Sunday, April 22, 2018

Keistimewaan Sustained Release Vita - C Plus (Vitamin C Shaklee)




Hai ! Assalamualaikum ! Entry kali ini saya nak share mengenai Vitamin C Shaklee Untuk  Kecantikan dan of course lah untuk  Kesihatan 


Vitamin C Shaklee ni biasanya ramai yang ambil untuk cantikkan kulit. Nak kulit lebih cerah, nak kurangkan jerawat, pudarkan parut jerawat, nak awet muda dan macam-macam lagi. Orang perempuan memang sanggup berhabis duit ribu-ribu asalkan cantik  & tetap nampak remaja kan. Sehingga ada yang tidak kisah tentang jenis produk vitamin c yang diambil. Adakah selamat atau tidak?








Haa...ini baru satu kenyataan yang menunjukkan ramai di kalangan rakyat malaysia kini suka mengambil risiko untuk tampil cantik. Nak tahu tak satu cara untuk kekal cantik, sihat dan yang penting SELAMAT ?



Jom teruskan pembacaan anda :)



Vitamin C atau nama saintifiknye asid ascorbic merupakan vitamin larut air. Badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C maka kita wajib mendapatkannya dari makanan kita. Sumber yang kaya dengan Vitamin C tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran.


Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberi, tomato, brokoli, kentang dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua, betik, mangga, tembikai, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi, nenas dan labu.

Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.




Ha macamana? Sehabis baik pun kita makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak kan. Secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.


Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka saya sangat mengsyorkan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan anda.







Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita - C Plus. Kenapa 'sustained release'? 

Shaklee telah menggunakan teknologi 'Sustained Release' atau  pembebasan berterusan secara semulajadi untuk produk vitamin C nya. Menjadikannya sangat berbeza dari produk vitamin C yang lain ! 


1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren. Setiap satu jam 1.5 biji oren (100 mg Vitamin C ) akan dilepaskan diusus kita. Jadi, 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Hebat bukan ???

Dengan teknologi inilah menyebabkan kita mendapat manfaat Vitamin C itu secara MAKSIMA, dan kuranglah  berlaku pembaziran (Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing)





Selain Vitamin C, setiap tablet mengandungi 120mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah. Bioflavanoid juga dikenali sebagai Vitamin C Complex  yang berfungsi :

  • meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam badan
  • melegakan inflamasi
  • menentang jangkitan  bacteria dan radikal bebas

Apa yang best sangat dengan Vitamin C Shaklee :

  • Membentuk Kolagen - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kene cek disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu...untuk stay firm kolagen need a lot of Vitamin C. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

  • Mengurangkan Simptom Pendarahan - Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam

  • Meningkatkan Sistem Imun Badan - Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan jangkitan paru-paru
         - Menguatkan sistem imun  
     
         - Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.

         - Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

          
  • Memerangi Kanser - Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  
          - Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser 

          - Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

          - Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok sebelum ianya menyerang sel-sel kita. Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung dan artritis

  • Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah. Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun. Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.



  • Mengurangkan Insomnia - Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan. 

  • Mengawal tekanan - Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

  • Mengekalkan Kolestrol Sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.  Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Disebabkan Vitamin C sangat sinonim dengan kulit cantik, ianya turut digunakan dalam rawatan di Spa ! Ya, vitamin C shaklee juga boleh dijadikan alatan untuk rawatan kulit. Bermaksud, ianya boleh dimakan sebagai supplement yang baik dan selamat untuk kesihatan juga berguna untuk pengusaha spa :)




Berbaloi-baloi bukan? :) 

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadi, untuk pertanyaan lanjut atau membuat pesanan. Boleh hubungi saya :)




Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
 Certified Agent & Trainer
The Walking Beauty Project
Spa Shaklee
Merah Jambu Beauty Spa

Contact No : 014-5082724

Keistimewaan ESP Shaklee (Energizing Soy Protein)

Manfaat & Kelebihan ESP Shaklee Yang Sukar Dilepaskan !





Terlalu banyak manfaat yang ada pada ESP Shaklee hingga rasa rugi kalau dilepaskan begitu saja. Apa tak nya, cakap je nak kulit cantik, nak subur, nak meriahkan bekalan susu ibu, nak hilangkan parut jerawat atau parut pembedahan, nak atasi gastrik, nak tambah tenaga dan macam-macam lagi lah manfaat yang kita semua boleh dapat dengan mengamalkan ESP ni.

Apa yang istimewanya ESP ni hingga dalam kebanyakan set cadangan ada je ESP? Ha..kalau nak tau..jom teruskan membaca :)




Boleh pilih set mana yang bersesuaian untuk anda. Senang je kan? Lepas tu boleh order melalui saya :)



Mari kita lihat fungsi utama protein yang mana kandungan ESP adalah terdiri daripadanya (protein). Protein melakukan berbagai-bagai jenis fungsi dalam tubuh badan kita. 


Di antara fungsi protein ialah :

Menghasilkan/menggantikan sel-sel dan tisu badan yang telah rosak atau mati dengan sel atau tisu yang baru. Rambut, kulit, mata, otot dan organ-organ kita semuanya dibina daripada protein.

Sumber utama tenaga

Menghasilkan hormon. Protein kecil iaitu insulin ialah contoh hormon yang mengawal gula dalam darah.

Elemen utama yang berfungsi mengangkut bahan seperti vitamin, mineral, dan lipid ke seluruh badan.  Hemoglobin (protein) pula berperanan mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Menghasilkan antibodi yang membantu mencegah penyakit dan menguatkan sistem imun badan.











Setelah kita mengetahui fungsi protein, maka sekarang tahulah kita mengapa ESP sangat banyak manfaatnya kerana apabila anda mengamalkan ESP Shaklee, secara tak langsung, anda membekalkan/membaiki sel-sel dan tisu dalam badan anda dengan zat protein yang berkhasiat.



Keistimewaan ESP Shaklee.

1. ESP Shaklee diiktiraf seluruh dunia melalui kajian klinikal yang sangat komprehensif dengan memiliki kualiti protein yang bermutu tinggi.

2. Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi non-GMO (non- Genetically Modified Organism) yang diproses pada suhu rendah.

3. Adalah produk tunggal di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita.

4. Juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kira muda atau tua.

5. Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.

6. Membekalkan sumber tenaga segera pada kadar yang lama. (Di bulan puasa memang bertenaga badan apabila mengambil ESP ni).




Manfaat Utama ESP Shaklee

1. Awet muda dengan asid amino penting untuk membina rambut, darah, kulit, otot, kuku dan lain-lain.

2. Baik untuk hormon.

3. Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan, juga baik untuk prostat.

4. Merangsang penghasilan semula kulit dan otot, mengembalikan radian kulit serta memudarkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun badan dan membantu cegah migrain.

6. Membaiki masalah rambut gugur/beruban. 

7. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat membantu mereka yang nak mengurangkan berat badan dan untuk menjaga kesihatan jangka panjang.




Dengan begitu banyak manfaat yang ada pada ESP Shaklee ni, memang tersangatla rugi untuk dilepaskan begitu saja. Daripada kita menyelesaikan masalah kita pada permukaan saja, alangkah elok jika kita dapat membaiki dari peringkat sel tubuh iaitu dari akar umbi. Jom melabur untuk sesuatu yang menguntungkan untuk jangka masa panjang demi kesihatan dan kecantikkan anda. 



Bukan satakat berkhasiat, ESP juga boleh djadikan menu yang sangat LAZAT !











Dan sangat special ESP ini juga boleh dijadikan masker ketika ber SPA !



Macamana nak masker ESP ? Boleh ke?



Tentulah boleh ! Esp Shaklee kan untuk kulit cantik. Cantik dalaman, cantik luaran juga :)

Jom Terjah !






Semoga Bermanfaat :)



 Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
Certified Agent & Trainer of Mobile Spa The Walking Beauty
Spa Shaklee
Merah Jambu Beauty Spa

Contact No : 014-5082724




Keistimewaan Ostematrix Shaklee


Assalamualaikum. Harini saya nak berkongsi mengenai KALSIUM

Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata OSTEOPOROSIS adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang !  Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.


Boleh Dicegah !


Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan TETAPI IA BOLEH DICEGAH. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. 



KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis







PENGAMBILAN KALSIUM SECARA BERTERUSAN DAPAT :

- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan




TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?


Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium. Dan ya, Ostematrix sangat lengkap !

 Lihat gambar dibawah dan anda akan faham analoginya. Bagaimana kandungan kalsium, magnesium, vitamin D, boron, manganese, copper dan zinc di dalam ostematrix menjadikannya jauh lebih berbeza dari pil kalsium yang lain. Ostematrix bukan hanya sekadar kalsium !




MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.


Keperluan Kalsium Mengikut Umur



Jadi sudah jelas bahawa setiap daripada kita, tidak kira kanak-kanak atau dewasa sangat memerlukan kalsium yang lengkap untuk kesihatan jangka masa panjang. 

Bagaimana bayi nak dapatkan kalsium yang terbaik & secukupnya? Sudah tentulah hasil kalsium daripada ibunya yang menyusu. Jadi seorang ibu menyusu perlu melengkapkan pengambilan kalsium nya setiap hari untuk mengelakkan dari terkena perbagai penyakit yang lebih cenderung kepawa wanita seperti Osteoporosis.


Terima kasih kerana sudi membaca, Semoga bermanfaat :)






Untuk pesanan & pertanyaan hubungi :
Noor Kamilah Ibrahim 
Shaklee Independent Distributor
ID: 1164704
014-5082724