Sunday, September 29, 2019

Mudahnya buat bisnes di hujung jari




Assalamualaikum !

Salah satu Kelebihan Bisnes Shaklee adalah semuanya boleh dibuat di hujung jari !

Kalau dulu, takde teknologi yang canggih. Bonus shaklee dibayar menggunakan Cek, nak cek prestasi sales terkini perlu ke HQ untuk cek & print di atas kertas, dan banyak lagi lah


Tapi sejak dari beberapa tahun yang lalu, shaklee dah banyak improve untuk memudahkan semua ahli nya untuk membuat pesanan.

Bayangkan, kita menjadi "dropship" untuk sesuatu produk. Begitulah shaklee. Tidak perlu simpan stok di rumah, hanya buat pesanan melalui talian (online) apabila mendapat permintaan dari pelanggan, ataupun diri kita sendiri ingin membuat pembelian.

Tapi, shaklee jauh lebih mantap dari sistem dropship tu hehe. Sistem bisnes shaklee adalah sistem yang mampu membantu grow dan achieve something dalam kehidupan.

Maksudnya, shaklee mewujudkan sistem pangkat kerana berusaha melahirkan pemimpin perniagaan (leader). Nak jadi leader, perlu capai syarat yang shaklee tetapkan dan tanpa sengaja banyak sangat perkara diperbaiki..terutama "soft skills".

Menjadi seorang leader, memimpin sebuah team bukannya perkara yang mudah kan. Perlu melalui beberapa step untuk lebih maju dan menjadi leader yang baik untuk diri nya, baik untuk ahlinya, baik untuk team nya.

Ok, berbalik kepada tajuk. Bisnes shaklee sekarang sangat mudah dijalankan kerana sesuai dengan peredaran zaman. Hanya menggunakan apa yang ada untuk berbisnes.

Orang sekarang lebih senang dengan whatsapp..bisnes lah melalui whatsapp

Orang update kehidupan di whatsapp story, IG story, Fb Story..update lah bisnes di situ juga

Orang perlukan space yang lebih besar untuk download gambar dan video, jadi lebih prefer untuk guna telegram, so..gunakan lah segala apa yang boleh upgrade bisnes di telegram

Instagram, Facebook, Youtube, Blog, Website...semua di hujung jari. Kenapa tak boleh gunakan "kelengkapan" yang sudah terdia di dalam henfon kebanyakan rakyat malaysia untuk BUAT DUIT ???

RUGI

Sayang..seribu kali sayang hehe. Jika kita sia sia kan semua peluang & ruang yang ada untuk tidak berbisnes. Hujung jari je beb! Tinggal untuk rajin dan KLIK !

Mila sangat berbangga untuk nyatakan mila berada dalam team yang sangat aktif dan "fully utilized" segala teknologi yang kita miliki.

" Benda boleh guna, buat apa nak simpan "

Pepatah orang sekarang hehe

Group Whatsapp & Telegram yang mila sertai untuk tujuan bisnes. Apa yang susah kan, setiap hari..buat jadual yang sesuai dengan kehidupan kita sendiri untuk cek henfon.  Tetapkan masa berapa jam untuk kita fokus cek henfon setiap hari untuk tujuan bisnes sahaja.

Dan yang pasti, rasanya semua rakyat malaysia mahupun di dunia sekarang sudah zaman "henfon di tangan". Daripada cek henfon untuk tiada tujuan dan matlamat yang jelas, lebih baik mulakan sahaja bisnes. Bukan perlu keluar rumah..tapi hanya di henfon.

One more thing, group yang ditubuhkan ini bukan "wajib" disertai oleh semua yang mendaftar. Hanya yang mahu sahaja akan dimasukkan. Tiada paksaan dalam berbisnes :)


Group Miracle, alhamdulillah mila berjaya bina team sendiri. Walaupun masih dalam usaha membangunkan team sendiri, bagi mila ia satu pencapaian dan pasti mila buat improvement masa ke masa. Yang pasti, di hujung jari sahaja mila tetap berhubung dengan ahli team setiap hari :)

Sebelum mila berjaya berkembang dalam bisnes shaklee ini, mila juga berada dibawah team yang lain, iaitu team di bawah mentor mila sendiri. Iaitu orang yang membantu mendaftarkan keahlian shaklee mila. SOUL adalah nama team untuk upline mila, Athirah. Boleh kata kat sini lah tempat mila dibesarkan hehe. Dahsyat kan penangan group alam maya ni. Hujung jari je pun bolehhh

Apabila dah menapak selangkah ke hadapan, mila dimasukkan ke dalam group leader SOUL. Memang ada leader sahajalah dalam group ni. Dan perbincangan nya adalah advance sedikit. Bukan semua ahli akan faham perbincangan sebagai leader yang punyai legasi masing-masing. Sebab itu, wujud group ni. Meeting, gathering semua bincang kat sini. Hujung jari je beb ! Tapi banyak dah kejayaan tercipta walaupun cuma tubuhkan group whatsapp alhamdulillah

Group LAT Family milik super upline mila. Master ira. Join sebab mila nak dapatkan ilmu dengan semua mentor

Ini pula support group bagi yang menyertai Mobile Spa TWB(spa shaklee). Mila suka join banyak group sebab dapar banyak motivasi ! Group ni adalah group untuk memotivasikan diri untuk rasa " orang lain dapat duit kepok kepok sebab dorang usaha, takkan kau nak duduk diam " 😂 Group ni memang motivasi duit sebab buat mobile spa memang bisnes buat duit. Nampak tak hujung jari je pun boleh memotivasikan kita setiap hari hehe

Group yang banyak berkongsi poster dan gambar cantik ! Terima kasih bagi yang selalu share. Jadi ahli shaklee yang baru tak risau kalau tak cukup dan tak ada gambar untuk tujuan marketing. Belambak lambak dah disediakan. Tinggal nak start sharing je hehe

Bagi yang join kelas berpantang TWB, akan dapat masuk ke group ni :)



Group Jutawan Nutrition Class. Group besar under super duper upline mila. Selalu ada kelas dari nutritionist shaklee sendiri kat dalam ni. So tak risau tak cukup ilmu walaupun tak sempat pergi ke Health & Wellness talk setiap bulan. Hujung jari je dah boleh dapat




Memang mudah untuk lakukan semuanya di hujung jari, namun walaubagaimanapun..perlu ada sentuhan magis untuk menjadikan sesuatu bisnes itu berkekalan lama.

Apa yang magic?

Perlu ada pertemuan sebenar, bukan di alam maya sahaja. Risau takut jarak yang kita sering letakkan menyebabkan jarak di hati hehe. Di sebabkan itulah, team mila sering adakan gathering, program, coaching dan perjumpaan untuk "keep in touch". Kita bukan sekadar nak berbisnes..tapi hubungan silaturrahim turut perlu di eratkan dan dikukuhkan :)