Apakah itu Detox ?
Detox ialah suatu proses pembuangan toksin daripada badan melalui organ organ detox badan.
Apa itu toksin?
Toksin adalah bahan buangan atau racun bahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Mustahil untuk kita elakkan toksin dari badan kerana toksin berada di mana-mana.
Detox dapat mengeluarkan toksin dari badan dan ia akan menjadikan badan ringan. Selain itu kita juga dapat manfaat kesihatan yang lain hasil dari pembuangan toksin dari badan kita.
Organ detoks manusia terdiri dari:
1) Paru-paru
2) Sistem penghadaman
3) Kulit
4) Hati
5) Buah pinggang
Sangat rugi kalau kita hanya detox pada satu bahagian sahaja, sedangkan ada 5 organ kita yang perlu di 'Detox' kan?
Mungkin anda dengar dan tahu ada banyak jenis program detox, tetapi cubalah anda buat sedikit perbandingan dengan semua program detox yang ada, rasanya tak ada lagi yang fokus kepada 5 organ detox. Biasanya program detox memfokus kan tentang Usus Usus & Usus 😅
Jangan pandang remeh dengan organ detox yang lain. Ianya juga perlu di "selenggara" sebaiknya untuk dapatkan kesan kurus yang dikehendaki dan mendapat kesihatan keseluruhan badan hendaknya.
Jom mila ceritakan satu program detox, iaitu detox shaklee yan g diberi nama khas JOM DETOX JUTAWAN
Diet VS Detox TAK SAMA
kalau tengok pada gambar, Cleansing (Detox) is better than dieting.
Kalau sekadar diet sahaja, berat akan rebound. Kalau detox, and sambung diet, berat takkan rebound. Ia akan maintain. Saya dah try formula ni. Ia benar2 berkesan!
FUNGSI TERPERINCI 5 ORGAN DETOX INI
1) SISTEM PERNAFASAN/PARU-PARU
Ia memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia, ia diciptakan oleh Allah untuk memudahkan kita bernafas dengan baik, ia merupakan satu organ yang cekap untuk menyedut oksigen dari udara. Cuma ada beberapa faktor penyebab paru-paru jadi bermasalah terutamanya perokok tegar, perokok pasif, mereka yang sering terdedah kepada udara yang tercemar dan lain-lain
Menurut perkongsian Public Health Malaysia di facebook:
"Asap rokok merupakan satu iritasi kepada paru paru. Ia menyebabkan penghasilan mukus atau lendir yang banyak di paru paru.
Apabila terlalu banyak lendir dihasilkan, perokok akan mula terbatuk batuk. Ada yang keluar sebagai kahak, dan ada juga yang tertinggal di dalam paru paru menyebabkan saluran udara tersumbat.
Lama kelamaan, rongga udara dalam paru paru akan mengeras, menebal dan rosak. Pada ketika itu, walaupun individu itu cuba menyedut udara, namun oksigen tidak dapat diserap masuk. Inilah yang bakal dialami oleh 1 dari 5 perokok kronik.
Asap rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia merbahaya. Apabila sel paru paru terdedah kepada asap rokok, lama kelamaan akan berlaku mutasi sel normal kepada sel kanser.
Merokok merupakan PUNCA UTAMA kanser paru paru dan risiko perokok untuk mendapat kanser paru paru meningkat sebanyak 22 kali ganda. Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk anda berhenti merokok.
Hanya selepas 2 minggu anda berhenti , fungsi paru paru akan bertambah baik. Selepas 10 tahun anda berhenti, risiko kanser paru paru akan berkurangan separuh"
Sebab itulah misi JOM DETOX JUTAWAN adalah memastikan organ detox dapat berfungsi semula dengan baik agar badan kita lebih sihat. Dalam proses detox paru-paru membantu mengeluarkan gas seperti karbon dioksida.
2) SISTEM PENGHADAMAN/USUS
Usus yang bersih daripada segala kekotoran dapat mengekalkan usus yang sihat secara tidak langsung nutrien penting dapat diserap dengan baik. Usus yang sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan dapat mencegah daripada penyakit serius seperti kanser kolon.
kebanyakkan penyakit seperti sembelit, cirit birit, gastrik, ulser perut, kanser berpunca daripada usus yang kotor dan tidak sihat.
Boleh lihat, keadaan usus yang kotor dan bersih
So cara terbaik dan selamat untuk bersihkan usus kita adalah dengan detox. Selain detox dengan cara eat clean, berpuasa juga merupakan cara untuk detox usus kita. Dalam proses detox kolon mengeluarkan bahan buangan dari badan melalui pergerakkan usus
3) KULIT
Bayangkan setiap hari kulit kita diserap dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya yang biasanya terdapat pada make up, skincare, deodoran, sabun mandi dan lain-lain lagi, tidak termasuk punca dari pencemaran & pemakanan harian kita lagi. Kesan dari ini kulit akan lebih cepat mengalami tanda-tanda penuaan sebelum tiba usia. Atau lagi parah berisiko kepada kanser kulit.
Ada banyak makanan sihat yang boleh membantu unuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri, anda juga boleh mendapatkan kulit yang sihat melalui detox bagi membersihkan kulit, membuang toksin dan melambat penuaan. Makanan yang tinggi kandungan vitamin A, C, E, dan B12 adalah sangat bagus untuk mengekalkan tahap kesihatan kepada kulit. Detox kulit juga adalah proses pengeluaran toksin dari kulit anda melalui peluh dan liang roma.
4) HATI
Artichokes sering digunakan oleh pengamal perubatan semulajadi untuk rawatan penyakit yang berkaitan dengan hati. ia memmbantu menggalakkan pengaliran lemak dan hempedu ke hati, ia juga berkesan untuk rawatan hepatitis.
Sejenis tumbuhan, Artichokes yang dikaji dapat
Membantu fungsi hati
Dalam budaya kuno seperti di Turki, ramuan Artichokes juga digunakan untuk rawatan pembersih darah dan detox hati, ia telah digunakan untuk meningkatkan fungsi hati, penghadaman dan juga membantu menurunkan paral kolestrol jahat LDL yang tinggi kepada tahap yang lebih rendah.
Rasa dia tak sedap dan pahit, tak tertelan rasanya kalau nak makan begitu sahaja. Jangan terkejut actichokes merupakan ramuan yang terdapat dalam salah satu supplement detox Shaklee. Dalam proses detox hati ia berfungsi untuk meneutralkan toksin dan menapis darah.
5) BUAH PINGGANG
Buah pinggang antara organ yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi tubuh yang sihat. Antara fungsi buah pinggang adalah mengimbangi air, jumlah sel darah merah serta asid dalam badan, ia juga berfungsi untuk menapis toksin dan lebihan garam dan banyak lagi fungsi lain.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik antaranya diebetis, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan stroke, obesiti, genetik, batu karang.
Seterusnya....
Apa beza program #jomdetoxjutawan ni dengan Program Detox yang lain?
1) Kami sediakan coaching 17 hari di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week.
2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Banyak ilmu yang sangat mahal yang kami kongsikan dalam Group ini yang tidak ada di luar sana.
3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. Tambahan lagi suppliment yang kami gunakan adalah satu-satunya suppliment yang mempunyai Landmark study yang memang Selamat, Terbukti dan Berkesan.
4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni
5. Kini yang terbaru, kami ada ganjaran wang dikembalikan sekiranya sepanjang program ini tiada apa-apa perubahan kepada kesihatan atau berat anda. Dengan syarat segala arahan coach telah anda patuhi. *term and condition apply.
Jom tengok testimoni, para peserta bukan hanya turun berat badan. Tapi kesihatan mereka juga semakin baik !
Hebat bukan ? !
Dalam badan kita memang ada ada toksin. Jadi lemak lemak dalam badan akan berusaha untuk 'menutup' toksin ini agar ia tidak membahayakan tubuh badan kita. Kesannya, badan kita menjadi gemuk.
Jika kita kurus menggunakan kaedah biasa, lemak lemak tadi akan hilang. Badan akan menjadi kecil dan ringan. Tetapi toksin dalam badan masih tidak dikeluarkan.
Jadi selepas fasa diet dah tamat, kita makan seperti biasa dan ia akan mengakibatkan pengumpulan lemak meningkat untuk menutup toksin yang masih ada dalam badan.
Berat badan akan naik dengan sangat cepat.
Berlainan dengan kurus melalui kaedah Detox. Kita fokus kepada penyingkiran toksin dari dalam badan.
Tempoh Pre Detox, Detox dan Post Detox dalam tempoh 17 hari akan membantu membuang toksin dari dalam badan serta lemak lemak berlebihan.
Apabila berat turun, toksin dalam badan turut dikeluarkan. Ini menyebabkan proses "Rebound" susah berlaku.
So lets start fresh & Jom detox jutawan !
PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) ! (Sila klik dibawah ):
Kelebihan Program Jom Detox Jutawan
Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan
Succes Story Jom Detox Jutawan - 5 Testimoni Berjaya Program Jom Detox Jutawan
Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan
Succes Story Jom Detox Jutawan - 5 Testimoni Berjaya Program Jom Detox Jutawan
No comments:
Post a Comment