Lepas SPM, mesti ramai adik adik yang terfikir hala tuju masing-masing kan?
Apa nak buat lepas SPM ?
Kahwin ? Calon belum ada. Diri sendiri juga perlu ada pelajaran & pendapatan dahulu.
Sambung belajar ? Perlu tunggu keputusan SPM keluar dulu. Lama juga kalau nak tunggu sahaja buang masa macam tu.
Goyang kaki ? Memang seronok tak perlu berat kepala fikir macam-macam hal. Tapi ni salah satu ciri orang malas. Saya bercita-cita dan berwawasan tinggi !
Yes yes. Saya perlu KERJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN. Atau lebih spesifik, Kerja part time sementara keputusan SPM keluar & sementara saya diterima masuk belajar di mana-mana institusi pengajian. Saya ada cita-cita, tapi apa salahnya saya buat kerja yang mendatangkan hasil untuk beberapa bulan ini. Boleh juga digunakan untuk perbelanjaan ketika di universiti nanti. Ringan juga beban mak ayah :)
Satu lagi masalah.
Nak kerja part time, tapi apa yang sesuai ?
Biasanya..kerja part time yang "famous" untuk lepasan SPM macam saya ini :
1) Sales assistant atau cashier
2) Admin atau kerani sementara
3) Kerja di restaurant fast food (KFC/McD/Pizza Hut) atau kedai makan
4) Promoter
5) Runner/ Dispatch
6) Customer services
Kenapa tidak BERBISNES ?
Berbisnes, boleh buat secara Online, Offline atau buat kedua-duanya sekali
Online : Di atas talian. Guna sahaja internet untuk tujuan memasarkan dan memperkenalkan bisnes atau produk kita kepada umum. "Kedai di alam maya" samada di Facebook, instagram, Blog, Website atau mana-mana media sosial. Tidak perlu keluar rumah berhadapan dengan pelanggan
Offline : Berniaga secara terus, berjumpa terus pelanggan dan mungkin mempunyai kedai fizikal.
SANGAT DIGALAKAN BERBISNES
Kerana...
- 9/10 punca rezeki adalah datang dari perniagaan.
- Pertambahan komitmen yang memerlukan pertambahan kos kehidupan
- Ekonomi negara yang kurang stabil, perlu sentiasa ada "backup" pendapatan selain dari makan gaji
-Bila berbisnes, anda boleh cipta atau susun sendiri masa, untuk bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Tidak terikat dengan masa yang ditetapkan majikan yang ada masa sangat menekan.
- Untuk memenuhi keinginan @ kehendak tanpa perlu " downgrade " kan kehidupan sendiri. Boleh cuba untuk mencapai Money Freedom (Kebebasan Kewangan )
- Dapat membantu orang lain yang memerlukan dengan cara menawarkan peluang pekerjaan kepada orang lain ( Bisnes berkumpulan / Team / Group / Dan lain-lain )
- Dapat memajukan diri dengan belajar untuk memajukan bisnes, belajar menyelesaikan masalah, lebih matang dan berfikiran ke hadapan
KENAPA ORANG MUDA PERLU MULAKAN BISNES DARI AWAL LAGI ?
INI 5 SEBAB NYA :
1. Ada banyak masa
Orang muda biasanya kurang komitmen. Mudah untuk fokus & berjaya dalam bisnes.
Berbeza dengan orang yang semakin meningkat umur, komitmen tanpa disedari bertambah, masa untuk fokus berbisnes semakin kurang dan sangat struggle. Keluarga, pasangan, anak, kerja hakiki. Semua perlu dibahagikan masa nya.
Jadi, sewaktu muda dan tiada tanggungjawab yang terlalu besar lah masa yang paling tepat untuk mula berbisnes.
2. Minda fresh
Semangat dan keinginan orang muda biasanya lebih kuat jika nak dibandingkan dengan orang yang dah melepasi umur 30-an.
Biasanya orang muda lebih positif, produktiviti yang lebih tinggi dan mereka lebih banyak enjoy ketika berkerja. Berkaitan dengan point no.1 tadi juga, kerana kurang komitmen maka kurang juga stress.
Kenapa nak tunggu lama sedangkan waktu muda inilah boleh keluarkan idea yang lebih bernas dan "fresh"
3. Kumpul Pengalaman
Dapat belajar dan berjaya dengan lebih awal.
Masa muda lah nak belajar. Jangan takut dengan kegagalan. Sebenarnya, itulah yang mengajar kita untuk terus maju
Tapi, siapa kata pengalaman ditimba melalui kegagalan sahaja. Ada yang berjaya dan terus berjaya. Cuma, perlu ada sikap berhati-hati dan yakin dengan setiap tindakan yang akan diambil
Jom tengok video ni tentang detik detik menjadi seorang usahawan :
4. Kewangan Yang Stabil
Dengan bisnes boleh bantu kita ada kewangan yang lebih stabil. Kerana tidak bergantung nasib dengan mana-mana company untuk membayar gaji. Jika company lingkup? Kita lingkup sama.
Bina bisnes sendiri, bermakna bina kewangan sendiri. Rasa lebih secure kan?
Disebabkan itulah, ramai yang berbisnes dapat kebebasan kewangan dan UNLIMITED !
Tidak seperti gaji yang hanya ditetapkan oleh majikan walaupun seberapa besar usaha kita
Cuma, perlu belajar urus kewangan dengan baik supaya ianya membantu kita sehingga hari tua
Kebebasan kewangan di usia muda sangat diidamkan oleh ramai muda mudi kerana
Tak perlu terlalu bergantung harap kepada ibu bapa dan saudara untuk
- Kos perkahwinan
- Kos dan perbelanjaan atas keinginan sendiri
- Membantu ahli keluarga yang lain, contohnya adik beradik yang masih belajar
- Dapat kumpul aset di awal usia.
- Berjaya dalam hidup
5. Meminimumkan Risiko
Cabaran yang banyak masa kini
- Sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian
- Bekerja makan gaji, gaji rendah (under paid)
- Seperti tiada jaminan masa hadapan, masa bekerja yang terlalu panjang sehingga kurang masa dengan keluarga
Sekiranya seawal usia sudah mula bertindak untuk memulakan bisnes, mungkin tidak lah terlalu tertekan apabila sudah meningkat usia nanti nak mendepani masalah-masalah seperti diatas.
Ya, dengan bisnes pasti akan ada masa nya berlaku kerugian atau bisnes tidak berjalan seperti yang kita inginkan.
Tetapi, sekurang-kurangnya di usia muda ini masih ada masa untuk pergi menimba ilmu di kelas-kelas, belajar dan buat carian online.
Jika dah tua baru nak merasai semua ini? Fikir-fikirkan lah. Takut kita akan cepat sangat give up dek kerana tenaga dan kemampuan semakin terbatas.
Jadi, tolong jangan bazirkan masa di usia muda. Sentiasa ingat 5 perkara Sebelum 5 Perkara
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Muda sebelum tua
Hidup sebelum mati