Saturday, July 8, 2017

ALERT ! KOD WARNA BUKU REKOD KESIHATAN IBU HAMIL

Salam ibu-ibu..

Tahniah kerana sudah disahkan mengandung :)

Dan bukak buku pink tu?

Haaa...pernah tak lihat di ruangan kanan atas buku rekod kesihatan anda. Ada pelekat bewarna yang akan dilekatkan oleh jururawat yang memantau anda.

Tapi pernah tahu tak apakah maksud setiap kod warna pelekat-pelekat tersebut?

 Mari mila cerita, apakah maksud setiap warna pelekat itu.



Ada 4 Kod Warna 

 Maksud setiap kod warna yang tercatat dalam buku rekod kesihatan ibu hamil 



*Disebabkan mila baru dua kali ada pengalaman mengandung, jadi hanya gambar pelekat putih dan hijau sahaja boleh ambil gambar sendiri. Kod warna kuning dan merah ihsan Google hihi



1) Kod Warna Merah


Rujukan segera ke hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga. Maksudnya jika anda hamil dan mendapat pelekat bewarna ini, anda perlu diberi perhatian dan pantauan yang kerap.

2) Kod Warna Kuning


Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selajutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan. 


3) Kod Warna Hijau


Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Jururawat Kesihatan / Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Semasa mengandung anak pertama, mila pon dapat Kod Warna Hijau ni..risiko nya adalah pertama kali mengandung, GBS positif dan juga masalah HB rendah.

4) Kod Warna Putih


Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan / Jururawat masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. ibu hanya akan diberi kod bewarna putih setelah ia tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang tersenarai dan kod merah, kuning atau hijau. Alahmdulillah, untuk mengandung kali kedua ini, mila diberi pelekat bewarna putih ini :)



Pastikan ingat tarikh temujanji setiap bulan dan hadirkan diri setiap kali temujanji. Buat rutin pemeriksaan dan ambil tahu keadaan kesihatan kita dan bayi. Untuk kehamilan kedua ini, mila pastikan pengambilan vitamin yang penting untuk ibu hamil sejak dari awal kehamilan lagi. Ini semua untu memastikan kesihatan mila dan bayi yang dikandungkan sentiasa di tahap optima.

Mila amalkan pengambil Set Kehamilan Shaklee sejak minggu pertama kehamilan lagi. Iaitu,

1. Esp (Energizing Soy Protein)
2. B Complex with Folic Acid
3. Vitalea Iron Formula
4. Sustain Released Vitamin C
5. Ostematrix (Pil kalsium pengganti susu)

dan bercadang untuk mengambil 6. Omega Guard selepas masuk ke trimester kedua. 

Semoga diberi kesihatan berpanjangan untuk semua ibu hamil.

:)


Noor Kamilah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee
04-5082724

Shaklee Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, Seluruh Malaysia