Assalamualaikum W.B.T
Isnin lepas ( 22 Ogos 2016), anak mila, Muhammad Aryan selamat menjalani pembedahan kecil akibat terjadi masalah Angin Pasang. Disebabkan ramai yang bertanya, Mila ada buat sedikit research untuk tujuan membantu anda semua lebih mengenali apa itu angin pasang, tanda-tanda awal, punca, dan siapa boleh terkena Angin Pasang ini.
Apa Itu Angin Pasang ?
Angin pasang atau nama saintifiknya inguinal hernia, mempunyai satu simptom unik iaitu terhasilnya bonjolan di bahagian kelangkang (inguinal)atau kantung zakar (lelaki) atau labia (perempuan) sewaktu pesakit meneran atau menangis. Bonjolan ini akan hilang apabila pesakit berhenti meneran atau menangis atau ketika sedang tidur. Kejadian bonjolan yang sekejap ada dan sekejap tiada inilah yang dirujuk sebagai ‘angin pasang’.
Sebenarnya terma ini adalah tidak tepat kerana bonjolan tersebut bukanlah seketul angin, sebaliknya adalah sebahagian daripada usus kecil atau besar anak-anak yang keluar dari abdomen dan terperangkap di luar abdomen.
Kawasan yang boleh terjadinya hernia.
Nama berbeza mengikut kawasan terjadinya benjolan itu.
Aryan mengalami Inguinal hernia yang berhampiran dengan kemaluan.
Boleh faham kan kenapa boleh adanya benjolan tu.
Dek kerana ususnya sedikit terkeluar, ayat mudahnya adalah pembedahan
untuk masukkan semula usus itu kemudian tutup semula (dijahit).
Bagaimana Angin Pasang Boleh Berlaku
Angin pasang berlaku apabila selaput dalaman badan yang dipanggil process vaginalis kekal terbuka selepas bayi dilahirkan. Selaput process vaginalis ini merupakan selaput yang membentuk lorong laluan testis dari dalam abdomen ke kantung zakar untuk bayi lelaki. Sebaik bayi dilahirkan, jika testis (buah zakar) telah turun ke dalam kantung zakar, laluan ini sepatutnya hilang dengan sendiri. Sekiranya laluan ini kekal, boleh menjadi tempat laluan usus (maka terjadinya hernia) atau laluan cecair dalam badan (dipanggil sebagai hydrocoele)
Jika disahkan hydrocoele tidak mengapa, tetapi jika bonjolan itu adalah inguinal hernia, itu yang perlu dibimbangkan.
Bahaya Angin Pasang & Puncanya
Inguinal hernia boleh membawa komplikasi bahaya jika bonjolan usus tersebut tidak surut. Dalam hal ini, usus tersebut mungkin telah tersumbat atau berpintal menyebabkan kanak-kanak berkenaan dalam kesakitan serta disusuli muntah hijau dan kembung perut yang semakin teruk. Jika tidak dirawat, usus yang tersumbat ini boleh pecah dan membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.
Patologi angin pasang orang dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza, maka rawatannya juga adalah berbeza:
==>Punca angin pasang dewasa disebabkan kekuatan lapisan otot abdomen yang kurang kukuh
==> Punca angin pasang kanak-kanak adalah kejadian selaput processus vaginalis yang tidak boleh mengecut.
Oleh sebab patologinya tidak sama, kaedah rawatan juga berbeza.
==>Untuk hernia orang dewasa kita kukuhkan semula otot
==>Untuk hernia kanak-kanak, laluan selaput perlu ditutup (dibuat secara pembedahan lubang kunci) atau laluan selaput diputuskan terus (dilakukan melalui pembedahan konvensional) seberapa segera.
Siapa Berisiko Terkena Angin Pasang ?
Penyakit angin pasang sering dikaitkan dengan golongan lelaki dewasa, juga sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak sama ada lelaki atau pun perempuan. Bayi atau kanak-kanak lelaki lebih cenderung menghidap penyakit angin pasang berbanding bayi dan kanak-kanak perempuan. Dalam kalangan bayi baru lahir pula, bayi pramatang lebih cenderung menghidap angin pasang berbanding bayi cukup bulan.
Aryan dilahirkan normal, cukup bulan dan tiada apa2 masalah kesihatan yang kronik (cuma aryan demam kuning waktu hari ke-3 lahir). Bagi mila, semua bayi berisiko untuk kena, lebih-lebih lagi bayi lelaki. Semua itu dalam pengetahuan Allah S.W.T..kita hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari penyakit-penyakit yang tak diingini ini.
Rawatan Angin Pasang
Untuk kes hydrocoele tidak akan dijalankan pembedahan sehingga kanak-kanak itu berusia dua tahun, itu pun cuma memperbaiki keadaan fizikal supaya bonjolan tidak menjejaskan rupa alat kemaluan
Dua-dua kaedah pembedahan konvensional dan lubang kunci adalah selamat asalkan pembedahan tersebut dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak yang bertauliah. Pada bayi lelaki misalnya, pembedahan perlu dibuat secara berhati-hati agar agar saluran vas deferens lelaki tidak tercedera. Pakar bedah yang tidak bertauliah untuk pembedahan kanak-kanak boleh menyebabkan kecederaan ke atas struktur ini yang boleh membawa kemandulan bila dewasa atau pun menyebabkan masalah hernia datang semula kerana laluan selaput tidak dipisahkan sepenuhnya.
Kejadian angin pasang tidak boleh dirawat dengan urutan di kawasan kantung zakar atau ke atas bonjolan tersebut. Sebenarnya, urutan hanya bertujuan menghilangkan bonjolan yang memang akan surut dan pasang, tetapi urutan tidak membawa apa apa kesan ke atas selaput process vaginalis yang menjadi punca hernia. Malah, urutan ini akan hanya mengundang lebih banyak komplikasi, risiko bahaya apabila dibimbangkan menyebabkan usus bersimpul dan mematikan salur darah kepada usus tersebut, ini boleh mematikan usus tersebut.
Kronologi sejak dari mula Aryan disahkan mengalami angin pasang
Jumaat, 19 Ogos 2016
Detect satu benjolan pada kawasan antara peha kanan dan kemaluan aryan. Actually dh nampak bejolan tu seminggu sebelum, tapi kadang2 dia hilang. So, tunggu punya tunggu dah rasa berdebar, cepat2 ajak suami ke klinik malam tu juga. Doktor skali tengok je, terus dia cakap ANGIN PASANG. Mila pernah dengar sekali kakak bagitahu, tapi tak pernah pula terbaca ke , kaji dalam2 lagi ke. Malam tu cuma faham, ada usus terkeluar. So, doktor suruh refer hospital untuk jumpa pakar dan kemungkinan aryan perlu menjalani "minor surgery". Ibu dan mula berdebar lagi..huhu
Sabtu, 20 Ogos 2016
Ke Columbia Asia Puchong utk refer doktor pakar, Dr. Mohd Muzammil A. Razak. Doktor cek tengok, sama jawapannya, aryan terkena Inguinal hernia (Angin Pasang). Cara yang terbaik yang doktor sarankan adalah aryan perlu melalui pembedahan kecil. So, kami diberi masa sehari untuk datang semula ke hospital pada hari isnin (22 Ogos). Dalam masa tu buntu juga, sebab terlalu cepat masa utk buat keputusan atau kami perlu tunggu lama lagi barulah pembedahan itu dapat dijalankan, Kami suami isteri bertanya keluarga dan orang2 terdekat, harap2 dapat membantu kami dengan memberi pendapat. Yelah, kami tak pernah lalui semua ni..dan juga tidak mahu membelakangkan keluarga. Ada dikalangan keluarga juga menyarankan membuat urutan tradisional terlebih dahulu. Tetapi majoritinya menyokong pembedahan dibuat ke atas aryan supaya perkara ini tidak berulang semula kelak.
Isnin, 22 Ogos 2016
Pukul 8am tiba di hospital seperti temujanji. Kami dah buat solat hajat minta dipermudahkan semuanya. Dan ya, kami buat keputusan untuk aryan menjalani pembedahan kecil itu. Aryan dimasukkan ke wad dahulu sebelum pembedahan dijalankan.
Bersedia untuk jalani pembedahan. Biarpun kecil, tapi ibu tetap risau.
masih berharap dapat masuk dalam dewan bedah sama2 :'(
Waktu ni dah rasa sedih sangat2, sebab aryan perlu berpuasa dari pukul 6 pagi.
Dia menangis2 minta susu tapi tak bagi. Ni gambar selepas diberi ubat tidur sebelum dibius. Menangis2 dia minta susu lagi bila dah mengantuk sangat. Last2 tertidur camtu je :'(
Ibu & abie sabar menanti. Dua2 tak dapat teman masuk :'(
Alhamdulillah. Semuanya selamat dan berjalan lancar.
masuk dewan bedah pukul 11.30 pagi, keluar pukul 2.00 ptg.
Masih belum sedar, mungkin kesan bius belum hilang.
Pukul 3 ptg bangun, minum susu, makan then tidur semula :D
Nahh..dah bangun, mandi terus sampai makan malam.
Berselera dia makan. Yelah 9 jam setengah dia puasa :D
Selasa, 23 Ogos 2016
Alhamdulillah, selepas tidur nyenyak semalaman aryan bangun tidur dengan riang. Seperti tiada apa2 berlaku padanya. Jam 1 petang aryan dah boleh discharge dari hospital. Hanya dibekalkan antibiotik dan ubat demam, kami dah boleh pulanggg :)
Happy nya saya dah nak balik :D
Selepas pembedahan kecil ini, aryan perlu menerima rawatan susulan dan mila cuba tingkatkan pengambilan Vitamin C Shaklee untuk meningkatkan sistem imun badannya (aryan dapat sekali sebab masih menyusu susu ibu :D )
Juga, vitamin C berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat pembedahan. Selain daripada Vitamin C, Zinc Complex juga membantu dalam proses penyembuhan luka. Biasanya ibu-ibu selepas bersalin akan mengambil Set Berpantang Shaklee yang lengkap untuk penyembuhan luka dengan cepat dan untuk tujuan lain juga.
Vitamin C diperlukan dalam penghasilan kolagen yang bertindak sebagai penyambung tisu kulit yang luka. Pakar perubatan menyarankan pengambilan 1,000mg Vitamin C dua kali sehari untuk proses penyembuhan luka. Selain itu, Vitamin C juga berfungsi untuk meningkatkan sistem imun ataupun sistem pertahanan badan bagi melawan jangkitan bakteria dan penyakit lain
Doakan anak mila, aryan cepat sembuh dan tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku kelak. Semoga entri mila kali ini dapat membantu sedikit sebanyak pendedahan apa itu angin pasang (Hernia)
Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
014-5082724
Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
Sumber :
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/angin-pasang-undang-bahaya-1.101668