Monday, August 15, 2016

Kelahiran Semula

Assalamualaikum W.B.T


Mak aiii...berhabuk sangat2 dah blog mila ni. Kalau tengok 10 inci dah habuk ni..hahaha :P

Kisahnya, lepas update blog ni kali terakhir, Mila dah disahkan mengandung. Sepanjang tempoh mengandung, mila mengalami morning sickness yang agak teruk. Mila sangat-sangat tak larat, kurang selera makan, kurang aktif dan diserang sindrom malas melampau..hehe. Ye, ada orang cakap time mangandung macam2 perubahan berlaku pada diri kita. Mila pula sgt2 berubah emosi, mila nak banyak ruang untuk diri sendiri sahaja dan tak nak buat banyak kerja. Teruk kan?


9 bulan juga mila hanya tidur,  makan dan buat kerja rumah sikit2 je. Selebihnya suami yg akan buat. Alhamdulillah suami mila seorang yg sgt memahami dan banyak membantu. Jadi, dia faham keadaan orang pertama kali mengandung. Mengada pon ada..hehe


Awal mengandung itu juga, mila baru diterima masuk bekerja sebagai office assistant (atau senang cakap ganti staff bersalin). Sejak awal perkahwinan mila mencari-cari kerja sebenarnya. Banyak jgk apply tapi belum rezeki yang betul2 sesuai dengan kelayakan yang mila ada. Sebelum berkahwin, mila pernah bekerja dan ambil keputusan untuk berhenti, mengikut suami berhijrah ke ibu kota. Hajatnya nak mulakan hidup baru dan harapannya dapatlah kerja baru. Tak kisahlah sesuai dengan ijazah yg mila miliki ataupun tidak. Selagi pekerjaan itu halal, mila anggap semua itu rezeki.


Beberapa hari pertama mila mula bekerja, mila disahkan mengandung. Mila pula sering pening dan muntah. Agak mengganggu emosi ketika kita cuba nak adapt dengan persekitaran yang baru , dan perubahan pada diri dari hari ke hari. Dan hari-hari berlalu macam tu je sampai la habis kontrak bekerja disitu selama 3 bulan. Rasa lega, sebab dah tak perlu terikat dengan masa kerja office hour. Dikala trimester pertama mengandung, saat itu juga mila mula bekerja di tempat baru. Jujurnya rasa free sangat lepas tu dan tahu sebenarnya mila tak suka bekerja di pejabat. 


Tapi, hati masih resah memikirkan kos hidup yang kami suami isteri akan tanggung untuk survive di ibu kota ni. Jujurnya, pendapatan untuk suami mila seorang bekerja masih tidak mencukupi. Tambah-tambah lagi mila bakal lahirkan anak nanti. Lagi bertambah segala kos hidup ini. Dalam keadaan mcm tu jugak, cuba gagahkan diri bina blog ni (tak tahu mana dtg rajin pula). Entri pertama 12 Ogos 2014 pengenalan tentang diri mila dan suami. Sebenarnya, mila mula blogging hasil inspirasi seseorang yang mila kagumi.





Inilah status FB yg menyebabkan mila mula mula berbisnes Shaklee. Dari komen sampai ke private message. Hehe 

Antara post fb yang menjentik hati mila. Ye, mila cemburu waktu ni melihat seorang wanita yg sangat bijak mengatur hidup, sedangkan mila masih mencari-cari jalan keluar dari masalah kewangan yang dihadapi.




Inilah titik permulaan bagi  mila dalam bisnes SHAKLEE. Mila seakan-akan telah berjumpa dgn seseorang yang buat mila berfikir panjang. Mila tanya sedalam-dalamnya dalam diri sendiri.


‘’Apa aku nak dalam hidup ni?’’


Berkahwin di usia yg diimpikan dah tercapai, cita-cita nak miliki first baby insyaAllah on the way, tapi camne aku nak survive? Nak harapkan suami aku support sampai bila?  Macamana aku nk kirim duit kat mak ayah macam aku kerja dulu2? Keinginan aku sebagai seorang perempuan, nak shopping! Mana nak cari duit?



Jujurnya juga, ketika itu mila rasa tertekan dan bersalah. Bersalah sebab tak mampu kurangkan beban suami, tak mampu senangkan mak ayah yang bersusah payah hantar mila belajar sehingga berjaya genggam segulung ijazah. 


"Sekarang, apa kau mampu buat kamilah!?"


Kecewa dengan diri sendiri  :(

.


.

.

.


Dan semua itu semakin hari semakin baik apabila mila mula aktif dalam bisnes Shaklee. Orang yang mila kagumi itu adalah mentor mila sekarang. Athirah abd. Razak. Beliau tak pernah jemu berkongsi setiap hari buatkan mila rasa kekuatannya disitu. 


>Memegang Ijazah dalam bidang Undang-undang (layak jadi lawyer)
>Pernah bekerja tetapi tak kena dengan jiwanya. Berhenti.
>Selepas berkahwin memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa
>Memulakan bisnes Shaklee di rumah
>Di awal perkahwinannya, income nya dalam Shaklee sahaja sudah mencecah RM3000!


Pada saat itu, mila rasa tak boleh tunggu lagi. Mila perlu take action dengan segera untuk berubah. Kalau dia boleh, kenapa mila yg lebih kurang je keadaan hidup pada masa itu tak boleh? Dan mila nampak Shaklee boleh membawa mila menjadi seorang yg lebih baik dari sebelumnya. 


Mengambil keputusan untuk mencuba produk-produk Shaklee buat pertama kali dan membuat pendaftaran sebagai ahli. 


Tapi

.

.

.

.

.

Tak semudah yang disangka.


Mila terus diuji dengan rasa lemah & tak berdaya. Dengan kandungan yg semakin membesar mila jadikan itu semua alasan untuk susah nak bergiat aktif dalam Shaklee. Mila ambil time-out yang sangat lama sehingga mila selamat melahirkan anak. Jadi, hanya sekejap sahaja mila berbisnes selebihnya melayan pening dan muntah setiap hari. Vitamin-vitamin shaklee yang dibeli diambil dengan tidak konsisten, Kurang percaya dengan keberkesanannya dan sekadar habiskan stok vitamin yang ada.


Bila aryan (anak mila) mula membesar, dalam usianya 4 bulan lebih. Tiba2, Allah gerakkan hati mila untuk berbisnes Shaklee semula. Betul, ia datang dengan tiba2, tanpa disuruh sesiapa, tanpa dipaksa sesiapa. Mila mula menulis dan aktif di facebook dan instagram untuk tujuan promosi. Ketika berpantang pada April 2015, mila dah mula ambil Set Menyusu Shaklee. Mila rasakan sangat berkesan dan aryan membesar dengan baik.

                                                                  Aryan 160 hari


Aryan 4 bulan


Aryan 5 bulan mula tumbuh gigi

Aryan 7 bulan

Vitamin-vitamin yang mula-mula buat mila jatuh cinta dengan Shaklee. 
Esp untuk pekatkan susu badan, Alfalfa Complex untuk menggalakkan pengeluaran susu badan dan Ostematrix pil kalsium favourite mila :) Asbab 3 Vitamin ni buat mila terus yakin untuk berbisnes Shaklee.





Saat tu dirasakan, tidak ragu-ragu lagi keberkesanan produk-produk Shaklee yang sedang mila promosikan ini. Bisnes yang enjoy dan mila rasa happy bekerja begini. Seakan-akan mila dah jumpa yang dicari-cari selama ini. Yes, mila sudah berpendapatan dan mila tak perlu keluar bekerja. Tiada majikan cuma mentor yang akan sering membantu. Dengan adanya aryan pula, mila dan suami tak perlu bersusah payah memikirkan untuk hantar kepada tangan-tangan lain untuk menjaganya. Alhamdulillah, rupanya ujian yang Allah timpakan pada mila dulu, tiada rezeki untuk mendapat pekerjaan yang sesuai sebenarnya Allah nak beri yang lebih baik.  


Benarlah, Allah sebaik-baik perancang :) 




 Mula serius berbisnes Shaklee Ogos 2015. Hadir ke Latihan Pengedar Baru

LAT Magic Session bersama Master Zahirah & Master Hafizan


National Conference Shaklee Jun 2016

Coaching santai bersama Master Zahirah di bangi

Health & Wellness Talk Julai 2016

Leader Development Workshop

Bersama mentor kesayangan, Athirah abd. Razak


Sekarang mila semakin yakin dengan takdir ilahi. Mila yakin bisnes Shaklee yang sedang mila jalankan sekarang adalah penyebab "Kelahiran Semula" diri mila. Lahir dengan semangat yang baru, untuk memberi yang terbaik kepada semua orang yang mila sayangi. :)

Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa di lain entri !



Noor Kamilah Ibrahim
Founder of Miracle Group
Shaklee Independent Distributor
ID: 1164704
014-5082724



No comments:

Post a Comment