Tuesday, April 3, 2018

Kenapa Aku Berniaga?


Habis belajar oversea, balik malaysia sambung legasi keluarga yang dah kukuh bertapak. Duduk di kerusi CEO. Kereta mewah, rumah tersegam indah, harta benda sudah tersedia. Bangun pagi sarapan sudah tersedia. Terus ke pejabat dipandu oleh pemandu peribadi. 

Alhamdulillah..poket tak pernah tak penuh.

Masalah bayaran balik ptptn, masalah ccris, masalah nak beli rumah pertama, masalah bayar loan setiap bulan. TIADA. Semuanya indah...

.

.

.

Biasalah..slot akasia. Dongeng semata.

Mungkin ada...
Tapi daku masih bukan kategori begitu.

Kenapa berniaga?

Kerana masih ada ibu ayah yang masih mengharap ihsan dari anak2 untuk kiriman wang setiap bulan.
Kerana belum puas bahagiakan mereka, senangkan mereka, mewahkan mereka seperti yang mereka lakukan dahulu sewaktu daku masih kecil

Kerana masih ada adik-adik yang perlu dibantu untuk meneruskan pelajaran mereka. Setidaknya sedikit kiriman untuk kurangkan bebanan sebagai seorang pelajar

Kerana memikirkan masa depan anak-anak yang perlu ada simpanan untuk pelajaran mereka kelak.

Kerana masih ada tangan yang sentiasa menghulur kerana kemelaratan hidup, ketidakcukupan dan ketidakmampuan. Ingin sekali sentiasa menjadi tangan yang diatas sebagai penambah saham akhirat

Kerana keinginan sendiri yang ingin dipenuhi tanpa membebankan sang suami.

Terlalu banyak sebab...

Memilih jalan berniaga sebagai sumber pendapatan utama sememangnya bukan jalan yang mudah. Sepertinya sesekali mahu mengalah. Stop ! Cukuplah !

Lebih baik gosok baju kurung cantik di pagi hari. Bawa anak-anak ke rumah pengasuh...tinggalkan dengan ucapan selamat tinggal dan terus memandu ke tempat kerja. Siapkan segala tugasan dengan tenang dan terima hasil usaha titik peluh di akhir bulan.

Ahh..namun realitinya tak semudah itu kan. Juga ada cabaran yang menanti.

Paling tidak mahu dihadapi, ucapan perpisahan dengan si kecil yang terpaksa berlaku 5-6 hari seminggu. Si kecil yang baru nak kenal ibu ayah dan dunia. Sayang rasanya kalau tak dapat betul2 melihat perkembangan anak2 di depan mata.

Buah hati ibu :')


Ya, satu lagi sebab kenapa aku berniaga adalah TIME FREEDOM

Tetapi tak semua orang mampu dapatkan time & MONEY FREEDOM

Kaya...tapi masa dengan keluarga pula payah nak cari.

Boleh bersama keluarga 24/7...tapi duit selalu tak cukup




Hidup ni memang macam tu kan? Susah nak sempurna semuanya.

Tapi daku ada nampak satu perniagaan ini. Bisnes yang mengangkat martabat wanita sangat tinggi. Dari wanita kepada wanita. Beri ruang dan peluang kepada ramai wanita yang sering bergelut dengan konflik dalaman.

Antara kerjaya atau keluarga.

Stress terlalu stress. Berduka lara di tempat kerja apabila anak tak sihat tapi terlalu sibuk bekerja. Sedih menangis bengkak mata apabila majikan tidak menyokong proses penyusuan anak. Rasa give up apabila banyak benda anak ketinggalan dari pelajar lain, tapi ibu tak sempat meluangkan masa mengulangkaji bersama anak2. Belum dengan penyakit moden, makan minum anak kurang terjaga, ketagih gadget kerana kurang perhatian, apa lagi lah penyakit sosial yang semakin membarah.

Daku tak perfect bila pilih untuk perniagaan ini. Cuma seboleh-bolehnya nak kejar kedua-duanya. Time & money freedom. Jauh lagi untuk money freedom, alhamdulillah dapat time freedom yang diimpikan.

Buat dulu, buat sungguh-sungguh hingga berjaya kerana ada jalan yang insyaAllah duniawi & ukhrawinya seimbang. Bisnes Spa Tanpa Kedai (mobile spa). Belajarlah ilmu spa, dan insyaAllah kemana saja kita pergi boleh menjana pendapatan.

The Walking Beauty insyaAllah membantu untuk jana pendapatan RM1500-RM3500 sebulan. Sudah ada proven results apabila seorang surirumah mampu buat duit hingga RM3000/bulan hanya dengan servis spa yang menggunakan teknik yang sangat mudah !

Daku tak pernah rasa bersalah, tak rasa ragu untuk ajak semua wanita di luar sana untuk BANGKIT! Kita yang penat bekerja tapi takde life, kita yang suri rumah tapi tiada duit. Cuba dengan bisnes spa TWB untuk bangkit kejar Time & Money freedom yang semua impikan.

Bina Home Spa (di rumah) tanpa perlu keluar. Dan juga Mobile Spa (pergi kepada client) apabila ada permintaan.

Jadi wanita high class, bijak, berilmu dan solehah.

Beauty With Brain.

No comments:

Post a Comment