Friday, February 3, 2017

DISAHKAN SALAH SEORANG PEMBAWA GBS


Waktu tu, baby dalam perut dah 37 weeks. Dah balik terenganu untuk tunggu masa bersalin. Bila pergi check up sebelum bersalin tu, tup tup doktor cakap mila GBS positif @ pembawa GBS.







Ape tu GBS? tak pernah dengar pon. Serius, langsung tak pernah dgr. Nak bagitahu kat suami dan kat family pon susah nk explain. Sebab mila baru je tahu hehe. Tapi risau..risau tak tahu ape yang bahaya sangat GBS tu smpai doktor tulis faktor risiko kt kulit buku mengandung tu..adakah ini serius???


Mila tanya la doktor, dan setakat yang mila faham sebelum dan selepas selamat lahirkan aryan GBS (Group B Streptoccocus) itu adalah kuman (bakteria) yang ada pada tempat baby akan keluar tu (mila dijangka bersalin normal). So nanti time bersalin, baby ada risiko untuk terkena bakteria tu dan kene infection pada mata, mulut dan sebagainya. Baby newborn kan sensitif..terkena kuman sikit pon bahaya. Dan risikonya hanya pada baby, ibu takde pape insyaAllah ketika proses bersalin tu.



Dan bila mendengar dari org lain, baru la mila tahu mila tidak keseorangan. Ada lagi rupanya orang lain yang juga pembawa GBS. Dari perkongsian, ada kawan kepada Master Ainul yang bayinya tak dapat diselamatkan kerana ibunya GBS positif..babynya meninggal



Allah..syukurnya mila yang aryan takde ape2 masa dilahirkan. Cuma doktor dah bagitahu awal-awal yang baby akan warded selepas dilahirkan dan akan terima antibiotik. Alhamdulillah..selepas hari ke 4 dilahirkan, dipantau,..aryan dh boleh balik rumah..yeay! Syukur sangat-sangat


Master Ainul ada share yang beliau semasa melahirkan anak 1st ngan 2nd juga disahkan pembawa GBS. Selepas itu, beliau cuba ikhtiar dengan full set kehamilan shaklee (B complex, Vitamin c, Ostematrix, Esp, Vitalea dan Omega Guard) semasa mengandungkan anak ke 3. Resultsnya Alhamdulillah dengan izin Allah beliau bebas GBS! Mila just ambil ESP, Vitalea dan Ostematrix time mengandungkan aryan. Tapi tidak konsisten kerana culas dan kurang kesedaran tentang kepentingan vitamin2 ni..rugi dan sangat menyesal rasanya. Beli sekadar beli :(





Jadi, mila cuba share ni untuk ibu-ibu yang mungkin hadapi masalah yang sama tapi masih tidak sedar. Sebab ramai yang tak sedar kerana takde ade simptom-simptom yang jelas. Mila tiada rasa sakit apa-apa. Cuma kebetulan mila bagitahu yang mila ada keputihan (masalah wanita) yg tak normal pada hari check up tu..huhu..mujur lah cepat buat pemeriksaan. 



Fyi, ada wanita yg disahkan positif GBS sebelum bersalin, tapi negatif selepas bersalin.

Mommies..please jaga btol2 pemakanan & kesihatan. Kerana inilah punca kepada kebanyakan masalah kesihatan (nasihat kat diri jugak ni)
.Dan haruslah diingat, setiap perkara adalah dalam perancangan Allah..mampu memberi kita sakit supaya kita dekat padaNya dan juga mampu memberi sihat supaya bersyukur padaNya

Sedikit info..Apa itu GBS?

GBS atau nama panjangnya Group B Streptococcus adalah salah satu bakteria yang biasanya hidup dalam badan manusia. Dianggarkan, 1/3 daripada kita “membawa” bacteria GBS ini di dalam usus badan tanpa kita sedari. Kira-kira 1/4 wanita juga adalah ‘pembawa’ bacteria GBS dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana kebiasaannya, ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan gejala-gejala tertentu. Walau bagaimanapun, (dalam kes-kes yang jarang berlaku), GBS boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian di kalangan bayi yang baru lahir.

Atau cuba baca lebih lanjut disini

http://www.ainuldzuha.com/2013/05/awas-jangkitan-group-b-streptococcus-gbs.html?m=1

Bagaimana cara merawat keputihan yang boleh membawa kepada GBS ?


Cuba baca disini :

GBS & KEPUTIHAN dikalangan ibu hamil dan Cara Rawatannya.





Semoga Bermanfaat untuk semua :)

No comments:

Post a Comment