Thursday, February 9, 2023

Intermittent Fasting

Hai, Assalamualaikum W.B.T 😊

InsyaAllah entry kali ini mila nak cerita lebih details, apakah itu Intermittent Fasting


APA ITU INTERMITTENT FASTING (IF)?

Intermittent Fasting atau singkatannya adalah, IF ini sangat popular pada masa kini. Apakah kaitan IF dengan penurunan berat badan? Sejak tahun 2010 carian di atas talian mengenai IF meningkat hingga 10,000% ! 

Sekiranya dilakukan dengan betul, IF ini boleh membantu menurunkan berat badan, membantu pesakit diabetis, menstabilkan gula dalam darah, menurunkan kolestrol dan banyak lagi manfaatnya terhadap kesihatan

IF ini bukan satu program diet, tetapi ia satu cara dan gaya makan yang diubahsuai untuk kesihatan. Ia adalah puasa berkala.

IF = Menjarakkan atau melambatkan makan untuk mendapatkan kebaikan berpuasa

Tetapi IF ini bukanlah amalan yang menyebabkan kebuluran. 

IF adalah puasa alternatif yang membantu kita mengurangkan kekerapan kita makan. 

Waktu kita berpuasa di bulan ramadhan ataupun puasa ganti, puasa sunat di bulan-bulan lain. Kita akan mendapati beberapa perubahan fisiologi pada badan kita sendiri. Jadi, mana mungkin kita kata ia tidak bermanfaat pada kesihatan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul

Ok, apabila kita semakin nak mendalami tentang IF, semakin banyak pula persoalan yang timbul bukan?

1. Nak puasa berapa jam?

2. Nak sahur dan berbuka pukul berapa?

3. Nak makan berapa kali?

4. Nak makan apa?


Baiklah, mila akan terangkan secara lebih terperinci 

DUA CARA IF

1. Puasa harian (Daily Fasting Plan)

  • 12/12
  • 16/8 atau Lean Gains Method
  • 20/4 atau Warrior Diet
  • Extended Fasting (>24jam) (Dalam pantauan doktor)
  • Prolonged Fasting (>3 hari) (Dalam pantauan Doktor)

2. Puasa Mingguan (Weekly Fasting Plan)

  • 5:2 Diet
  • Alternate Day Diet (Puasa Nabi Daud)

Cara yang pertama, iaitu Puasa Harian adalah lebih tepat berbanding Puasa Mingguan. Maksud 12/12 adalah 12 jam berbuka dan 12 jam puasa. Dan begitulah seterusnya untuk 16/8 dan 20/4.

Katakan kita ingin buat Puasa Harian 16/8. Waktu yang boleh diikuti adalah kita berpuasa bermula jam 6 petang (masuk fasa fasting window), kemudian berbuka pada jam 10 pagi hari berikutnya (masuk fasa eating window). 

Extended fasting pula adalah berpuasa lebih dari 24jam manakala Prolonged fasting adalah berpuasa lebih dari 3 hari. 

5:3 bermaksud berpuasa 5 hari dan berbuka 3 hari

Alternate Day Diet adalah berpuasa secara selang sehari. Contoh : Ahad berbuka, Isnin puasa, Selasa berbuka, Rabu puasa dan seterusnya.


Mengikut IF cara Shaklee, sepanjang tempoh berpuasa boleh ambil semua ini. Dan ia menjadikan IF cara Shaklee sangat istimewa dan pengamalnya sangat gembira kerana banyak variasi minuman boleh diambil tanpa rasa bersalah :)

  • Air kosong
  • Kopi dan teh tanpa gula
  • Cinch Tea Mix
  • Hirisan lemon, limau nipis, limau kasturi
  • Cuka epal, cuka buah tin
  • Daun pudina, seleri, timun
  • Garam himalaya
  • Stevia
  • Kayu manis, buah pala, halia
  • Butter
  • Minyak Kelapa Dara
Dan elakkanlah dari campurkan ini di dalam minuman sepanjang fasting window
  • Gula
  • Madu
  • Jus buah
  • Agave nectar
  • Pemanis tiruan
  • Susu tepung
  • Susu rendah lemak

Waktu berbuka pula juga perlu dijaga pengambilan makanan.
  •  Elakkan gula dan gula tersembunyi, 
  • Ambil lemak yang sihat (contoh Omega 3)
  • Tingkatkan pengambilan fiber, 
  • Protein yang sihat (contoh protein tumbuhan lebih baik berbanding protein haiwan), 
  • Karbohidrat yang sihat (contoh roti lebih baik berbanding nasi)
IF cara Shaklee terdapat banyak produk yang memudahkan pengalamal IF memilih makanan dan minuman yang terbaik :

✅Minyak ikan Omega 3 (Omega Guard)
✅Protein Shake pelbagai pilihan
-Energizing Soy Protein Vanilla Flavour
-Cinch Shake (Vanilla, Cafe Latte, Chocholate)
-Life Shake (Matcha, Elderberry)
✅Cinch Tea Mix, teh dari 5 jenis teh berkualiti tinggi
✅Fiber dari Alfalfa Complex


Ok habis penerangan tentang Intermittent Fasting. Suka mila kongsikan juga disini DIET CARA RASULULLAH yang mana kita boleh apply sepanjang buat IF!

Ni kira BONUS lah bagi pengunjung entry blog mila kali ini :D


Actually bagi yang ada tengok TV Alhijrah beberapa hari lepas, program “Assalamualaikum" tu.. 

Jemputan kali ni ialah pakar terapi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, (Kesihatan & Kecergasan) @ putrajaya, Ahmad Redza Ab Rahman. Penyampaian yang agak cool, best :)

Cara diet Rasululah (s.a.w) adalah cara pemakanan berlandaskan Al-quran dan sunnah. Diet yg tidak memerlukan resepi sangat

tapi lebih pada teknik. Meh mila share


1) Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Kenapa?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dari segi sainstifik, bila kita lapar kan, ada sejenis hormon akan hantar signal terus ke otak untuk beritahu kita, 

"hey perut kita LAPAR la!"

Ok ini arahan yang sampai kat otak, sila patuhi, jika tidak boleh kene gastrik!

Kenapa pulak kene berhenti sebelum kenyang? Ok, kita ada satu lagi hormon yang fungsinya menghantar maklumat ke otak bahawa kita sudah kenyang.

MALANGNYA… atau

SAYANGNYA… 

hormon ni ambil masa 20 minit untuk sampai ke otak. See? Meaning to say that, kalau kita rasa kenyang gila-gila, actually 20 minit yang lepas kita dah kenyang dah! Tapi kita dok sedap sapu lagi makanan atas alasan "lapar lagi la", "tak kenyang la" etc. 

So ini lah cara Rasulullah s.a.w, makan dalam kuantiti yang munasabah, and then stop. Sabar jap tunggu hormon tu buat kerja beritahu otak kita dah kenyang 

InsyaAllah 20 minit lepas kita stop kita akan sedar yang kita sebenarnya dah kenyang :)


2) Kunyah sampai 30-40 kali. Kenapa?

Pertamanya, kunyahan yang banyak merupakan senaman bagi mulut. Otot kita berkerja dan ini mengurangkan terbinanya dagu berlapis (double chin) yang mana mila saaangat tak suka!

Kedua, bila kita kunyah dan kunyah sampai hancur, makin banyak air liur dirembeskan maka makin banyak makanan yang akan di bawa masuk ke dalam perut. 

Penting ye makanan tu basah sebab..bila makanan yg kita kunyah betul-betul basah then baru telan masuk perut, kita tak kan rasa haus, jadi takdelah masalah asyik nak minum air je!


3) Minum air hanya 15-30 minit lepas makan. Kenapa?

Ye, makan jangan bersulamkan air. Nak makan, fokus la makan. Air kemudian. Tak perlu air kalau kita berjaya telan makanan yang basah sebab kunyah 30 kali :)

Ini teknik untuk perut cantik ok uols. Kenapa tak boleh mnum air, sebab kan.. dalam perut kita ada asid, yang dirembeskan bila terima makanan. Setiap asid ada level pH dia. Air ni, bertindak sebagai agen pencair. Time kita makan, perut kita berasid, asid keluar dan cerna makanan.

So takleh kacau, biarla asid-asid tu terus pekat untuk cernakan makanan. Tapi kalau kita minum air? asid tadi jadi cair balik, pH rendah. Camne nak buat kerja-kerja pencernaan? Kene keluarkan asid lagi supaya jadi pekat. Apabila dah pekat, kita minum lagi air. Berapa kali dah asid keluar dan keluar lagi? Bila keluar banyak kali, rosak tau perut. Dinding perut jadi kedut dan buncit la err sedihnya..jadi, kalau asid keluar nak buat kerja dia, jangan kacau. Air tu kemudian ok, lepas asid dah habiskan tugas dia.

Haa..yang kata perut buncit, sebab minum air dan makanan jadi kembang tak, tak. Itu explanation makcik makcik bawang je tu 😂

Kita explain cara berilmu okehh hehe


4) Minyak zaitun

Dalam Al-Quran ada tertulis kebaikan minyak zaitun. Boleh atasi masalah darah tinggi, penghadaman dan mengurangkan gastrik, bantu kita mengurangkan pengambilan lemak, rendahkan tahap kolestrol merbahaya. Minyak zaitun takde kolestrol macam minyak-minyak biasa, so ikut kata Encik Ahmad Reza tu


5) Berus gigi sebelum tidur. Kenapa eh?

Haa jangan tak tahu ye, Allah hadiahkan kita satu enzim ni kat mulut kita, waktu bangun tidur (dengan syarat malam sebelum tidur dah gosok gigi/ bersugi) Enzim ni tolong hadam dan cuci perut kita. So bila bangun pagi,  minum la segelas air, terus minum tak payah gosok gigi dulu. Cara nak dapatkan enzim tu, kumur-kumur dan kemam dulu then baru telan. gulp! yayy dah dapat enzim yang Allah hadiahkan! 

Ingat, tu kalau berus gigi waktu malam tau, baru dapat enzim tu. 

So rajin-rajinkan bersugi before tidur okeh. Dua fungsi enzim ni, satu untuk hadam makanan, yang kedua tingkatkan metabolisme badan, ok ini best! 

pakar tersebut beritahu, kalau amalkan setiap hari pun dah boleh turun berat badan. Baiknye Allah hadiahkan kita enzim ni :)


6) Minum air masak, banyak-banyak. Cara nak minum air masak?

Teknik dia, minum every 15 minutes. Seteguk demi seteguk. Kita disarankan ambil air ikut berat badan, setiap 25kg, 1 litre air diperlukan. Jadi sukat la pengambilan air setiap hari. 


7) Kopi dan Teh

Teh yang bagus adalah green tea, tanpa gula. TANPA GULA ok!

Dalam teknik IF kita mmg kita ber pagi pagian dgn cinch tea right! 

Okay, kopi. Kafein dalam kopi bantu untuk larutkan lemak. Dan lemak boleh terbakar 3 kali ganda woo!  

Tapi sgt bahaya minum kopi kalau tak exercise. Tau kenapa? Sebab kafein akan buat jantung berdegup dengan lebih kencang, so imagine jantung dup dap dup dap laju tapi kita duduk saje-saje? 


8) Minuman kultur sebelum tidur

Vitagen, atau nutrigen atau yakult ke..katanya elok kalau kita minum sebelum tidur. Ade bacteria nama Lactobacillus, dia akan pilih bacteria baik untuk diserap dan bacteria buruk dibuang. Yang ni pakar tu la cakap, tapi mungkin yang ini lari sikit dr tajuk 'diet cara rasululah' tu huhu.

Sebab dia tak cerita ada ke Rasulullah ambik sesuatu like vitagen zaman tu


9) Makanan yang orang hidang jangan ditolak, nanti rezeki kita mahal

Bila orang hidangkan kita makanan, especially waktu malam kan, camne nak elak? Makan, jangan tolak. tapi, sebelum makan sila minum air masak segelas dulu. Kenal pasti lapar kita sekarang lapar apa? 

Lapar untuk perut kita panggil hunger dan lapar untuk otak appetite. 

Kalau lepas minum perut memang rasa lapar, ok itu lapar untuk perut, badan perlukan energy maksudnya. Sila lah makan dengan senang hati katanya .  

Andai kata kalau lepas minum rasa kenyang, tapi nak makan jugak, itu namanya lapar ngade-ngade haha. 

if nak makan, makan la, tapi kuantiti sedikit dan kunyah lumat-lumat.

banyak lagi benda lain yang diselitkan tapi tak detail sgt penerangannya. Contohnya minum/makan kene duduk, ade kaitan jugaj dengan diet 

Kecilkan suapan, jilat jari lepas makan.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkahan.” (HR. Muslim)


Setakat ini dulu perkongsian mila.

Alright, jom sama-sama amalkan teknik yang sihat dan sebolehnya cara Rasulullah ini dan dimasukkan dengan teknik Intermittent Fasting yang terbukti baik untuk kesihatan kita. Juga dengan vitamin-vitamin Shaklee untuk bantuan yang mana badan kita tak sempat makan atau dapatkan dari pemakanan harian

Jaga makan kita setiap hari, mila memang ingatkan diri sendiri

Mila, ingat penting jaga makan☝️

 Tengok surah Taha ayat 121, kesalahan pertama yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s adalah kesalahan dari segi pemakanan



 Related Topic About Intermittent Fasting :)

>>> Intermittent Fasting, Puasa yang boleh dilakukan oleh Wanita untuk keluar dari perangkap Obesiti