Assalamualaikum !
Harini (Selasa, 1 Oktober 2019) mila keluar untuk uruskan customer berpantang & baby. Job confinement lady mila ada bebaki kurang lebih 9 hari lagi alhamdulillah.
Dan lepas dah settle semua sempat keluar untuk urusan postage produk shaklee yang dipesan semalam. Alhamdulillah rezeki lagi.
Dah selamat di pos. Semoga selamat sampai ke kuantan :) Mila hadiahkan pillbox comel untuk my loyal customer. Hampir setiap bulan tak miss makan Ostematrix. Oktober adalah bulan promosi Ostematrix Shaklee, Pil Kalsium terbaik !
Selesai urusan pos, kami masuk shopping mall untuk membeli sedikit barang keperluan.
Keluar 4 beranak petang tadi
Berbalik kepada topik entry blog yang mila nak tulis harini, tentang
TIME FREEDOM ( Kebebasan Masa )
Mila bersyukur kerana, mila dan suami sudah memiliki time freedom dalam lebih kurang 4 tahun sudah. Selepas suami membuat keputusan untuk berhenti bekerja makan gaji dan mila adalah surirumah sepenuh masa sejak mula berkahwin lagi. Kini kami lebih fokus kepada bisnes masing-masing dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin bersama-sama alhamdulillah.
Sejak dari itu, mila dapat rasa beberapa perkara yang sangat best memiliki time freedom dengan hanya menjalankan bisnes Shaklee di rumah secara online :
6 PERKARA BEST YANG MILA DAPAT KERANA TIME FREEDOM
1. Masa untuk berjumpa lebih panjang.
Mila masih ingat sewaktu suami bekerja makan gaji, dan juga mila sedang mengandung anak pertama. Terasa sedikit renggang kerana dalam sehari hanya berjumpa beberapa jam dengan suami. Masa lebih banyak dihabiskan di tempat kerja. Kadang-kadang overtime, lagi lah lambat untuk berjumpa. Kalaulah mila juga wanita yang berkerja makan gaji, entah lah bagaimana komunikasi kami berdua waktu tu. Mungkin balik kerja kepenatan dan tak sempat berjumpa.
2. Banyak berkongsi cerita & masalah
Dalam rumahtangga, bagi mila adalah sangat penting untuk ada komunikasi dua hala. Kalau tak, mau penuh rasa otak ni nak simpan semua cerita sorang sorang kan. Lagi-lagi surirumah yang banyak masanya menyendiri di rumah. Selepas kami punyai kebebasan masa bersama, banyak masa untuk mila dan suami bercerita, meluahkan perasaan, buat planning secara face to face. Kalau dulu asyik ber whatsapp sahaja kalau nak cerita apa-apa sewaktu suami bekerja. Sangat lah tak best dan terasa jarak antara kami.
3. Lihat perkembangan anak-anak depan mata 24 jam
Mila tak boleh bayangkan jika suami masih berkerja makan gaji sewaktu kami dah punyai anak sekarang, mesti susah nak berkongsi cerita perkembangan anak-anak. Tak syok kan. Sebab anak ni sekali je dia kecil, diorang semakin membesar dari hari ke hari. Takut sangat terlepas peluang tengok semua perkembangan mereka. Juga dapatlah luangkan lebih masa mengajar mereka mengikut cara kita sendiri, dan apa pencapaian yang ingin kita lihat dari anak
Aryan baru berjalan di umur 10 bulan. Dia betul-betul boleh berjalan tanpa bantuan pada umur 1 tahun (tak jumpa pula video tu). Happy nya ibu & abie waktu ni tak terkata :')
Airis first step. Baby shaklee betul dia. Nak mula berjalan kat HQ shaklee jugak hahaha
Video mila sempat merakam kedua-dua anak kami, Aryan & Airis sewaktu melangkah pertama kali dalam hidup mereka :'). Ya Allah bangga sangat sebab dapat tengok moment ni
4. Boleh kemana sahaja, bila-bila masa,tanpa minta MC atau mohon cuti dari majikan
Alhamdulillah, suami dapat menunaikan umrah pada Disember 2019 ini. Dan plan nya mila akan stay bersama anak-anak di kampung keluarga mila dulu lah selama 2 minggu selama ketiadaan suami.
Bila difikirkan semula, bersyukur sangat apabila kita nak kemana saja, tak perlu pening-pening fikir untuk apply cuti.
Katakanlah waktu sedang bekerja, ada kecemasan, banyak juga prosedurnya kan. Mungkin boleh terus lari untuk selesaikan masalah atau pergi ke tempat kecemasan. Tetapi banyak lah pula perlu menjawab kepada bos dan staff lain selepas itu.
Pernah merasai pengalaman berkerja suatu ketika dahulu. Apabila papa mila warded kerana penyakit jantungnya, perlu explain panjang lebar kepada bos untuk masuk lambat kerja dan perlu fikir macam-macam untuk cari orang untuk gantikan tempat mila (sewaktu menjadi pengasuh taska dan memegang kunci taska). Kalau nak cerita bab MC & permohonan cuti ni memang banyak dan ada perasaan tak best lah. Syukur untuk lepas dari perasaan itu dan berkurang lah sedikit stress
5. Tak terikat dengan masa office hour
Pengalaman mila berada dalam beberapa bidang perkerjaan adalah satu pengalaman yang sukar nak dilupakan. Pernah menjadi seorang guru, kerani pejabat, berkerja di sangkar penternakan ikan, salesgirl dan beberapa lagi pekerjaan yang pernah mila buat.
Pernah mila datang ke Kuala Lumpur dari kampung Terengganu semata-mata untuk menghadiri interview dan terus memulakan pekerjaan pada hari yang sama. Kalau diingat kembali memang mencuit hati :D
Mila diterima kerja di sebuah syarikat yang menguruskan PATI (Pendatang Tanpa Izin). Hari pertama, dah menerima "duit kopi" di bawah meja daripada agen bernilai RM5 (share dengan kawan sorang lagi). Dilarang untuk keluar makan tengah hari bersama rakan pejabat yang lain walaupun kita masih tak tahu tempat makan di situ dan bagaimana keadaannya. Dan hari pertama itu juga bos memanggil masuk ke dalam biliknya untuk marah kerana ternampak mila sering melihat jam dan ke tandas. Katanya mila tak sabar nak balik dan ke tandas untuk bermekap sebelum pulang ke rumah.
Ya, memang mila tengok jam kerana terlalu bosan menunggu masa berlalu. Tidak diberikan tugasan yang spesifik, dan dalam masa sama risau takut tak sempat solat asar. Memang tak boleh terima tuduhan mila nak bermekap. Sedangkan sedang mencari tempat untuk solat hehe.
Allahu..di umur masih "fragile" dan melalui pengalaman sebegitu memang sangat lah buatkan mila tak suka dengan " Office Hour". Rasanya dengan bisnes jauh lebih bebas dan tak terikat dengan telunjuk sesiapa.
Takpe lah, mila dah lupa muka bos tu, nama pun tak ingat. Mila maafkan je atas kata-katanya ketika tu..tetapi memang ingat sampai bila-bila peristiwa tu hihihi.
Walaubagaimana pun mila tak pernah berhenti mencari pekerjaan lain, mula berkerja di tempat lain sehinggalah berkahwin.
6. Bebas untuk membuat perancangan aktiviti sendiri bersama orang tersayang
Mila dan suami bebas merancang untuk pergi ke mana-mana walaupun bukan ketika cuti hari minggu atau semasa musim perayaan. Itulah saat yang sangat menggembirakan hati kami apabila boleh balik ke kampung menjenguk keluarga bila-bila masa. Definisi time freedom yang sebenar untuk mila sendiri adalah apabila dapat pulang bila bila masa sekiranya mama papa, nenek atau ahli keluarga mila dan suami dalam keadaan tidak sihat. Semoga kami sentiasa berada di sisi mereka dalam keadaan mereka bahagia ataupun tidak sihat
Gambar ketika selesai Lunch & Hi-Tea di Marriot Hotel, Putrajaya. Alhamdulillah mila dapat reward dari mentor di atas kesetiaan bersama team SOUL Shaklee. Dan beliau belanja mila satu family kerana, tanpa support dari suami dan tanpa pengorban masa dari anak-anak, tak mungkin mila boleh masih berdiri dalam bisnes shaklee. Itulah kelebihan bisnes shaklee. Kita mampu mempunyai time freedom dan mentor yang menghargai
Walaubagaimanapun, bukanlah niat mila untuk merendah-rendahkan bagi sesiapa yang bekerja makan gaji. Mila tahu dan faham, bukan semua orang ditakdirkan dan direzekikan untuk dapat berhenti kerja dan buat bisnes 100% seperti kami suami isteri .
Ada yang masih struggle dengan impian untuk bekerja dari rumah sendiri. Ada yang tidak mampu berimpian untuk resign dek kerana tanggungjawab yang dipegang tersangat besar dan memberi impak kepada masyarakat. Dan ada juga sangat sayangkan kerjaya nya sehingga dia decide untuk teruskan membina kerjaya nya sampai bila-bila.
Tidak semua orang memiliki time freedom dan juga memiliki money freedom ( kebebasan kewangan). Ramai juga, bebas masanya tetapi bermasalah kewangan. Ada yang sebaliknya...tidak bermasalah dari segi kewangan, tetapi terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk keluarga.
Bagi pendapat mila, yang menjalankan bisnes shaklee di rumah ini. Dengan shaklee, peluang untuk dapatkan kedua-duanya ada. Walaupun perlukan effort dan pengorbanan pada awalnya. Satu masa, akan ada peluang untuk memiliki time & money freedom. Contohnya, bergelar surirumah tetapi memiliki aset dan pengurusan kewangan yang mantap.
Bukanlah semata-mata mengejarkan kebendaan. Tapi kita boleh ukur kejayaan melalui pencapaian seseorang juga kan ? Mila sangat kagumi mentor-mentor shaklee mila yang merupakan surirumah sepenuh masa. Di umur belum mencecah 30 an, sudah berjaya langsaikan hutang PTPTN, membeli rumah atas nama sendiri, dan berjaya membali kereta idaman Audi Q5 hanya dengan bisnes shaklee dari rumahnya.
Dan seorang yang baharu sahaja berumur 36, sudah memiliki 8 buah rumah, beberapa buah kenderaan dan bermacam investment dan memiliki kebebasan masa untuk bersama-sama membesarkan 4 orang anaknya.
Jadi, bagi mila bukanlah semata-mata nakkan time freedom kita perlu tinggalkan semua yang kita mampu dapat. Contohnya, sewaktu berkerja makan gaji kita masih mampu membeli pakaian atau alat mekap yang disukai tanpa perlu berkira-kira. Kerana memang mampu, tetapi apabila decide untuk resign kerana ingin tumpukan perhatian penuh kepada keluarga, lifestyle kita yang sukakan fashion dan make-up terus dilupakan kerana sudah tidak mampu.
No !
Mila belajar untuk tidak downgrade kan kehidupan kita kerana hidup sentiasa ada pilihan. Kenapa tidak pilih untuk ada time freedom dan dalam masa sama, kita juga dapat money freedom?
Best kan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh..dengan bisnes shaklee. Sesiapa sahaja mampu. Tinggal untuk usaha atau tidak sahaja :)
Ya, apa jua bidang dan kerjaya yang sedang kita bina sekarang adalah hak dan matlamat kita sendiri, bukan orang lain. Mila berkongsi atas dasar untuk menyatakan perasaan dan perbezaan yang mila alami selama kehidupan ini
Semoga memberi sedikit inspirasi kepada yang lain :)