Assalamualaikum w. b. t
Siapa yang hamil pasti
pernah rasa kaki kejang kan. Biasanya berlaku waktu pagi, masa bangun dari
tidur. Selalunya kejang kaki lebih kerap berlaku sewaktu trimester kedua dan
ketiga. Otot yang selalu menegang adalah otot dibahagian betis. Walaupun terasa
sangat sakit dan berlanjutan sehingga ke beberapa minit, tetapi kejang kaki ini
tidak akan merosakkan otot betis.
Menurut babycenter.com
antara punca berlakunya kejang kaki semasa mengandung adalah:
- Bayi semakin berkembang dan
menyerap nutrisi seperti kalsium dan magnesium daripada ibu. Jadi simpanan
mineral-mineral ini dalam badan ibu menjadi berkurangan.
- Salur darah besar pada kaki
akan tertekan kerana uterus (rahim) yang semakin besar.
- Kehadiran hormon progestron
juga memberi kesan kepada otot kaki
- Keadaan otot kaki yang letih berkemungkinan daripada
keadaan berdiri yang lama, atau ibu terlalu banyak melakukan kerja
Tips Mudah Dan
Berkesan Elak Kejang Kaki Ketika Hamil
Tips 1: Senaman regangan kaki.
Berdiri satu meter daripada
dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh
dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang
senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk
tidur.
Tips 2: Senaman tapak kaki.
Bengkokkan tapak kaki ke
bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada
kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas
sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
Tips 3:
Elakkan berdiri atau duduk
dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama
Tips 4:
Berjalan-jalan setiap hari
kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
Tips 5:
Elakkan terlalu letih .
Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.
Tips 6:
Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat
Tips 7:
Mandi air panas sebelum
tidur untuk merehatkan otot-otot anda
Apa Nak Buat Ketika Diserang
Kejang Kaki?
Sekiranya tidur anda
diganggu dengan kejang kaki, pertama sekali yang anda perlu ingat adalah jangan
melawan kesakitan tersebut. Apabila kita melawan kesakitan tersebut, otot-otot
yang lain akan turut menegang dan merasa lebih sakit.
Cuba regangkan kaki secara
perlahan-lahan dengan meluruskan kaki dan menggerakkan jari-jemari kaki ke
depan dan belakang beberapa kali. Ianya memang terasa sakit pada mulanya, tapi
akan beransur kurang. Selepas itu bolehlah urut otot yang sakit dan bahagian
tapak kaki.
Apa Nak Buat Kalau
Kerap Kejang Kaki Setiap Hari?
Tapi, kalau dah tiap-tiap
hari kena kejang kaki, mesti dah rasa serik nak hamil lepas ni kan. Pada yang
dah merasa kena kejang kaki tu, terasa macam kena kejutan elektrik pun ada kan.
Kita tak boleh nak jangka pun kejang kaki nie boleh berlaku pada kita.
Jadi, oleh kerana punca
kejang kaki ni disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan,
maka kita perlulah menambah keperluan nutrisi kalsium dan magnesium dalam pengambilan
nutrisi harian kita. Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium juga boleh
menyebabkan anda sembelit ketika hamil. Otot-otot anda tidak mampu lagi untuk
bersifat elastik akibat rahim yang semakin membesar.
Walaupun kita dah minum
susu dan mengambil pil kalsium yang dibekalkan dari klinik, tapi sekiranya
masih berlaku kejang kaki, ia merupakan petanda bahawa bayi dalam kandungan
tidak mendapat kalsium yang secukupnya sehingga bayi terpaksa mengambil nutrisi
tersebut dari badan kita. Ini akan membuatkan badan kita kehilangan nutrisi dan
menjadi lemah apabila kandungan semakin membesar. Kesihatan bayi juga mungkin
akan terjejas.
Susu merupakan salah satu sumber kalsium
Kalsium boleh diambil dari pelbagai sumber. Tetapi adalah penting untuk mengambil kalsium bersama magnesium untuk penyerapan yang lebih sempuna. Jadi, adalah penting untuk
kita mencari suplemen kalsium dan magnesium yang sesuai dengan kita yang sedang
hamil. Masalah kejang kaki ini boleh diatasi dengan mengambil vitamin
OSTEMATRIX. Kenapa???
Kandungan Ostemtarix yang
lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil
dari mengalami kejang kaki. Bukan sekadar itu, ia juga membantu dari mengelakkan
dari sakit pinggang kronik yang biasa dialami oleh ibu hamil.
Punca kejang kaki kita sudah ketahui. Cara untuk mengatasi juga kita sudah ketahui. Boleh sekiranya kita ingin memilih untuk mengambil kalsium dan magnesium dari sumber pemakanan seharian kita, cuma dikhuatiri jumlah kalsium dan magnesium yang kita perolehi tidak mencukupi. Oleh itu, sangat berbaloi dan mudah untuk mengambil Ostematrix sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Hanya 4 biji sehari sebelum tidur, seperti kita minum 4 gelas susu berkalsium tinggi. Iaitu menyamai 1000miligram kalsium. Jadi apa tunggu lagi.
Jangan biarkan bayi dalam kandungan anda menderita akibat kekurangan nutrisi. Kita sebagai ibu yang mengandungkannya pula, tak kan nak menderita kejang kaki setiap hari kan. Atasilah sekarang !
Februari adalah bulan promosi Ostematrix. Jadi tambah berbaloi jika dapatkan sekarang :)
Buy 6 bottle Free 1 bottle
Buy 2 bottle discount 5%
Mila
Shaklee Independent Distributor
ID :1164704
whatsapp/pm : 014-5082724
No comments:
Post a Comment