Thursday, October 31, 2019

6 perkara yang DILAKUKAN ORANG MISKIN yang ORANG KAYA TAK LAKUKAN !

Assalamualaikum !

Mila pasti yang mula membuka link dan membaca entry blog kali ini adalah orang yang POSITIF sahaja :) Orang negatif biasanya tidak suka membaca.

Setinggi-tinggi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Dubai. Tinggi lagi hajat mila untuk kongsikan apa yang mila dapat melalui perkongsian Tuan Irfan Khairi Facebook Live nya 30 Oktober 2019. Irfan Khairi merupakan seorang usahawan terkemuka di Malaysia, jutawan Internet dan telah melahirkan ramai usahawan internet yang berjaya sejak tahun 2005 lagi. Seorang yang pendiam dan pemalu tetapi mencipta nama di alam maya dan kini sedang mengembangkan bisnes nya di Dubai.

Beliau antara figure yang mila suka ikuti untuk dapatkan banyak info dan motivasi dalam dunia bisnes.

Ada 6 perkara yang dilakukan orang yang miskin, tetapi tidak dilakukan oleh orang kaya dari segi MINDSET.



Pertama sekali, mindset orang miskin dan mindset orang kaya yang akan diceritakan dibawah perlu difahami terlebih dahulu :

Mindset : Merujuk kepada cara berfikir atau pemikiran

Orang yang ada Mindset Miskin bukan bermaksud golongan miskin yang mempunyai masalah kewangan. Tetapi, ia merujuk kepada golongan yang mempunyai minda yang sentiasa berfikir perkara kecil, remeh dan tidak baik untuk  pembangunan dirinya (self development)

Manakala, orang yang ada Mindset Kaya, bukan bermaksud golongan yang kaya dan berharta. Tetapi mempunyai minda yang sentiasa berfikir ke arah memajukan diri sendiri dan orang lain juga.

Orang miskin tak berduit boleh miliki Mindset Kaya

Orang Kaya berharta boleh miliki Mindset Miskin

dan yang paling teruk, orang miskin dan memiliki minda miskin. Mintak dijauhkan lah dari kita.

Malangnya, itulah kebanyakan yang berlaku. Ramai yang miskin dan mempunyai masalah kewangan masih tidak berjaya menukar mindset sehingga ia memberi kesan kepada kehidupan nya sendiri. Tiada perubahan dan masih berada di takuk yang sama. Sedangkan yang kaya dan mempunyai mindset yang betul semakin maju dan berjaya.

Apa pun tahap kewangan kita sekarang, pastikan kita melatih minda kita supaya mempunyai Mindset Kaya

Dan inilah yang telah dibongkarkan, 6 cara Orang Kaya berfikir yang jika kita TIRU mungkin membantu mengubah kehidupan kita ke arah kebebasan kewangan (Financial Freedom) !





6 perkara yang DILAKUKAN ORANG MISKIN yang ORANG KAYA TAK LAKUKAN !

1. Nak dibayar mengikut masa atau mengikut keputusan (results) ?

Contohnya anda mengusahakan restoran fast food. Mengasilkan produk Burger. Anda bekerja dari pagi ke malam. Mindset anda nak dibayar mengikut masa anda bekerja. Lagi banyak masa anda bekerja, lagi banyak anda dibayar. Tak kiralah walau betapa hebat Burger anda hasilkan. Upah, habuan dan pulangan yang anda harapkan berdasarkan MASA. Ini satu contoh orang miskin berfikir

Manakala, orang kaya biasanya mahukan upah atau bayaran melalui perkara yang mereka hasilkan. Seperti usahawan yang menghasilkan produk atau mencipta perniagaan baru. Mereka tidak kisah tentang masa, berapa puluh jam yang diluangkan untuk usahanya untuk memulakan produk atau perniagaan tersebut. Tetapi mereka kisahkan tentang pulangan haruslah setimpal dengan hasil yang diperolehi.

Jadi, pastikan kita mempunyai fikiran untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik, berkualiti dan bermanfaat. Bukanlah terlalu kisahkan tentang masa yang akan diambil



2. Blame (Menyalahkan)

Orang kaya akan mengaku kesilapan dan mengambil tanggungjawab walaupun berlaku perkara yang tidak diinginkan

" Lame People, Blame People "

Menyalahkan orang lain apabila sesuatu yang berlaku. Contohnya :
 ~ Ekonomi - salahkan ekonomi. ekonomi down, kita tak boleh berjaya
 ~ Pesaing - salahkan pesaing yang jatuhkan kita, main harga dll
 ~ Politik - salahkan politik, kerana keadaan tak menentu buatkan kita down
 ~ Kerajaan - salahkan kerajaan yang tak bagus
 ~ Tempat - salahkan tempat kita berada
 ~ Keluarga - salahkan keluarga tak menyokong

dan banyak lagi. Walaupun ini semua perkara yang kita rasa pada permulaan, tapi orang kaya tidak akan menyalahkan sesiapa dan mereka ambil tanggungjawab. Kerana disebabkan ambil tanggungjawab ini, diri kita akan berada dalam kawalan dan ada kuasa untuk mula lakukan sesuatu yang berbeza.

Tetapi jika berterusan menyalahkan yang lain, ia seolah-olah nak lepas tangan dan kita sudah tiada kuasa untuk buat sesuatu yang berbeza. Kerana tindakan itu seperti memberi kuasa kepada orang lain. Betul bukan?

Jadi, apa jua cabaran, dugaan, down...AMBIL TANGGUNGJAWAB. Barulah kita dapat buat perubahan. Itulah yang orang kaya lakukan. Orang miskin asyik meyalahkan.



3. MINDSET Orang miskin sentiasa nak BERJIMAT, MINDSET orang kaya suka MELABUR

Orang miskin sentiasa fikir untuk berjimat dan kedekut dengan semuanya. Sedangkan hasil penjimatan yang sedikit itu hanyalah sedikit.

Memang betul pepatah mengatakan, Sikit sikit lama lama jadi bukit.

Tetapi kita tidak boleh buatkan diri sentiasa rasa "tidak cukup" sehingga asyik menyimpan dan kedekut.

Masalah orang miskin bukan dari segi penjimatan atau cara menyimpan. Ramai orang miskin sudah pandai menyimpan (saving). Tetapi, masalah sebenar orang miskin adalah tidak bertemu cara untuk MENGHASILKAN LEBIH BANYAK PENDAPATAN

Orang kaya sukakan pelaburan (investment). Bukan sekadar tentang pelaburan seperti hartanah, saham, atau perkara besar sahaja. Tetapi juga pelaburan pada perkara bermanfaaat.

Contoh  pelaburan ilmu untuk tujuan memperbaiki diri dalam sesuatu bidang dan perkara. Pendapatan kita biasanya akan selari dengan ilmu yang kita miliki.

MELABUR PADA DIRI SENDIRI > ILMU AKAN DAPAT > SELARI DENGAN PENDAPATAN YANG BOLEH DIPEROLEHI

Contoh lain pelaburan untuk diri sendiri. Menaiki penerbangan Economy Class atau Business class. penerbangan ekonomi cuma memakan perbelanjaan RM3000. Tetapi  dengan Business Class untuk sampai ke destinasi yang sama, perlu memakan belanja RM8000. Tidakkah ia satu pembaziran yang besar?

Bagi yang mempunyai mindset kaya, ia tidak nampak sekadar perbelanjaan yang perlu di habiskan. Akan tetapi ia satu pelaburan untuk banyak perkara.

Economy class mungkin agak sempit dan tidak muat untuk diletakkan laptop dan peralatan kerja. Jadi masa 7 jam di dalam penerbangan mungkin hanya dihabiskan untuk tidur atau menonton filem yang bukan kita ingin lihat.

Business class yang agak selesa, luas dan membolehkan orang yang berminda kaya ini untuk menyiapkan kerja dan menghasilkan sesuatu kerja yang baik dan berkualiti. Lihat point pertama di atas macamana cara orang kaya berfikir untuk menghasilkan pendapatan.


Baca : Pelaburan ilmu dengan mempelajari tentang bisnes Home & Mobile Spa







Orang miskin > Scarcity Mindset. Asyik nak menyimpan atau dalam erti kata lain kedekut kerana sering fikir tak cukup cukup

Orang kaya > Abundance Consciousness. Invest kepada diri sendiri untuk dapat lebih




4. MINDSET Orang miskin fikir dah tahu segalanya, MINDSET orang kaya fikir sentiasa kekurangan llmu

Mindset orang miskin > Ego. Banyak bercakap, banyak beri nasihat tetapi bukan untuk diri sendiri. Tetapi orang lain. Dan tak lakukan apa yang diperkatakan.

Sedangkan kita perlu rasa tak tahu banyak perkara, be humble & kind always.

Peribahasa : Jadilah seperti padi, semakin menunduk semakin berisi

Jadi, berusahalah untuk cari ilmu dan sentiasa rasa diri tak cukup ilmu. Tahu yang sedikit, kongsi sedikit kepada yang lain dan terus lakukan. Ilmu sangat banyak untuk dicari. Tak perlu berhenti mencari

Mindset orang kaya > Sentiasa mencari ilmu, grow diri sendiri dan dalam masa sama grow kan perniagaan.



5. Orang miskin fikir duit akan menyebabkan KEROSAKAN,
Orang kaya fikir duit yang kurang akan menyebabkan KEROSAKAN

Ada pepatah inggeris mengatakan, " Money is the roots of all evil "

Mindset miskin akan berfikir duit ini akan menyebabkan kerosakan dan kejahatan sebenarnya. Dan sering berfikir orang kaya ni tak bagus, tak baik dan jika kita jadi kaya akan jadi tak baik dan tak bagus

Mindset kaya pula, selalu fikir kalau takde duit itulah yang akan merosakkan. Contohnya hidup susah, miskin, merempat sehingga menekan diri nya untuk melakukan pekerjaan yang terkutuk seperti mencuri, meragut, menyamun, merompak dan melakukan jenayah

jadi boleh juga betulkan pepatah inggeris tadi kepada " LACK of Money is the roots of all evil ". Kekurangan duit boleh buatkan seseorang tak bahagia, tertekan, stress

Nak jadi orang kaya, jangan fikir duit itu negatif tetapi fikirlah DUIT ITU POSITIF



6. Orang miskin fikirkan NASIB, Orang kaya fikirkan USAHA

Mindset miskin memikirkan segala-galanya adalah nasib (Luck). Kekayaan adalah nasib, kajayaan adalah nasib. Dah berusaha tapi tak berjaya, ianya sebab nasib. Ataupun ada yang menyalahkan takdir

Ya, memang seperti yang diketahui umum takdir kita sudah tersurat dan tersirat. tetapi perlu ada .USAHA.

Katakan orang yang sudah kaya dan berjaya, tidak berusaha. hanya lepak di rumah dan tidak membuat apa-apa usaha, takkanlah mereka boleh kecapi semua yang mereka ada sekarang? Seperti 10-20 tahun lalu mereka  cuma katakan, " Aku nak rileks sahaja. Nasib dan takdir yang akan bawa aku kaya dan berjaya nanti "

Tidak sama sekali. dan ianya takkan pernah berlaku tanpa adanya usaha.

Mindset kaya memikirkan segala-galanya kene usaha, ambil tindakan dan berubah. Sebab semuanya tertakluk kepada diri kita sendiri. dan nasib dan takdir kita mampu berubah dengan usaha yang kita lakukan hari ini.



~~~~~


Jadi itulah 6 perkara yang orang miskin lakukan tetapi tidak dilakukan oleh orang kaya. Semoga tak ada yang dari kita yang membaca entry ini melakukan dan mempunyai mindset miskin lagi. Jika ada, ubahlah kerana sesungguhnya Mindset kaya ini bukan sekadar untuk memiliki kehidupan yang senang di dunia. Malah ia mengajar kita menjadi muslim yang tidak mudah merungut, sentiasa nak perbaiki kelemahan diri dan belajar bersyukur dengan segala yang Allah berikan ujiuan terhadap kita. Ujian tanda Allah sayang :')