Nama penuh beliau :
Forrest Clell Shaklee
Dilahirkan pada bulan november di Carlisle, Iowa. Dekat US
la. ok. Sewaktu beliau di lahirkan, doktor mengesahkan beliau mengidap penyakit
tuberculosis - batuk kering dan beliau di ramalkan hanya
boleh hidup hingga umur 8 tahun. Tu pon mungkin dalam keadaan lemah dan bed
ridden, his short life would be his living death, macam mayat hidup! :(
Jadi mak dan ayah beliau percaya dengan apa yang doktor
katakan bahawasanya Forrest memerlukan
1) Good food
2) Fresh air
3) Lots of rest
Ibu ayahnya merupakan pekebun/peladang. Farmer la kata orang
putih. Sedih sangat dengan berita penyakit anak mereka. Mereka telah mengambil
keputusan untuk berpindah dari Carlisle (situ kawasan lombong arang batu) ke
tempat yang jauh dari kawasan bandar iaituke utara iowa.
Zaman kanak-kanak beliau banyak di habiskan dengan berehat
dan memerhati alam sekitar. Bila matahari naik, beliau banyak habiskan masa di
luar. Seorang diri, memerhati keadaan sekeliling dan berfikir.. beliau
sedar akan penyakit yang di hidapai. Tapi beliau dah pandai berfikir. Kalau
kita selalu kaitkan alam ini, kehidupan ini akan berakhir dengan kematian..
kenapa kita tak boleh fikir yang alam ini, ada sesuatu yang boleh menyembuhkan?
Salah satu yang saya baca dalam buku tu dan rasa kagum dengan semangat Forrest
ni...
"He did not allow
his ilness to ruin his life!"
Ibu beliau selalu mintak tolong beliau kumpulkan
tumbuh-tumbuhan dan herba. Untuk buat apa tau, ubat tradisional. Ulam-ulaman..
kadang-kadang buat salad, teh dan sebagainya. Apabila beliau meningkat remaja,
doktor sangat berpuas hati dengan kesihatan beliau dan menyatakan penyakit
Tuberculosis beliau adalah terkawal :)
Bermula sebagai seorang Chiropratic
Practitioner
Happy memang happy, tapi keadaan beliau tidak lah secergas
dan sesihat remaja lain. Forrest Shaklee di waktu ini banyak menghabiskan masa
membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam
majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan
"Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati
penyakit."
Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam
sekitar, manusia boleh di rawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan
beliau sangat berminat dengan science of chiropratic care. Nak tahu apa tu boleh
klik What is Chiropractic
Beliau kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of
Chiropractic yang di ketuai B.J.Palmer. Walaupon beliau
mengkagumi Palmer, tapi beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang
merasakan Chiropractic adalah satu satunya rawatan penyakit fizikal. Beliau
percaya, perlu adanya sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan
badan.
Langkah pertama sebagai seorang
Nutritionist
Sewaktu menjadi chiropractic practitioner, minat beliau
dalam bidang nutrisi mula bertambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist
dan kajian kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun
1915, beliau telah berjaya mencipta supplement PERTAMA di dunia dalam bentuk
makanan yang beliau namakan "vitalized minerals" yang sekarang di
kenali sebagai VITALEA.
Terasa bangga pulak makan vitalea hihi
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge iowa dan
membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32
bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan hanya terdiri daripada
chiropractors, malah Osteopathy , Internist dan
juga pakar bedah.
Pesakit pesakit di pusat rawatan tersebut, di berikan diet
pemakanan yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat
rawatan beliau semakin hari semakin maju
Dr. Forrest C. Shaklee, di uji dengan
kanser pula
Memang beliau suka mengkaji dan belajar benda baru kan?
Beliau banyak juga menghabiskan masa untuk mempelajari bidang baru pada waktu
itu, iaitu X-Ray diagnosis. Pada
waktu itu, bahaya terhadap exposure atau pendedahan terhadap sinaran X masih
belum di ketahui. Masuk tahun 1921, beliau mula bimbang...
Ada rasa sakit di bahagian pinggul kanan dan bahu kiri
beliau.
Kemudian beliau menemui doktor pakar kanser di Chicago yang
mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser!
Kata pakar tersebut, untuk elak sel kanser merebak lengan
kiri dan kaki kanan harus di potong. Aduh takkan nak kudung pulak lepas ni!
Tak berpuas hati, Dr Forrest C Shaklee mencari second
opinion iaitu Mayo Clinic di Rochester, resultnya tetap sama. Tetap
kanser.
Bayangkan..
pada waktu itu kareer beliau sebagai seorang doktor sedang
melonjak naik.. Isteri beliau pada waktu itu pula sedang mengandung dan mereka
dah punya seorang anak. Tak sanggup rasanya untuk menjadi seorang yang kudung
kaki tangan.
Tapi Dr Forrest Shaklee kan positif? Kuat semangat? Beliau
bercakap berulang kali pada isterinya..
"Saya akan
hidup.."
"Saya akan
hidup.."
"Saya pasti boleh
melakukannya!"
Begitu kuat semangat beliau. Beliau percaya beliau boleh
bergantung dengan kuasa alam semulajadi . Tengok lah dulu doctor sahkan beliau
boleh hidup sampai 8 tahun je, tapi berjaya je membesar siap jadi doktor lagi
kan? Lagipon memang Sunnatullah. Nak sihat kena usaha kan?
Melawan Kanser dengan cara semulajadi
Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan
memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap
dan berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil
supplement dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya, macam takde sebarang perubahan positif lagi. Namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya sekiranya beliau terus
berfikiran positif dan teruskan amalkan pengambilan nutrisi yang yang lengkap,
pasti akan sembuh!
Setahun berlalu.. pada penghujung tahun 1922 kanser beliau
semakin sembuh! Bukan itu sahaja, tahap kesihatan beliau juga makin pulih.
Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau
tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan telah berjaya
mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu
orang lain untuk turut sihat.
Bermulanya bisnes supplement Dr. Shaklee
Pada tahun 1924, Dr Forrest Shaklee sekali lagi membuka
pusat rawatan. Kali ni, beliau gunakan formulasi makanan tambahan yang di
pakejkan oleh beliau untuk di berikan kepada pesakit. Malang tidak
berbau...
Sekali lagi di uji.. 5 tahun selepas itu iaitu pada tahun
1929, pusat rawatan beliau terbakar! Habis musnah segala rekod beliau. Semua
musnah kecuali buku inspirasi daripada Elbert_Hubbard bertajuk Little
Journeys to The Homes of the Great
Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi
"When all else is destroyed, only the product of the
mind exists."
Dr Forrest C Shaklee kemudian mengambil keputusan untuk
fokus dan tumpukan perhatian kepada kajian berkaitan nutrisi. Beliau pilih
untuk fokus membina tubuh badan yang sihat berbanding merawat orang yang telah
sakit. Faham tak?
Mencegah lebih baik dari mengubati.. kan? Kalau semua doktor
fokus bantu yang dah pon ada penyakit, kenapa tidak beliau fokus bantu orang
lain supaya usaha untuk sihat dan tidak dapat penyakit? Sunnatullah kan, hukum
alam. Nak sihat, usaha.
Kemudian beliau berpindah. Ke Eugene, Oregon kemudian ke
Oakland. California.
Selain membuat kajian, beliau juga banyak memberi talk umum,
dan mendapat dua ijazah kehormat. Professor of Chiropractic dan Doctor of
Naturapathy. Pada tahun 1935 beliau mula mengajar biochemistry di California
Chiropractic College. Wah pernah jadi lecturer jugak lah atok kita ni! hihi
Beliau besara pada 1943 dan mula menulis artikel tentang
kuasa minda dan penyembuhan & kesihatan badan pada tahun 1945. Yelah
lihatlah bagaimana beliau jaga apa yang ada di minda beliau semasa beliau
sakit, dari kecik lagi.
Kalau kita dalam islam pon kan Allah suruh jaga apa yang
kita fikir. Kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Fikir negatif,
yang buruk-buruk, maka jadi lah ia satu doa dan menimpa betul-betul perkara
buruk. Sebab tu kena fikir positif fikir yang baik-baik saja.
Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah kuasa alam.
The Power of Nature. Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan The Shaklee
Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai
"Thoughtmanship"
Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang
Thoughtmanship ini. Ini menyebabkan beliau di anugerahkan Doctorate in
Philosophy daripada Coomonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan
beliau di mainkan di corong radio di San Fransisco dan Oakland. Famous Dr
Shaklee ni kan!
Penubuhan Shaklee Corporation
Pada penghujung tahun 1955, usia beliau waktu itu sudah 62
tahun. Dr Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Junior dan Lee bahawa
beliau imgin melakukan sesuatu yang boleh memberi impak terhadap kesedaran
masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplement.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 april 1956, Shaklee
Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara
America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan
setiap pembeli tentang kelebihan supplement terlebih dahulu. Macam yang kami
geng geng shaklee buat sekarang la :)
Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement
Dr Shaklee memberitahu anak anaknya.
"Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini
akan mengajarkan kepada yang lain.. " :)
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tinggi,
akhirnya keluarga shaklee telah berjaya membina satu perniagaan yang
berkonsepkan Direct Selling.
Mengapa ia berkonsepkan direct selling? Kenapa tak letak
sahaja di kedai kedai. shopping mall ke? Terfikir tak?
Kerana Dr Forrest mahu kita benar benar membantu orang, dan
berkongsi dari hati. Beli dekat kedai, siapa nak consult? Siapa nak follow up?
takde..
Tapi dengan konsep direct selling. Kita lebih cenderung
untuk membantu dengan ikhlas.
amacam?
seronok kan?
Bangga pulak rasa berada dalam legasi shaklee ni :)
sampai sekarang nama beliau kita sebut sebut.. vitamin apa?
Shaklee hihihi.. Terima kasih atok, kisah atok sangat memberi inspirasi buat
semua :)
Gambar noslagia sangat kan? Dr Forrest C Shaklee bertukar
hadiah dengan Kol Sanders KFC (Sebotol basic H dengan Bucket ayam goreng) .
Adakah anda tahu Kol Sanders merupakan seorang supervisor dalam shaklee dulu
kala? Ok bangga jap kalau p KFC. Ada kaitan haha. Mereka adalah usahawan
tersohor. seorang memperkenalkan sistem networking (MLM) seorang lagi pula
memperkanalkan sistem franchais. Shaklee adalah pelopor, yang PERTAMA sekali
pioneer dalam bidang nutrisi dan Network Marketing. Bangga tak ? :)
Lepas ni makan KFC, ingat shaklee. Mereka ada kaitan! hihi
utk beberapa point dalam entry ini saya kreditkan kepada
- Firdaus azizi
- Haji Roslan
- Betty Woodhouse
- Athirah Tieramiessyou
Terima
Kasih kerana membaca hingga habis :)
No comments:
Post a Comment