Sunday, October 9, 2016

Jom buka Buku Pink ! (Pemeriksaan Sepanjang Kehamilan)






"Buku merah jgn lupa bawa..moga-moga belum tamat tempoh.."


Ok..sebenarnya takde kaitan pon dengan lagu tu..hihi. Rasa nak throwback sikit la pasal pemeriksaan sapanjang tempoh mengandung haritu :)


Bila dah confirm mengandung tu boleh je terus pergi klinik kesihatan untuk buat buku merah/pink tu. Blh choose either nak ke klinik kesihatan kerajaan or swasta. Mila buat di klinik kesihatan kerajaan. So apa yang nak share ni maybe lain atau tak sama dengan pengalaman ibu-ibu lain yang pernah mengandung. Check up ni penting untuk tahu tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan, dapatkan nasihat-nasihat dari nurse dan doktor, boleh jadi panduan kepada kita la especially macam mila yang baru pertama kali melaluinya ketika itu. Harapan entri ini dapat sedikit sebanyak membantu untuk mommy to be :)


Untuk pengetahuan kepada yang belum tahu, kita perlu check up sebulan skali, Kemudian ketika sudah masuk 30 minggu usia kandungan berubah menjadi 2 minggu sekali, kemudian seminggu sekali. Bila mila dah balik kampung ( sedia untuk bersalin & berpantang) boleh tumpang check up di klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan. Ada masa selang sehari perlu pergi check up sebab ada sedikit masalah di akhir kehamilan.


Pertama kali pergi daftar & check ketika usia baby 13 minggu (lebih baik daftar awal-awal) Rutinnya ialah, amik nombor, tunggu dipanggil kemudian disuruh amik sample urine (air kencing). Bawa sample pergi ke makmal, cek urine dan ambil darah kt hujung jari. Akan terus dapat keputusan seperti dalam gambar Kemudian timbang berat badan, tunggu dipanggil lagi untuk berjumpa nurse.


Jumpa nurse untuk dapatkan konsultasi tentang pengambilan makanan berzat atau apa sahaja yang berkaitan kehamilan. Sesuai dengan keputusan yang  kita perolehi, nurse akan bantu dan pantau. Contoh jika HB rendah kita akan dinasihatkan untuk makan makanan yang tinggi ZAT BESI (saya la tu) kemudian nurse akan cek perut, cek jantung baby dan lain-lain lagi. Kadang-kadang selesai dapatkan konsultasi dari nurse kita akan dibenarkan pulang. Tapi ada masanya kita perlu berjumpa doktor untuk scan kandungan atau  dapatkan nasihat doktor untuk apa-apa masalah yang dihadapi.




 Mila terpaksa minum air gula (glucose) sebanyak dua kali. Ya Allah..rasanya sangat manis seperti air gula kosong. Jika yang tak tahan boleh muntah sebelum berjaya habiskan. Setiap kali minum air gula perlu minum 1 gelas penuh. Tips :minum jangan banyak kali berhenti. Sekali nafas je kalau boleh. Kalaulah kita termuntah, perlu minum semula. Na
sib la dua-dua kali mila boleh tahan muntah. Alhamdulillah. Mula dari jam 12 tengah malam sebelum temujanji untuk minum air gula tu, kita perlu berpuasa hinggalah 2 jam selepas minum utk dapatkan keputusan yang lebih tepat. Tips : datang awal pada hari tersebut supaya tak perlu berpuasa terlalu lama. Kenapa perlu minum air gula? Tanya la yang pakar untuk jawapan yang lebih tepat.


Ketika usia baby dah masuk 30 minggu, nurse akan ajar untuk mengira pergerakan baby (carta seperti dalam gambar). Perlu kira sebanyak 10 kali pergerakan dalam sehari (dlm masa 12 jam) Jika tak cukup 10 kali pergerakan? Cepat-cepat pergi hospital ye!


Ketika usia baby masuk 34 minggu, mila ada berjumpa doktor untuk scan baby. ketika itulah pertama kali doktor nampak jantina baby. Terkejut juga tahu yang dikandungkan itu baby BOY sebab selama ini dia taknak tunjukkan diri! Masa itu juga, air mata kesyukuran mengalir tanpa disedari :')
Untuk pengetahuan anda, apabila scan, kita akan dapat tahu anggaran berat baby, saiz kepala, usia baby, dan macam-macam lagi. Boleh tanya doktor kalau ada kemusykilan.


Itu sahaja yang nak mila kongsikan. Harapanya, dapatlah membantu mommy to be supaya dapat gambaran sedikit sebanyak tentang pemeriksaan kesihatan semasa mengandung.


Pesanan penaja : Bawa buku pink tu kemana sahaja kita pergi ye. Manalah tahu ada apa-apa perkara, boleh terus rujuk buku itu :)




Mila
Pengedar Shaklee Yang Sah
014-5082724

No comments:

Post a Comment