Tuesday, January 8, 2019

Bagaikan Mimpi - Lunch Gathering With Top Scorer Alumni TWB @Marriot Hotel Putrajaya

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah.


Tak disangka-sangka, usaha mila untuk menutup tahun 2018 dengan sebaik mungkin, Allah reward dengan macam-macam "hadiah" :')

Di awal bulan Disember 2018, mentor kesayangan ada beritahu, beliau akan reward kami para leaders TWB yang tunjukkan performance yang baik dalam bisnes kami, iaitu of course la Shaklee & TWB.

Nak belikan hadiah special untuk kami ketika beliau bercuti ke Las Vegas 100% tajaan shaklee nanti. Nak raikan kami dalam satu majlis yang khas untuk kami je, dan macam-macam lagi lah!

Waktu tu dah teruja sangat. Dah terbayang-bayang banyak perkara best akan berlaku hehe.


Mentor siap share gambar ni. Terus activate kuasa bayangan hehe. Membayangkan mila dah dapat hadiri satu majlis yang special, makan sedap-sedap, pakai cantik-cantik dan eksklusif :)


Sungguh mila tak sangka!


Bagaikan mimpi. Impian jadi nyata !


Apabila founder TWB umumkan untuk adakan gathering kepada para alumni TWB ( mereka yang telah selesai menjalani training Spa dengan TWB). Gathering ini adalah sempena menyambut tahun baru 2019, bermula dengan penuh semangat baru setelah kami terpaksa melalui satu fitnah besar yang membabitkan nama baik TWB. Juga sebagai penghargaan kepada ahli yang terus menunjukkan prestasi yang baik pada Disember 2018, ketika kami lalui saat-saat sukar itu. Diuji dengan hebat.






Alhamdulillah mila salah seorang yang terpilih ! Mila tunjukkan sales yang tinggi pada Disember 2018 & Efektif sebagai Supervisor Shaklee 😊

Invitation letter kepada qualified members. Im sooo proud.


Sebelum event bermula, mentor beritahu nama kami masing-masing di-print oleh pihak hotel dan ada pada seat kami nanti. Wah ! Super excited. Rasa macam sangat Amazzzzing bisnes yang mila jalankan sekarang. Juga rasa sangat di hargai 



Lagi-lagi, bila sampai je Zest Caffe di Marriot Putrajaya tu, mila dapat tahu seat mila special dari Alumni TWB yg lain (nangesss). Mila dapat seat antara TOP SCORER. Iaitu seat dalam bilik khas.

Ya Allah Terima Kasih

TERBAIK DIANTARA YANG TERBAIK

Mila Salah Seorang TOP SCORER




Dan ada lagi seat di luar untuk semua yang tunjukkan prestasi yang baik dalam bisnes Shaklee & TWB. Semua yang hadir hebat ! :)




Jom tengok kami makan apa. Serius tak muat perut oppss. Hehe








Serius, makan tak hengat dunia dah hihi. Dan enjoy sangat. Alhamdulillah.

Semua yang hadir. Tahniah semua :)


Jom tengok video ni. Video by my mentor tunjukkan happening giler event yang kami hadiri pada hari itu. Thanks mentors sebab create this moment for us.




Sambil kami makan-makan. Ada live band dari marriot datang menceriakan lagi suasana




Dan haruslah mila letakkan semua gambar kenangan sepanjang event disini








Dan antara moment terindah pada hari itu apabila mila menerima hadiah TEMPAT PERTAMA dalam Contest Blog TWB. Alhamdulillah. Mila menerima hadiah berupa Full Set Intensive Youth Skincare Shaklee. Ya Allah. Betul-betul rezeki dari Allah :')




Skincare Youth yang dah memang jadi rutin penjagaan kulit mila. Dapat free ! Memang rasa nak melompat tinggi !


Betul kata-kata mentor, kita perlu berani berimpian. Dare To Dream. Gunakan kuasa bayangan dalam menjalani kehidupan seharian kita. Angan-angan itu PERCUMA. Tiada bayaran.

Dan mila banyak belajar dari mentor juga bagaimana untuk mula menanam impian yang besar. Impian ini tidak datang kepada kita tanpa ada pendedahan. EXPOSURE. Jujurnya, mila belajar berimpian besar melalui bisnes Shaklee & TWB. Bukan setakat mila dapat lihat, tapi mila sudah mulai rasa sedikit demi sedikit sesuatu yang pernah mila angan-angankan. Allah beri satu demi satu.

Selepas apa yang mila lalui sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang penuh rasa down, rendah diri, dan rasa tak berguna. Tiada pendapatan sedangkan mila seorang lulusan ijazah . Allah hantarkan mentor dari Shaklee bawa mila kembali bersemangat dan terus berusaha untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik, yang semua dari kita layak dapatkan. Tinggal untuk kita usahakan sedikit sahaja.

Terima kasih mentor. Terima kasih Allah beri mila peluang rasa pengalaman yang hebat ini.

Thanks for reading 


No comments:

Post a Comment