Thursday, October 3, 2019

Nak buat side income RM2000 sebulan?



Assalamualaikum !


Tak kisah apa saja yang NAIK HARGA. Selagi kita merungut, selagi itu poket kita tetap kempis. Huhuhu. Ada orang pernah tanya mila macamana nak buat 6 tabung lepas mila post di Facebook tentang duit bonus shaklee mila asing betul-betul. Supaya tak pening-pening kemudian hari. Betul sangat-sangat perlu tahu 6 tabung ni untuk buat kita sedar diri. 


Mila bukan orang senang. Sebab tu bisnes kuat-kuat. Sebab tabung keperluan masih perlu ditopup. Kalau asyik merungut dengan kenaikan harga itu ini, poket mila tetap sama. Dan mila tak boleh ubah keadaan. Satu je boleh ubah iaitu diri mila sendiri.


Antara Kelebihan bisnes shaklee yang mila sendiri rasa best giler apabila kita boleh jana income UNLIMITED dalam sebulan.

Tapi, taknak la sembang income juta-juta dulu. Kang ada yang cakap scam pulak hehe. Buat lah apa saja bisnes pun, pasti ada permulaan, struggles, pencapaian dan kejatuhan.

Why not, bermula dengan shaklee dan cuba untuk capai income RM2000 sebulan dulu ?

Nampak nilai yang kecil bagi sesetengah individu. Tapi besar nilai nya bagi yang mencari-cari apakah bisnes yang boleh dilakukan secara part time / fulltime untuk menampung perbelanjaan harian. Yelah, kos hidup yang sangat tinggi sekarang menuntut kebanyakan rakyat Malaysia melakukan lebih dari 1 pekerjaan. Dan jangan terkejut sudah ramai yang menjalankan hingga 3 bisnes dalam satu masa

Semuanya sebab Bisnes Di Hujung Jari je sekarang :D Tinggal rajin atau tidak je. Zaman handphone di tangan ni, mudah je nak reach kepada ramai prospek (bakal customer)


Anggaran Kasar Keperluan Perbelanjaan Bulanan Bagi Yang Berkeluarga

Sewa/loan Rumah : RM800
Loan Kereta : RM500
Makan : RM800
Pakaian : RM200
Petrol : RM300
Tol : RM150
Bil Utiliti : RM150
Wifi & Data Internet : RM200
Takaful Keluarga : RM200
Yuran sekolah anak : ?
Elaun ibu ayah : ?
Nafkah isteri (bagi suami) : ?
Emergency : ?
Maintenace rumah,kereta : ?
PTPTN : ?
Saving : ?
Sedekah : ?

Ye, sedekah pun kalau boleh buatlah kira-kira supaya kita tak terguna duit keperluan anak isteri contohnya.

Bagaimana dengan hiburan sesekali untuk keluarga. Contohnya pergi bercuti, melancong, balik kampung, makan sedap-sedap, pakaian cantik yang diidamkan ? 

Bagi mila ia penting sebagai "self reward" atas usaha penat lelah berkerja. Barulah sentiasa ada motivasi untuk kerja lebih keras.

Jadi secara kasar dari kira-kira mila ini, untuk kehidupan berkeluarga yang sederhana nampaknya memerlukan perbelanjaan RM3000-RM5000 sebulan. Ini baru untuk kehidupan sederhana ye, bukan mewah.

Bagaimana cara nak kenalpasti, berapa pendapatan yang perlu kita ada setiap bulan, untuk kehidupan yang macamana?

Jom cuba fahamkan konsep 6 tabung ini dulu



Konsep 6 Tabung Untuk Kesejahteraan :D

First thing First. Mila buat macam dah belajar dari mentor shaklee, asingkan pendapatan kepada 6 Tabung. Bagi yang bekerja makan gaji, boleh buat. Bagi yang bisnes macam mila pun boleh buat. Ini sebagai kayu ukur, cukup kah tidak pendapatan kita selama ini atau masih perlu ditambah. Dan ini sebenarnya formula dari Dr. Azizan Osman, pakar motivasi terkemuka di Malaysia :



Dan satu lagi, mila faham konsep...

Dapat duit segunung pon, tak pandai uruskan takkan senang jugak hidup kita kan. 

Okay ini konsep 6 tabung itu :

  1. NECESSITY : 55%
  2. LONG TERM SAVINGS FOR SPENDING (LTSS) :10%
  3. FUN/PLAY : 10%
  4. CHARITY : 5%
  5. FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT (FFA) : 10% 
  6. EDUCATION : 10%

Yang pertama, Tabung NECESSITY. Tabung keperluan kita selama sebulan. Sini kita perlukan 55% dari pendapatan bulanan kita. 

Contoh mila letakkan pendapatan sebulan RM3000. 

Kita rasa-rasa macam dah cukup. Tapi cuba kira 55% dari RM3000 adalah RM1650 kan.

Dari RM1650 ni kita perlu :
Bayar kereta, rumah, makan minum, keperluan anak isteri, pampers, baju, hutang, bagi mak ayah.,Segala yang berbentuk keperluan. Bukan yang enjoy-enjoy ye..ni yang kalau kita tak spend duit untuk ini memang tak boleh. 

So, kiralah. Cukup tak RM1650 sebulan?

 Sekiranya tak cukup pilihan yang ada :

1) Teruskan hidup dengan pendapatan sebanyak itu. Kalau tak cukup, kita terpaksa tinggalkan. Contohnya, selepas dah kira semua, tiada lebihan duit untuk diberikan kepada parents kita. Jadi, kita tak mampu beri walaupun mereka memerlukan.

2) Tambah pendapatan. Selepas buat kira-kira, duit untuk beri kepada parents tak cukup. Jadi kita buat sesuatu pekerjaan tambahan untuk memampukan diri kita bersedekah setiap bulan.

Itulah tabung keperluan. Kayu ukur pendapatan kita.

Ok mila explain lagi 5 tabung. Lagi 45% di masukkan dalam 5 tabung yang lain. Tak boleh usik 5 tabung ni untuk cukupkan tabung keperluan. Sebab semua tabung ni adalah untuk membina 1 masa depan yang lebih cerah. Kalau kacau, takut gelap pula masa depan dan kita jadi orang yabg tak nak berubah. 

(Mengikut pendapatan RM3000 sebulan seperti di atas,

LONG TERM SAVING FOR SPENDING (LTSS) :10% dari RM3000
Maksudnya kita ada RM300 sahaja untuk membuka satu tabung simpanan setiap bulan, untuk tujuan mencapai impian besar. Contoh : Haji, Umrah, Travel luar negara, Berkahwin, dll. Yang penting dah simpan jangan usik. Dan kalau nilai RM300 terlalu sedikit untuk mencapai impian yang mungkin tak lama lagi nak dicapai ( contohnya : nak berkahwin tahun hadapan). Tiada cara lain selain, tambah pendapatan.

FUN/PLAY : 10%
RM300 sebulan perlu disimpan untuk tujuan hiburan dalam masa terdekat. Contohnya sambut hari lahir anak, bermalam di hotel, makan besar semperna kenaikan pangkat. Kalau tak cukup, sama juga caranya. Tambah pendapatan !

CHARITY : 5%
RM150 sahaja boleh diperuntukkan untuk tujuan sedekah bulanan. Kalau rasa tak cukup beri mak ayah sebanyak ini, tambahlah pendapatan.

FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT (FFA) : 10% 
RM300 sebulan disimpan di dalam tabung khas untuk tujuan kita memiliki kebebasan kewangan. Tak boleh diusik untuk tujuan kita berjaya mencapai impian yang besar dalam masa yang kita tetapkan. Contoh : nak memiliki tanah & 5 pintu rumah untuk di sewakan agar hari tua kita dah ada aset untuk digunakan, tanpa perlu berkerja lagi.


EDUCATION : 10%
RM300 sebulan untuk peruntukan pembangunan diri sendiri. Penting untuk memotivasikan diri sendiri dengan menghadiri kelas berbayar/ percuma. Membeli buku ilmiah, menambah skills anak-anak dengan kelas tambahan, dan segala kos untuk ilmu. Ilmu pelita hidup, sudah pasti ada kos yang perlu dibayar. Tak mampu? Maksudnya kita masih perlu menambah pendapatan !


Ok, sekarang dah jelas dan nampak kan. Berapa pendapatan kita sekarang menentukan cara hidup yang kita boleh lalui. Jika pendapatan, RM3000 sebulan..itulah yang kita mampu, yang ada lebih contohnya mentor shaklee mila, dah pernah dapat RM15,000-RM20,000 sebulan melalui bisnes yang dijalankan..agak mewah lah kehidupan mereka. Dan ada yang pernah cecah RM30,000, RM100,000 sebulan !

Memang mampu lah ceritanya nak buat apa semua yang diimpikan.

Setakat ini, alhamdulillah mila dah boleh dapat RM1500-RM3000 sebulan melalui shaklee. Dan mila jelas dengan konsep 6 tabung di atas.

Betapa, mila perlu lakukan usaha yang lebih lagi untuk mencapai lebih banyak impian dalam hidup mila. Terutama impian nak bahagiakan keluarga kecil mila, parents mila dan semua orang.

Jom mila bantu, kita mulakan langkah pertama dulu. Mula berbisnes untuk tambah pendapatan. Dapat tambah RM2000 sebulan pun dah ok sangat kan ! Nanti boleh belajar untuk tambah lagi dan lagi.

Baca : Peluang Dalam Shaklee : 3c (Cash, Car, Convention )


 Dan penting juga untuk kita...

" UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI "

Jangan pula pendapatan kita tak cukup, tapi nak juga lalui kehidupan mewah-mewah seperti orang yang berpendapatan tinggi. Jangan..sesal kemudian tak berguna. Nanti risau hutang keliling pinggang aduhai. Merana hidup -.-


Thanks for reading !
XoXo


Kalau sudi baca, boleh klik ni juga : Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee


No comments:

Post a Comment