Friday, February 3, 2017

Ajaibnya Zikir


Sebelum nak lelapkan mata malam ni, rasa terpanggil nak share pasal ni dulu. Pasal Zikrullah.


To be honest, mila bukan jenis yang berzikir sangat dulu. Zikir bila terdengar dalam TV atau radio. Barulah mulut ni ikut sama berzikir. Tapi, susah jugak la saja-saja mulut ni nak berzikir. Satu berat mulut, satu lagi belum hadir dalam hati ni kepercayaan yang kuat betapa powernya kuasa zikir. Tak tahu kenapa perlu sangat berzikir. Cuma tahu, akan dapat pahala.


Awal penglibatan dalam shaklee, mentor dah bagi list zikir dan amalan rohani yang lain untuk dijadikan amalan. Masa tu mila baru tahu, ooo kita perlu baca zikir ni, zikir tu. Orang bisnes biasalah kita dengar kan. Amalkan itu, amalkan ini untuk tingkatkan sales.Tapi waktu tu mila sekadar tahu yang sebelum tu kurang tahu. Apatah lagi nak amalkan huhu


Dan jujurnya jugak, mila masih kurang yakin dengan kuasa zikir. Jadi buat biasa2 je. Kadang lupa, kadang ingat. Kadang lupa sampai sebulan malas nak zikir pon ade. Zikir dan wirid lepas solat tu ada la, masa lain2 takde sangat.



Mentor mila ajar ni waktu awal2 berbisnes dulu (1 tahun lepas),

Ya Wahab 1000x sehari
Istighfar 100x sehari
Selawat 100x sehari
Al-Ikhlas 100x sehari



Dan tambah amalan-amalan sunat yang lain lagi. 


Mila tak ikut cakap mentor untuk penuhkan amalan rohani ni setiap hari. Kononnya rasa tak ikhlas kalau zikir sebab nakkan sales. At the end, mila stuck..sales tidak berapa memberangsangkan -.-



Lama mila fikir balik, agaknya sebab tidak dengar kata-kata orang yang dah berpengalaman, iaitu mentor kita. Mentor ibarat cikgu kan. Tak dengar cakap cikgu haaa...terimalah padahnya huhu.


Mila semakin belajar, permulaan segala amalan ni, mungkin akan ada rasa terpaksa. Rasa nanti tak ikhlas la, takut riak la, bimbang sebab nak sales je baru aku nak berzikir. Dan itu sebenarnya normal untuk kita manusia biasa ni. Kalau kita tak paksa zikir sebab nak lebatkan sales, apa lagi yang akan paksa kita untuk buat segala amalan rohani dengan sendirinya? Susah -.-

Biasalah, manusia akan buat sesuatu bila ada dua keaadan :

1) Nak sangat
2) Terpaksa  

So, mila rasa terpaksa dah kene betulkan amalan-amalan rohani termasuk zikir. Muhasabah balik macamana nak dapatkan rezeki sales yang tinggi setiap bulan. Mila fulltime berbisnes Shaklee, kalau mila taknak muhasabah, taknak berubah takkan kemana-mana bisnes ni. So, terpaksa berubah sebab mila nak sangat berjaya dalam bisnes shaklee ni. Mila nak terus jadi fulltime housewife yang dapat jaga anak-anak sendiri. Mila takkan keluar bekerja. Nekad sangat !


Bila dah mula amalkan zikir ni, sikit demi sikit rasa bisnes mila semakin maju. Rasa nampak jalan yang lagi jelas. Nampak progress mila dalam bisnes shaklee ni.


Mila berjaya capai bonus 5%, 8%, 11%, 14%, 17% dan akhirnya mila berjaya rank up Supervisor ! Leader pertama dalam Shaklee. Dan permulaan untuk bonus 4 angka. Alhamdulillah..dah merasa macam gaji waktu bekerja dulu (sebelum kahwin). Langkah demi langkah mila maju. Dan rasa sangat ajaib nya Zikirullah ni. Bukan sekadar sebutan di bibir dan mulut, rupanya ada kalimat yang luar biasa yang membuat hati tenang dan setiasa ingat padaNya


Awalnya tak ikhlas, lama-kelamaan dan jadi amalan yang kalau ditinggal akan rasa bersalah. 


Di samping doa tak putus dan amalan-amalan rohani yang lain. InsyaAllah dah rasa walaupun baru sedikit perubahan yang cuba mila buat, dah nampak rezeki tak pernah putus. Sales semakin meningkat, organisasi mila semakin besar. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.


Target untuk rank up ke Senior Supervisor secepat yang mungkin dan mencapai bonus yang lebih besar. Banyak lagi impian mila untuk diri sendiri, untuk family kecil mila, untuk mak ayah perlu dikejarkan. Semoga istiqamah mengamalkan zikir dan semua amalan rohani ini da semakin dekat pada Allah. 

Itulah sebenarnya ajaibnya zikir :)


**trima kasih yong (kalau yong baca entri mila ni..hihi) bagi hadiah tally counter ni lps balik umrah haritu..semoga yong dpt pahala berpanjangan. Doa jgk mila dpt pahala berpanjangan sbb share ilmu ni :)




No comments:

Post a Comment