Semalam PAY-DAY untuk semua SID (Shaklee Independent Distributor)
Alhamdulillah
Boleh dah cakap kat suami
" Abang, baju raya sayang abang tak payah susah susah lah. Sayang dah ada bonus sendiri. Abang fokus belanja balik raya je"
Hashtag : Isterimu yang sangat memahami
Syukur sangat bonus masuk dekat dekat nak raya ni. Bagi wanita yang sudah biasa bekerja pegang duit sendiri, mungkin bonus ni macam takde apa apa sangat. Tapi bagi mila sebagai surirumah sepenuh masa ni yang hanya fokus 1 bisnes, bonus shaklee tu memang rasa betul betul BONUS.
Permulaan bisnes shaklee, tak la rasa teruja sangat waktu hari bonus masuk ni. Yelah..kita baru belajar bisnes waktu tu, dapatlah puluh puluh hengget. Tapi selalu ingat pesan cikgu.
"Syukuri yang sedikit barulah Allah akan bagi lebih besar lagi"
Mila pegang kata kata tu. Mila manage duit yang puluh ringgit tu betul betul. Sikit pon still masuk tabung tau. Sebab tu ku rela je tak pandang baju tudung makanan makanan yang duk lalu kat fb ni. Tgh ngandung ni boleh meleleh air liur tengok benda yang kita nak sangat tapi kena tahan dulu. Kadang2 nak beli jugak barang jualan kawan-kawan tanda support, tapi maafkan mila. Mila kene tahu prioriti mila sekarang adalah MAK AYAH, SUAMI & ANAK. Terpaksa "puasa" shopping baju tudung atau makanan best-best tu dulu. Tapi mila support dari segi like dan komen di FB ok?πππ
Tapi bila mila tengok ramai yang dengan laju boleh capai RM1500-RM3000 sebulan. Dengan nekad. Tak fikir orang dah. Biarlah orang nak bergaya macam mak datin pon. Makan mewahh mewah selalu pon, ku tak kisah. Yang mila kisah, kalau isteri atau wanita yang berjaya capai income besar besar sampai dia pon boleh support suami dari segi kewangan. Suami pon sayang lebeyyyy
Sebab biasanya mila tengok masyarakat kita, bila jadi surirumah je semua nak harapkan suami. Bukan la nk perlekehkan atau nak fikir bukan-bukan. Tapi takdir dan masa depan kita belum tentu lagi. Suami kita bukan milik kita. Allah pinjamkan untuk sementara sahaja. At least, dari sekarang kita ada income sendiri, kita dah belajar selok belok bisnes. Kita belajar handle anak sambil kerja. Dalam masa sama kita belajar untuk KUAT. Kalau lah Allah hilangkan suami kita dalam sekelip mata, kita dah bersedia fizikal dan mental.
Alhamdulillah tahun lepas lagi mila dah berjaya capai income seribu lebih sebulan. Jadi tiap-tiap bulan dapat saving. Saving jugak dah berjaya capai beberapa ribu sekarang hasil bisnes shaklee sahaja.
Jadi target mila sekarang, nak capai income yang lebih besar setiap bulan. Bina aset dengan nama sendiri. Mak ayah adalah keutamaan dahulu. Keluarga kecil kami tak senang lagi, tapi insyaAllah mila akan bawa ke keadaan yang lebih selesa dan serba serbi cukup. Juga, impian mila untuk bersedekah & berzakat dengan nilai yang lebih besar.
Tak kecil impian tu. Dan tak mudah juga jalan yang dilalui. Tambah tambah penuh fitnah dan kata dusta sekarang ni. Tapi perlu ke nak ambik port orang yang tak pernah hulur duit kat kita tu?
No no no
Jalan terus. Dont belok belok
πππ
No comments:
Post a Comment