Thursday, February 9, 2017

Set Berpantang Shaklee





Tempoh berpantang selepas bersalin adalah tempoh yang tidak boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan kesihatan jangka panjang serta keharmonian rumah tangga. Banyak perkara yang berkaitan dengan tempoh berpantang  perlu dititik beratkan, antaranya pemakanan, penyusuan, penjagaan tubuh badan, pantang larang dan banyak lagi. 



Bagi ibu yang baru bersalin biasanya akan menanggung :


1. Sakit luka bersalin 
2. Keletihan menyusukan anak yang mungkin pengalaman pertama 
3. Penat melayan anak meragam, tak cukup tidur dan sebagainya 
4. Masalah hidup yang tak siapa tahu..boleh menjadi isu terganggunya emosi.

Shaklee sudah menyediakan sebuah set yang mana sangat sesuai diambil oleh wanita yang sedang berpantang. Malah amat baik untuk diteruskan pengambilannya selepas tempoh berpantang.

Ser Berpantang Lengkap Shaklee



1. Vitalea Iron Formula (multivitamin dengan zat besi)


Berfungsi membekalkan zat besi untuk penghasilan sel darah merah , elakkan pitam dan anemia (HB rendah/kurang sel darah merah), elakkan wajah kelihatan pucat, dan membantu memberikan tenaga tambahan. Ibu berpantang biasanya tidak mengambil vitamin dan mineral akibat banyak makanan yang dilarang ambil. Vitalea iron formula membantu mencukupkan pengambilan pelbagai jenis vitamin untuk setiap hari sepanjang tempoh berpantang.




2. Sustained Released Vita - C Plus


Membantu membekalkan vitamin c harian kepada ibu dan bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser. Mengurangkan stress, mengurangkan pendarahan dan mencegah terjadinya serangan penyakit jantung koronari. Vitamin c juga boleh membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat.





3. OsteMatrix (pil kalsium)


Membekalkan kalsium, magnesium, vitamin D juga pelbagai jenis mineral yang lain yang mencukupi 
untuk :

>> Membina tulang dan sel bayi yang menyusu susu ibu

>> Mengelakkan kekejangan otot dan sakit-sakit badan yang sering dialami oleh ibu berpantang

>> Mengelakkan sembelit. Senang membuang dan lawas (Ostematrix sebagai pelembut najis)
>> Menstabilkan denyutan jantung.
>> Mengurangkan risiko untuk terkena gejala tekanan darah tinggi oleh ibu hamil atau sesiapa sahaja
>> Mengelakkan sakit gigi yang sering dialami oleh ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi


4. Omega Guard

Omega 3 (asid lemak) yang banyak diperlukan dalam mata dan otak. Ibu yang berpantang dan menyusukan anak perlu banyak mengambil makanan yang kaya dengan sumber omega 3 untuk kebaikan ibu dan anak. Malah boleh diambil semasa bayi dalam kandungan lagi. 
Omega Guard shaklee terkandung omega 3, EPA, DHA yang penting untuk perkembangan minda, membantu meningkatkan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dan ibu menyusu.








5. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP merupakan sumber protein yang mengandungi 9 jenis asid amino penting dan :


>> Membantu menguatkan otot
>> Membantu ibu dengan memberikan tenaga yang lebih 

>> Menjadikan kulit ibu dan bayi lebih licin, putih dan gebu
>> Mengelakkan ibu terkena kencing manis kerana kandungan indeks glisemik yang rendah
>> Membantu perkembangan tisu janin
>> Membantu mengekalkan berat badan ideal semasa hamil dan selepas bersalin
>> Membantu dalam proses menghasilkan susu badan selepas bersalin & serta susu badan yang pekat dan berkualiti (bayi mudah kenyang dan tidur lena)








6.Alfalfa Complex

Raja segala tumbuhan yang merupakan sejenis herba yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan galian. Membantu memanaskan badan yang sangat baik untuk ibu berpantang dan menyusu :

>> Sebagai jamu moden (dalam bentuk tablet)
>> Mengatasi masalah keputihan teruk lepas bersalin mahupun sebelum hamil dan ketika hamil (perlu meminta nasihat doktor sebelum pengambilan sekiranya hamil)
>> Penggalak susu badan (milkbooster) 
>> Membantu melawaskan pembuangan air besar kerana alfalfa complex merupakan sejenis serat

Set berpantang shaklee juga sudah termasuk bersama Set Menyusu Shaklee. Jadi sangat berbaloi jika diambil secara lengkap, 2 manfaat dapat diperolehi iaitu untuk berpantang dan menyusu. Boleh rujuk disini untuk Set Menyusu Shaklee (klik disini)


Sekiranya ada pertanyaan lanjut, ingin mengambil produk yang bersesuaian dengan situasi anda, boleh contact mila secara direct dan dapatkan saranan dan maklumat yang lebih terperinci. 

Mila 

Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
0145082724

7 Tips Elakkan Kejang Kaki Ketika Hamil



Assalamualaikum w. b. t

Siapa yang hamil pasti pernah rasa kaki kejang kan. Biasanya berlaku waktu pagi, masa bangun dari tidur. Selalunya kejang kaki lebih kerap berlaku sewaktu trimester kedua dan ketiga. Otot yang selalu menegang adalah otot dibahagian betis. Walaupun terasa sangat sakit dan berlanjutan sehingga ke beberapa minit, tetapi kejang kaki ini tidak akan merosakkan otot betis.

Menurut babycenter.com antara punca berlakunya kejang kaki semasa mengandung adalah:

-  Bayi semakin berkembang dan menyerap nutrisi seperti kalsium dan magnesium daripada ibu. Jadi simpanan mineral-mineral ini dalam badan ibu menjadi berkurangan.
- Salur darah besar pada kaki akan tertekan kerana uterus (rahim) yang semakin besar.
-  Kehadiran hormon progestron juga memberi kesan kepada otot kaki
Keadaan otot kaki yang letih berkemungkinan daripada keadaan berdiri yang lama, atau ibu terlalu banyak melakukan kerja




Tips Mudah Dan Berkesan Elak Kejang Kaki Ketika Hamil

Tips 1: Senaman regangan kaki. 
Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

Tips 2: Senaman tapak kaki. 
Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

Tips 3: 
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama

Tips 4: 
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.

Tips 5: 
Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.

Tips 6:
Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat

Tips 7:
 Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda




Apa Nak Buat Ketika Diserang Kejang Kaki?

Sekiranya tidur anda diganggu dengan kejang kaki, pertama sekali yang anda perlu ingat adalah jangan melawan kesakitan tersebut. Apabila kita melawan kesakitan tersebut, otot-otot yang lain akan turut menegang dan merasa lebih sakit.

Cuba regangkan kaki secara perlahan-lahan dengan meluruskan kaki dan menggerakkan jari-jemari kaki ke depan dan belakang beberapa kali. Ianya memang terasa sakit pada mulanya, tapi akan beransur kurang. Selepas itu bolehlah urut otot yang sakit dan bahagian tapak kaki.


Apa Nak Buat Kalau Kerap Kejang Kaki Setiap Hari?

Tapi, kalau dah tiap-tiap hari kena kejang kaki, mesti dah rasa serik nak hamil lepas ni kan. Pada yang dah merasa kena kejang kaki tu, terasa macam kena kejutan elektrik pun ada kan. Kita tak boleh nak jangka pun kejang kaki nie boleh berlaku pada kita. 

Jadi, oleh kerana punca kejang kaki ni disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan, maka kita perlulah menambah keperluan nutrisi kalsium dan magnesium dalam pengambilan nutrisi harian kita. Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium juga boleh menyebabkan anda sembelit ketika hamil. Otot-otot anda tidak mampu lagi untuk bersifat elastik akibat rahim yang semakin membesar.

Walaupun kita dah minum susu dan mengambil pil kalsium yang dibekalkan dari klinik, tapi sekiranya masih berlaku kejang kaki, ia merupakan petanda bahawa bayi dalam kandungan tidak mendapat kalsium yang secukupnya sehingga bayi terpaksa mengambil nutrisi tersebut dari badan kita. Ini akan membuatkan badan kita kehilangan nutrisi dan menjadi lemah apabila kandungan semakin membesar. Kesihatan bayi juga mungkin akan terjejas.


Susu merupakan salah satu sumber kalsium



Kalsium boleh diambil dari pelbagai sumber. Tetapi adalah penting untuk mengambil kalsium bersama magnesium untuk penyerapan yang lebih sempuna. Jadi, adalah penting untuk kita mencari suplemen kalsium dan magnesium yang sesuai dengan kita yang sedang hamil. Masalah kejang kaki ini boleh diatasi dengan mengambil vitamin OSTEMATRIX. Kenapa???



Kandungan Ostemtarix yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil dari mengalami kejang kaki. Bukan sekadar itu, ia juga membantu dari mengelakkan dari sakit pinggang kronik yang biasa dialami oleh ibu hamil.



Punca kejang kaki kita sudah ketahui. Cara untuk mengatasi juga kita sudah ketahui. Boleh sekiranya kita ingin memilih untuk mengambil kalsium dan magnesium dari sumber pemakanan seharian kita, cuma dikhuatiri jumlah kalsium dan magnesium yang kita perolehi tidak mencukupi. Oleh itu, sangat berbaloi dan mudah untuk mengambil Ostematrix sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Hanya 4 biji sehari sebelum tidur, seperti kita minum 4 gelas susu berkalsium tinggi. Iaitu menyamai 1000miligram kalsium. Jadi apa tunggu lagi. Jangan biarkan bayi dalam kandungan anda menderita akibat kekurangan nutrisi. Kita sebagai ibu yang mengandungkannya pula, tak kan nak menderita kejang kaki setiap hari kan. Atasilah sekarang !


Februari adalah bulan promosi Ostematrix. Jadi tambah berbaloi jika dapatkan sekarang :)

Buy 6 bottle Free 1 bottle
Buy 2 bottle discount 5%


Mila
Shaklee Independent Distributor
ID :1164704
whatsapp/pm : 014-5082724

Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee

Di Malaysia, antara tumbuhan herba yang popular ialah misai kuching, kacip fatimah, tongkat ali, ginseng dan  sebagainya.. Bagaimana pula dengan tumbuhan herba alfalfa? Ada sesetengah orang kurang mengenali tumbuhan herba alfalfa sedangkan alfalfa telah lama wujud lebih dari 2500 tahun dahulu.. Mungkin juga kerana tumbuhan ini tidak di tanam di Malaysia.. Tapi khasiat alfalfa dikatakan dapat memperbaiki dan menjaga tahap kesihatan..

So, mari mila cerita betapa baiknya pengambilan Alfalfa setiap hari. Terutamanya untuk kaum wanita .


Sumber Vitamin dan Mineral Alfalfa Shaklee


Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah:-

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Manakala kandungan mineral yang terdapat di dalam alfalfa:- 

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain keistimewaan alfalfa pula ialah:-

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan)





Jika dilihat pada kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam alfalfa tidak hairanlah ianya memberi pelbagai manfaat untuk meningkatkan kesihatan. Tapi harus diingat, tidak semua tanaman alfalfa mengandungi khasiat yang sama.. Kita kena ambil tahu cara tanaman alfalfa, bahagian mana yang diambil, cara pemprosesan dan sebagainya..

Siapa perlukan khasiat Alfalfa Shaklee?

1.Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)
2. Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi
3. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis
4. Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi
5. Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawas, batu karang)
6. Mereka yang mempunyai masalah asthma
7. Mereka yang mempunyai masalah gastrik
8. Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat
9. Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut
10. Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit ketika bersama, merapatkan miss ‘V’
11. Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan
12.Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan lama dan sebagainya

Alfalfa Complex Sangat Istimewa sehinggakan ia termasuk dalam pelbagai Set Kesihatan Shaklee.

a) Set Menyusu Shaklee
b) Set Berpantang Shaklee
c) Set Kurus Shaklee
d) Set Merancang Kehamilan Shaklee
e) Set Kesuburan Lelaki & Wanita
f) Set Resdung, Alahan & Elergi Shaklee
g) Set Detoks Shaklee
h) Set Penghadaman Sihat Shaklee
i) Set Tekanan Darah Tinggi Shaklee
j) Set Kolestrol & kawalan Gula Shaklee
k) Set Keputihan Shaklee


AMARAN!

Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa. Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan masalah bertambah teruk. Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara,  kanser ovari serta fiborids  tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser. Dan bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan ambil alfalfa. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan.


Mila
014-5082724
Shaklee Independent Distributor
ID: 1164704