Thursday, September 15, 2022

Bestnya jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

Assalamualaikum w.b.t. 

Entry kali ni mila nak throwback semula waktu mila mula-mula training Mobile Spa under Beauty On The Go (BOTG) November 2017 yang lepas. 

BOTG ni dahulunya dipanggil The Walking Beauty (TWB). So jangan pelik ya kalau banyak gambar dengan logo TWB hehe. Actually TWB & BOTG adalah projek yang sama yang diberi nafas baru dan MORE EXCITING !

TRAINING MOBILE SPA BOTG




Haaa...ni bukti mila sudah selesai menjalani training 2017 yang lepas. Mok mok sikit waktu ni biasalah tengah mengandung hihi

PENGALAMAN 5 ORANG PERTAMA FACIAL

Waktu mula-mula selepas training, tak dinafikan mila juga ada rasa takut, segan dan berdebar untuk mula ambil customer pertama. Tapi yang paling membantu adalah Support Group yang mana trainer-trainer dan semua ahli BOTG yang telah selesai menjalani training berkumpul disitu. Penuh motivasi dan positive vibes 

Trainer beri teknik mengatasi ketakutan dan teknik "lembutkan" tangan daku yang keras ni hahaha. Yelah mila memang asalnya ZERO dalam bidang spa & beauty ni. 

Tapi..korang lihat lah hasilnya :)

Bermula dengan facialkan suami sendiri :D

SPECIAL NYA TRAINING MOBILE SPA DENGAN BOTG

Konsep yang digunakan sangat mudah. Guna apa yang "ada di tangan". Mila cuma guna kain batik, tuala & tupperware yang memang ada dirumah. Dan itulah mila angkut ke rumah customer pertama mila !

Guna ILMU & PERALATAN asas yang BOTG berikan sewaktu training dan terus RUN mobile spa kita pada hari yang sama ! Taknak tunggu lama. Masa itu emas

Trainer tak galakkan untuk kita berhabis banyak waktu baru bermula. Tetapi kejarkan hasil dengan cepat, dapatkan customer, ada duit extra dan boleh la "upgrade" spa kita sendiri selepas mula mencapai hasil. Dah banyak duit hasil buat spa kan lebih happy nak cantikkan spa kita. Semangat lain maciamm :D

Mila dapat 5 customer pertama ! 

Yang ni memang betul-betul customer dari luar. Bukan nak test test kat muka suami dah hehe. Dan tak berhenti disitu sahaja. Banyak sangat Allah beri rezeki selepas itu :')





Sebenarnya waktu training tu mila dah sarat mengandung anak ke-2. Tapi semangat yang mila dapat dari ahli-ahli BOTG sangat memberi kesan kepada mila. Buktinya, mila tetap gagahkan diri ambil customer sejurus selepas training dan hanya berhenti apabila bersalin dan berpantang hehe. Last customer waktu mengandung 40 minggu ++ !

Habis je pantang, terus run spa semula !











Alhamdulillah sampai sekarang walaupun terhenti sekejap ambil customer ketika fasa pandemik Covid-19. Mila sudah kembali aktif malah mila kini juga salah seorang trainer under BOTG alhamdulillah. Mila sedia membantu memberi penerangan, memberi semangat dan jalan macamana nak bermula bisnes Mobile Spa ini. Kerana bisnes ini memang bukan biasa-biasa. Sudah ramai wanita dibantu dan mula mencapai pendapatan harian. 

Surirumah capai RM1000 8 Hari dengan Mobile Spa BOTG !



Ok sekian sahaja entry mila kali ini, sampai jumpa di lain entry okehh 


Noor Kamilah Ibrahim
Beautician & Trainer Mobile Spa BOTG
Contact me : 014-5082724

#BeautyOnTheGo #BeautyWithBrain #ShakleeFamily #KelasSpa2022  #KelasSpaFacial #TrainingSpaTerkini #BuatDuitSetiapHari