Assalamualaikum !
Kalau korang perasan lah, sekarang dah macam trend " berbisnes dari rumah ". Golongan surirumah lah yang mewujudkan trend ini. Sebenarnya, keadaan hidup pada zaman sekarang yang menuntut dan membawa kepada trend tersebut.
Kenapa ? Dan boleh dikatakan hampir jatuh WAJIB pula untuk suri rumah buat bisnes.
10 SEBAB KENAPA SURIRUMAH WAJIB BUAT BISNES ?
Desakan hidup yang memerlukan perbelanjaan dan memakan kos yang agak tinggi demi kelangsungan hidup
- makan minum seharian dengan harga barang yang sentiasa naik. Tempat tinggal, kenderaan, bil utiliti, internet, takaful keluarga juga memerlukan kos yang tinggi.
- kos pendidikan yang agak tinggi. Yuran persekolahan, tuisyen, kelas tambahan dan lain-lain perlu dibiayai. Kalau dulu tuisyen atau kelas tambahan luar seperti tidak perlu. Sekarang hampir semua pelajar pergi ke tuisyen, seawal darjah 1 pun ada ! Mila pun tak pasti tentang keperluan tuisyen ni, sebab belum ada anak yang bersekolah. Mungkin kerana persaingan dalam pelajaran yang berbeza dari pelajar zaman dahulu.
2. Bantu suami
Akibat desakan hidup juga, mendesak untuk wanita bergelar surirumah untuk mencari pendapatan untuk tujuan menampung perbelanjaan yang tak mampu ditanggung oleh suami sahaja. Perlu ada kerjasama
3. Dah terbiasa ada duit sendiri
Stress di tempat kerja atas beberapa faktor dan membawa kepada keputusan untuk meletakkan jawatan. Wanita lebih cenderung berhenti kerja dan memilih untuk menjadi seorang surirumah. Tetapi kerana sudah terbiasa berkerja dan punyai pendapatan sendiri, maka dengan cara berbisnes dari rumah boleh membantu mengelakkan diri dari terpaksa berkerja makan gaji, dan dalam masa sama memiliki pendapatan sendiri.
4. Isi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat & memberi imbuhan
Menjadi seorang surirumah bukan tak sibuk dan tak buat aktiviti bermanfaat. Malahan tersangat sibuk !
Rutin harian seperti memasak, basuh gosok dan lipat baju, uruskan anak-anak, makan pakai suami, rumah tangga, hantar ambil anak sekolah. Sampai kan dah terlalu ramai surirumah yang mengadu kepenatan dan tak cukup rehat.
Tetapi, pernah mila mendengar perkongsian dari seorang suami. Kesian melihat isterinya yang sehari-hari, selama bertahun-tahun asyik membuat rutin yang sama. Sedangkan punyai pelajaran tinggi. Langsung tiada ruang untuk si isteri membuat aktiviti yang boleh menggembirakan hatinya, ber "me time" atau melakukan pekerjaan yang ada pendapatan.
Jika isteri yang bergelar surirumah ini mulakan berbisnes, ada juga sedikit pendapatan sendiri untuk membeli barang kehendak yang diingini.
Soal masa juga boleh di kompromi apabila dah berpendapatan ni. Boleh lah sekali sekali upah penjaga atau menghantar ke taska untuk beberapa jam sekiranya perlu kan ruang untuk fokus berbisnes atau selesaikan tugas yang sangat sukar dilakukan jika bersama anak-anak. Alah, cuma RM30-RM50 apa lah sangat untuk di bayar kepada penjaga jika dah boleh jana pendapatan ribuan ringgit apabila mula berbisnes
5. Kekalkan motivasi
Pengalaman diri sendiri sewaktu menjadi surirumah dan belum mula berbisnes. Memang kurang motivasi dan tidak tahu di mana nak cari motivasi setiap hari. Sangat mudah DOWN. Dan buntu untuk mengadu kepada siapa. Apabila mula berbisnes, berkenalan, berjumpa dengan ahli team dan pelanggan, pasti minda akan lebih terbuka, positif dan sentiasa bersemangat. Kadang-kadang timbul masa kurang motivasi pun, masih ada tempat untuk berkongsi rasa dengan kawan-kawan yang sama-sama berbisnes, mentor ataupun pelanggan (serius !). Yang penting, apabila dah mula berbisnes tu jangan lah terus menyendiri. Aktifkan diri !
6. Tidak dipandang rendah
Lumrah kehidupan, apabila kita tidak menunjukkan apa-apa pencapaian dalam hidup, tidak buat apa-apa, sekadar mengulangi rutin yang sama dan tidak nampak yang kita sedang berusaha kearah kehidupan yang lebih baik - ada segelintir pihak yang suka memandang rendah
Terutamanya, golongan surirumah. Tambah-tambah lagi surirumah yang pernah mempunyai pelajaran tinggi !
Memang stigma masyarakat. Susah nak di elakkan.
Dan tak di nafikan, ada golongan yang bertindak menegur kerana mempunyai niat yang baik kerana tidak mahu kita mensia-siakan semua peluang yang ada didepan mata.
Sedikit tips :
Tidak perlu peduli dan ambil kisah tentang pandangan orang lain terhadap diri kita. Samada nak pandang rendah atau tinggi, kita takkan mampu mengubah fikiran orang lain terhadap kita. Tetapi, buat lah sesuatu untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Sudah ramai surirumah mula berbisnes yang sangat banyak membantu masyarakat.
Contohnya : menjual nasi lemak, supaya golongan yang berkerja dan tidak berkesempatan untuk memasak sendiri dapat membeli dan mengisi perut dengan mudah.
Atau, yang membuat servis mobile spa atau confinement lady dapat menyenangkan para ibu sedang berpantang dan wanita yang ingin kekal cantik dan bersih
Bukan kah ini sebahagian daripada aktiviti menyumbang kepada masyarakat?
Apabila kita sibuk menyumbang, insyaAllah tiada ruang untuk yang lain memandang rendah dan memperlekehkan kita yang hanya bergelar surirumah ini :)
Yang penting, niat mesti betul. Bukan mulakan bisnes sebab nak tutup mulut orang, tetapi ingin mula menyumbang kepada masyarakat.
7. Membina & memperkasakan diri
Berbalik kepada point no. 4 tadi, buat aktiviti bermanfaat ini sebenarnya dapat membantu para surirumah untuk "upgrade" diri. Kalau boleh, taknak la jadi orang biasa-biasa. Apa kata, jadi surirumah luar biasa. Barulah cool !
Luar biasa tu macam mana? Jadi superman ? Wonder woman? Adiwira ?
Hehe..bukan. Tetapi buat di luar kebiasaan sebagai seorang surirumah. Tak la rasa bosan je bila berkenalan dengan sesiapa dan dan mempernalkan diri sebagai seorang surirumah...
" You buat apa sekarang ?"
Err..I tak buat apa pun. Surirumah je 😔
Rasa sedih pun ada kan bila ayat tu keluar dari mulut sendiri
Tapi, katakanlah kita dah berbisnes. Rasa happy dan teruja sangat apabila berkenalan dengan orang baru. Dan rasa nak cerita semua aktiviti kita kita kepada orang lain hehe
" I fulltime housewife. But, I ada la buat bisnes sikit. Sambil-sambil. Boleh juga tengok anak-anak depan mata. Tak la risau sangat nak bagi orang lain jaga. Ok la..ada juga pendapatan bla bla bla... "
Happy kan. Dan ada modal untuk bercerita dan bukan sekadar membawang !
Sebenarnya, berbisnes ini jika yang membuat secara serius dan tidak menganggap nya sebagai side income, ianya lebih dari sebuah KERJAYA
Kenapa?
Dengan berbisnes, kita belajar banyak perkara dan akan cuba perbaiki banyak perkara :
- kita belajar untuk tidak merendah-rendahkan diri sendiri. Rasa sayang dan menghargai diri sendiri kerana mula berbangga dengan aktiviti yang kita lakukan (aktiviti bisnes). Kemudian kita mula akan rasa bangga kerana mampu menjadi surirumah yang serba boleh, menjaga rumahtangga & berbisnes menambah pendapatan. Penting rasa ini untuk kekalkan motivasi diri
- belajar berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan. Tidak hanya cakap-cakap dan sembang kosong tiada manfaat
- bina keyakinan diri. Apabila kerap berkomunikasi dengan orang lain dan menghadapi bermacam situasi bisnes, dalam tak sedar kita semakin yakin dengan diri dan tak mudah goyah dengan kritikan dan dan kejian
- Minda terbuka dan dan positif. Tidak hanya nampak hal hal kecil di dalam rumah sahaja. Banyak lagi kelas, majlis ilmu, seminar yang kita berpeluang untuk sertai untuk bertemu ramai orang dan belajar banyak lagi perkara yang penting dalam kehidupan ini
8. Bina hubungan baik
Percaya tak, dengan menjadi seorang surirumah dan lebih lebih lagi kurang bergaul dengan orang sekeliling, adakala kita tidak cuba untuk membina silaturrahim. Aktiviti bisnes menuntut kita bertemu dengan ramai orang dan dalam masa sama, hubungan baik terjalin tanpa disedari.
9. Hidup memberi
Berbisnes jika betul niat nya, kita mampu memberi dengan lebih banyak lagi. Mungkin selama ini maksud memberi seorang surirumah terhad kepada memberikan seluruh tenaga kepada keluarga sendiri sahaja, namun apabila berbisnes mata akan lebih terbuka apabila menyedari sangat ramai orang di luar sana memerlukan khidmat kita.
Berbisnes boleh menjana pendapatan. Maka boleh lah disumbangkan sedikit kepada yang memerlukan duit kerana kemelaratan hidup
Berbisnes yang berbentuk servis, boleh membantu ramai orang yang memerlukan servis kita kerana terdesak, terpaksa, tiada masa dan sebagainya. Contohnya servis mengurut badan, servis memasak makanan orang berpantang, servis mengemas rumah. Sumbangkan tenaga kita kepada yang memerlukan
Sumbangkan idea & ilmu kepada yang tidak mempunyai itu melalui bisnes. Sekarang sudah banyak bisnes yang mempunyai mentor, leader, team yang sarat dengan perkongsian ilmu. Ilmu bisnes dan juga kerohanian.
10. Manfaatkan semua yang dah pernah dapat
Ada golongan surirumah sekarang sebenarnya pernah melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi. Diploma, ijazah, master malah ada yang dah bergelar Doktor Falsafah ! Kenapa memilih kerjaya sebagai surirumah, dan kenapa tidak menceburi dalam bidang profesional..pasti ada jawapan tersendiri.
Tetapi, jangan lah mensia-sia kan semua yang dah ada.
Ilmu di dada
Buku
Peralatan belajar dahulu contohnya laptop/ komputer
Jangan sekadar simpan dalam kotak tau. Dan rugi sangat jika ianya hanya digunakan untuk perkara yang tidak membantu ungrade diri kita dalam kehidupan. Gunalah untuk memulakan bisnes !
Laptop & Buku-buku yang sangat berjasa :') Bekerja sambil anak depan mata sangat menjadi terapi jiwa.
Mila pernah gunakan "Google Scholar" untuk search tentang artikel, thesis dan kajian tentang supplement dan nutrisi yang baik untuk badan. Buku rujukan Microbiology yang mila gunakan dalam subjek Microbe semasa degree diselak kembali selepas bertahun-tahun meninggalkan dunia belajar. Laptop yang dah tersimpan rapi kerana dah lama tak digunakan, dibuka kembali.
Semua asbab bisnes shaklee yang mila jalankan semasa bergelar surirumah. Tak sangka betul !
Laptop tu..beli waktu tahun 2 degree. Tahun 2009/2010 camtu lah. Sangat berjasa waktu nak siapkan thesis, assignment dan segala kerja lah. Tak sangka, laptop yang mila tak guna sangat dah ni lepas grad tahun 2011. Simpan aje sebab waktu makan gaji dulu-dulu tak perlu pun. Dah kahwin..lagi la nak buat apa sangat kan fulltime housewife ni.
Antara journal yang mila cari untuk memuaskan hati sendiri tentang kandungan dalam supplement shaklee ni hehe. Shaklee memang best..bukan sekadar jual jual dan untung untung je. Kami belajar untuk ada ilmu tentang produk secara terperinci
Akhirnya, sejak kenal shaklee 2014 haritu laptop ni kembali jadi teman hari-hari. Pernah fikir ruginya tak guna laptop ni. Risau rosak la, apa la sebab lama tak guna. Laptop ni beli guna duit PTPTN plus ayah tambah sikit. Kita special case sikit loan PTPTN tak dapat penuh, dapat suku je jadi ayah tolong topup. Kalau laptop ni tersimpan tak guna sampai rosak, memang rasa sedih sangat-sangat. Dalam RM1500-Rm2000 jugak harga laptop ni dulu. Sayang kan kalau rosak. Dah la kira hadiah dari ayah jugak nak suruh anak dia belajar.
Tapi alhamdulillah. Sekarang dengan laptop ni lah buat database, menulis blog, kerja marketing dan banyak lagi lah dalam usaha berbisnes shaklee ni.
Tak rasa sangat pon macam surirumah. Tapi rasa macam orang berkerjaya gittew. Tak sangka kan mak yang duk ngadap anak hari2 ni boleh jadi seorang yang berkerjaya dari rumah. Itulah antara kelebihan bisnes shaklee
.
.
.
Cukup 10 sebab kenapa suri rumah PERLU berbisnes. Apa-apa pun, tanya hati, lihat kehidupan kita, lihat keadaan diri kita sendiri. Betulkan niat ketika ingin memulakan bisnes. Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap usaha kita dan boleh jadikan bisnes medan untuk meningkatkan lagi kehambaan kita kepada Allah