


Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat :)