Wednesday, January 16, 2019

#10YearsChallenge - Dari umur 20 sekarang dah masuk 30 :)



Perasan tak di social media ramai yang sahut cabaran #10YearsChallange ? Mulalah ramai yang share gambar dari tahun 2009 dan compare kan dengan gambar terkini, tahun 2019. Soft reminder : Jangan excited sangat untuk berkongsi gambar lama yang mungkin belum menutup aurat sepenuhnya. Sama-sama kita jaga ya.

Bila terkenang tahun 2009 tu. Bukanlah soal fizikal yang nak di compare. Biasalah wanita lalui bermacam situasi, berkahwin, mengandung, bersalin, menyusukan anak. Memang ramai wanita yang alami perubahan fizikal.

Tapi tak best la kalau kita limitkan sekadar nak tengok bentuk fizikal, jom mila cerita apa yang berbeza tentang diri mila :)

2009 -  umur 20
2019 - dah masuk 30 ๐Ÿ™ˆ

Rasa baru je lagi ada perasaan tak sanggup masuk umur 20an. Sebab rasa remaja lagi hehehe ๐Ÿ˜. 2009 Tahun pertama degree in Fisheries Science di UMT. Course yang tak sepopular course lain. Tak menjadi pilihan ramai, tapi mila tahu Allah beri yang terbaik untuk mila.

Dari budak fizik terjun ke bidang biologi (mostly subjek ttg bio). Memang tak tahu cara nak adapt pada mulanya. Selalu lah rasa down. Orang lain dah ada basic bio. Kita baru nak mula fahamkan satu demi satu dari awal lagi. Lagi² waktu subjek Microbiologi Asas (gambar dalam lab). Ya Allah ! Memang aku perlu teruskan ke belajar course ni ???

Lab Microbiologi Asas. Terawal sikit gambar ni, tahun 2008.

Pernah ada cita-cita nak jadi architect. Thats why ambil aliran fizik. Tapi tak tahu la..dapat course yang bukan pilihan dalam UPU sobs. ๐Ÿ˜‘

Orang tak pandang course ni. Yelah..bukan engineering. Bukan medic. Bukan law. Tapi Fisheries Science. Even family sendiri pon tanya, " nanti nak jadi apa? ". Maksudnya skop kerja selepas grad nanti. Lagi terkilan ada yang dari course lain rendah-rendahkan kami.

" Nanti jadi nelayan ke? ".

Kalau Allah nak takdirkan jadi nelayan supaya kita jadi hamba Allah yang beriman dan tak lupa tuhan, kenapa tidak?

Hehe

Tak marah pun. Cuma jika logik akal orang yang bertanya, nak melayakkan utk jadi nelayan perlukan ijazah tak? ๐Ÿ˜

Ehh..dalam duk down down tu. Mila sejenis tak mudah give up. 4 dari 6 semester mila dean list. Mila suka belajar. Jiwa fighter tu ada๐Ÿ˜‰

Boleh baca sini : PERFECTIONIST

Antara subjek lain yang masih segar di ingatan mila,

Aquatic Ecology,
Aquaculture biotechnology,
Shipping & sailing knowledge,
Nutrition & feed technology,
fishing gear technology,
aquatic bateriology & pollution..banyak lagi la. Tak muat nak tulis semua๐Ÿ˜

Walaupun dulu takde la excited sangat. Lebih kepada nak kejarkan pointer.Tapi sekarang rasa...wahh..bestnye belajar ! Rindu pulak zaman universiti.

Minggu orientasi kami berbeza tau. Kami orientasi di pulau bidong. Naik bas, kemudian naik bot nak kesana. Antara aktivitinya adalah water confident, jigging (mencandat sotong - betul ke waktu orientasi? Tak pun waktu trip subjek ๐Ÿ˜‚. Lupa dah ), dan memang kerap kami ke pulau² untuk kerja lapangan. Best giler

Di Pulau Bidong

Untuk final year project (FYP), mila kerap ke Tasik Kenyir untuk mengambil sample ikan. FYP mila tentang parasit dalam ikan. Kerjanya...bedah ikan, cari parasit, mengadap microscope. Ala-ala scientist giteww tau ๐Ÿ˜Š Masuk lab. Melukis sample, tentukan species parasit tu sampai la menulis tesis.

Seronok sangat sebenarnya course ni. Bila dah mula rasa happy dan dapat catch up semua, siap promote kat junior2 suruh amik course ni hahaha.  Semuanya berkaitan dengan alam ciptaan Allah ni. Dalam tak sedar mila jadi lebih rapat dengan alam. Nampak kan hikmahnya.

Untuk skop kerja, bidang ni boleh pergi banyak cabang termasuk Fishery Officer, Research Officer, Science Officer, bidang aquaculture dan banyak lagi. Bisnes pon boleh jika pandai manfaatkan ilmu-ilmu yang ada. Contoh : ikan hiasan (ornamental fish), penternakan dll.

Tapi bukanlah rezeki mila untuk teruskan perkerjaan dalam bidang yang mila pelajari ni. Cuma pernah la mila diterima kerja sbg pembantu penyelia perikanan di company penternakan ikan. Menarik juga pengalaman disitu, tak pernah lupa :')

Korang percaya tak, sekarang after 10 years, dan hampir 5 tahun bershaklee (1 tahun makan je, nak masuk 4 tahun berbisnes). Mila semakin boleh relate kan apa yang mila belajar dulu.

Walaupun ada yang cakap, bila jadi surirumah ni. Susah dah nak relatekan ilmu-ilmu yang kita belajar ketika ijazah/master. Tapi mungkin asbab shaklee ni juga berkaitan dengan alam semulajadi, ia berhubung kait !

Yes, ada kaitan hehe.

2019. Surirumah anak 2 yang menjalankan bisnes Shaklee & Spa TWB


Pelet, artemia, dll yakni makanan ikan juga mila pernah belajar. Ia berkaitan dengan nutrition yang diperlukan untuk ikan (dan hidupan lain kami belajar juga udang, ketam, siput dll). Nisbah campuran yang terbaik untuk hasilkan makanan ikan yang berkualiti. Teknik-teknik penghasilan benih untuk hasilkan benih ikan yang berkualiti (ingat lagi tak tidur malam menunggu kat lab tunggu telur ikan menetas ๐Ÿ˜‚). Ya Allah banyaknya aku dah belajar dulu ! ๐Ÿ˜

Dan walaupun aii kononnya belajar untuk jadi "Doktor Ikan" dulu. Banyak sangat boleh relate dengan manusia. Which is shaklee sangat tekankan pengambilan tentang nutrisi yang baik, untuk menghasilkan sel badan yang sihat. Bagi yang berkeluarga, penting untuk sistem pembiakan yang sihat, anak lahir sihat dan penjagaan kesihatan keseluruhannya . Dah jadi ala-ala " Doktor manusia " pula kan. Tapi dari rumah je la. Surirumah profesional gitew. Lagi best ๐Ÿคช

Amacam. Best kan course mila ni ? Bagi yang suka adventure, naik bot, snorkeling, jigging, fishing, belajar details tentang ilmu perkapalan macam kapal titanic, mesti korang rasa syok giler ! Ni mila cerita rasa nak masuk universiti semula dan score semua paper. Sebab rasa lebih excited bila relate kan dengan shaklee hihi.

Even sekarang surirumah, mila taknak limitkan diri mila untuk selama-lamanya buat rutin yang sama. Why not, mila buat bisnes shaklee betul-betul, sampai tahap "duit berkerja" untuk mila. Dapat income unlimited dalam shaklee. Dapat passive income. One day, mila nak melabur untuk tambahkan ilmu. Study oversea (sambil menyelam minum air ๐Ÿ˜). Study bidang yang boleh buat mila happy dan jadi orang boleh beri benefits kepada masyarakat pula. Bagi talk or something yang berguna.

Lawatan Ke Institut Bioteknologi Melaka

Presentation untuk subjek Ekologi Akuatik. Nampak tak tajuk poster ? " Ocean & Health : Ecological Changes by Invasion Of Alien Species "

Lawatan Ke Jabatan Perikanan Putrajaya


Bestnyeeeee๐Ÿ˜

Korang, especially surirumah. Sejauh mana bisnes yang dijalankan sekarang dapat di-relatekan dengan ilmu yg korang pernah belajar dulu?  Share lah juga nak tahu๐Ÿ˜Š

Thanks for reading
XoXo

Deko Deko Merah Jambu Beauty Spa | Misi Tercapai !

Yeay ! 15 Sept 2018 mila tulis kat fb nak transform bilik spa ni GUNA DUIT SPA jugak. Alhamdulillah 15 Januari 2019 berjaya ! ๐Ÿ˜ (Cek post mila share tadi kat sini BERANI BERIMPIAN )

Bacaan lanjut  : TWB The Glamourous Mobile Spa



Cadar + langsir pink settled✔️
Kipas pink settled✔️
Youth station di almari pink settled ✔️
Sauna pink settled✔️

Alhamdulillah...

Kan dah beritahu, Spa TWB ada 6 penjuru income. So, just beranikan diri je berimpian even benda tu kita tak sure lagi boleh dapat ke tak.

Sejak mila join bisnes spa #TWB ni. Kami belajar satu benda. Iaitu...

Mulakan sekarang ! Jangan tangguh-tangguh. Jangan tunggu semua sempurna baru nak mula.


Pada permulaan bisnes spa, mila melum ada sauna dan kelengkapan yang penuh. Tapi TWB ajar untuk terus bermula dan pandai manage duit dengan betul. Dan mila mila berjaya ubah bilik spa mila sedikit demi sedikit


Belajar ilmu spa dengan TWB. Dapatkan pakej belajar spa lengkap dari TWB. Belajar dan dapat semua barang. Mulakan bisnes Home & Mobile dengan apa yang ada di rumah dulu. Kemudian, you buat spa dan kumpul duit banyak2 untuk upgrade dan tambah mana2 yang perlu sesuka hati sendiri๐Ÿ˜Š

Aii memang sukakan cabaran. Okay skarang mesti target untuk MORE supaya mila tahu berapa jumlah wang perlu di dapatkan. Berapa orang perlu di spa kan. Dan kejar semua penjuru income TWB. Dan set masa bila mila boleh dapat.

Yeah ! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Jom layan video ni ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ




Thanks for reading xoxo :)