Thursday, September 8, 2016

TANDA - TANDA KEKURANGAN KALSIUM

Assalamualaikum. :)

Adalah beberapa bulan yang lepas, banyak benda menimpa mila. Bukan la serius sangat, tapi buat mila fikir

'' aku ni sebenarnya cukup tak kalsium?"

Sebab mila ni tak rajin minum susu, Minum tu minum..tapi setakat segelas sehari boleh, Nak minum 2 gelas pon dah malas. Yela, minum susu tu buat jadi kenyang kot. Segelas pagi cukup..paling2 minum segelas lagi sebelum tidur. Dapat dua gelas sehari macam rasa terbaik sangat dah tu. Lebih dari tu boleh buat rasa mual nak muntah :$

Pastu, bila aryan dah masuk setahun ni..mila rasa mila makin banyak tanda-tanda kekurangan kalsium.hinggap kt diri ini ;'(


Status FB 4 Jun 2016. Sakit gigi menyerang dengan kerap sangat.


Bila scroll FB, tertengok pula orang share tentang tanda-tanda mengesan penyakit melalui kuku. Macam ni haa..


Tapi, nak percaya 100% tu tak boleh juga, sebab tak dinyatakan kajian- kajian saintifik bersama gambar-gambar tu. Cuma boleh kita ambil sebagai tindakan awal, jika anda ada tanda-tanda pada kuku sedemikian, cuba rujuk dengan doktor pakar. Mana tahu itu merupakan langkah awal anda mencegah penyakit-penyakit yang lebih kronik. 

Atau cuba baca disini mengenai : Nails in nutritional deficiencies

Mila ada juga cek kuku sendiri. Macam gambar di bawah, tulah keadaan kuku mila sekarang. Kuku mila tak rata dan bergaris dan adakalanya, kuku ada bintik-bintik putih tu. ( lupa plak ambik gambar semasa kejadian, so kita cilok gambar google la..TQ mr. google ;)  )



Apa kaitan kuku ni plak dengan masalah kurang kalsium mila tu? Inilah antara gambar yang dah dikongsi tadi. Haaa...yang ni  ada kaitan dengan kalsium. Kuku kuning dan rapuh merupakan tanda-tanda diri kita kurang kalsium & Vitamin D



Oleh itu, marilah kita baca apakah tanda-tanda sebenar badan kita kekurangan kalsium :


TANDA KEKURANGAN KALSIUM  



Menurut pakar pemakanan untuk tulang yang lebih baik anda perlukan kalsium yang mencukupi, orang dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium setiap hari. Berbeza dengan ibu mengandung atau ibu menyusu. Mereka memerlukan sekitar 1000 hingga 1,500 miligram  kalsium setiap hari untuk kesihatan sendiri dan bayi. 


Tanda utama kekurangan kalsium adalah sakit otot, sakit tulang dan kuku rapuhKekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan kalsium kurang diserap ke dalam badan


1)KEKEJANGAN OTOT


Kekejangan otot adalah salah satu tanda awal dilihat apabila anda mempunyai kekurangan kalsiumIa menyebabkan sakit otot, sakit paha, lengan dan menyebabkan rasa sakit ketika berjalan dan bergerak. ini biasa dialami oleh ibu hamil, lebih2 lagi yang dah masuk trimester kedua dan ketiga. 


2)KUKU RAPUH 


Untuk kuku lebih kuat dan kesihatan yang diperlukan jumlah kalsium yang cukup. Kalsium yang rendah boleh menyebabkan kuku rapuhkuku bewarna kuning dan kelihatan tekstur kuku yang tak cantik dan normal.


3)INSOMNIA 



Insomnia atau masalah sukar untuk tidur boleh disebabkan kerana kekurangan kalsium. Oleh itu, orang yang tidak mengambil kalsium dengan cukup setiap hari mudah untuk mengalami  kesukaran tidur, sakit kepala dan keresahan. Akibatnya, ia juga menganggu prestasi kerja anda pada hari esok. Orang tak cukup tidur ni mood pon mudah terganggu kan.


4)GIGI REPUT


Seperti bahagian badan yang lain seperti tulang, kuku, gigi juga memerlukan kalsium yang mencukupi untuk menjadikannya kuat dan sihat.Selain gigi yang rapuh, kekurangan kalsium juga boleh membawa kepada masalah lain seperti gusi berdarah, gigi cepat rosak (berlubang) dan tidak bewarna putih bersih.

5)SENGGUGUT TERUK PADA WANITA

senggugut yg teruk pada wanita kerana ketika haid juga wanita akan lebih kehilangan magnesiumm, kalsium, zat besi dan pelbagai lagi nutrien. Jadi, jgn abaikan pengambilan kalsium lebih2 lagi pada kaum wanita


6) MASALAH PERNAFASAN


Sesak nafas dan berdebar2 adalah petanda jantung lemah dan kekurangan kalsium. Jadi, berhati2 ye jika ada alami masalah ini 


7) MASALAH KULIT


Kulit yg kering dan boleh terjadinya masalah kulit seperti eczema dan psoriasis juga ada kaitan dgn kekurangan kalsium, jangan main-main, kalsium juga penting untuk kulit tau.



Kalsium yang terbaik adalah diambil bersama-sama dengan Vitamin D dan Magnesium. Hal ini adalah mengikut kajian, kalsium dapat diserap secara optimum apabila hadirnya vitamin D dan magensium. Jadi, selepas ini jika memilih kalsium pastikan ia didatangkan dengan pakej lengkap Vitamin D dan Magnesium ye :)






Nilah ostematrix Shaklee. Sebiji mengandungi 250miligram kalsium,
 ibarat segelas susu berkalsium tinggi. 
Tak larat daku nk minum 4 gelas susu sehari untuk dpt 
1000miligram kalsium minimum bagi ibu yang menyusu.


Ostematrix setiap tablet mengandungi 250mg kalsium setiap satu dan dilengkapi dgn vitamin d berserta magnesium. Inilah yang mila cuba usahakan sekarang bersama-sama Set Penyusuan Shaklee yang lain. Dah banyak tanda kekurangan kalsium pada diri mila sendiri. Yelah, ibu-ibu yang mempunyai pengalaman mengandung dan menyusu anak sehingga setahun lebih macam mila mesti memahami. Kadang-kadang kita ingat dah cukup kalsium diambil setiap hari..tapi rupanya belum cukup. So, dah tahu macam tu kenalah rajin-rajin minum susu atau nak mudah telan 4 biji ostematrix Shaklee ni setiap hari :) 


Noor kamilah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee
ID: 1164704
014-5082724