Tuesday, September 27, 2022

Cara Bebas Hutang Melalui Bisness Mobile Spa BOTG




Assalamualaikum w.b.t

Sebelum mulakan entry kali ni, mila kongsikan 1 doa yang boleh lah kita sama-sama amalkan untuk elakkan diri kita dari cengkaman hutang.

Apa-apa sahaja yang kita sedang buat dan hadapi, latih diri untuk dahulukan Allah

RAMAI TERBELENGGU DENGAN HUTANG & TIDAK BERJUMPA JALAN KELUAR

Nak beli rumah & kereta, nama sudah di " black list " akibat CCRIS

Nak melancong ke luar negara tak boleh

Nak makan mewah berkira-kira

Nak pakaian berjenama, terpaksa pendam

Nak lifestyle macam orang senang jauh sekali

Paling menyedihkan, nak hulur duit kepada ibu bapa sendiri rasa terlalu sempit dan tak mampu


Entry kali ni mila nak berkongsi tentang bagaimana, dengan menjalankan Bisnes Mobile Spa Beauty On The Go (BOTG) kita boleh letakkan target untuk BEBAS DARI HUTANG !




Bercakap mengenai hutang, sepertinya takkan pernah habis...

1) Setelah menamatkan pelajaran, ramai di antara kita terpaksa menanggung beban hutang pelajaran ( Paling biasa diambil ialah hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ). Biasanya mengambil masa bertahun-tahun bekerja untuk menyelesaikan hutang belasan atau puluhan ribu ringgit.

2) Rumah yang di diami, sekiranya pembelian secara sewa beli, pasti kita perlu membuat pembayaran secara bulanan. Kecuali kita membeli rumah secara "Cash". Harga rumah yang murah juga sudah sukar diperolehi  pada masa kini dan menelan belanja sehingga ratusan ribu ringgit. Jadi memerlukan bayaran bulanan yang memakan banyak tahun.

3) Kenderaan yang menjadi keperluan untuk memudahkan urusan kesana-kemari. Pasti ada komitmen bulanan sekiranya tidak dibeli secara tunai. Hutang yang perlu diselesaikan setiap bulan untuk membayar harga kereta yang biasanya menelan belanja puluhan ribu ringgit. 

4) Gadjet seperti telefon bimbit, komputer, laptop atau Ipad yang menjadi keperluan dalam berhubung tidak kira masih belajar ataupun sudah bekerja

Dan hutang-hutang ini adalah berbentuk KEPERLUAN. Sekiranya tidak berhutang, mungkin ramai yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tidak mampu membeli rumah (menyewa sepanjang hayat), tidak mampu mempunyai kenderaan (terpaksa menggunakan kenderaan awam setiap masa). Belum masuk dalam kategori KEHENDAK yang ramai tewas untuk menidakkannya seperti :-

- Rumah yang besar untuk tinggal lebih selesa bersama keluarga
- Kenderaan yang selesa dipandu dan memuatkan ramai penumpang
- Makan makanan yang sedap
- Memakai pakaian yang berjenama
- Keinginan untuk melancong bersama keluarga setelah penat bekerja
- Gadjet yang canggih dan mengikut peredaran zaman

Semua ini menjadi BEBAN HUTANG sekiranya kita tidak menyediakan diri kearah kewangan yang lebih mantap, mempunyai simpanan yang mencukupi untuk masa sekarang dan masa hadapan.
.
.
.
.
.
.
.
.




BAGAIMANA BISNES SPA BOTG MEMBANTU RAMAI UNTUK BEBAS HUTANG

Oh, sebelum pergi lebih jauh mila terangkan dulu apa itu Beauty On The Go (BOTG)

BOTG merupakan satu Projek yang menjalankan bisnes Home & Mobile Spa. Wujudnya untuk membantu ramai orang dan kini sudah terlalu banyak "Proven Results" yang ahli BOTG sudah mampu keluar dari bebanan hutang malah menikmati kebebasan kewangan lebih dari itu.

Tapi bagaimana nak bebas hutang dengan BOTG?

Jawapannya, dengan nilai yang BOTG tawarkan apabila menyertai projek ini. Sangat berbeza malah jauh berbeza dari bisnes spa yang lain :




6 PENJURU PENDAPATAN


Jaminan dari 6 sumber pendapatan yang bakal diperolehi sekiranya menyertai bisnes home & mobile spa BOTG

1) Hasil dari servis spa kepada pelanggan
2) ***
3) ***
4) ***
5) ***
6) ***

*** Adalah "secret recipe" & perkara paling istimewa untuk team BOTG. Akan dijelaskan apabila menyertai team BOTG

Bayangkan, ke enam-enan penjuru ini kita peroleh SETIAP BULAN. InsyaAllah usaha untuk kearah kebebasan kewangan itu pasti semakin jelas !

Ditambah lagi :

-Strategi dan sistem bisnes yang mantap (bonus bulanan)
- Support group yang happening
- Ilmu-ilmu mahal yang sentiasa dikongsi secara FREE seperti marketing berkesan, pengurusan kewangan, magnet rezeki, kerohanian, hartanah, aset dll
















Nah inilah buktinya yang melalui bisnes spa BOTG sangat ramai yang sudah berjaya dan mengatasi masalah hutang yang dihadapi mereka. Ada yang buat secara part time, ada yang buat secara full time dan ada yang buat secara part time kemudian berjaya bertukar secara full time setelah menyertai BOTG (berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa).

  DIMANA ADA WANITA, DI SITU ADA PELUANG & WANG

Gelombang Beauty On The Go sudah menjadi FENOMENA! Setiap negeri di Malaysia sudah terdapat wakil beautician BOTG Dan juga sudah ada agen spa BOTG di luar negara seperti Melbourne, AustraliaMesir dan Dubai. Ini cukup membuktikan BOTG bukan projek Mobile Spa yang biasa-biasa ! Anda bertuah jika memilih untuk menjadi sebahagian dari ahli BOTG :)

Dengan menyertai Beauty On The Go, peluang untuk menjana pendapatan sangat banyak ! Disamping kita memberi nilai kepada orang lain dari sudut semangat untuk terus berjuang juga memberi kesedaran tentang kesihatan & kecantikan.

Peluang Keemasan Sudah Di Depan Mata. Hanya tinggal untuk kita gapai dan kembali bersinar. Walau sebesar mana hutang yang terpaksa ditanggung, percayalah, pasti ada jalan keluar.


AGEN SPA DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA!!!

Mila Ibrahim


#BeautyOnTheGo #BeautyWithBrain #ShakleeFamily #KelasSpa2022  #KelasSpaFacial #TrainingSpaTerkini #BuatDuitSetiapHari

Related Topics

 1) Bestnya jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

2) Kelas Facial Terkini di bawah Team BOTG 2022

3) Hebatnya bila Facial dengan 

4) Cara Bebas Hutang Melalui Bisness Mobile Spa BOTG

5) Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

6) Testimoni Buat Duit Dengan Spa BOTG !

7) Bina Impian Anda Bersama Team Mobile Spa BOTG

No comments:

Post a Comment