Monday, October 15, 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB




Kehamilan dan kelahiran adalah masa yang sangat-sangat bermakna untuk para ibu. Walau bagaimanapun. dalam kegembiraan menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga, para ibu cenderung untuk melupakan bahawa diri mereka sangat di perlukan untuk keseluruhan proses bermula dari awal mengandung hinggalah bersalin. Para ibu juga cenderung untuk mengabaikan keperluan mereka sendiri untuk berehat dan kembali pulih selepas bersalin. 

Kebiasaannya, Hospital bersalin hanya tertumpu kepada pranatal dan bukan pada penjagaan selepas bersalin. Ibu-ibu perlu sedar bahawa kecuaian dalam penjagaan fizikal dan emosi semasa tempoh selepas bersalin ini boleh membawa kepada gangguan kesihatan, kemurungan, dan kesan sampingan jangka masa panjang.

Oleh itu, biarkan The Walking Beauty (TWB) berikan anda cara yang terbaik untuk memberikan penekanan dari segi mendapatkan rehat yang secukupnya, memulihkan dan mengembalikan keremajaan selepas proses mengandung dan bersalin.  Setiap ibu layak untuk mendapatkan semua rawatan dan tahu cara pengendalian stress yang baik serta menghadapi suasana baru (kehadiran ahli keluarga baru)

Telah saya ceritakan dengan terperinci dalam entry yang lepas mengenai Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin (klik disini) yang telah saya hadiri 




Apakah Kelebihan TWB dan Kenapa Anda Harus Memilih Pakej Berpantang TWB ???



1.  Di datangkan bersama Pakej Spa di dalam Pakej Berpantang (2 dalam 1).

Para ibu yang baru bersalin berpeluang merasai spa juga. Hanya di rumah sendiri, ibu boleh mendapatkan servis Facial and relaxing massage, Body Scrub, Mandi Susu, Sauna, Spa Cantik Kaki Tangan juga dalam tempoh berpantang. Bermaksud, Confinement lady yang di sediakan oleh TWB juga merupakan seorang Beauty Therapist ! Dan servis yang diberikan juga tiada masalah dan sesuai untuk dijalani oleh seorang ibu berpantang. Menarik bukan? :)

2. Penjagaan luaran dan dalaman

Vitamin disediakan untuk para ibu berpantang sebagai penjagaan dalaman dan luaran (Vitamin dari set berpantang shaklee baik untuk penyembuhan luka dalaman juga baik untuk penjagaan kecantikan kulit). Manakala untuk penjagaan luaran dilakukan proses bertungku, param dan pilis, pemakaian bengkung, bertangas, urutan dan penjagaan bayi juga di lakukan oleh confinement lady.

3. Plan diet seimbang tanpa mengurangkan susu badan

Jadual makan dan menu yang disediakan mampu membantu para ibu berpantang mengurangkan berat badan, malah membantu untuk proses penyusuan dengan pemakanan makanan berkhasiat dan milk booster

4. Konsultasi pemakanan yang baik untuk ibu dan bayi.

Confinement Lady berpengetahuan dalam  bidang nutrisi untuk ibu dan anak. Juga disediakan jadual pemakanan vitamin dari Set Berpantang & Menyusu Shaklee berserta konsultasi ilmu dari Nutritionist Shaklee sendiri

5. Gabungan cara berpantang Moden dan Tradisional

Terdapat percanggahan pendapat dari segi teknik berpantang secara moden dan tradisional. Keistimewaan TWB adalah mengambil kira teknik-teknik tradisional yang dirasakan perlu dijalani oleh seorang ibu berpantang. Dalam masa yang sama, confinement lady sangat berpengetahuan tentang kepentingan penjagaan kesihatan mengikut cara moden dan tidak mengenepikan nasihat doktor dan pakar perubatan. 

6. Bertauliah

Semua confinement lady di bawah TWB adalah bertauliah dan bergerak secara legal. Mendapat latihan dari bidan kampung yang mempunyai 20 tahun pengalaman. Juga merupakan pengedar shaklee yang sah dan mempunyai nombor ID masing-masing

7. Fleksibel dan mudah dihubungi

Agen TWB terdapat di seluruh negeri di malaysia, termasuk Sabah, Sarawak. Juga di luar negara seperti Brunei, Australia, Mesir dan lain-lain

8. Lebih berbaloi dari jagaan mak  

Refer entry saya sebelum ini >>> Confinement Lady VS Jagaan Mak

9. Menggunakan produk lulus KKM, dijamin selamat dan terbukti berkesan

10. Urutan dan teknik yang sesuai untuk semua wanita, samada bersalin normal, secara pembedahan ataupun anak dara

Menarik sangat semua kelebihan yang TWB tawarkan ini bukan? :)

Juga, saya pasti khidmat yang terperinci dan berbaloi seperti ini  belum ada lagi disediakan dari syarikat lain

Semestinya ramai ibu yang sedang bersedia untuk melahirkan anak tak lama lagi akan lebih mudah menggunakan perkhidmatan Confinement Lady dari TWB. Hubungi sahaja mana-mana agent TWB, pasti ada yang bersedia menawarkan khidmat servis yang terbaik di serata negeri di Malaysia. 


Berikut adalah Pakej Berpantang yang saya telah sediakan :











Sekiranya, anda sedang mencari-cari Confinement Lady yang sesuai dan sebagai persediaan ketika berpantang nanti, boleh terus hubungi mila dan Set Appoinment 

Puan Noor Kamilah Ibrahim
014-5082724
TWB Beautician, Trainer & Confinement Therapist



Terima kasih kerana membaca :)









Tuesday, October 2, 2018

Confinement Lady Vs Jagaan mak



Assalamualaikum. 

Entry sebelum ini mila ada menceritakan sedikit sebanyak apa yang kami para ahli The Walking Beauty belajar ketika Kursus Berpantang dan Penjagaan bersalin di HQ Shaklee Ahad lepas ( 30 September 2018)

Boleh baca disini : Kursus Berpantang dan Penjagaan bersalin


Sebelum mila terjun ke dalam bidang ini, banyak pembacaan dan penelitian yang telah dilakukan. Iyalah, selesai sahaja kursus ini. Kami akan menjadi seorang Confinement Lady dan boleh mula mengambil client. Tugas ini bukanlah boleh diambil ringan dan bukan bertujuan untuk keuntungan semata-mata. Tetapi ianya lebih kepada usaha membantu ramai wanita terutamanya yang baru bersalin yang masih mencari-cari pakej rawatan yang sesuai dan memudahkan urusan mereka. 

Objektif kewujudan seorang Confinement Lady adalah antaranya membantu ibu dalam menghadapi beberapa isu selepas bersalin seperti :-
1) Ingin mendapat kembali bentuk badan yang ramping, sihat, menawan dan kembali seperti asal

2) Ingin memastikan tubuh badan dalam keadaan terbaik terutamanya bahagian intim, untuk kembali sembuh dan sihat selepas pelbagai yang dilalui ketika proses mengandung dan bersalin

3) Menangani stress, penyakit tekanan perasaan atau meroyan yang sering dihadapi oleh ramai wanita selepas melahirkan dengan memberi bantuan dalam penjagaan ibu dan bayi yang betul.


Pengalaman mila menjalani 2 kali berpantang di kampung di bawah jagaan ibu sendiri. Tidak pernah merasa berpantang sendiri ataupun mengambil khidmat confinement lady. 

Rutin yang mila jalankan sepanjang berpantang :

Bangun pagi mila akan mandikan baby sendiri. Cuma dalam minggu pertama mila memerlukan bantuan ibu atau kakak. Selepas luka bersalin semakin pulih, semua mila lakukan sendiri supaya dapat melatih diri dan berdikari selepas habis berpantang.

Selepas selesai urusan memandikan baby, mila pula akan mandi dengan air rebusan daun-daun  kayu dan daun pandan.  Air rebusan ini biasanya disediakan oleh ibu, tetapi hanya seminggu pertama. Seterusnya mila akan mandi menggunakan air suam biasa sahaja. Selesai mandi, sapu ubat di luka bersalin, terus pakai stokin dan berbengkung. Semua ini mila lakukan sendiri. Cuma beberapa hari pertama sahaja ibu bantu untuk memakai bengkung.

Kemudian mila akan makan pagi, susukan baby dan bersalai sambil bertungku sendiri. Tempat bersalai ini disediakan oleh ayah mila sendiri. Rutinnya  seperti bersauna tetapi sedikit berbeza apabila ibu berpantang hanya perlu berbaring di atasnya tempat bersalai ( bamgku kayu yang sedikit tinggi ) Sehingga satu-satu masa cuma berhenti menyusukan anak atau selesaikan urusan-urusan yang lain. Biasanya, ibu berpantang di negeri lain jarang menjalankan rutin bersalai ini. Tetapi di pantai timur ini adalah perkara biasa.

Pada awal-awal bersalin, tukang urut akan datang untuk sesi mengurut selama 3 hari. Dan diakhir berpantang tukang urut akan datang sekali lagi untuk penutup berpantang.  



Bangku kayu dilapik dengan tikar mengkuang. Di bawahnya adalah bara api yang dibakar diatas dapur kayu. Tetapi dunia dah semakin  moden. Dan mila jalankan rutin bersalai ini di dalam rumah. Jadi, lebih sesuai menggunakan dapur gas yang dibuka api perlahan sahaja. Tradisional + Moden juga lah hihihi. 

Itu sahaja rutin yang mila jalankan sepanjang berpantang selepas bersalin 2 orang anak ini. Apabila mila hadiri kursus berpantang baru-baru ini. Barulah mila didedahkan dengan banyak lagi rutin yang dijalankan oleh ibu berpantang yang tidak pernah mila tahu sebelum ini. Iyalah, mila hanya mengikut saranan orang tua-tua kerana kurang pengalaman. 

Dan beberapa perkara yang telah di fikirkan dan mila perhatikan sepanjang berpantang dibawah jagaan ibu sendiri. 

1. Seorang ibu memang nakkan anak perempuannya berpantang dengan cara yang paling baik. Tambahan pula ibu mila memang pengamal pantang tradisional sepanjang bersalinkan 10 orang anak sebelum ini. Tetapi, kita faham kudrat seorang ibu yang sudah mencecah usia 65 tahun sudah kurang dan tak mampu menjaga kita kerana tenaga dan beliau perlukan rehat secukupnya. Jadi sedikit tidak senang dirasakan untuk mengharapkan ibu mila terus menjaga anaknya berpantang.

2. Kebiasaan orang yang sudah di usia emas, nak banyakkan aktiviti ibadah seperti mengaji, menghadiri kuliah agama dan sebagainya. Tetapi kerana menjaga anaknya berpantang, banyak program yang terpaksa ditunda dan tak dapat dihadiri. 

3. Bagi mila, di usia begini rasanya tidak mahu langsung menyusahkan ibu dan ayah mila lagi untuk menjaga anaknya berapantang. Tambahan pula ada anak-anak lain yang sedang membesar dan perlukan perhatian juga. Kebetulan anak sulung mila yang berusia 2 tahun lebih dan sedang lasak bermain. Nak tak nak, ibu dan ayah mila juga terpaksa memberi perhatian sama kepadanya. Suami tidak dapat ada sepanjang mila berpantang di kampung kerana bekerja di luar kawasan. Penat juga menjaga cucu-cucu yang sedang membesar kan. Jadi, disitu mila rasakan berpantang di bawah jagaan ibu adalah sedikit tidak wajar ( Dengan situasi ibu dan ayah mila yang sudah lanjut usia dan kurang kudrat )


Apabila membuat sedikit pembacaan, kini dunia sudah moden. Di Malaysia sudah ramai yang menawarkan Khidmat Confinement Lady

Tugas seorang Confinement Lady yang biasanya : 

Memberi Rawatan untuk Ibu

Mandian Herba
Tungku
Urut
Tangas Basah ( pakej14 hari keatas)
Tangas Kering (pakej 14 hari keatas)
Scrub(lulur badan)
Barut,Param dan Pilis
Masakan makanan pantang
Menyediakan minuman Herba

Memberi Rawatan untuk bayi

Mandi Bayi
Urut bayi
Scrub
Tuam dan Penjagaan Pusat
Teknik Penyusuan yang betul

dan berdasarkan pakej-pakej yang disediakan oleh confinement lady itu sedidiri ketika kita menghubunginya.


Alhamdulillah. Setelah memahami pelbagai masalah dan isu yang timbul apabila berpantang di bawah jagaan ibu atau ibu mertua. Mila panjangkan lagi langkah daripada seorang beautician Spa kepada Confinement Care. Setelah berkursus, dan mila juga sudah terlatih sebagai seorang Confinement Lady. Inilah pakej-pakej yang ditawarkan :)






Sekiranya, anda sedang mencari-cari Confinement Lady yang sesuai dan sebagai persediaan ketika berpantang nanti, boleh terus hubungi mila dan Set Appoinment 

Puan Noor Kamilah Ibrahim
014-5082724
TWB Beautician, Trainer & Confinement Therapist



Terima kasih kerana membaca :)