Assalamualaikum !
Entry kali ini mila nak ceritakan sedikit pengalaman mila merasai #ShakleeEffect :)
Kelebihan Bisnes Shaklee adalah, mila tidak rasa seperti buat bisnes semata-mata bisnes. Mila pernah alami sendiri bagaimana gembiranya merasai kesihatan yang semakin baik, ilmu tentang kesihatan bertambah dan kesedaran tentang kesihatan semakin baik. Kalau dulu, mila lebih kepada ikut ikutan..sekarang mila semakin yakin dengan apa yang mila makan & percaya.
Percaya kepada Sunatullah,
Jika badan kita cukup nutrisi, maka kesihatan kita akan bertambah baik.
Ubat hanya diambil ketika sakit. Bagaimana untuk "maintain" badan kita daripada tidak terkena penyakit?
Melalui pemakanan yang sihat bukan?
Tanya diri sendiri, seberapa kerapkah kita dan konsisten kah kita mengambil sayur, buah buahan dengan kadar yang cukup (ambil tahu bacaan dan nilai perlu untuk harian)
Dan
Seberapa kuatkah kita untuk tidak langsung mengambil makanan tidak sihat (fast food, process food, berminyak, beegoreng, air bergas, dll)
Tidak boleh tidak, perlu ada topup dengan SUPPLEMENTS juga
Mila mulai jatuh cinta dengan Shaklee melalui Set Ibu Berpantang ❤️
Set berpantang shaklee yang Awesome ! Luka cepat sembuh, susu banyak, kurang stress
Seawal perkahwinan, mila mendaftar menjadi ahli shaklee dengan cara Free Membership (Pembelian produk 200uv). Itulah pertama kali dalam hidup membeli supplement, walaupun tak tahu sangat apa kesan nya nanti. Dan mila beli random, bukan set. Just cakap untuk masalah itu dan ini kat upline..sedar-sedar barang sampai depan pintu rumah hihi. Pantas betul servis shaklee.
Baru je nak mulakan makan supplement yg dibeli tu, tup tup mila disahkan mengandung anak pertama. Start dari situ, mila macam dah hilang excited dengan shaklee, sebab takut nak makan supplement ketika mengandung.
Waktu tu mila beli...
Herblax untuk masalah sembelit
Zinc complex & Vitalea untuk rambut gugur
Alfalfa complex untuk masalah keputihan
Esp untuk kulit dan keseluruhan badan
TAK YAKIN DENGAN SHAKLEE
Sampai la perut dah semakin besar, mila rasa perlukan tenaga yang lebih. Barulah mila mula bertanya kepada upline, boleh ke mila nak makan vitamin shaklee ni hihi. Sebab dah confuse mana satu boleh, mana satu tak sesuai untuk ibu hamil. Dan selepas mendapat consultation yang terrbaik. Barulah mila mula ambil ESP & Vitalea :) Yang lain lain hold dulu tunggu sampai bersalin haha. Gigih simpan semua buat stok, nasib baik expiry date untuk setiap produk ada sampai 2 tahun hehe.
Then, mila teruskan la ambil ESP & Vitalea sampai lah bersalin. Tapi tak la rajin sangat ambil setiap hari, sebab perasaan ni masih bercampur antara percaya dan tidak dengan supplement shaklee.
Nak dijadikan cerita, mila bersalin secara normal dengan 2nd degree tear. Mungkin pengalaman pertama kali bersalin, dan luka jahitan agak besar. Yang pasti,terasa sengsara betul. Serius rasa teruk betul diri selepas bersalin. Sakit sampai berminggu-minggu, dan masih terasa sakit luka walaupun dah habis berpantang. Mila pun tak tahu kenapa lambat betul pulih semuanya sedangkan tanya pengalaman kakak dan mak tak sebegitu. Mungkin luka mila teruk sikit dari dorang. Ujiannn :(
Nak duduk, bangun dan uruskan anak memang rasa sangat tak selesa. 3-4 bulan juga rasanya barulah rasa senang sedikit untuk berjalan dan bangun duduk. Fuh ! Dahsyat betul..sedangkan mila berpantang makan minum, dan buat juga amalan bertungku, berbengkung. Tapi mila dah mula rasa, mila kekurangan makan makanan berkhasiat yang baik untuk sembuhkan luka.
Dalam tempoh itulah, mila sangat stress dan struggle sehingga mila asyik mencari apakah yang boleh membantu masalah yang mila hadapi ni. Yelah, untuk pengetahuan mila sendiri kalau kalau perkara ni perlu dilalui jika bersalin lagi nanti.
Amazingly, memang kalau google tak banyak keluar tentang cerita lain kecuali SHAKLEE
Mila dah mula membaca kisah kejayaan orang lain dengan shaklee, kisah kembali sihat, testimoni dan terlampau banyak cerita yang telah merasakan kesan positif asbab pengambilan supplement shaklee. Mila dah mula ambil supplement shaklee dengan semakin yakin. Tak ragu-ragu dah. Tapi, sedikit terlambat lah sebab dah anak dah masuk umur 3 bulan. Bermaksud, makan set berpantang selepas dah habis pantang heheh. Lantak lah..asalkan makin sihat je hendaknya.
Anak mila semakin hari, semakin membesar..jiwa mila merintih nak buat sesuatu untuk tambah pendapatan. Yelah, makin banyak nak pakai duit.
Disitulah bermula, mila rasa nak berkongsi semua pengalaman yang mila pernah rasa dengan pengambilan supplement shaklee. Mila taknak ada ibu lain yang alami masalah yang mila pernah lalui semasa berpantang dan juga semasa hamil. Mila nak educate semua orang sebolehnya, untuk mereka tahu sebenarnya diri kita memerlukan nutrisi yang baik untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik.
Alhamdulillah, hasil berkongsi dengan bersungguh-sungguh ramai juga wanita yang berjaya mila bantu :') Pendapatan mila pun bertambah dan mila berjaya menjadi leader dalam shaklee dengan income 4 angka sebulan.
Paling happy, ramai yang berikan feedback positif dan semakin sihat selepas mengamalkan supplement shaklee.
Dipendekkan cerita, mila mengandung dan bersalin anak kedua. Disini lah mila dapat rasakan JATUH CINTA SEPENUHNYA dengan Set Berpantang Shaklee. Sampai rasanya, anak ketiga nanti memang tak cari lain dah hehe.
Full set kehamilan shaklee dari awal mengandung & Full set berpantang shaklee sejak hari pertama bersalin. Begitu suka nya mila dengan shaklee selepas fahamkan, dan rasa sendiri effect nya pada diri sendiri. Sanggup angkut semua bawak pergi hospital waktu hampir nak bersalin anak kedua ni hehe
NIGHTMARE KALI KE-2 :(
Nightmare berlaku kali kedua :( Sewaktu proses bersalin doktor suspect mila mengalami 3rd degree tear. Iaitu lebih besar luka dari sebelum ni, dan berlaku luka di tempat lain (bukan luka yang sama semasa bersalin anak pertama). Lemah longlai rasanya badan ni selepas bertarung dan doktor beritahu mila kehilangan 900ml darah !
Makin rasa nak pitam. Dan Allah je tahu betapa mila risau dengan keadaan diri sendiri yang hilang tenaga dan tak diberikan mila melihat anak sebaik sahaja melahirkan. Mereka lebih menumpukan kepada keadaan mila ketika itu. Tak dapat lah pengalaman terus menyusukan anak selepas bersalin dalam labour room, seperti pengalaman yang mila dapat semasa bersalin anak pertama dahulu :(
Pengalaman masuk ke dewan bedah yang sangat sejuk ! Dipakaikan beg kencikng, tidak dapat bergerak untuk beberpa jam, tidak dapat menyusukan anak walaupun anak diletakkan di tepi katil semasa di dalam wad. Allahu..sedih pula bila diingatkan kembali. Yang pasti, mila tahu yang luka bersalin untuk anak kedua ni lebih teruk :(
Menyedari keadaan itu, mila taknak rasa down dan hilang semangat. Cukuplah pengalaman stress yang teramat waktu bersalin anak pertama, mila taknak dah itu berlaku !
Apa kaitan Minyak ikan & MEROYAN ketika berpantang ?
Mila teruskan ambil semua dari set berpantang shaklee sejurus selepas bersalin. Kali ini mila sangat yakin, badan mila perlukan semua itu jika nak lekas sembuh !
HARI KE-9 SUDAH KEMBALI SIHAT !
Subhanallah..mila tak sangka luka bersalin mila semakin pulih dan sudah hilang rasa ngilu dan sakit di kawasan jahitan. Nak duduk, bangun, uruskan anak,lakukan aktiviti berpantang dengan tenang tanpa stress alhamdulillah :)
Kisah panjang disini >> Kisah mila berpantang hari ke - 9
Mila pun tak sangka secepat itu. Dan mila kekalkan fikiran positif kerana salah satu tips nak luka cepat sembuh dan banyakkan susu badan adalah perlu sentiasa positif. Tenang sahaja hadapi masalah. Memang semakin tenang lah sebab mila faham cara untuk improve kan kesihatan mila dengan supplement shaklee
Waktu anak pertama, satu apa pun tak tahu, cuma sedikit ilmu parenting. Ilmu kesihatan selepas berpantang jujurnya masih kurang. Penting kan sebuah ilmu :')
9 tips berpantang dengan sihat tanpa stress
Beberapa perbezaan yang mila sendiri rasakan berpantang tanpa Shaklee & berpantang dengan Shaklee
✔ Luka jahitan cepat sembuh. Yang ni paling melegakan sebab mila suspected 3rd degree tear (luka teruk) untuk anak kedua. Lebih teruk dari anak pertama. Tapi sebelum ambil shaklee, lambat betul luka sembuh sampai berbulan-bulan.
✔ Bila kurang sakit, nak menyusukan anak, duduk bangun, nak uruskan mandikan anak semua mila mampu buat sendiri dah dalam kurang seminggu pantang lagi. Jadi sangat2 kurang stress pantang bila ambil shaklee berbanding tidak. Syukurr ya Allah
✔ Set menyusu shaklee yang juga ada dalam set pantang terpaksa mila stop dulu. Susu badan meriah start dari bersalin lagi. Sebab hari pertama ke ketiga bersalin mila asyik minum ESP dan selalu jadi bengkak susu. Sebelum bersalin juga memang mila tak skip Esp, Vitalea, B complex, Vitamin C. Alhamdulillah lagi kali kedua bersalin masalah kurang susu badan yang pernah dialami dulu tak berulang lagi. Tak pening fikir bab susu anak. Syukur ya Allah
✔ Takde langsung masalah sembelit asbab makan ostematrix setiap hari. Waktu anak pertama tak makan ostematrix, ya Allah. Tuhan je tahu berapa lama bertapa dalam tandas kalau tiba masa nak buang air besar. Ostematrix membantu merehatkan otot otot sekitar lubang dubur dan bantu najis jadi lembut.
✔ Yang ni paling syiok. Suami cakap tak sampai 10 hari lagi dah kurusss !!!! 😄😄😄 Alhamdulillahhhh hiks
Mila ambil set kehamilan shaklee sejak dari awal mengandung dan mila teruskan dengan set berpantang shaklee. Syukur ya Allah atas pengalaman ini..pengalaman ibu anak dua yang pasti tak boleh lupa :')
Thanks for reading
XOXO