Dapat sticker putih :)
Mila risau jugak takut kene marah. Sebab dah lambat sangat sebenarnya hehe
Alhamdulillah. Semuanya ok. Dapat sticker putih lagi setakat ni. Means takde apa-apa risiko. Hopefully takde apa-apa yang tak diingini la sepanjang tempoh kehamilan sampai bersalin ni. Semua bacaan cantik. Hb 11.7, tekanan darah normal. Lain-lain semua ok.
Masa mengandungkan aryan (anak first mila) tak pernah dapat HB 11.7. Teruk naw naw. Pernah jatuh sampai 9. Semuanya akibat kurangnya ilmu pengetahuan tentang pregnancy huhu. Bukan sambil lewa, tapi dah macam-macam usaha kami suami isteri buat. Tapi HB mila still tak naik-naik.
Ingat lagi, pengalaman pertama pregnant hanya dengar nasihat orang. Doktor kata gitu buat gitu. Nurse kata gitu, try buat gitu. Kakak cakap gitu, buat gitu. Jumpa kawan suami cakap gini, buat gini. Jujurnya, mila jenis tak ambik mudah bila tahu bahaya Hb rendah ketika hamil. Jenis penakut sikit hihi. Yelah, tengok dan baca cerita-cerita orang bersalin takut ya amat. Kena pulak mila first pregnancy ni dah ada macam-macam masalah.
Apa yang mila tak cuba?
- Virgin Coconut Oil habis sebotol (kakak ipar bagi)
- Qaseh Gold habis sebotol (beli lepas kawan suami suggest)
- Limpa (balik kampung mak masakkan)
- Bayam
- Kurma
- Minuman nestle Bliss (sedara suggest...ya Allah, manis kot. Berbotol-botol minum)
- Jambu batu
- Jus jambu batu (ni pon berbotol-botol minum. Sebab percaya boleh naikkan Hb. Tapi sebanarnya, takde maknanya...kalau beli jus kat pasaraya, manis je lebih. Bahaya boleh jadi GDM plak kang huhu)
- Vitalea & Esp shaklee (sikit sangat makan, sebab tah la..rasa kurang percaya boleh naikkan HB)
- Serbuk mutiara (kawan suami suggest, beli kat kedai ubat cina. Tapi doktor larang keras makan sebab dia kata bahaya hewhew)
apa lagi...dah lupa daaa haha
Yang pasti banyak jugak la usaha nak naikkan HB. Suami pon sama risau dengan mila. Dia pon belikan macam-macam untuk mila. Yang paling tak boleh lupa serbuk mutiara tu, doktor marah mila tau. Sebab dia kata gini
" awak berani nak tanggung risiko makan benda macam ni? Kalau jadi apa-apa kat anak awak macam mana? "
Huhu. Insoffff terus. Memang kalau kita rasa terdesak, sampai lupa nak fikir panjang kan. Mudah mudah je nak ikut kata orang yang cuma cakap-cakap camtu je. Satu lagi silap mila masa first pregnancy dulu, mila sangat malas membaca. Mila tak baca, mila dengar cakap orang je. Akhirnya, sampai ke sudah mila tak jumpa dan yakin apa yang sebeanarnya membantu naikkan HB kita semasa hamil.
Jadi, sebab itulah. Mila nekad bila mengandung lagi. mila nak jaga kandungan betul-betul dengan ilmu. Jadi lepas bersalin, banyak juga mila buat pembacaan. Banyak juga sumber mengatakan vitamin-vitamin shaklee sangat membantu untuk naikkan HB. Cuma, perlu la ada ilmu sebelum pengambilan.
Apa itu HB ?
HB adalah singkatan kepada Hemoglobin. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter). Jadi, kalau bacaan HB mila 11.7g/dL tu dah ok sangat la tu :)
Hemoglobin
Alat yang digunakan untuk mendapatkan bacaan HB
Apa risiko ibu mengandung yang mempunyai bacaan HB yang rendah?
Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia biasanya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan HB yang rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:
Kesan kepada ibu
Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia biasanya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan HB yang rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:
Kesan kepada ibu
- Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
- Mengalami keguguran
- Mengalami kegagalan jantung
- Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
- Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada Bayi:
- Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
- Lahir sebagai premature atau tidak cukup bulan
- Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
- Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
- Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Ngeri kan kalau kita dah baca satu-satu dan cuba fahami apa yang bahayanya Hb rendah ketika mengandung ni. Tapi, masih ramai tak tahu punca Hb rendah ni. Sebab itulah yang terjadi kepada mila ketika first pregnancy dulu. Mila tahu risiko yang ditanggung jika menghadapi HB rendah..tetapi...
What should I do?
ok first, kita perlu tahu dulu punca terjadinya HB rendah.
Apakah punca bacaan HB yang rendah?
- Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
- Pendarahan
- Kanser
- Penyakit buah pinggang/ hati
- Hypothyroidism
- Thalassemia
So, punca-punca ini kita perlu dapatkan pengesahan dari doktor dulu. Mila taknak ulas tentang punca-punca lain di entri kali ni. Tapi normally, ibu mengandung yang mengalami HB rendah ni adalah kekurangan ZAT BESI, FOLATE, VITAMIN B12. Sebab itulah orang duk suruh makan macam-macam tu. Yang sebenarnya, kita perlu tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi, folate dan vitamin b12 dalam pemakanan harian kita. barulah, Hb kita akan naik dengan cantik. dan ada sumber lain juga, pengambilan zat besi perlu lah diambil bersama vitamin C supaya zat besi dapat diserap kedalam badan secara optimum.
Faham kan sekarang? :)
Jadi, kita tak perlu terima bulat-bulat lagi nasihat atau cadangan dari orang lain. Yang penting, kita perlu tahu keadaan diri kita sendiri dahulu barulah kita tahu apa tindakan yang harus dibuat.
Mila sudah faham diri mila yang sangat kurang pengambilan zat besi, folate dan vitamin b12 tu. Mana tak nya, alahan mila ketika first pregnancy dulu sangat la teruk. Mila kurang makan dan kerap muntah. Apa lagi makanan yang berkhasiat sangat sikit mila dapat makan dalam sehari. Jadi, bila kita tak boleh harapkan untuk dapatkan nutrisi yang mencukupi dalam pemakanan harian, kita perlu topup dengan SUPPLEMENT
Inilah supplement yang mila ambil sebagai rutin harian.
3 warna ni ntuk kesihatan ibu dan baby dalam kandungan :
Vitalea iron Formula - Sumber zat besi yang membantu atasi masalah HB Low ketika hamil
Vitamin C - Penting untuk membantu penyerapan zat besi secara optimum. Juga untuk menguatkan sistem imun si ibu
B Complex with Folic Acid - Penting untuk perkembangan bayi ketika di trimester pertama. Untuk si ibu juga kerana diformulakan bersama vitamin B untuk keperluan nutrisi harian dan mengawal stress. Mengandungi Folate dan vitamin B12
Selepas check up kali pertama beberapa hari lepas, mila tanya pendapat nurse boleh tak mila nak teruskan pengambilan supplement Shaklee dengan keadaan skarang. Dan jawapannya OK :)
Alhamdulillah. Semoga sihat sihat je awok baby. Ibu cuba usaha buat yg terbaik utk kehamilan kedua ni ye :)
Jom baca pengalaman mila hadiri sesi check up setiap bulan pada kehamilan yang pertama dulu (Klik disini )
Jom baca pengalaman mila hadiri sesi check up setiap bulan pada kehamilan yang pertama dulu (Klik disini )