Thursday, June 20, 2019

CEPAT GIVE UP TANDA KITA BERJIWA KECIL

Gambar sewaktu ke Health & Wellness Talk Shaklee di Sunway Geo Tower

11 Ogos 2014 mila register as shaklee members. Tapi Ogos 2015 baru terasa serius nak berbisnes. Setahun tu, memang tak fokus shaklee. Tapi setahun tu mila dah ambil kekuatan dari jadi silent reader di group whatsapp. Tengok semua updates dari mentor. Jadi ogos 2015 mila terus giler giler buat bisnes. Semangat giler.

2 bulan lagi genap la 5 tahun ber shaklee. Makan shaklee. Rasa shaklee effects. Jadi leader shaklee. Join spa TWB. Buat spa. Dapat income dari shaklee & spa. Alhamdulillah.

Ada juga masa mila rasa lemah semangat. Korang mesti tahu kan, kalau sesorang tu lemah. Dia rasa nak give up. Rasa down. Rasa macam-macam rasa lah.

Mila rasa nak share lah antara sebab mila rasa nak give up, tapi mampu bangkit balik :

1. Tak rasa kesan positif
Walaupun mila ahli shaklee, mila pun usahakan utk beli produk shaklee untuk dimakan. Mila share info hasil kesan pada mila sendiri, parents mila, customer atau ahli team mila. Tapi ada masa mila tak rasa betul2 kesan yg mila nak. Frust dan rasa tak berani nak share kat orang lain. Waktu tu la rasa down dan tak semangat dah nak share apa2 infos. Then, mila akan tengok. Kenapa orang lain dapat kesan yg baik pula. Kenapa mila je x dapat πŸ˜‚ Parents mila siap repeat. Dorang menunggu anaknya supply supplement untuk dia hehe

Kalau rujuk post mila yg lepas ni :  " Acik kenapa masak masin sangat ?" 


Actually, kesan pengambilan supplement pada setiap individu tu berbeza. Mila mungkin tak dapat kesan atau lambat nampak kesan tu kerana pemakanan harian yang kurang terjaga. So, actually ambil shaklee ni boleh kuatkan semangat mila untuk terus jaga makan dengan lebih sihat dan berkhasiat. Tak boleh rely to supplement je tau. So tak boleh rasa down sebab ni. Ada je yang mila dapat kesan cpt spt Ostematrix, vit c, alfalfa, Esp. Cuma nak kulit terus flawless tu x dpt ler dah kau makan minum macam hape 😭 Teruskan share good infos to others dan terus jaga diri okay !

2. Bad talk, negative viral
Mila pernah rasa down waktu awal join shaklee. Waktu tu lah viral katakan shaklee itu shaklee ini. Waktu tu fragile lagi. Yang tanya depan2 pun ada cakap " ok ke jual shaklee? Ada orang cakap shaklee boleh sebabkan ___" . Lagi la kita ni rasa nak stop. Knowledge pun tak banyak. Pastu takut jugak sebab yang viral tu golongan doktor yang katakan supplement tu bahaya. Aduhai. Tapi jenis mila tak mudah percaya kalau takde bukti jelas. Stakat viral dan cakap2 tu belum bukti kukuh. Sedangkan hari-hari mila baca ujian2 klinikal, ujian saintifik yang shaklee buat. Macam bercanggah sangat dgn org duk viral. Dan kita boleh nilai, cara orang nak memberi nasihat atau menjatuhkan kita. Orang baik2 takkan viralkan benda sendiri tak tahu apa. Biasanya sebab nak jatuhkan kita je duk sibuk hal ni. Macam kes page PW haaa. Habis terbongkar keje dorang πŸ™Š Skrg tak terkesan sangat dah kalau timbul balik kes lama. Dah lali asam garam dunia bisnes (flip hair gittew )πŸ’

3) Rasa takde progress
Mila pernah rasa. Mila statik. Takde perkembangan. Macam tuuu je. Waktu tu mila memang salahkan bisnes πŸ˜‚ Rasa macam salah pilih bisnes pun ada. Bisnes ni tak sesuai dgn aku. Aku takde rezeki nak berjaya dengan bisnes ni. Macam2 lah syaitonirrajim datang menghasut. Padahal silap sendiri belum cek betul betul. Waktu fikiran waras sikit, mila buat post mortem. Kalau mila tukar bisnes lain sekalipun, percayalah. Proses nya akan sama. Mila akan sampai tahap down macam ni juga dan akan cari penyelesaian. Why not, jimatkan masa, teruskan apa yg dah usahakan selama ni, speed up, buat betul2. Cek balik. Semua yang mentor suruh buat, dah buat ke?

Tak buat sebab tu tak berjaya. Samada dari segi strategi bisnes atau kerohanian. Muhasabah la balik.

Sebab once kita give up. Kononnya nak start buat bisnes lain yang lebih ok dengan kita, kita akan ambik banyak masa lagi untuk grow. Ambik masa pula nak grow nya huhuhu. Umur kita makin pendek, bukan makin panjang 😒 Bila nak berjaya kalau asyik duk mencari bisnes yang sesuai sedangkan yang perlu adalah BERUBAH SIKAP

4) Terlalu fikirkan orang lain
Pernah jugak ter compare dgn orang lain sedangkan tak perlu. Lagi banyak compare, lagi jauh kita tertinggal. Fokus jalan sendiri je. Fokus bina diri sendiri. Yang perlu tahu masalah kita cuma mentor bisnes sebab biasanya mentor je tahu apa lebih dan kurang kita. Bukan pesaing kita kan?

Now takde masalah dah pasal ni. Belajar sayang diri dan tahu kekuatan diri. At the same time, baiki kelemahan diri. Paling penting mmg perlu sayangkan diri sendiri.

5) Suka besarkan masalah
Bila datang masalah. Suka sangat fikir lebih lebih. Sedangkan dah buat target. Ada matlamat nak di capai. Tapi mila biarkan masalah untuk lebih conquer diri dan semangat mila. Mila belajar, walaupun besar mana masalah yang datang. Like baru baru ni mila tengok mentor2 mila menghadapi satu keadaan kehilangan ayah. Tapi mereka tetap kuat, tetap berbisnes dgn gigih. SEBAB ? Mereka kecilkan masalah sedih, rasa rindu, rasa yang tak tergambar tu. Yang mereka nampak adalah matlamat untuk bahagiakan ibu yang masih ada. Tunaikan semua impian ibu. Allahuu..sampai macam tu sekali kita boleh kawal pemikiran kita. Even dia saat saat yang sangat menguji. Sebab dah miliki JIWA YANG BESAR DAN KUAT :')

Life kita, kita boleh tentukan.

Jika jiwa kecil..kita akan mudah kalah dengan apa jua situasi.

Tapi

Jika kita didik diri untuk menjadi seorang berjiwa besar. Kita akan menang. MENANG dalam apa jua situasi 😊

Tips : 1 cara nak kekalkan semangat walaupun rasa down  nak give up nak mati. Cari mentor. Tak kisah la jumpa, atau phone call atau whatsapp atau apa je. Carilah seseorang yang kita confirm akan faham. Atau carilah keramat hidup kita, mak ayah. Luah. Atau just buat baik dengan sesiapa. Jangan layan down kita sampai kita hancurkan semua yang pernah kita kecapi. Do something supaya kita kekal bersemangat dan run bisnes dengan terus semangat ! πŸ’ͺ

Mila dengan new look. Kes airis patahkan spek ibu ni hehe. Semoga dengan spek baru, datang lah semangat baru ye NOOR KAMILAH IBRAHIM ! Do more achieve more !

Love,
Yourself ❤️