Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..insyaAllah harini mila nak kongsikan tentang Set Kurus Shaklee yang super awesome!
Ok, marilah kita berkenalan dengan Set Kurus Shaklee!
Kalau baca satu persatu dari poster diatas, itulah yang mila betul-betul rasakan sepanjang mengambil Set Kurus Shaklee dalam sebulan lebih ini!
Memang menakjubkan!
Mila minum Cinch Shake pada waktu sahur ketika puasa sunat dan qada, seharian tidak rasa lapar dan kekal bertenaga uruskan rutin harian. Dan mila banyak sangat inch loss. Perut mila yang 34 inci sudah turun ke 32 inci. Macamana Cinch Shake ni bertindak?
Sebenarnya kandungan leucine di dalam Cinch Shake (ada 3 perisa, Vanilla, Chocolate & Cafe Latte) inilah yang membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama.
Bayangkan, dari makan nasi 4 kali sehari. Dengan secara perlahan-lahan mila mampu cut ke 1 kali sehari sahaja. Waktu lain boleh ambil Cinch Shake ini sebagai pengganti makanan berat.
Memang lah kita perlu banyak bersabar dalam proses nak kawal selera makan ni. Tambah-tambah ibu yang perlu masak, perlu hidangkan makanan, perlu suap anak makan.
Memang mencabar
Tapi jika berusaha ambil minuman seperti Cinch Shake ini, buatkan sedikit sebanyak kita sabar menahan disebabkan kita masih KENYANG!
Herblax ni sangat sangat membantu mila. Tapi bagi yang tak lah seteruk mila, just nak lancarkan proses membuang air besar setiap hari. Boleh juga ambil produk produk lain seperti Alfalfa Complex & Ostenutrix. Produk-produk ini juga untuk kesihatan usus kita :)
Last but not least, Omega guard si minyak ikan terbaik di dunia! Eh over tak mila cakap macam ni? InsyaAllah tak lah
Memang minyak ikan shaklee telah diiktiraf di peringakat antarabangsa tau
Haaa...dah terbukti kan minyak ikan Omega Guard Shaklee ni telah diiktiraf dan memang tak boleh dinafikan lagi kualitinya
Tapi, apa kaitan minyak ikan dalam Set Kurus Shaklee ye?
Ok jom tengok satu poster ni. Mesti rasa Ya Allah..betapa hebatnya setiap ciptaan Allah ni :')
Allah maha besar!
Pernahkah anda terfikir?
Allah kurniakan omega 3 dalam badan ikan-ikan yang hidup di perairan yang sejuk. Ikan-ikan masih boleh berenang bebas tanpa beku.
Hidup dan terus hidup kerana omega 3 dalam jisim ikan-ikan ini yang membantu memanaskan badan.
Omega > panas. Salah satu fungsi boleh membakar lemak kita lebih pantas!
Sebab tu omega guard ada dalam SET KURUS SHAKLEE !!!
Ok, insyaAllah semua mesti dah faham kenapa kita perlu ambil vitamin-vitamin ni semua jika sedang berusaha untuk kurus. Boleh kurus tanpa vitamin?
Boleh cuba. Tapi jika anda perasan..kulit anda mula menggelebeh, tak pejal dan kurang cantik selepas dah berjaya kurus. Mungkin anda kekurangan protein. Itulah disediakan Cinch Shake iaitu kaya dengan protein yang diperlukan setiap hari oleh badan kita. Bukan saja2 tau, dah dikira nilai badan kita perlukan mengikut dosage di ruangan info
Jika rasa dah bersenam bagai nak rak. Tak kurus jugak. Mungkin metabolisma badan anda dah menurun, seiring meningkat nya usia kita. Yes memang betul, semakin kita tua atau berusia, makin payah dah kita nak kurus jika kita tak usaha extraaaaa. Senaman pun mesti yang dah hard core punya fuh!
Jika rasa dengan kawal makan dah boleh kurus. Boleh cuba..tapi sejauh mana anda nak cut cut itu ini untuk tidak dimasukkan ke dalam mulut. Sejauh mana anda nak kira keseimbangan diet harian anda yang perlukan Karbohidrat, Protein, Vitamin, Zat, Mineral supaya badan kita terus dapat melakukan proses proses di dalam nya dengan baik. Tak cukup salah satu ni, boleh bawa kepada penyakit tau.
Jadi vitamin-vitamin dalam Set Kurus Shaklee ini memang terbaik! Disamping buatlah senaman ringan dan berkala. Juga mengawal pemakanan yang sihat juga :)
Ok, semoga entry ini bermanfaat untuk semua. Nak Set Kurus Shaklee boleh terus contact mila okeh! Boleh lah mila kongsikan tips dan macam-macam lagi idea untuk kurus dan sihat macam mila sekarang dah road to 45kg πͺ
Jom kita buat sama-sama okeh!
Related issue about Set Kurus Shaklee
πππππππππππππππ
>>> Intermittent Fasting untuk orang nak kurus cepat dan sihat?
No comments:
Post a Comment