Sunday, October 20, 2019

Pakej Berpantang Merah Jambu Beauty Spa & Mother's Recovery ( Morec ) 2019


Pakej Berpantang Merah Jambu Beauty Spa &
 Mother's Recovery ( Morec ) 2019
014-5082724


[PAKEJ  BERPANTANG PREMIUM ]

A) Pakej 3 Hari (RM470)

  • Urutan bersalin 3x 
  • Urutan lancarkan susu 3x 
  • Bertungku 
  • Param, pilis, tapel 
  • Mandian herba 
  • Makanan untuk ibu berpantang 
  • Mandian, tuam & urutan bayi 
PERCUMA
> Urutan sengkak wajah


B) Pakej 7 Hari (RM799)
  • Urutan bersalin 3x  
  • Urutan lancarkan susu 3x 
  • Bertungku 
  • Berbengkung ( bengkung sendiri )
  • Param, pilis, tapel
  • Mandian herba
  • Makanan untuk ibu berpantang
  • Mandian, tuam & urutan bayi 
PERCUMA
> Urutan sengkak wajah

C) Pakej 14 Hari (RM1289)
  • Urutan bersalin 3x 
  • Urutan lancarkan susu 3x 
  • Bertungku 
  • Param, pilis, tapel 
  • Tangas Kering (selepas luka bersalin sembuh dan darah nifas dah berkurang )
  • Mandian herba 
  • Makanan untuk ibu berpantang 
  • Mandian, tuam & urutan bayi 
PERCUMA
> Urutan sengkak wajah


D) Pakej 44 Hari (RM3799)

  • Urutan bersalin 6x 
  • Urutan lancarkan susu 3x 
  • Bertungku 
  • Berbengkung 
  • Param, pilis, tapel 
  • Tangas Kering & Basah (selepas luka bersalin sembuh dan darah nifas dah berkurang )
  • Mandian herba 
  • Makanan untuk ibu berpantang 
  • Mandian, tuam & urutan bayi 
PERCUMA
> Urutan sengkak wajah
> 1 sesi Penutup Pantang A @ B 






[PAKEJ PENUTUP PANTANG]


Pakej Penutup Pantang A (RM249)
  • Urutan & lulur badan
  • Bertungku
  • Tangas Kering & Basah
  • Mandian Aura Susu
  • Facial Relaxing Massage

Pakej Penutup Pantang B (RM199)
  • Sauna
  • Body Scrub
  • Hand & Foot Spa
  • Mandian Aura Susu
  • Facial Relaxing Massage



[ALA CARTE]



1. Urut bersalin RM60/ hari

Kebaikan :
- Legakan sakit badan selepas bersalin
- Lancarkan perjalanan darah
- Mecegah stress selepas bersalin
- Mengembalikan bentuk tubuh asal
- Mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin 

2. Urut lancarkan susu RM20/ hari

Kebaikan :
- Menggalakkan proses pengeluaran susu badan

3. Mandian herba RM2/hari

Kebaikan :
- Menyegarkan tubuh
- Menghilangkan rasa letih & lesu
- Keluarkan angin dalam badan
- Pulihkan tenaga
- Galakkan pengeluaran susu badan


4. Bertungku RM25/hari 

Kebaikan :
- Lancarkan darah nifas keluar 
- Membuang angin
- Menyegarkan badan
- Membaik pulih sistem saraf
- Mengurangkan lenguh & sengal badan

5. Berbengkung (bengkung sendiri)
RM25 untuk hari pertama
Tambahan (RM2x hari) untuk hari seterusnya

Contoh untuk 3 hari  = RM29

Kebaikan:
- Mengembalikan kedudukan peranakan
- Mengelakkan rahim jatuh
- Membuang angin
- Melangsingkan tubuh badan yang berubah semasa mengandung dan bersalin

6. Param + Pilis + Tapel 
RM50 untuk hari pertama
Tambahan (RM5x hari) untuk hari seterusnya

Contoh untuk 3 hari  = RM60

Kebaikan :
a) Param : disapu ke seluruh badan (kecuali payudara & perut) untuk memanaskan badan dan menjaga kecantikkan kulit
b) Tapel : disapu pada perut dan pinggang sebelum berbengkung untuk mengempiskan, mengurangkan strech mark dan perut menggeleber, membuang angin dan mengecutkan rahim
c) Pilis : disapu pada dahi untuk mengurangkan rasa pening, membuang angin, melega dan menenangkan


7. Tangas Kering RM35/sesi (5 minit)
* Dilakukan 1-2 kali sahaja sepanjang berpantang, sebaiknya selepas seminggu berpantang
* Dibuat selepas darah nifas kering & luka beransur sembuh

Kebaikan:
- Mengecutkan rahim
- Menguatkan otot vagina & perut
- Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangkan bau badan dan bau yang keluar dari faraj
- Membantu mengatasi masalah keputihan & gatal
- Membantu melangsingkan badan

8. Tangas basah/Sauna RM20/sesi  (5-15 minit)
* Dilakukan selepas tamat berpantang
* Dibuat selepas darah nifas kering & luka beransur sembuh

Kebaikan :
- Mengecutkan rahim
- Menguatkan otot vagina & perut
- Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangkan bau badan dan bau yang keluar dari faraj
- Membantu mengatasi masalah keputihan & gatal
- Membantu melangsingkan tubuh

9. Mandian, tuam & urutan bayi
RM40 untuk hari pertama
Tambahan (RM5x hari) untuk hari seterusnya

Contoh untuk 3 hari  = RM50

Kebaikan :
- Membantu bayi tidur lebih lena
- Melegakan selsema & kahak bayi
- Mengelakkan angin pasang
- Melegakan dan mengelakkan kembung perut


10.  Memasak menu ibu berpantang 
RM35/hari ataupun rujuk Pakej Pantang Foods di bawah
- 2 jenis lauk sehari + buah
- Termasuk makan tengah hari & makan malam
- Vitamin khas untuk ibu berpantang & menyusu berserta konsultasi
- Tips menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun

Kebaikan :
- Bagi ibu yang baru melahirkan, nutrisi yang mencukupi adalah sangat penting.
- Untuk memastikan badan ibu sentiasa dalam keadaan sihat, bertenaga dan tidak mudah stress
- Untuk cepatkan penyembuhan luka bersalin ( dalaman & luaran )
- Untuk mengembalikan kecantikan ibu
- Nutrisi yang baik juga penting untuk penghasilan susu ibu yang terbaik





Nota :

*Waktu rawatan bermula jam 8 pagi-1 petang sahaja (boleh berunding ketika hari perbincangan)
*Boleh berunding dahulu dengan terapis sebelum menetapkan pakej dan rawatan yang ingin diambil
*Bayaran deposit 30%-50% dari jumlah bayaran boleh diberi pada hari penetapan tarikh (Lock Date). Ini untuk persediaan barang. Dan boleh menyelesaikan baki bayaran pada hari pertama rawatan
*Harga pakej tidak termasuk kos pengangkutan


__________________________________________

PANTANG FOODS
(Cook & Deliver to You)


Pakej Pilihan : 

RM35/hari

RM99/3 hari

RM230/7 hari

RM420/14 hari

RM900/30 hari

RM1320/44 hari

- Termasuk makan tengah hari & makan malam
- Vitamin khas untuk ibu berpantang & menyusu berserta konsultasi
- Tips menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun

Kebaikan :
- Bagi ibu yang baru melahirkan, nutrisi yang mencukupi adalah sangat penting.
- Untuk memastikan badan ibu sentiasa dalam keadaan sihat, bertenaga dan tidak mudah stress
- Untuk cepatkan penyembuhan luka bersalin ( dalaman & luaran )
- Untuk mengembalikan kecantikan ibu
- Nutrisi yang baik juga penting untuk penghasilan susu ibu yang terbaik

Menu Pilihan

Menu untuk 1 hari akan disediakan :

 ( Nasi Putih +  Kuah + Side dish + Buah + Ulam )

Kuah
1. Sup Ayam/Ikan
2. Singgang Ikan
3. Sup sayur campur

Side Dish
1. Ayam/Ikan panggang
2. Ayam/Ikan bakar
3. Ayam/Ikan kukus
4. Ayam/Ikan goreng
5. Sayur campur goreng
6. Sayur celur

Buah
1. Epal
2. Oren
3. Naga
4. Anggur
5. Kiwi
6. Strawberi

Ulam
Pegaga


Testimoni Pelanggan















__________________________________________

PERJANJIAN


Tarikh perjanjian dilakukan :
Tarikh mula rawatan :
Tarikh akhir rawatan :
Jumlah bayaran dipersetujui :
Masa (Jam/Waktu) untuk CL datang ke rumah:

* CL akan menghantar bukti  bergambar perjanjian kepada pelanggan melalui aplikasi whatsapp

__________________________________________



Ingin jana pendapatan melalui 
Bisnes
Mobile Spa & Mother's Recovery (Confinement Lady) ???




Contact mila untuk pertanyaan lanjut : 014-5082724


Sunday, October 13, 2019

Kelebihan buat Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain



Assalamualaikum !

Setelah banyak entry yang mila mila tulis sejak ber blog ini, memang mila tak nafikan lagi. Terlalu banyak kelebihan bisnes shaklee yang mila dan ramai sudah orang lain dapat.

Rasanya entry tentang 3 C yang shaklee tawarkan sudah cukup membuka mata, banyak peluang dan ruang untuk kita berjaya

Cash, Convention, Car - 3C Yang Anda Boleh Dapat Melalui Shaklee

1. Cash Bonus & Untung Runcit

Shaklee berikan cash bonus sebanyak 5%, 8%, 11%, 14%, 17% dan 21% kepada semua distributor nya. Dan berbeza pula pada peringkat pemimpin kumpulan. Ada banyak lagi bonus & award berbentuk cash yang disediakan seperti

Leadership bonus
Consistency Award beserta cash

Untung runcit pula akan diperoleh setiap kali ahli shaklee menjual produk dengan harga runcit. Lebih kurang 12% - 20% keuntungan

2. Car Bonus

Bukan shaklee berikan sebuah kereta, tetapi berbentuk Cash diberikan secara bulanan kepada ahli yang menepati syarat. Tetapi jika cash tersebut nak digunakan untuk tujuan membeli rumah, atau apa sahaja lah ! Nilai bonus ini boleh jadi lebih besar dari cash bonus :)

3. Convention

Convention ini bukanlah seperti convention yang diadakan untuk semua ahli shaklee ( National Conference ) atau untuk leaders (Business Leader National Convention). Ianya merupakan Trip Percuma tajaan sepenuhnya dari shaklee untuk leaders yang layak.

Trip ini shaklee akan bawa ke negara-negara pilihan shaklee di luar dari Malaysia dan dapat memilih untuk mengerjakan Umrah bagi leaders yang beragama Islam. Setiap 2 tahun, shaklee akan bawa ke HQ Shaklee di California. Ya, ianya SEMUA PERCUMA


Tapi yang 3C ini adalah reward yang shaklee berikan kepada ahlinya yang berjaya. Bagaimana pula bagi yang menyertai shaklee bersama kami di Team Jutawan ? Jeng jeng jeng. Pasti lebih menarik bila ditambah reward dari para mentor di team kami 😍

Mila nak ceritakan ini adalah kelebihan bisnes shaklee dengan menyertai Team Jutawan. Yang pasti bukan biashe biashee hihihi :D

KELEBIHAN BUAT BISNES SHAKLEE  BERSAMA TEAM JUTAWAN BERBANDING BISNES LAIN


1. Proven Products, Proven System, Proven Mentors

Proven Products

Semua produk shaklee menjalani kajian berperingkat dalam masa yang lama sebelum mula dipasarkan. Dan shaklee sangat mesra alam, tiada ujian keatas binatang, dan sangat menitikberatkan soal keselamatan pengguna. Dan hampir semua pengguna produk shaklee merasai kesan yang sangat baik sehingga kan boleh terlihat kesanya pada kehidupan individu




Shaklee juga menitikberatkan soal gaya hidup sihat. Tidak mungkin seseorang mampu bergantung kepada supplement sahaja untuk mendapat kesihatan yang baik, malah perlu lah menjaga pemakanan, bersenam dan mengelakkan aktiviti hidup yang kurang sihat. Buktinya, shaklee mengadakan banyak aktiviti fizikal di samping menekankan supplement sebagai pembantu untuk mendapat hidup lebih sihat.

Aktiviti shaklee yang terkini, Bone Health Day

Proven System

Kita nak jalankan bisnes, produk dah bagus dan terbukti berkesan berdasarkan kajian yang dilakukan dengan terperinci. Ada "orang luar" yang mengesahkan kesahihan kajian tersebut, bukan pihak shaklee sendiri. Tetapi, adakah ia sebuah bisnes yang ada sistem membolehkan ahlinya kekal bertahan, dan berjaya ?

Dengan shaklee jawapannya YA

Sudah banyak bukti, sistem perniagaan shaklee adalah baik untuk semua, tiada unsur penindasan, Patuh Syariah, miliki Sijil Halal yang di update setiap tahun, malah sistem bayaran bonus nya sangat telus dan mudah difahami.



 Bonus shaklee yang membolehkan semua ahlinya mampu untuk memiliki slip gaji untuk memudahkan urusan dokumentasi


Proven Mentor

Dalam.pertimbangan untuk menyertai sebuah bisnes, penting juga kan untuk mengetahui serba sedikit tentang orang yang bakal mendaftarkan kita a.k.a bakal mentor kita. Bukan lah nak memilih apa, tetapi mentor inilah yang bakal bawa dan bimbing kita semasa berbisnes nanti

Contohnya, kita tidak mengambil kisah tentang ini dan sekadar ingin mula berbisnes..risau orang itu adalah bukan mentor bisnes, tetapi hanya inginkan keuntungan semata-mata dari anda.

Beza mentor bisnes yang baik dengan ahli yang tidak bertanggungjawab, mentor akan bantu dari A-Z dari sekecil perkara sehingga peringkat yang lebih tinggi. Dan lihatlah pada organisasi yang dimiliki.

Bertuah rasanya mila berada dalam team jutawan, yang pastinya mempunyai organisasi yang besar dan setiap dari ahlinya berpeluang untuk memajukan diri sendiri dengan cara mengasah bakat kepimpinan yang ada.




Mila juga kini memiliki organisasi sendiri dan insyaAllah juga seorang mentor bisnes  kepada Team Miracle 😊


2. Tak semua bisnes hadiahkan trip 4-5 bintang dan diaturkan semuanya. Siap dapat duit poket !

3. Boleh bawa pasangan, anak dan parents ke trip percuma 

4. Cash bonus UNLIMITED !

5. Staff shaklee yang sangat berdedikasi & membantu bersungguh-sungguh pengedar untuk meningkatkan jualan 

6. Banyak event untuk memberi pengalaman menarik kepada ahlinya

7. Sanggup keluarkan belanja tinggi demi kesedaran tentang kesihatan

8. Tidak pernah gagal membayar bonus ahlinya walaupun berpuluh tahun berbisnes

9. Fokus untuk membina ahli shaklee yang bermatlamat & berjiwa besar. Bukan sekadar pandai berbisnes

10. Menekankan tentang kerohanian & percaya segala usaha untuk maju dalam bisnes adalah usaha untuk lebih dekat pada Allah

Bukanlah berniat untuk memburukkan bisnes lain. Tapi dengan teknologi yang kita ada sekarang, social media menjadi satu platform penting untuk para peniaga dan usahawan membina jenama dan melariskan produk. Tetapi, sering mengucap panjang apabila teknik pemasaran yang digunakan :

- tidak menekankan tentang AURAT. Terlampau seksi dan sakitm mata pula melihatnya
- penggunaan ayat yang langsung tak bertapis. Risau golongan kanak-kanak dan remaja membacanya menjadi lebih "ingin tahu" hal-hal rumahtangga, hubungan suami isteri dan lain-lain. Aduhai
-sanggup buat apa sahaja tanpa tahu halal atau haram

Astagfirullahaladzim. Bukan lah mila atau team bisnes shaklee jutawan ini tak pernah lakukan kesilapan dalam berbisnes. Tapi, syarikat shaklee sendiri sangat menekankan prinsip untuk berbisnes untuk memberi manfaat kepada yang lain, dan matlamat tidak menghalalkan cara ! Apa pun yang kita lakukan untuk bisnes, Allah lah sebaik-baik pembantu

11. Mentor yang ikhlas membantu downline sampai berjaya

Itulah antara kelebihan yang senpat mila tulis pada entry kali ini. Terlalu banyak yang telah mila mila lalui dan perolehi sepanjang baru 5 tahun lebih berbisnes shaklee ini. Tak terungkap semuanya kerana terlalu banyak !

Tiada kata selain bersyukur Alhamdulillah atas semua rezeki yang Allah beri melalui bisnes ini. Mila sentiasa ingin berkongsi segala pengalaman dalam shaklee kerana mila bercita-cita untuk mengajak lebih ramai orang untuk bersama-sama mila merasai pengalaman yang sangat mengujakan ini. 

Betul, tak seronok apabila kita rasa semuanya sendirian..nak juga berkongsi dan ajak orang lain bersama-sama :)

See you at the top !

Saturday, October 12, 2019

5 organ detox dan fungsi




Apakah itu Detox ?



Detox ialah suatu proses pembuangan toksin daripada badan melalui organ organ detox badan.

Apa itu toksin?
Toksin adalah bahan buangan atau racun bahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Mustahil untuk kita elakkan toksin dari badan kerana toksin berada di mana-mana.

Detox dapat mengeluarkan toksin dari badan dan ia akan menjadikan badan ringan. Selain itu kita juga dapat manfaat kesihatan yang lain hasil dari pembuangan toksin dari badan kita.




Organ detoks manusia terdiri dari:

1) Paru-paru
2) Sistem penghadaman
3) Kulit
4) Hati
5) Buah pinggang

Sangat rugi kalau kita hanya detox pada satu bahagian sahaja, sedangkan ada 5 organ kita yang perlu di 'Detox' kan?

Mungkin anda dengar dan tahu ada banyak jenis program detox, tetapi cubalah anda buat sedikit perbandingan dengan semua program detox yang ada, rasanya tak ada lagi yang fokus kepada 5 organ detox. Biasanya program detox memfokus kan tentang Usus Usus & Usus 😅

Jangan pandang remeh dengan organ detox yang lain. Ianya juga perlu di "selenggara" sebaiknya untuk dapatkan kesan kurus yang dikehendaki dan mendapat kesihatan keseluruhan badan hendaknya.


Jom mila ceritakan satu program detox, iaitu detox shaklee yan g diberi nama khas JOM DETOX JUTAWAN



Diet VS Detox TAK SAMA

kalau tengok pada gambar, Cleansing (Detox) is better than dieting.

Kalau sekadar diet sahaja, berat akan rebound. Kalau detox, and sambung diet, berat takkan rebound. Ia akan maintain. Saya dah try formula ni. Ia benar2 berkesan!



FUNGSI TERPERINCI 5 ORGAN DETOX INI

Organ-organ ini berfungsi untuk membuang segala toksin dalam badan, jika organ-organ detox ini tidak berfungsi dengan baik toksin akan berkumpul didalam badan dan akan menyebabkan badan mula diserang pelbagai MASALAH KESIHATAN dan boleh nampak kesannya pada kecantikan. Jom kita fahami satu-persatu

1) SISTEM PERNAFASAN/PARU-PARU

Ia memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia, ia diciptakan oleh Allah untuk memudahkan kita bernafas dengan baik, ia merupakan satu organ yang cekap untuk menyedut oksigen dari udara. Cuma ada beberapa faktor penyebab paru-paru jadi bermasalah terutamanya perokok tegar, perokok pasif, mereka yang sering terdedah kepada udara yang tercemar dan lain-lain

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di facebook:

"Asap rokok merupakan satu  iritasi kepada paru paru. Ia menyebabkan penghasilan mukus atau lendir yang banyak di paru paru.

Apabila terlalu banyak lendir dihasilkan, perokok akan mula terbatuk batuk. Ada yang keluar sebagai kahak, dan ada juga yang tertinggal di dalam paru paru menyebabkan saluran udara tersumbat.

Lama kelamaan, rongga udara dalam paru paru akan mengeras, menebal dan rosak. Pada ketika itu, walaupun individu itu cuba menyedut udara, namun oksigen tidak dapat diserap masuk. Inilah yang bakal dialami oleh 1 dari 5 perokok kronik.

Asap rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia merbahaya. Apabila sel paru paru terdedah kepada asap rokok, lama kelamaan akan berlaku mutasi sel normal kepada sel kanser.

Merokok merupakan PUNCA UTAMA kanser paru paru dan risiko perokok untuk mendapat kanser paru paru meningkat sebanyak 22 kali ganda. Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk anda berhenti merokok.

Hanya selepas 2 minggu anda berhenti , fungsi paru paru akan bertambah baik. Selepas 10 tahun anda berhenti, risiko kanser paru paru akan berkurangan separuh"

Sebab itulah misi JOM DETOX JUTAWAN adalah memastikan organ detox dapat berfungsi semula dengan baik agar badan kita lebih sihat. Dalam proses detox paru-paru membantu mengeluarkan gas seperti karbon dioksida.

2) SISTEM PENGHADAMAN/USUS

Usus yang bersih daripada segala kekotoran dapat mengekalkan usus yang sihat secara tidak langsung nutrien penting dapat diserap dengan baik. Usus yang sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan dapat mencegah daripada penyakit serius seperti kanser kolon.

kebanyakkan penyakit seperti sembelit, cirit birit, gastrik, ulser perut, kanser berpunca daripada usus yang kotor dan tidak sihat.



Boleh lihat, keadaan usus yang kotor dan bersih

Bayangkan kalau setiap hari kita makan makanan yang berlemak, yang berminyak makanan yang tinggi gula dan garam, apa akan jadi pada usus kita? Organ ini bekerja tanpa rehat setiap hari sentiasa memproses makanan yang masuk kedalam perut kita. Lama kelamaaan usus menjadi kotor dan mengakibatkan setiap nutrisi yang masuk ke dalam badan tidak dapat diserap dengan baik.

So cara terbaik dan selamat untuk bersihkan usus kita adalah dengan detox. Selain detox dengan cara eat clean, berpuasa juga merupakan cara untuk detox usus kita. Dalam proses detox kolon mengeluarkan bahan buangan dari badan melalui pergerakkan usus

3) KULIT

Bayangkan setiap hari kulit kita diserap dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya yang biasanya terdapat pada make up, skincare, deodoran, sabun mandi dan lain-lain lagi, tidak termasuk punca dari pencemaran & pemakanan harian kita lagi. Kesan dari ini kulit akan lebih cepat mengalami tanda-tanda penuaan sebelum tiba usia. Atau lagi parah berisiko kepada kanser kulit.


Ada banyak makanan sihat yang boleh membantu unuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri, anda juga boleh mendapatkan kulit yang sihat melalui detox bagi membersihkan kulit, membuang toksin dan melambat penuaan. Makanan yang tinggi kandungan vitamin  A, C, E, dan B12 adalah sangat bagus untuk mengekalkan tahap kesihatan kepada kulit. Detox kulit juga adalah proses pengeluaran toksin dari kulit anda melalui peluh dan liang roma.

4) HATI


Artichokes sering digunakan oleh pengamal perubatan semulajadi untuk rawatan penyakit yang berkaitan dengan hati. ia memmbantu menggalakkan pengaliran lemak dan hempedu ke hati, ia juga berkesan untuk rawatan hepatitis.

Sejenis tumbuhan, Artichokes yang dikaji dapat
Membantu fungsi hati

Dalam budaya kuno seperti di Turki, ramuan Artichokes juga digunakan untuk rawatan pembersih darah dan detox hati, ia telah digunakan untuk meningkatkan fungsi hati, penghadaman dan juga membantu menurunkan paral kolestrol jahat LDL yang tinggi kepada tahap yang lebih rendah.

Rasa dia tak sedap dan pahit, tak tertelan rasanya kalau nak makan begitu sahaja. Jangan terkejut actichokes merupakan ramuan yang terdapat dalam salah satu supplement detox Shaklee. Dalam proses detox hati ia berfungsi untuk meneutralkan toksin dan menapis darah.

5) BUAH PINGGANG

Buah pinggang antara organ yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi tubuh yang sihat. Antara fungsi buah pinggang adalah mengimbangi air, jumlah sel darah merah serta asid dalam badan,  ia juga berfungsi untuk menapis toksin dan lebihan garam dan banyak lagi fungsi lain.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik antaranya diebetis, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan stroke, obesiti, genetik, batu karang.





Seterusnya....

Apa beza program #jomdetoxjutawan ni dengan Program Detox yang lain?

1) Kami sediakan coaching 17 hari di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week.

2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Banyak ilmu yang sangat mahal yang kami kongsikan dalam Group ini yang tidak ada di luar sana.

3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. Tambahan lagi suppliment yang kami gunakan adalah satu-satunya suppliment yang mempunyai Landmark study yang memang Selamat, Terbukti dan Berkesan.

4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni

5. Kini yang terbaru, kami ada ganjaran wang dikembalikan sekiranya sepanjang program ini tiada apa-apa perubahan kepada kesihatan atau berat anda. Dengan syarat segala arahan coach telah anda patuhi. *term and condition apply.


Jom tengok testimoni, para peserta bukan hanya turun berat badan. Tapi kesihatan mereka juga semakin baik !






Hebat bukan ? !

Dalam badan kita memang ada ada toksin. Jadi lemak lemak dalam badan akan berusaha untuk 'menutup' toksin ini agar ia tidak membahayakan tubuh badan kita. Kesannya, badan kita menjadi gemuk.

Jika kita kurus menggunakan kaedah biasa, lemak lemak tadi akan hilang. Badan akan menjadi kecil dan ringan. Tetapi toksin dalam badan masih tidak dikeluarkan.

Jadi selepas fasa diet dah tamat, kita makan seperti biasa dan ia akan mengakibatkan pengumpulan lemak meningkat untuk menutup toksin yang masih ada dalam badan.

Berat badan akan naik dengan sangat cepat.

Berlainan dengan kurus melalui kaedah Detox. Kita fokus kepada penyingkiran toksin dari dalam badan.

Tempoh Pre Detox, Detox dan Post Detox dalam tempoh 17 hari akan membantu membuang toksin dari dalam badan serta lemak lemak berlebihan.

Apabila berat turun, toksin dalam badan turut dikeluarkan. Ini menyebabkan proses "Rebound" susah berlaku.


So lets start fresh & Jom detox jutawan !

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Friday, October 11, 2019

Bekerja tapi nak buat bisnes ? Boleh ke ?



Assalamualaikum !

Bekerja tapi nak buat bisnes ? Boleh ke ?

Kenapa tidak :D

Malah sudah ramai yang membuat 1-2 bisnes dalam satu masa, tetapi masih fokus dengan kerja hakiki.

Entry kali ini juga ada berkaitan dengan entry mila sebelum ni > 5 Sebab Anak muda perlu berbisnes dari awal



Banyak faktor yang menyebabkan seseorang mula berbisnes walaupun sudah ada pekerjaan tetap

1. Kerana memerlukan pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan kehidupan

2. Minat yang mendalam. Pernah ada yang berkongsi dengan mila dia sudah memulakan bisnes sejak dari sekolah lagi. Sehinggalah menyambung pelajaran, dan mendapat tawaran berkerja..masih minat dengan bisnes.

Tetapi,ada juga yang berpendapat bahawa, sekiranya melakukan aktiviti bisnes ketika sedang belajar ataupun sedang bekerja, ia akan menggangu fokus.

Mereka berpendapat, sekiranya sedang belajar atau bekerja, boleh menggangu masa dan tenaga yang diambil untuk bisnes.

Sebenarnya, ianya terletak pada diri sendiri. Jika jelas matlamat nya pasti akan pandai untuk membahagikan masa..

Jadi mila nak ajak kita sama-sama berfikir, apakah 5 KELEBIHAN BEKERJA SAMBIL BERBISNES YANG MUNGKIN BELUM RAMAI YANG TAHU


1. Earn More, Give More

Tak semua orang fikirkan untuk dapatkan pendapatan lebih kerana tidak cukup belanja sehariannya. Tapi ada yang berfikiran jauh untuk Hidup Memberi

Maksud memberi adalah BERSEDEKAH.

Bayangkan, dengan gaji yang diperolehi hanya lepas untuk keperluan & kehendak sendiri. Tetapi bila nak beri kepada mak ayah, kepada adik beradik, saudara mara yang mungkin dalam keadaan susah, atau jiran tetangga. Barulah disedari tidak dapat memberi dengan PUAS.

2. Upgrade diri, cabar diri

Ada yang merasakan kehidupan sebagai seorang makan gaji seperti tidak mencabar. Datang pagi, punch in, menghadap komputer, dan sedar-sedar punch out. Membosankan dan tiada cabaran !

Apabila melihat kehidupan orang berbisnes yang bertenaga, penuh motivasi setiap hari, aktif, bersosial, berkenalan dengan ramai orang baru, dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan dengan cara menambah ilmu, pergi ke kelas dan sebagainya. Ramai yang sedar bahawa hidup ini singkat, tidak boleh di sia-siakan masa yang ada dengan banyak membuat perkerjaan rutin dan tidak membangunkan diri.

Apalagi, berkerja sambil berbisnes lah! Tak salah kan untuk dapat kehidupan yang lebih bermakna :D

3. Help more people, money will follow !

Berbalik kepada point no 1 diatas, hidup memberi. Memberi ini boleh dikembangkan lagi kepada memberi pertolongan selain daripada kewangan.

Bagi yang mula berbisnes mungkin akan mula nampak betapa banyak peluang dan ruang untuk memberi dari segi :

~Tenaga - sediakan servis. Tak kisah lah servis apa asalkan niat untuk memudahkan urusan orang lain insyaAllah ada rezeki untuk kita nanti Allah mudahkan. Contohnya servis confirment lady, servis spa, servis food delivery, servis

~Ilmu pengetahuan - ramai juga yang memulakan bisnes dengan cara berkongsi ilmu yang diperolehi. Kadang-kadang tak sangka, ilmu yang sedikit pun bila dikongsi boleh buat duit. Contoh : Berkongsi di laman Youtube, " Tutorial Cara nak pilih ikan segar atau tidak" atau " Tips supaya taknak kucing berak merata ". Dapat banyak likes,followers , subscriber pun boleh buat duit tau.

So Sentiasa hargai ilmu yang kita ada dengan cara berkongsi !


~Peluang menjana pendapatan - sudah ramai yang membina bisnes dan untuk  mengembangkan lagi cawangan atau kedai, perlu ada team ! Sedarlah itu satu peluang kita berkongsi rezeki dan membuka ruang untuk orang lain menambah pendapatan. So kita tak selfish kan dengan selama ini hanya memikirkan tentang poket sendiri sahaja. Kongsi rezeki, Allah tambah kan lagi rezeki kita. Percayalah !


4. Persediaan untuk keadaan yang tak terduga

Sudah berapa ramai dan sudah banyak cerita tentang penutupan syarikat dan pemberhentian perkerja dari syarikat gergasi. Itu menandakan, seberapa kukuh jawatan yang dimiliki sekarang, tidak menjanjikan ia akan kekal sampai bila-bila. Bukan mila nak takutkan atau nak bias kerana mila sendiri berbisnes. Tetapi ianya sebuah REALITI yang terpaksa ditelan, bagi yang pernah merasai pengalaman itu.





Berbisnes ini boleh dijadikan sebagai "back-up" dan tidak membuatkan kita selesa dalam "comfort zone" bekerja. Ya, mungkin akan sedikit penat, tapi pandanglah masa depan yang tak siapa tahu apa kesudahan kita. Sediakanlah payung sebelum hujan.


5. Of course lah dapat duit lebih !

Memang ramai diantara orang yang berkerjaya, tetapi memilih juga untuk berbisnes untuk dapatkan pendapatan lebih untuk menampung kewangan hidup yang meruncing
.
.
.

Kelebihan Bisnes Shaklee, insyaAllah ada semua yang mila sebutkan di atas. Sudah ramai orang berkerjaya yang mula berbisnes shaklee, bukan hanya kerja biasa-biasa, guru, doktor, engineer, lawyer pun join shaklee kerana mereka nampak peluang yang shaklee sediakan.

Baca : Kelebihan Bisnes Shaklee - 3C


Thanks for reading ! :) 



Thursday, October 10, 2019

Kegemukan punca sakit kronik



Assalamualaikum !


Harini mila nak share sedikit petikan perkongsian dari salah seorang yang pernah mengalami masalah kesihatan akibat kegemukan...


" ... Kalau masa tu saya tak join detox, masih diet dengan cara saya, hingga saat ini saya rasa berat saya masih sama atau mungkin bertambah.
Pergerakan saya juga terhad. Saya kelihatan lebih tua dari usia saya.

Bila badan semakin membesar, susah untuk menggayakan pakaian yang cantik. Kulit muka yang kusam akan menyebabkan muka nampak gelap dan tak berseri, terpaksa guna make up tebal. Keyakinan diri juga terganggu dengan penampilan sebegini.

Dan yang amat menakutkan adalah penyakit yang semakin menghampiri. Kalau saya tak join detox sebelum ini, kemungkinan saya terpaksa makan ubat darah tinggi seumur hidup disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak betul.

Kegemukan adalah satu perkara yang amat saya takut. Sebab dari situ macam-macam penyakit boleh datang kepada kita... "

Risau bagi yang mengalami masalah kegemukan ini. Ia bukan perkara main-main. Ianya perlu dipandang serius.

Kenapa?


KEGEMUKAN BOLEH MENJADI PUNCA SAKIT KRONIK !


Kegemukan atau Obesiti adalah satu masalah kesihatan yang patut dirisaukan. Boleh mula mengambil tahu tentang berat badan, BMI (Body Mass Index)  sebagai langkah untuk memgelakkan dari masalah yang lebih serius.



Boleh rujuk kepada pengiraan BMI diatas untuk mengetahui kategori manakah diri kita. 


Antara risiko apabila mengalami masalah kegemukan




Berikut adalah 20 jenis penyakit atau keadaan yanh boleh berpunca dari kegemukan/obesiti :

1. Kencing Manis –
Kencing Manis – Diabetes yang merupakan satu gangguan di mana pankreas tidak menghasilkan cukup atau kadang-kadang tidak mana-mana insulin. Diabetes boleh membawa kepada pelbagai isu-isu perubatan lain dan obesiti merupakan salah satu punca utama disebabkan oleh badan yang mempunyai glukosa berlebihan akibat makan berlebihan.

2. Kanser -
Kanser mempunyai berbagai bentuk dan jenis dan kebanyakan mereka boleh dicegah dengan perhatian yang lebih kepada pemakanan yang sihat dan mengelakkan obesiti

3. Kegagalan jantung akibat tersumbat –
Kegagalan Jantung yang kongestif adalah suatu keadaan di mana jantung tidak boleh mengepam darah yang mencukupi kepada organ-organ lain badan.

4. Pembesaran jantung –
Jantung yang diperbesarkan adalah satu lagi keadaan jantung di mana otot jantung menjadi lebih besar kerana bekerja terlalu keras yang secara semulajadi akan berlaku jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan ..

5. Embolisme Pulmonari –
Embolisme pulmonari ialah keadaan arteri tersumbat yang kadang-kadang boleh membawa maut. Berlebihan berat badan menyebabkan kebanyakan orang mengurangkan aktiviti dan selepas satu masa dimana tiada aktiviti ianya boleh menyebabkan embolisme

6. Polycystic Ovarian Syndrome -
Sindrom ovari polisistik adalah apabila sista wujud dalam ovari. Ianya boleh pecah dan akan menyebabkan walaupun masalah-masalah lain.

7. Penyakit Refluks esofagus Gastro –
Penyakit Refluks esofagus Gastro bermakna bahawa asid perut dan aliran jus dari perut kembali ke dalam esofagus. Ini adalah masalah biasa pada orang yang berlebihan berat badan.

8. Penyakit Hati berlemak –
Penyakit Hati berlemak adalah suatu keadaan berbalik di mana lemak dalam jumlah yang besar berkumpul dalam sel-sel hati. Hati berlemak boleh dianggap sebagai satu penyakit tunggal yang berlaku di seluruh dunia dalam orang-orang yang dengan pengambilan alkohol yang berlebihan dan mereka yang gemuk

9. Hernia -
Hernia disebabkan apabila lubang pada diafragma menjadi lemah dan membesar.

10. Mati pucuk –
Disfungsi erektil adalah ketidakupayaan untuk membangunkan atau mengekalkan ketegangan yang boleh disebabkan oleh masalah perubatan disebabkan oleh kegemukan atau kesan psikologi.

11. Inkontinens Urinari -
Inkontinens Urinari ketidakupayaan untuk mengawal air kencing yang sering dikaitkan dengan obesiti, pundi kencing lemah dan otot lantai pelvik.

12. Kegagalan Ginjal kronik –
Kegagalan Ginjal kronik bermaksud buah pinggang gagal untuk bekerja adalah risiko yang lebih besar kepada orang-orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes.

13. Lymph edema -
Edema limfa adalah keadaan yang berlaku dari sistem limfa rosak atau tidak berfungsi yang kadang-kadang berpunca akibat orang-orang yang mengalami masalah kegemukan dimana kegemukan itu sebenarnya menghancurkan sistem limfatik.

14. Cellulitis -
Selulitis mengikut definisi klinikal ialah jangkitan merebak yang melibatkan kedua-dua dermis dan tisu subkutaneus akibat aliran limfa yang lemah yang disebabkan oleh kegemukan.

15. Strok -
Strok adalah kekurangan bekalan darah apabila badan terpaksa bekerja lebih keras apabila seseorang itu berlebihan berat badan
.
16. Sindrom Pickwickian –
Sindrom Pickwickian boleh menyebabkan apnea tidur dimana kegemukan meletakkan beban yang berlebihan ke atas sistem paru-paru.
Sindrom Pickwickian adalah suatu keadaan di mana orang teruk berlebihan berat badan gagal bernafas pesat cukup atau secara mendalam cukup, menyebabkan tahap oksigen darah rendah dan darah tinggi karbon dioksida (CO2) peringkat. Ramai orang dengan keadaan ini juga sering berhenti bernafas sama sekali untuk jangka masa yang pendek semasa tidur (tidur apnea obstruktif), mengakibatkan mereka terjaga dari tidur dengan kerap sepanjang malam, yang membawa kepada mengantuk berterusan pada siang hari. Penyakit ini meletakkan tekanan pada jantung, yang akhirnya boleh membawa kepada simptom kegagalan jantung, seperti bengkak kaki dan pelbagai gejala lain yang berkaitan.

17. Kemurungan -
Ia adalah satu keadaan di mana seseorang terasa amat sedih sepanjang masa dan boleh akhirnya membawa kepada perasaan ingin membunuh diri. Masalah ini akan lebih serius bagi seseorang yang mempunyai masalah berat badan.

18. Osteoartritis -
Ia adalah satu sindrom klinikal di mana keradangan gred-rendah menyebabkan kesakitan pada sendi. Ini disebabkan oleh kehausan tulang rawan tidak normal yang biasanya disebabkan oleh kegemukan.

19. Gout -
Berlaku apabila asid urik berkumpul dalam darah. Hujung saraf kemudian menjadi jengkel menyebabkan kesakitan yang amat sangat yang dibuat lebih teruk dengan membawa berat badan tambahan.

20. Penyakit pundi hempedu –
Penyakit pundi hempedu biasanya menyerang mereka yang berlebihan berat badan akibat paras kolesterol darah tinggi dan menyebabkan batu karang hempedu.

Sangat merisaukan bukan? ! Dan sebenarnya banyak lagi masalah yang timbul tanpa disedari akibat kegemukan. Contohnya :

1) Kulit bermasalah jerawat, jeragat, kusam dan mudah nampak tua dari usia sebenar

2) Masalah bau badan

3) Asyik letih dan semput

Dan banyak lagi. Semuanya mungkin berkaitan antara satu sama lain dengan penyakit-penyakit yang mila nyatakan di atas.

Oleh yang demikian, boleh lah mula mengambil langkah pencegahan atau mula berusaha untuk menurunkan berat badan. Dengan cara :

1) Kawal pemakanan, dari segi portion, berminyak, berlemak, makanan berproses, perasa dan pewarna yang berlebihan

2) Mula bersenam dengan senaman ringan

3) Boleh juga berdetox dengan cara Detox Shaklee. Dinasihatkan untuk tidak membuat semua ini secara drastik kerana proses nya memerlukan masa dan kesabaran. Jangan ambil langkah mudah dengan mengambil apa-apa pil kurus atau ubat yang tiada kajian terperinci dan tidak berkelulusan. Program kurus memang banyak, tapi pandai-pandai lah memilih yang berkesan dengan cara yang betul !


PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Wednesday, October 9, 2019

Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes




Assalamualaikum !

Kalau korang perasan lah, sekarang dah macam trend " berbisnes dari rumah ". Golongan surirumah lah yang mewujudkan trend ini. Sebenarnya, keadaan hidup pada zaman sekarang yang menuntut dan membawa kepada trend tersebut.

Kenapa ? Dan boleh dikatakan hampir jatuh WAJIB pula untuk suri rumah buat bisnes.


10 SEBAB KENAPA SURIRUMAH WAJIB BUAT BISNES ?


1. Kos hidup tinggi

Desakan hidup yang memerlukan perbelanjaan dan memakan kos yang agak tinggi demi kelangsungan hidup

- makan minum seharian dengan harga barang yang sentiasa naik. Tempat tinggal, kenderaan, bil utiliti, internet, takaful keluarga juga memerlukan kos yang tinggi.

- kos pendidikan yang agak tinggi. Yuran persekolahan, tuisyen, kelas tambahan dan lain-lain perlu dibiayai. Kalau dulu tuisyen atau kelas tambahan luar seperti tidak perlu. Sekarang hampir semua pelajar pergi ke tuisyen, seawal darjah 1 pun ada ! Mila pun tak pasti tentang keperluan tuisyen ni, sebab belum ada anak yang bersekolah. Mungkin kerana persaingan dalam pelajaran yang berbeza dari pelajar zaman dahulu.


2. Bantu suami

Akibat desakan hidup juga, mendesak untuk wanita bergelar surirumah untuk mencari pendapatan untuk tujuan menampung perbelanjaan yang tak mampu ditanggung oleh suami sahaja. Perlu ada kerjasama

3. Dah terbiasa ada duit sendiri

Stress di tempat kerja atas beberapa faktor dan membawa kepada keputusan untuk meletakkan jawatan. Wanita lebih cenderung berhenti kerja dan memilih untuk menjadi seorang surirumah. Tetapi kerana sudah terbiasa berkerja dan punyai pendapatan sendiri, maka dengan cara berbisnes dari rumah boleh membantu mengelakkan diri dari terpaksa berkerja makan gaji, dan dalam masa sama memiliki pendapatan sendiri.

4. Isi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat & memberi imbuhan

Menjadi seorang surirumah bukan tak sibuk dan tak buat aktiviti bermanfaat. Malahan tersangat sibuk !

Rutin harian seperti memasak, basuh gosok dan lipat baju, uruskan anak-anak, makan pakai suami, rumah tangga, hantar ambil anak sekolah. Sampai kan dah terlalu ramai surirumah yang mengadu kepenatan dan tak cukup rehat.

Tetapi, pernah mila mendengar perkongsian dari seorang suami. Kesian melihat isterinya yang sehari-hari, selama bertahun-tahun asyik membuat rutin yang sama. Sedangkan punyai pelajaran tinggi. Langsung tiada ruang untuk si isteri membuat aktiviti yang boleh menggembirakan hatinya, ber "me time" atau melakukan pekerjaan yang ada pendapatan.

Jika isteri yang bergelar surirumah ini mulakan berbisnes, ada juga sedikit pendapatan sendiri untuk membeli barang kehendak yang diingini.

Soal masa juga boleh di kompromi apabila dah berpendapatan ni. Boleh lah sekali sekali upah penjaga atau menghantar ke taska untuk beberapa jam sekiranya perlu kan ruang untuk fokus berbisnes atau selesaikan tugas yang sangat sukar dilakukan jika bersama anak-anak. Alah, cuma RM30-RM50 apa lah sangat untuk di bayar kepada penjaga jika dah boleh jana pendapatan ribuan ringgit apabila mula berbisnes


5. Kekalkan motivasi

Pengalaman diri sendiri sewaktu menjadi surirumah dan belum mula berbisnes. Memang kurang motivasi dan tidak tahu di mana nak cari motivasi setiap hari. Sangat mudah DOWN. Dan buntu untuk mengadu kepada siapa. Apabila mula berbisnes, berkenalan, berjumpa dengan ahli team dan pelanggan, pasti minda akan lebih terbuka, positif dan sentiasa bersemangat. Kadang-kadang timbul masa kurang motivasi pun, masih ada tempat untuk berkongsi rasa dengan kawan-kawan yang sama-sama berbisnes, mentor ataupun pelanggan (serius !). Yang penting, apabila dah mula berbisnes tu jangan lah terus menyendiri. Aktifkan diri !


6. Tidak dipandang rendah

Lumrah kehidupan, apabila kita tidak menunjukkan apa-apa pencapaian dalam hidup, tidak buat apa-apa, sekadar mengulangi rutin yang sama dan tidak nampak yang kita sedang berusaha kearah kehidupan yang lebih baik - ada segelintir pihak yang suka memandang rendah

Terutamanya, golongan surirumah. Tambah-tambah lagi surirumah yang pernah mempunyai pelajaran tinggi !

Memang stigma masyarakat. Susah nak di elakkan.

Dan tak di nafikan, ada golongan yang bertindak menegur kerana mempunyai niat yang baik kerana tidak mahu kita mensia-siakan semua peluang yang ada didepan mata.

Sedikit tips :

Tidak perlu peduli dan ambil kisah tentang pandangan orang lain terhadap diri kita. Samada nak pandang rendah atau tinggi, kita takkan mampu mengubah fikiran orang lain terhadap kita. Tetapi, buat lah sesuatu untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Sudah ramai surirumah mula berbisnes yang sangat banyak membantu masyarakat.

Contohnya : menjual nasi lemak, supaya golongan yang berkerja dan tidak berkesempatan untuk memasak sendiri dapat membeli dan mengisi perut dengan mudah.

Atau, yang membuat servis mobile spa atau confinement lady dapat menyenangkan para ibu sedang berpantang dan wanita yang ingin kekal cantik dan bersih

Bukan kah ini sebahagian daripada aktiviti menyumbang kepada masyarakat?

Apabila kita sibuk menyumbang, insyaAllah tiada ruang untuk yang lain memandang rendah dan memperlekehkan kita yang hanya bergelar surirumah ini :)

Yang penting, niat mesti betul. Bukan mulakan bisnes sebab nak tutup mulut orang, tetapi ingin mula menyumbang kepada masyarakat.


7. Membina & memperkasakan diri

Berbalik kepada point no. 4 tadi, buat aktiviti bermanfaat ini sebenarnya dapat membantu para surirumah untuk "upgrade" diri. Kalau boleh, taknak la jadi orang biasa-biasa. Apa kata, jadi surirumah luar biasa. Barulah cool !

Luar biasa tu macam mana? Jadi superman ? Wonder woman? Adiwira ?

Hehe..bukan. Tetapi buat di luar kebiasaan sebagai seorang surirumah. Tak la rasa bosan je bila berkenalan dengan sesiapa dan dan mempernalkan diri sebagai seorang surirumah...

" You buat apa sekarang ?"

Err..I tak buat apa pun. Surirumah je 😔

Rasa sedih pun ada kan bila ayat tu keluar dari mulut sendiri

Tapi, katakanlah kita dah berbisnes. Rasa happy dan teruja sangat apabila berkenalan dengan orang baru. Dan rasa nak cerita semua aktiviti kita kita kepada orang lain hehe

" I fulltime housewife. But, I ada la buat bisnes sikit. Sambil-sambil. Boleh juga tengok anak-anak depan mata. Tak la risau sangat nak bagi orang lain jaga. Ok la..ada juga pendapatan bla bla bla... "

Happy kan. Dan ada modal untuk bercerita dan bukan sekadar membawang !

Sebenarnya, berbisnes ini jika yang membuat secara serius dan tidak menganggap nya sebagai side income, ianya lebih dari sebuah KERJAYA

Kenapa?

Dengan berbisnes, kita belajar banyak perkara dan akan cuba perbaiki banyak perkara :

- kita belajar untuk tidak merendah-rendahkan diri sendiri. Rasa sayang dan menghargai diri sendiri kerana mula berbangga dengan aktiviti yang kita lakukan (aktiviti bisnes). Kemudian kita mula akan rasa bangga kerana mampu menjadi surirumah yang serba boleh, menjaga rumahtangga & berbisnes menambah pendapatan. Penting rasa ini untuk kekalkan motivasi diri

- belajar berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan. Tidak hanya cakap-cakap dan sembang kosong tiada manfaat

- bina keyakinan diri. Apabila kerap berkomunikasi dengan orang lain dan menghadapi bermacam situasi bisnes, dalam tak sedar kita semakin yakin dengan diri dan tak mudah goyah dengan kritikan dan dan kejian

- Minda terbuka dan dan positif. Tidak hanya nampak hal hal kecil di dalam rumah sahaja. Banyak lagi kelas, majlis ilmu, seminar yang kita berpeluang untuk sertai untuk bertemu ramai orang dan belajar banyak lagi perkara yang penting dalam kehidupan ini


8. Bina hubungan baik

Percaya tak, dengan menjadi seorang surirumah dan lebih lebih lagi kurang bergaul dengan orang sekeliling, adakala kita tidak cuba untuk membina silaturrahim. Aktiviti bisnes menuntut kita bertemu dengan ramai orang dan dalam masa sama, hubungan baik terjalin tanpa disedari.


9. Hidup memberi

Berbisnes jika betul niat nya, kita mampu memberi dengan lebih banyak lagi. Mungkin selama ini maksud memberi seorang surirumah terhad kepada memberikan seluruh tenaga kepada keluarga sendiri sahaja, namun apabila berbisnes mata akan lebih terbuka apabila menyedari sangat ramai orang di luar sana memerlukan khidmat kita.

Berbisnes boleh menjana pendapatan. Maka boleh lah disumbangkan sedikit kepada yang memerlukan duit kerana kemelaratan hidup

Berbisnes yang berbentuk servis, boleh membantu ramai orang yang memerlukan servis kita kerana terdesak, terpaksa, tiada masa dan sebagainya. Contohnya servis mengurut badan, servis memasak makanan orang berpantang, servis mengemas rumah. Sumbangkan tenaga kita kepada yang memerlukan

Sumbangkan idea & ilmu kepada yang tidak mempunyai itu melalui bisnes. Sekarang sudah banyak bisnes yang mempunyai mentor, leader, team yang sarat dengan perkongsian ilmu. Ilmu bisnes dan juga kerohanian.


10. Manfaatkan semua yang dah pernah dapat

Ada golongan surirumah sekarang sebenarnya pernah melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi. Diploma, ijazah, master malah ada yang dah bergelar Doktor Falsafah ! Kenapa memilih kerjaya sebagai surirumah, dan kenapa tidak menceburi dalam bidang profesional..pasti ada jawapan tersendiri.

Tetapi, jangan lah mensia-sia kan semua yang dah ada.

Ilmu di dada
Buku
Peralatan belajar dahulu contohnya  laptop/ komputer

Jangan sekadar simpan dalam kotak tau. Dan rugi sangat jika ianya hanya digunakan untuk perkara yang tidak membantu ungrade diri kita dalam kehidupan. Gunalah untuk memulakan bisnes !


 Laptop & Buku-buku yang sangat berjasa :') Bekerja sambil anak depan mata sangat menjadi terapi jiwa.

Mila pernah gunakan "Google Scholar" untuk search tentang artikel, thesis dan kajian tentang supplement dan nutrisi yang baik untuk badan. Buku rujukan Microbiology yang mila gunakan dalam subjek Microbe semasa degree diselak kembali selepas bertahun-tahun meninggalkan dunia belajar. Laptop yang dah tersimpan rapi kerana dah lama tak digunakan, dibuka kembali.

Semua asbab bisnes shaklee yang mila jalankan semasa bergelar surirumah. Tak sangka betul !

Antara journal yang mila cari untuk memuaskan hati sendiri tentang kandungan dalam supplement shaklee ni hehe. Shaklee memang best..bukan sekadar jual jual dan untung untung je. Kami belajar untuk ada ilmu tentang produk secara terperinci


Laptop tu..beli waktu tahun 2 degree. Tahun 2009/2010 camtu lah. Sangat berjasa waktu nak siapkan thesis, assignment dan segala kerja lah. Tak sangka, laptop yang mila tak guna sangat dah ni lepas grad tahun 2011. Simpan aje sebab waktu makan gaji dulu-dulu tak perlu pun. Dah kahwin..lagi la nak buat apa sangat kan fulltime housewife ni.

Akhirnya, sejak kenal shaklee 2014 haritu laptop ni kembali jadi teman hari-hari. Pernah fikir ruginya tak guna laptop ni. Risau rosak la, apa la sebab lama tak guna. Laptop ni beli guna duit PTPTN plus ayah tambah sikit. Kita special case sikit loan PTPTN tak dapat penuh, dapat suku je jadi ayah tolong topup. Kalau laptop ni tersimpan tak guna sampai rosak, memang rasa sedih sangat-sangat. Dalam RM1500-Rm2000 jugak harga laptop ni dulu. Sayang kan kalau rosak. Dah la kira hadiah dari ayah jugak nak suruh anak dia belajar.

Tapi alhamdulillah. Sekarang dengan laptop ni lah buat database, menulis blog, kerja marketing dan banyak lagi lah dalam usaha berbisnes shaklee ni.

Tak rasa sangat pon macam surirumah. Tapi rasa macam orang berkerjaya gittew. Tak sangka kan mak yang duk ngadap anak hari2 ni boleh jadi seorang yang berkerjaya dari rumah. Itulah antara kelebihan bisnes shaklee
.
.
.

Cukup 10 sebab kenapa suri rumah PERLU berbisnes. Apa-apa pun, tanya hati, lihat kehidupan kita, lihat keadaan diri kita sendiri. Betulkan niat ketika ingin memulakan bisnes. Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap usaha kita dan boleh jadikan bisnes medan untuk meningkatkan lagi kehambaan kita kepada Allah