Saturday, March 9, 2019

Zaman Kejatuhan Shaklee

Buat shaklee ni kene cantik, kurus dan berjaya je ke? Takde zaman kejatuhan?

Adaaaa...

Lepas bersalin aryan, dari 63kg terus 45kg. Wow ! Dapat berat idaman terus. Tapi nightmare bermula bila aryan dah mula nak wean off. Nak stop menyusu badan dah. Uish..tak.. sangka waktu tu badan bagai di pam pam. Naik semula berat sama macam mengandung😂

Dah risau ni. Bukan setakat berat badan, kulit muka mula berjerawat. Orang sekeliling dah mula tegur. Pergi kelas dan event shaklee orang tanya. Siap tanya aryan nak dapat adik ke. Orang ingat mengandung 😭

Paling kejam, pergi shopping mall Promoter London Weight Management kejar nak promote pakaje slimming ! Benci betul ! 😭😭😭

Why mila why? Sebab org tak biasa tengok mila gemok haha. Pakej muka teruk skali. Memang serius macam makcik-makcik.

Sampai mila tak percaya shaklee sekejap. Sedangkan itulah yg mila telan sejak dalam pantang. Sampailah aryan nak wean off. Desperate jugak lah nak cantik dan kurus balik.

Bayangkan sejak dari berkenalan sampai berkahwin dan ada anak, suami tak pernah tengok kita gemok dan kulit teruk, walaupun dia tak cakap apa-apa. Tapi sendiri rasa malu haha. Biasalah perempuan...drama 🤭

Haaa...baru kau tahu kamilah. Inilah perubahan drastik yang terpaksa dilalui seorang wanita bergelar ibu. Mungkin ada  ibu yang tak mengalami selepas anak pertama, tapi anak kedua ketiga dan seterusnya. Perkara ni macam tak boleh dibendung.

Dari percayakan sesuatu produk tu pun boleh rasa menyampah. Tak jadi apa. Rasa takde kesan huhu


Muka tengah kusam dan berjerawat :'(






Mila try la makan selain shaklee. Tapi mila ragu. Tak yakin sebab langsung takde bukti kajian klinikal atau apa-apa research. Yang ada cuma testimoni cakap-cakap orang. Kelulusan KKM pon takde. Allahu..risau pula nak teruskan. Tersadai jelah benda tu. Nak beritahu, bila kita nak sesuatu. Sanggup buat tak kisah semua yang selama ni kita tahu salah. Nasib baik cepat sedar dan insaf. Tah apa la jadi kat badan sendiri agaknya kalau terus konsisten😰

Shaklee, yang mila pernah menyampah suatu ketika dulu. Mila tengok balik botol-botol yang belum habis makan. Mila fikir semula dalam-dalam.

Bukan tak berkesan. Cuma cara mila tak betul. Mila skip. Makan harini, esok tak. Lusa pula makan. Kadang skip seminggu. Rasa tak best barulah cari. Sudahnya, malas pula nak makan. Tinggal sebulan dua. Pemakanan harian mila, mana sihat sangat. Seriuosly, mila bukan masak sayur & buah hari-hari. Mana nak datang vitamin? Karbohidrat dan protein je. Itupun tak sure cukup ke tidak.

Dah muhasabah diri😂  Shaklee langsung takde masalah. Sikap kita tu sebenarnya yang salah.

Pregnant anak kedua. Mila mmg serius nak jaga badan elok-elok dah. Tahu je pregnant, mila study vitamin apa yg penting untuk ibu mengandung. Satu set Kehamilan shaklee lengkap mila makan. Habis topup lagi sampai bersalin.

Berpantang, mila teruskan lagi dgn set berpantang shaklee. Ya Allah..lain betul berpantang bila kita ada ilmu nutrisi yang semakin lengkap, dan kita tahu apa yang badan kita perlu. Mila bukan terpengaruh dengan testimoni sesiapa dalam shaklee. Mila sendiri baca. Info dari doktor selain shaklee pun baca, mila gabungkan info dari saintis shaklee. Ya Allah..sama je !

Kesihatan ibu dan anak bermula dari pemakanan yang sihat dengan kuantiti yang betul dan terkawal.

Masa ni, berkali-kali dah jatuh cinta dengan vitamin shaklee. Lain dari supplement lain. Shaklee, hanya yang faham ilmu nutrisi dan pernah merasai kesannya sahaja akan faham. Aishh berbelit dah rasa ayat ni haha.

Mila share bukan sebab fanatik. Mila share sebab mila rasa berdosa tak share info macam ni. Dikala masih ramai yang tertipu dengan supplement sampah. Dan ada juga pukul rata mengatakan semua supplement sampah. Shaklee berbeza guys.

Ibu anak dua, 5 tahun makan shaklee. Dan akan teruskan insyaAllah💪🏻


Mak anak 2