Friday, October 11, 2019

Bekerja tapi nak buat bisnes ? Boleh ke ?



Assalamualaikum !

Bekerja tapi nak buat bisnes ? Boleh ke ?

Kenapa tidak :D

Malah sudah ramai yang membuat 1-2 bisnes dalam satu masa, tetapi masih fokus dengan kerja hakiki.

Entry kali ini juga ada berkaitan dengan entry mila sebelum ni > 5 Sebab Anak muda perlu berbisnes dari awal



Banyak faktor yang menyebabkan seseorang mula berbisnes walaupun sudah ada pekerjaan tetap

1. Kerana memerlukan pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan kehidupan

2. Minat yang mendalam. Pernah ada yang berkongsi dengan mila dia sudah memulakan bisnes sejak dari sekolah lagi. Sehinggalah menyambung pelajaran, dan mendapat tawaran berkerja..masih minat dengan bisnes.

Tetapi,ada juga yang berpendapat bahawa, sekiranya melakukan aktiviti bisnes ketika sedang belajar ataupun sedang bekerja, ia akan menggangu fokus.

Mereka berpendapat, sekiranya sedang belajar atau bekerja, boleh menggangu masa dan tenaga yang diambil untuk bisnes.

Sebenarnya, ianya terletak pada diri sendiri. Jika jelas matlamat nya pasti akan pandai untuk membahagikan masa..

Jadi mila nak ajak kita sama-sama berfikir, apakah 5 KELEBIHAN BEKERJA SAMBIL BERBISNES YANG MUNGKIN BELUM RAMAI YANG TAHU


1. Earn More, Give More

Tak semua orang fikirkan untuk dapatkan pendapatan lebih kerana tidak cukup belanja sehariannya. Tapi ada yang berfikiran jauh untuk Hidup Memberi

Maksud memberi adalah BERSEDEKAH.

Bayangkan, dengan gaji yang diperolehi hanya lepas untuk keperluan & kehendak sendiri. Tetapi bila nak beri kepada mak ayah, kepada adik beradik, saudara mara yang mungkin dalam keadaan susah, atau jiran tetangga. Barulah disedari tidak dapat memberi dengan PUAS.

2. Upgrade diri, cabar diri

Ada yang merasakan kehidupan sebagai seorang makan gaji seperti tidak mencabar. Datang pagi, punch in, menghadap komputer, dan sedar-sedar punch out. Membosankan dan tiada cabaran !

Apabila melihat kehidupan orang berbisnes yang bertenaga, penuh motivasi setiap hari, aktif, bersosial, berkenalan dengan ramai orang baru, dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan dengan cara menambah ilmu, pergi ke kelas dan sebagainya. Ramai yang sedar bahawa hidup ini singkat, tidak boleh di sia-siakan masa yang ada dengan banyak membuat perkerjaan rutin dan tidak membangunkan diri.

Apalagi, berkerja sambil berbisnes lah! Tak salah kan untuk dapat kehidupan yang lebih bermakna :D

3. Help more people, money will follow !

Berbalik kepada point no 1 diatas, hidup memberi. Memberi ini boleh dikembangkan lagi kepada memberi pertolongan selain daripada kewangan.

Bagi yang mula berbisnes mungkin akan mula nampak betapa banyak peluang dan ruang untuk memberi dari segi :

~Tenaga - sediakan servis. Tak kisah lah servis apa asalkan niat untuk memudahkan urusan orang lain insyaAllah ada rezeki untuk kita nanti Allah mudahkan. Contohnya servis confirment lady, servis spa, servis food delivery, servis

~Ilmu pengetahuan - ramai juga yang memulakan bisnes dengan cara berkongsi ilmu yang diperolehi. Kadang-kadang tak sangka, ilmu yang sedikit pun bila dikongsi boleh buat duit. Contoh : Berkongsi di laman Youtube, " Tutorial Cara nak pilih ikan segar atau tidak" atau " Tips supaya taknak kucing berak merata ". Dapat banyak likes,followers , subscriber pun boleh buat duit tau.

So Sentiasa hargai ilmu yang kita ada dengan cara berkongsi !


~Peluang menjana pendapatan - sudah ramai yang membina bisnes dan untuk  mengembangkan lagi cawangan atau kedai, perlu ada team ! Sedarlah itu satu peluang kita berkongsi rezeki dan membuka ruang untuk orang lain menambah pendapatan. So kita tak selfish kan dengan selama ini hanya memikirkan tentang poket sendiri sahaja. Kongsi rezeki, Allah tambah kan lagi rezeki kita. Percayalah !


4. Persediaan untuk keadaan yang tak terduga

Sudah berapa ramai dan sudah banyak cerita tentang penutupan syarikat dan pemberhentian perkerja dari syarikat gergasi. Itu menandakan, seberapa kukuh jawatan yang dimiliki sekarang, tidak menjanjikan ia akan kekal sampai bila-bila. Bukan mila nak takutkan atau nak bias kerana mila sendiri berbisnes. Tetapi ianya sebuah REALITI yang terpaksa ditelan, bagi yang pernah merasai pengalaman itu.





Berbisnes ini boleh dijadikan sebagai "back-up" dan tidak membuatkan kita selesa dalam "comfort zone" bekerja. Ya, mungkin akan sedikit penat, tapi pandanglah masa depan yang tak siapa tahu apa kesudahan kita. Sediakanlah payung sebelum hujan.


5. Of course lah dapat duit lebih !

Memang ramai diantara orang yang berkerjaya, tetapi memilih juga untuk berbisnes untuk dapatkan pendapatan lebih untuk menampung kewangan hidup yang meruncing
.
.
.

Kelebihan Bisnes Shaklee, insyaAllah ada semua yang mila sebutkan di atas. Sudah ramai orang berkerjaya yang mula berbisnes shaklee, bukan hanya kerja biasa-biasa, guru, doktor, engineer, lawyer pun join shaklee kerana mereka nampak peluang yang shaklee sediakan.

Baca : Kelebihan Bisnes Shaklee - 3C


Thanks for reading ! :)