Sunday, August 21, 2016

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan. (4 Tips Usaha Dapatkan Zuriat)





Dulu.


Tak faham benda-benda ni. Tak banyak faham tentang teknik berfikir. Fikir macam tu, macam tu lah. jadi macam tu, macam tu lah Tapi sekarang, dalam dunia bisnes Shaklee, mila semakin hari semakin belajar sesuatu. Mila  belajar untuk


Sentiasa jaga apa yang kita buat
Sentiasa jaga apa yang kita sebut
Sentiasa jaga apa yang kita fikir


Ye. Fikir pon kene jaga. Sebab boleh jadi, apa yang di fikirkan itulah benda yang bakal terjadi pada diri kita. 


Motif gambar?

  
Cuba lihat apa yang tertulis dalam skrin telefon tu. Tu telefon lama mila tau. Elok lagi, mila simpan sampai skrg. Kisahnya, mila banyak save benda dalam tu. Nota, direction nak pergi mana2, ayat best, vocab baru ke tibe2 dapat masa tengok tv dan password & email blog ni. Hahaha. Punya lama mila tak update blog, lupa segalanya. Mujur la ada henfon lama tu sbg penyelamat. :)


Bila bukak henfon lama mula la duk mengimbau kenangan lelama. Jumpa la satu note ni. Tarikh mila save note macam dalam gambar tu pada 20 Mei 2012. Haaa..satu lagi benda yang mila suka save dlm henfon adalah yang berkaitan dengan cara mendidik anak, cara menjaga anak, cara membesarkan anak and so on la..berkaitan dengan anak. Why? 2012 tu baru setahun lepas grad. Tengah mencari2 kerja, tgh serabut otak lagi nak cari hala tuju sendiri. Tapi, tah kenapa mila berminat pasal child development ni. 


Confuse jugak sebenarnya masa tu, sebab mila jenis tak reti layan budak. Mila sangat takut kalau mila terpaksa pegang baby dan baby tu menangis. Rasa macam "Aku ni memang bukan favourite budak2". Mila ramai je anak buah, tapi tak biasakan diri melayan & menjaga sangat diorang. Just amik tahu sikit2, jaga kejap2 kalau diminta. Secara volunteernya tidak. Suka budak2, tapi kalau nak suruh jaga sehari tu mmg tak la (dulu) -.-


Sekali lagi confuse bila, mila sanggup kerja taska. Taska tu plak macam yang jenis kurang ikot peraturan. Maksudnya, tak betul2 pon ikot peraturan yg ditetapkan oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat ). Mila sanggup bekerja dalam keadaan 2 orang je pengasuh (mila dan sorang akak) untuk menjaga 26 orang budak, termasuk 6 orang baby. Sangat2 melanggar peraturan sbb tak cukup kakitangan. 2 orang je jaga dari seawal 6.45 pagi-7 malam. Dahsyat kan? tapi ku sanggup redah kerja..hahaha. padahal bukan padai sangat melayan budak2. Ada masa tu sampai demam-demam mila sebab kepenatan. Hehe. (Eh teringat plak dengan sorang baby yatim kematian bapa namanya Ain. Besar dah agaknya dia skrg :)  )


Ain :) Masa ni umurnya setahun, baru belajar berjalan. Gambar dari henfon lama nihh


Then, mila pelik bila ilmu pasal child development ni mila minat untuk baca. Contoh, scroll fb ada org share info :


" Didik lah anak lelaki begini-begini, didik lah anak perempuan begini-begini".


Dengar ceramah Prof. Muhaya kt tv tentang cara mendidik anak semenjak lahir plak, mila sampai terharu dan ter nangis. Hahaha. Masa tu fikir, kau dah kenapa kamilah? Pastu siap salin nota tu masuk dalam note henfon mila tulah (macam dalam gambar first)


Ok. Mila dah tahu..sebenarnya mila tak sabar ada anak sendiri ! Aku tak sabar jadi mak ! hihihi


Oh, inikah naluri keibuan yang ada pada setiap wanita macam orang katakan?


Hoi ! kau baru umur 22 tahun masa tu. Gatal nak kawen leteww :p


Hehe. takde la fikir sampai ke situ, tapi feeling nak ada anak sendiri tu dah ada. Selalu membayangkan mila akan jadi seorang ibu yang baik. Nak didik anak betul-betul, tak nak ade kurang  sikit pon. Nak jadi perfect mommy la kalau boleh. hamboihhhh. Hahaha. Benda ni macam impian pon ada, sebab tu asyik tertarik je pada info2 berkaitan anak ni. Konon-konon persediaan awal untuk mila sebelum betul-betul jadi mak nanti. Hihi. Dan mila tahu, semua tu tak salah. Salah ke ada impian untuk jadi seorang ibu yang baik? Takkkk (suka hati je jawab sendiri :P )


Begitulah ceritanya. KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN. Mila selalu fikir yang baik2 je tentang anak walaupun masa tu tak nampak bayang lagi nak jadi seorang isteri, apa lagi nak jadi mak. Mungkin, sebab sentiasa menjaga fikiran mila, Allah mudahkan urusan jodoh. Berkahwin dan genap setahun usia perkahwinan, selamat lahirkan seorang baby boy :) 

Muhammad Aryan bin Mohammad Ayatollah :)


Mila tahu, ramai lagi di luar sana masih menunggu-nunggu kehadiran cahaya mata yang pertama. Ramai wanita bersedih kerana fikirkan dirinya tak mampu. Wahai wanita, wahai isteri, La tahzan. jangan bersedih ya. Kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita. Cuma motif mila cerita panjang-panjang tadi untuk bagitahu anda, cuba JAGA apa yang sedang kita fikirkan. Jika kita mahukan anak, cuba lahirkan rasa ingin tu bermula dari sekarang. Jangan sesekali berfikiran negatif. Kalau ada, cepat-cepat tepis. 


Tips dari mila bagi yang dah berusaha, tiada apa2 masalah tapi masih belum ada rezeki :


1. Cuba cari gambar baby yang dirasakan paling comel, tampal di dinding-dinding rumah. Frame kan, letak di meja solek. Letak di ruang tamu, dalam beg duit, skrin henfon dan di mana sahaja. Ini sebagai doa juga tau. Bila kita lihat setiap hari, kita sedang menarik apa yang kita lihat dan apa yang kita fikirkan. Cubalah.


2. Banyakkan membaca ilmu berkaitan anak. Nak join seminar atau kelas berkaitan ibu dan anak pon bagus juga. Ambil tahu macam kita ada anak. Apply la apa ilmu yg dibaca tu pada anak buah dulu, anak jiran ke, anak kawan ke. Itu akan buat kita lagi teruja nak ada anak sendiri. Boleh belajar awal2 dan betul2 apply nanti  :)


3. Ni mila pernah baca, ada pasangan suami isteri yang menunggu zuriat yg pertama ni juga, then mereka selalu spend kan sedikit duit gaji untuk beli barang- barang baby. Pelik kan? tapi sebenarnya mereka ni beli dan sedekahkan pada siapa2 yang memerlukan. Berkat sedekah itu mungkin, Allah kurniakan mereka zuriat. Boleh cuba juga cara ni dan yakin bila kita banyak memberi, Allah akan bagi pulangan yang lebih besar untuk kita, iaitu anak.


4. Tak lain dan tak bukan, dekatkan lah diri pada Allah S.W.T. Allah nak kita2 yang diuji ni untuk sentiasa merintih, merayu, meminta pada Nya. Sebab Allah sayang kita dan rindu nak dengar suara kita. 


:)


Tapi, sekiranya ada yang mempunyai masalah seperti period tak teratur, dah kerap bersama suami tapi masih tiada berita positif, dah cuba macam-macam cara tapi tiada jawapan. Mila cadangkan cuba ambil Set Kesihatan Optimum Shaklee (Klik Disini) dan juga Set Kesuburan Shaklee (Klik Disini). Si isteri boleh la nampak dengan periodnya tidak teratur, tapi si suami juga berkemungkinan bermasalah.  Mungkin kerana terlalu letih bekerja sehingga bilangan sperma sedikit dan lemah untuk menjayakan proses persenyawaan. Itu juga dinamakan mengalami masalah kesuburan. Mungkin juga tiada masalah kesuburan, tetapi badan tidak menerima nutrient yang secukupnya dek kerana kurang makan sayur, buah , protein, karbohidrat dan sebagainya, Itu juga boleh jadi punca badan kita belum bersedia untuk proses persenyawaan. Jika anda mahu ikhtiar dengan set-set ini, mila sedia membantu :)   




Ingat, sentiasa jaga apa yang kita fikir, cakap dan buat. Kerana, Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan.



Terima kasih kerana sudi membaca.:)


Thursday, August 18, 2016

Set Kesuburan Shaklee










Alfalfa Complex & Gla Complex




Wanita & Isteri !

Ada tak yang sekarang cuba ikhtiar utk mendapat zuriat pertama, tapi sedang mengalami masalah-masalah berikut?



  • Period tak teratur
  • Keputihan teruk yg menganggu hubungan suami isteri
  • Senggugut teruk

Cubalah berikhtiar dengan Alfalfa complex & Gla complex Shakleei. Kedua-dua ini adalah Set Kesuburan Wanita yang mana :

  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Membantu untuk menyemarakkan lagi hubungan suami isteri



Lelaki & Suami !


Jika sudah bermacam-macam usaha telah dilakukan tapi belum membuahkan hasil, cubalah Set Kesuburan Lelaki ini :


  • Membantu meningkatkan pergerakkan sperma
  • Membantu menghasilkan sperma yang normal
  • Membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma
  • Meningkatkan kesuburan lelaki
  • Meningkatkan nafsu





Vita-E Complex + Zinc Complex 




Selain usaha utk mendapatkan zuriat, set ini juga dpt membantu anda mengatasi banyak masalah-masalah lain lagi seperti masalah jerawat, sembelit, parut jerawat, rambut gugur dan banyak lagi. Jom kita lihat bagaimana setiap satu daripada Set Kesuburan Lelaki & Wanita ini boleh membantu anda.



GLA COMPLEX





GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk menstabilkan kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopouse dan pra menopouse. Selain itu, GLA Complex ini amat baik untuk memperbaiki tekstur kulit.

Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopouse.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Baik untuk saraf. 



Gla Complex boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopouse sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.




Jom baca lagi cerita-cerita tentang :




ALFALFA COMPLEX


Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. 

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama : 

Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan. 

Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. 

Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol. 

Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor. 

Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan 

Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee  
  • Legakan sakit-sakit sendi dan belakang. 
  • Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan. 
  • Memberi kelegaan semasa period. 
  • Membantu Merawat arthitis 
  • Membantu Merawat athma 
  • Mencuci usus bagi membuang toksik 
  • Membantu membuang angin dalam badan 
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor 
  • Meneutralkan asid dalam badan 
  • Membantu masalah keputihan pada wanita. 
  • Membesar dan menegangkan payudara. 
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri. 
  • Memulihkan urat selepas bersalin. 
  • Milk booster 
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Meningkatkan stamina lelaki 
  • Membantu Melegakan masalah sembelit

ZINC COMPLEX




Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk kita. Ianya diperlukan untuk membentuk enzim dan hormon penting dalam tubuh badan selain memeliharanya. Zinc boleh didapati daripada daging, telur, makanan laut seperti kerang dan ikan, susu dan produk tenusu seperti keju, organ dalaman seperti hati, bijirin seperti gandum, ragi, roti, kekacang.

Tapi kadang-kadang, masalahnya adalah makanan seharian kita tidak cukup dengan kandungan zinc seperti yang dicadangkan. Terjadilah masalah kekurangan zinc seperti dibawah (1-4 khas utk lelaki):
  1. Terganggunya proses pembentukan sperma
  2. Terganggunya fungsi organ testikular lelaki
  3. Turunnya kadar kesuburan bagi lelaki
  4. Kelesuan dan keletihan melampau
  5. Pertumbuhan badan yang lambat
  6. Tidak mempunyai selera untuk makan
  7. Penyembuhan luka yan lambat
  8. Tidak mampu merasa dengan baik (lidah)
  9. Tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan samar dan gelap
  10. Keguguran rambut

Siapa yang perlu mengambil Zinc Complex Shaklee?

(1-2 khas utk lelaki)

  1. Lelaki dengan masalah kesuburan. Zinc bertindak melindungi sperma, meningkatkan bilangan sperma dan menjaga ciri-ciri fizikal sperma supaya tidak menjadi abnormal.
  2. Lelaki dengan masalah hormon teterone. Zinc sgt penting dalam proses pembentukan hormon testerone dan memberi tenaga supaya sperma lebih aktif bergerak menuju ke ovum.
  3. Kanak-kanak berusia 13 tahun dan keatas bagi membantu pertumbuhan tubuh mereka dgn pesat
  4. Wanita yang menyusukan anak
  5. Wanita yang baru melahirkan. Zinc dapat membantu proses pengecutan rahim disamping memberikan bantuan dalam menyegerakan proses penyembuhan luka
  6. Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Zinc mengaktifkan 20 jenis enzim yang dapat membantu regenerasi sel dan memelihara pertumbuhan rambut
  7. Vegetarian. Mereka yang tidak mendapat sumber zinc dari daging
  8. Mereka yang mengambil alkohol


VITA-E COMPLEX


Tahukah anda, bahawa hampir 40% daripada kes kesukaran mendapat cahaya mata adalah disebabkan oleh lelaki? Ia terjadi akibat ketidaksuburan lelaki yang berpunca daripada kualiti sperma yang rendah serta bilangan sperma yang tidak mencukupi untuk 'berusaha' menembusi dinding ovum wanita. Titisan air mani yang sihat HARUS mengandungi 40juta sperma yang sihat untuk mampu menjadikan seorang wanita itu mengandung.

Kenapa kualiti sperma lelaki merosot ye? Puncanya adalah dari merokok, tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang & sihat, kurang bersenam, gemar mengambil alkohol, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mungkin amat jarang melakukan hubungan intim dengan isteri.

Saya menyarankan para suami untuk cuba amalkan VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE utk mengatasi masalah ketidaksuburan ini. Vitamin E Complex ini mengandungi bahan-bahan yang mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki; dari aspek meningkatkan kualiti serta bilangan sperma. Antara kandungan Vitamin E Complex ini adalah:

  • Vitamin E semulajadi - Vitamin E merupakan sumber yang kuat untuk imuniti dan kulit & mata yang sihat. Ia juga bertindak sebagai anti oksidant bagi badan manusia. Ia mampu melindungi sel-sel badan manusia daripada rosak.
  • Selenium - Selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki. Antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin.
  • Ekstrak biji anggur - Ia berasal daripada biji anggur merah yang diekstrak minyaknya. Ia amat berkesan dalam melancarkan sistem peredaran darah, mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL), mengurangkan bengkak disebabkan kecederaan serta bertindak sebagai anti oksidant. Ia juga dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser.












Noor Kamilah Ibrahim
Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
0145082724
👶👶



Set Kesihatan Optimum Shaklee







Orang kata, bila dah kahwin setahun, dua tahun, 10 tahun. Tapi tak dikurniakan zuriat lagi bermakna belum rezeki. Ye, memang betul dan rezeki itu rahsia Allah. Tapi apa yg kita tak patut tinggalkan selain berdoa, adalah berusaha. Bagaimana? Check doktor, kenalpasti punca sukar untuk hamil. Jika tahu punca, baru lah boleh cari jalan utk atasi masalah tersebut. 



Jika ada masalah kitaran haid tidak betul, atau tidak datang langsung. Boleh ambil Gla Complex dan Alfalfa Complex.





Jika ada masalah terlalu penat, atau stress. Atau mungkin masalah kesukaran melakukan "persenyawaan" dengan pasangan contohnya miss V kering. Boleh la mula amalkan makanan kesihatan iaitu Set Kesihatan optimum ini
  • B Complex 
  • Vitamin C
  • Vitalea multivitamin pertama di dunia

B COMPLEX



Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:

  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;


  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.


VITAMIN C


Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?
  •  Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
  •  Untuk merangsang pembentukan collagen
  •  Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat
  •  Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
  •  Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang

Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. Pengambilan buah-buahan citrus setiap hari hanya membekalkan kuantiti Vitamin C yang sedikit. Sebagai contoh saiz orange yang medium hanya membekalkan 66 mg Vitamin C sahaja!

Apakah perbezaan Sustained Release Vitamin C Plus dan supplement Vitamin C lain?
  •  Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C. 
  •  Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!
  •  SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.


VITALEA IRON FORMULA




Vitalea disalut dengan serbuk spirulina. Vitalea iron formula Shaklee merupakan tablet multi vitamin paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Ujian klinikal membuktikan pengambilan vitalea selama setahun mengurangkan 65% risiko jatuh sakit.

Vitalea Iron formula Shaklee bukan calang-calang multivitamin tau. Vitalea Iron Formula Shaklee ini telah menerima anugerah pada tahun 2000 sebagai THE BEST MULTIVITAMIN dalam Public Interest (Center for Science di Amerika Syarikat) 
Manfaat Vita-Lea Iron Formula Shaklee:
  • Menambah tenaga segera. Badan lebih bertenaga, segar. Mental kita lebih kuat dan sihat. Ia membantu memori dan fokus yang lebih baik.
  • Pelengkap nutrisi kerana ianya lengkap dengan 28 vitamin dan mineral penting. Pengambilan setiap hari membantu menncukupkan kekurangan nutrisi yang mungkin kita hadapi.
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*, Sangat sesuai untukindividu atau ibu hamil yang mengalami masalah Hb rendah.
  • Melindungi organ-organ dalaman (melindungi fungsi hati, buah pinggang, dan jantung)


Botol vitalea ni sangat istimewa kerana ianya kedap udara. Ia adalah untuk memastikanmultivitamin sentiasa dalam keadaan yang baik dan segar.  


Inshallah. Kita usaha, doa, tawakal. Mudah mudahan ada berita baik lepas ini.
Hubungi saya utk tempahan dan konsultasi percuma




UNTUK INFO LANJUT :

NOOR KAMILAH IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
014-5082724